Wednesday, September 30, 2009

hope Uwais can be like her...

Hope Uwais can be like her... amin!!

(Uwais, sila kalahkan daddy yer sayangggg.....)

petikan dari Harian Metro @ 30 September 2009

Rezeki anak bertuah

Oleh Zaitie Satibiam@hmetro.com.my

MARAN: “Syukur kepada Allah kerana tidak menduga anