Wednesday, December 30, 2009

Survey - working on Saturdays

  • Option A - Work on all Saturdays

  • Option B - Work half an hour extra from Mondays to Fridays

  • Option C - Work from Mondays to Fridays and deduct AL for Saturdays

So, management decide like this, go for staff survey. What say you. All department choose for Option B. Boss? Not decide yet, maybe follow his staff lorrr....

*saturday oh saturday*

Saturday, December 26, 2009

Gema Zafana 2009





Ingatkan nak belanja en. suami ke gema zafana, tapi dia sibuk plak dengan Minggu Wawasan Siswa UiTM. Mengomel kejap orang tua tu. Bukan RS, tup-tup jadi pengarah. Dy, orang percaya kat kita. ikutkan saja! I know u can doi it!



Actually aku pun teringin gak nak pegi tengok zapin ni. Aku bukan jenis yang minat seni, tapi sebab en. suami dah minat kadang-kadang tu terpengaruh jua... Hehehe.. cuma badan ku saja yang keras kejong! Hik Hik!!




en. suami (di suatu ketika)









*zapin oh zapin*

Friday, December 25, 2009

i'm back!!

dear friends, bloggers friends, relatives & outsiders

i am back for blogging.

many thanks to someone dekat tanah Arab yang bagi saya inspirasi, semangat dan kekuatan.

thanks bai!!

akak really appreciate it!!

Monday, December 7, 2009

happy birthday

Happy birthday to you... happy birthday to you... happy birthday to MAKKKK... happy birthday to you.... Semoga Mak dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki senantiasa, hidup bahagia....

Adik sayanggggg Mak!!!

i really need my mom rite now.

*birthday*

Sunday, December 6, 2009

ikhlas.

saya menghargai segala kata-kata nasihat, pandangan, pendapat, mendengar pengalaman orang yang memberikannya secara ikhlas. tapi macammana pandangan & pendapat yang diberikan diikuti dengan sound direct konon-kononnya saya mementingkan hal-hal duniawi yer?? banyak benda yang patut kita off record. bukan semua nak cerita kat orang, betul tak??

berikanlah pendapat & pandangan anda dengan IKHLAS. terima kasih!! hanya Allah saja yang mampu membalasnya.

nota ikhlas :- jiwa kacau!

*ikhlas tapi jauh*

Thursday, December 3, 2009

It was great!! ~Griffith Mental Development Scale Programme~

Hello... remember tak dulu aku ada citer pasal bengkel yang akan dihadiri oleh pakar dari Singapore?? Dah ingat?? Bagussss... Actually it was held petang semalam. Hehehe.. Suppose start @ 2.00pm, sedang aku dok drove nak ke Tesco Extra Cheras, dapat called dari CDC cakap nak pospone. Adoyai... pospone bila.. rupanya dia tangguh ke pukul 4.00pm. So 3.30pm kena ada kat HUKM lah.

So aku n Uwais gi melantak dulu, beli susu adik & Uwais minta beli strawberry shortcake lotion! Mintak ganti dia punya perfume yang hilang entah kat mana. So dalam kul 2.00 kami gerak ke HUKM. CDC start pukul 4.00pm. So aku decide nak pegi tukat appointment fisio & OT pasal aritu selamber giler tak pegi (20-11-09) Selamber ekk.. alah.. dah biasa... diorang paham... Janji x lebih 3x, ok lah! So terus parking, syukurlah senang dapat parking Terus aku ke LG. Sambil tu nak besarkan Bilat Hinged AFO Uwais. Ketat. Sebelah kanan jer. Done. Next kitorang g gym fisio. Azizah xde, So tukar appointment ngn Yoke Fong. Done. Next pegi OT, tukar appointment sama date ngn fisio. Done. Ingat nak gi naik 1st floor g klinik maxillo. Appointment gigi dengan Dr. Naga 10-12-09. Rasa nak pospone ke 16-12-09, so senang sekali harung. Oh ya, before that called daddy, tanya bila date nak tukar appointment, coz daddy will join (dia cuti seminggu nanti) so kompom la 16-12-09.

Lepas tukar segala appointment (except maxillo pasal x sempat) kitorang terus ke CDC. As usual kena tunggu kat luar dulu. Tengok-tengok respondent kat dalam belum habis. Then Uwais biasa lah dia, request meatball @ kafeteria. Lepas tu aku pun tengok dah 3.30, terus tekan loceng CDC, nak masuk dalam. Tunggu kat dalam. Jumpa Yanti, sembang kejap. (staff CDC). Tak payah tunggu pukul 4.00, doctor dari Singapore dah panggil masuk around 3.40pm. It only takes 1 hour je, tapi dah melarat jadi 1hr 50 mins!! It was called Griffith Mental Development Scale. Sangat mengujakan. Uwais enjoyeddddddd being there. Lagi la suka bila all the doctorsss pay attention at him. Wah.... bukan main lagi... All the doctors was from Singapore (most likely macam ada 3 orang kot) then the balance (dalam 10-15 0rang) are the doctors/lecturer paedriatic HUKM themself.

During the 1960s the Griffiths scales, which were originally designed to measure children from birth to two years, were extended to cover birth to eight years and a sixth scale (Practical Reasoning) was added to the five scales comprising the measure for the early years. The first edition was published in 1970 and revised in 1984. The third and most current edition was published in 2006.

The six sub-scales are:
Sub-scale A: Locomotor: Gross motor skills including the ability to balance and to co-ordinate and control movements.

Sub-scale B: Personal-Social: Proficiency in the activities of daily living, level of independence and interaction with other children.

Sub-scale C: Language: Receptive and expressive language.

Sub-scale D: Eye and Hand Co-ordination: Fine motor skills, manual dexterity and visual monitoring skills.

Sub-scale E: Performance: Visuospatial skills including speed of working and precision.

Sub-scale F: Practical Reasoning: ability to solve practical problems, understanding of basic mathematical concepts and understanding of moral issues.

Habis dalam pukul 5.30pm. Ada jamuan sikit. Then sementara tunggu conclusion from doctors. Makan lah lagi... Around 5.50pm. Dr Juanita datang jumpa & explain the conclusion. For them Uwais is a CP patient which can manage himself (syukur alhamdulillah~memang pun, mandi sendiri, gosok gigi sendiri, shampoo rambut sendiri, pakai baju/seluar sendiri, except --> berjalan hehehe) So kena practice more in Sub-scale D : fine motor skills & Sub-scalw A : gross motor skills. Still ada DYSPORT CLINIC @ CDC with Prof Ong (neuro). Ada FISIO, ada OCCUPATIONAL THERAPY.... then they request for SPEECH. Adoyai... aritu baru je stop SPEECH coz of therapis dia hanya ada 2 0rang. Sadiskan?? Kalau tak aku yang pospone appointment, terapis speech yang pospone appointment... So??? What to do??

So masa yang ditunggu. Pulanggggg!! Harus mak berkejar nih... Nak bersaing orang balik kerja. Kalau dah lambat cenggini, kesas highway le jawabnya. Sorry la nak masuk federal! The best best part..... I got the MC... yeeehaaa.. (dorang yang promise me ek nak kasi time appointment ngn prof ong dulu ek- janji harus dikota!)

Bertolak dari HUKM jam 6.20pm, singgah bukit jelutong jap amik langsir Ita nak jahit, then sampai puncak alam around 7.40pm.

So those yang ada anak within 2-8 years, boleh try. Perlukan kesabaran yang tinggi. Kalau tak sabar, tak tau lah nak cakap!! Tapi kalau aku tipu lah kalau 100% sabar dengan Uwais, kadang-kadang geram tu ada. Eh silap, selalunya banyak gerammmm je dgn dia. Anak kan.. Lagik pulak dia macam tu. Sedih tau!!! Dah dah... tak mo citer pasal feeling. Hati aku, aku je yang tahu, macamana susahnya punya anak disable. Aku memang respect la pada parents yang sabar dengan anak-anak istimewa ni.

So, try it out!!

nota utk mar :- mar, sape sedara awak yang ajak hanie pegi GMDS ni? Ntah2 akak kenal kot.. tapi tulah sayang, awak g pagi, akak petang. kalau tak mesti leh jumpa kan!!

oh luper... dulu once Uwais penah buat GMDS ni. tapi pre aje. yang semalam nye advance scale.

*GMDS*

Tuesday, December 1, 2009

alternate saturday

What a tiring day... Kenapa ntah 2-3 hari ni aku rasa letih sangat. Penatlah.. sakit kepala (offff cause of audit yang belum-belum habis lagi) Kerja-kerja rumah, anak-anak. I need rest. I need massage. Pleaseeeeeeee.... Nanti tengah bulan bapak asham cuti 1 week. Takde plan nak ke mana-mana pun. Fulus mania. So decide nak bwk Uwais g fisio/OT then rest @ home.

So, back to topic. Alternate Saturday. Kenapa ye alternate saturday?? I wish, I wish & I wish for alternate saturday. Tahun 2009, yang tinggal sebulan ni. Kami kerja monday to friday. Seronok kan? Sabtu tak kerja??? 3 bulan pertama, best lah... ni nak masuk hujung tahun, aku rasa baik la alternate saturday. Letih weiiiii... Mana taknya Sabtu yang sepatutnya kita kerja tu, dia tolak cuti. Sebulan biasa ada 4 atau 5 hari sabtu kan. So kalau alternate, sabtu ni ko keje sabtu depan ko x keje, sometimes 2 hari sabtu or 3 hari sabtu sebulan kena kerja. So ofis akan deduct 1 day or 1.5 days sebulan. Ko gilerrrrr???

Dengan kerja opis yang bertimbun. Filing ntah apa-apa belum buat tahun-tahun dulu. Memang penting kerja hari Sabtu nih. Sigh... Harap-harap la bulan depan kerja balik hari sabtu. Kalau kitorang kat ofis ok la tolak half day, kalau budak-budak factory lagi kesian. Diorang ada yang sabtu ahad keje full day. Banyak tu kena tolak cuti.

Oh... sajeje nak cerita pasal ni. Sebab apa tau?? Pasal dah selalu nak cuti je kena amik unpaid leave. Ha ambikkk ko, gaji bulan 10 aritu kena tolak. Dekat $300 tu... Bukan pokai lagi, kayap mak ni haihhhhh... Pasni, MC jelah dik non oiiii!!

*cuti oh cuti*

Saturday, November 28, 2009

:: assignment ::

Assignment!! Assignment!! Letih la aku nak mengadap assignment nih! Heeleh poyo jer statement. Ko ingat ko student lagik ke ibu-uwais-ameenah wooiii!! Ayat propa betul.

Sebenarnya aku letih dok mengadap assignment student en. suami nih... Adoyai.. penuh stor. Ater... nak meletak barang aku pun tak buleh hendaknya... Geram pun ada!! En. suami nih suka sangat tau x pulangkan assignment student dia. Kenapa?? Tak pulak aku tau reasonnya. Maybe rujukan dia kot nanti... Haihhhh tak tau la makkk...

Dulu masa dia ngajor kat UiTM Shah Alam dolu-dolu.. pun sama gak.... Dia simpan segala mak nenek assignment. (Huhu.. dulu student dia anak angkat Tun Dr. Mahathir & si Annahita Bakavolli) Lepas dia dapat full time kerja kat National Library, segala assignment dolu-dolu aku buang. Lantok situ... Tak kuasa memenuhkan rumah... Last-last, kerja PNM, dia bawak plak segala suku-sakat buku-buku nota kursus plak. Satu hal penuh rumah lagi. Baru clear satu bab (buang assignment dolu-dolu), dia bawak plak fail-fail training, beg-beg training (for staff). Tu pun banyak dah kasi kat orang...

Ni bila dapat ngajor balik kat UiTM Segamat, ceh, ingat assignment student semua tinggal la kat sana. Boleh plak dia angkut balik Puncak Alam... Poning mak weiiihhhh.... Dengan assignment (papersssss) pastu assignment CD (ntah subjek apa ntah). Ada 2 beg kat stor... Ni baru satu semester... Kalau 7,8,20,30 semester. Harus aku pegi jual paperrrrr lamaaaaaaaaaa!!





nota utk suamiku :- daddy, sila la tanda assignment tu cepat2, then pulangkan la balik kat student. penuh rumah tuuuu!!


*assignment*


Friday, November 27, 2009

tamatlah....

Nur Kasih... adoyai... citer ni berantu ke ekk? Sampai tv3 dok ulang siaran tanpa iklan??





nota Nur :- cehhh aku pun terpengaruh... poyo jer..

*nur.. adam..*



Wednesday, November 25, 2009

Sunday, November 22, 2009

telekong oh telekong




Akhirnya!! Dapat gak aku siapkan telekong si kenit ni... Kain dah berkurun beli (beli time sambut Ramadhan kat Segamat tempoh hari~giler lama tuh!!) Baru dapat siapkan. Sian Ameenah kalau nak solat je x pakai telekong. Hehehe.. pasni excited la skit dia....








*love*

langsir, settled!!

Alhamdulillah, sempat gak aku siapkan langsir dak Ita ni. Langsir pleat biasa ajer. Dia cakap nak before Raya Haji. Nak bawak balik kampung. Terima kasih ye Ita!! Esok jumpa kt Bukit Jelutong akak hantar langsir. Takde le lawa @ kemas sangat jahitnya pun. Boleh la sikit-sikit... cari duit poket.. (maybe it will be my income after resign esok kot! InsyaAllah!!)






nota langsir :- bila la nak gi kelas belajar jahit scallop nih!!







*its my passion*

Saturday, November 21, 2009

Nama

Received message from unknown person. Suka sangat nama anak-anak ibu!



Muhammad Uwais Al-Qarni
Nur Qashrina Ameenah





*anak*

Friday, November 20, 2009

>> they inspired me <<

Perit ibu dukung anak ke sekolah setiap hari berbaloi


SITI NORFARAH didukung ibunya, Norhaida untuk diletakkan di atas motosikal di Besut, Terengganu semalam.


BESUT - Kecekalan seorang ibu yang sanggup mendukung anaknya yang cacat ke sekolah setiap hari sejak enam tahun lalu tidak sia-sia apabila anak sulungnya itu memperoleh 5A dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) semalam.

Walaupun cacat kerana menghidap penyakit Osteogenesis Imperfecta iaitu sejenis penyakit kerapuhan tulang, Siti Norfarah Hanim, 12, tidak mudah mengalah hingga akhirnya mencipta kejayaan itu.

Siti Norfarah adalah antara 40 orang pelajar Sekolah Kebangsan Tengku Mahmud II di sini yang mendapat 5A dan diraikan dalam satu majlis di sekolah itu.

Ketika nama Siti Norfarah diumumkan untuk ke pentas bagi mengambil slip keputusan, dia bersama ibunya, Norhaida Harun, 38, dilihat berlinangan air mata kegembiraan. Bagi Norhaida, hanya pelajaran yang mampu diberikan kepada anaknya itu memandangkan dirinya tidak mampu untuk menyediakan harta yang banyak untuk kehidupan pada masa depan.

Katanya, setiap pagi sebelum ke sekolah, Siti Norfarah akan dibekalkan dengan sedikit makanan kerana tidak mampu berjalan ke kantin dan dia bernasib baik kerana seorang rakan sekelasnya, Nurul Alia Rosdi secara sukarela membantu anaknya semasa di dalam kelas.

Sementara itu, di Pasir Mas, Kelantan, Muhammad Nabil Mohd. Nasir, 12, yang mengalami kecacatan pada kaki kiri dan kedua-dua tangannya sejak dilahirkan turut berjaya meraih 5A dalam UPSR.

"Ini hadiah untuk ibu saya yang bersusah payah mendukung saya ketika menghantar dan mengambil saya sekolah setiap hari," katanya yang belajar di Sekolah Kebangsaan (SK) Othman Talib 1, Pasir Mas, Kelantan.


Wednesday, November 18, 2009

:: LOVE & LIFE ::

share sedikit info dari email seorang kawan...

Subject: A beautiful story about LOVE & LIFE

My husband is S/W Engineer by profession, I love him for his steady nature and I love the warm feeling when I lean against his broad shoulders. Two years of courtship and now, five years into marriage, I would have to admit, that I am getting tired of it. The reasons of me loving him before, has now transformed into the cause of all my restlessness.

I am a sentimental woman and extremely sensitive when it comes to a relationship and my feelings. I yearn for the romantic moments, like a little girl yearning for candy. My husband is my complete opposite; his lack of sensitivity, and the inability of bringing romantic moments into our marriage has disheartened me about LOVE.

One day, I finally decided to tell him my decision, that I wanted a divorce."Why? " he asked, shocked. "I am tired. There are no reasons for everything inthe world !" I answered. He kept silent the whole night, seemingly in deep thought. My feeling of disappointment only increased. Here was a man who was not able to even express his predicament, so what else could I expect from him? And finally he asked me: "What can I do to change your mind?" Somebody said it right... It's hard to change a person's personality, and I guess, I have started losing faith in him. Looking deep into his eyes I slowly answered: "Here isthe question. If you can answer and convince my heart, I will change my mind.

Let's say, I want a flower located on the face of a mountain cliff, and we both are sure that picking the flower will cause your death. Will you do it for me?" He said: " I will give you your answer tomorrow...." My hopes just sank by listening to his response.

I woke up the next morning to find him gone, and saw a piece of paper with his scratchy handwriting underneath a milk glass, on the dining table near the front door, that goes.... My dear, "I would not pick that flower for you, but....please allow me to explain the reasons further.....This first line was already breaking my heart. I continued reading. "When you use the computer you always mess up theSoftware programs, and cry in front of the screen. I have to save my fingers so that I can help to restore the programs. You always leave the house keys behind, thus I have to save my legs torush home to open the door for you. You love traveling but always lose your way in a new city. I have to save my eyes to show you the way. You always have the cramps whenever your "good friend" approaches every month. I have to save my palms so that I can calm the cramps in your tummy. You like to stay indoors, and I worry that you will be infected by infantile autism. I have to save my mouth to tell you jokes and stories to cure your boredom. You always stare at the computer, and that will do nothing good for your eyes. I have to save my eyes so that when we grow old, I can help to clip your nails and help to remove those annoying white hairs. So I can also hold your hand while strolling down the beach, as you enjoy the sunshine and the beautiful sand...and tell you the colour of flowers, just like the colour of the glow on your young face... Thus, my dear, unless I am sure that there is someone who loves you more than I do... I could not pick that flower yet, and die ..."My tears fell on the letter, and blurred the ink of his handwriting... And as I continue on reading... "Now, that you have finished reading my answer, and if you are satisfied, please open the front door for I am standing outside bringing your favorite bread and fresh milk... I rushed to pull open the door, and saw his anxious face, clutching tightly with his hands, the milk bottle and loaf of bread....Now I am very sure that no one will ever love me as much as he does, and I have decided to leave the flower alone...

That's LIFE, and LOVE. When one is surrounded by love, the feeling of excitement fades away, and one tends to ignore the true love that lies in between the peace and dullness. Love shows up in all forms; even in very small and cheeky forms. It has never been a model. It could be the dullest and most boring form ... Flowers, and romantic moments are only used and appear on the surface of the relationship. Under all this, the pillar of true love stands... AND THAT'S LIFE

daddy; no matter what happen, i will always be with you, stay with you, love you with all my heart. u have been my better half since we met. love you forever..

*cinta*

Saturday, November 14, 2009

bebas diapers

Assalamualaikum! Arini aku nak cerita skit pasal tajuk kat atas. BEBAS DIAPERS. Sape yang dah bebas diapers ni? Adakah cik Ameenah KJJ itew?? Seawal usia 1 tahun 10 bulan kah??? Arini dia ngam2 1 tahun 10 bulan. Oh no no no... bukan kakak, tapi abang nya...

What??? Uwais baru bebas diapers??? Ye nokssss, nape??? Tak percaya ka??? Iyalah... since Uwais memang tak boleh berjalan dan dia memerlukan masa yang agak lama untuk ke tandas, so dia memang dok selalu la pakai diapers tu.

Ni kan 2 minggu dia duduk kat rumah di jaga nenek, so, banyak nya dia x mau pakai diapers. Rajin plak dia ke tandas. Kalau nak shi-shi jer, cepat-cepat la dia cakap, "ibu nak kencing..." Ibu pun dengan kudrat yang ada dukung dia ke tandas. Dulu selalu jugak dia terkencing skit kat seluar. Sekarang no more... gud boy.... (tadi pegi amik daddy kat KL pun dia tak pakai diapers tau! Giler hebat Uwais!!)

So selain dari Uwais yang bebas diapers, yang mana boleh la kami laksanakan perbelanjaan berhemah... Ameenah pulak ibu bekalkan Cloth Diaper (CD) dekat taska... Memandangkan koleksi CD sikenit tu baru ada 4, selalu aku akan bagi 2 CD + 2 disposable diapers. So kat sini sehari boleh jimat 2 diapers. Sehari 80sen x 2 = RM 1.60 x 5 = RM 8.00 x 4 = RM 32.00. So sebulan jimat RM 32.00. Ni pun aku plan nak beli CD sebulan 1 @ 2. Ikut kemampuan dik non...

*diapers*

Wednesday, November 11, 2009

kepala pusing

Tolong!!! kepala ku pusing.. pening la.

Memikirkan macam-macam benda...

Serabut dah kepala hotak ni....

Kena potong rambut kalau cenggini!!

Haru-haru....

*fenin*

Tuesday, November 10, 2009

aku tak heran!

hai hai hai... sorry lah lama benor aku tak menulis. sibuk benar dengan kerja ofis, kerja rumah, menjahit... haiihhh.. sibuk benor ler tu.. tu pun sib baik en. suami takde.. kalau ada... triple sibuk, nak mencari uban lah, rambut gatal lah, urut badan lah, picit badan lah... hissshhh..








korang perasan tak sekarang ni ramai benor dok main games kat 'mukabuku'?? farmville la... mafia wars la... barn buddy la, cafe world la... macam-macam. kenkadang aku tengok budak ofis time keje pun dok curi-curi bercucuk-tanam.. ish... aku ni kalau nak baca message pun tak berkesempatan.. inikan pulak nak bercucuk-tanam kat fb!! giler ke hapeee???





sesungguhnya aku tak terpengaruh ngn games-games kat fb nih....








nota games :- baru aku perasan arini.. barn buddy sama ke ngn farmville??? ntah la.. tau tau nyahhhh!!











Thursday, November 5, 2009

perihal ortopedik puncak alam...


Tak tahan ibu dengar dia nangis.


Dah la kena chicken pox lagi...


Sudahnya, Ahad malam kami bukak simen dia.


Nasib ler bapak asham ada...


Jenuh gak la nak bukak... :-D




abang standby nak bukak simen



daddy ngn anjang tengah bukak simen uwais





finally







nota simen :- waktu bukak simen ni, Uwais senyum sampai ke telinga... Siap dia, tiap-tiap hari kena pakai splint. Jangan degil!







*ortopedik*

thank you... RT 2B7

Malam tadi ibu belum tidur... mata x leh nak lena lah... Tengok jam dah dekat 1.30am.. dok melayan FB sambil berblog-hopping. Hurm... baru lepas settled potong langsir ita.. Harini plan nak g jahit tepi.

Selalunya dalam pukul 12.00 - 12.30am ibu akan dengar RT kt rumah ibu ni akan tarik kon nak blocked jalan supaya xde le kereta ke perompak ke seludup masuk area umah ibu nih. Malam tadi awal la pulak, dalam pukul 11.30pm dorang dah tutup jalan. Tengah dok leka ber FB (oh, bukan bercucuk tanam mahupun bukak cafe yer!) tiba-tiba dengar le bunyi Mr Buggy meronda... Kecoh je kat lorong rumah ibu nih.. Awatnya??? Then ibu ngintai la kat tingkap, ish... ada 3 orang.. apa ke hal.... Ada perompak ke??? Ala... takutnya....


Then dengar dorang dok cakap guna walkie-talkie. Rumah no 2. Rumah no 2 dari hujung... (sambil suluh2 guna torch-light kat tingkap bilik) What???? Umah den tuh... terus le ibu pun menjelmakan diri kat tingkap.. Then tanya la kenapa.... Depa cakap, ni... keta tak tutup lampu... wokey bro... thanks... Then turun la bawah kan, ngintai kat tingkap, ish... aku tutup lampu la.. awat kata tak tutup pulak.... Tanpa membuka pintu, dengan confident naik balik. Tutup pc, tido.. Tapi tak leh lena.... dok pikir2 lagi ni....


Pagi, bangun pukul 6.00am, bawah sampah turun, terus gi tengok keta dulu... OMG!! Lampu dalam keta yang tak tutup!! Coz pintu depan kiri tak rapat. Dan kesimpulannya, kereta tak berkunci lah... Patut la lock kereta dari atas asyik berbunyi je alarm... Syukur lah xde apa-apa.. Try start keta pun boleh...


To RT 2B7, thankssss guys... dah la orang jantan takde kat rumah.... Harap Uwais aje... hurm...



Nota RT :- Harap sangat bapak asham dapat join RT. Harap mereka memahami "^-^"







*rumahku syurgaku*

spec baru

Last 2 weeks bawak Uwais jumpa optometris kat Hospital Selayang. Lama tak ke sana. Al maklumla appointment mata je tinggal kat situ. Yang lain ibu dah campak dah kat HUKM. Wokei. Checking macam biasa. Then the result is Uwais need to change his spec. Ok lah tu. Usia spec Uwais pun dah saing umur Ameenah. Dekat-dekat 2 tahun dah. Dulu tempah masa tengah pantang adiknya...



Korang tau tak camne bacaan untuk spec nih? (especially to those yang wear spec la..) Hurm... tak reti mak... Yang ibu tau, bawak gi kedai spec, bagi surat dari spital, ukur dan then buat. Tengok la hujung bulan ni ke... tunggu bapak asham dapat saguhati celah gigi tu ke...



Soalan untuk minggu ini... kat manakah kedai buat spec yang berpatutan harganya?? Adakah (a) kedai cermin mata di shopping-shopping complex, atau (b) kedai cermin mata kat kedai-kedai biasa aje seperti di kedai Norsuhaila Optometris di Puncak Alam? Anda tentukan...




*duit lagi...*

adik dan tulang

Arini balik keje just bawak Ameenah ke klinik. Panas badannya. 37.1 degrees. Doc juas gave ubat demam & antibiotik aje. Balik ibu ke pasar malam, hajat hati nak masak gulai tempoyak ikan patin, tak jadilah.. dah lewat... nanti pukul berapa la plak nak makan kan! Cuma beli nasi ayam, kuey tiow, popia & putu piring.

Balik rumah, terus ngap! Tengok le aksi Ameenah bila dapat feveret dia, tulang ayam!! (oh gosh... yang ni betul2 anak ibu nih....)






*ameenah*

:: we belong together ::

Daisypath Anniversary Years Ticker

:: my asham boyyy ::

Lilypie Kids Birthday tickers

:: my asham kepinggg ::

Lilypie Fourth Birthday tickers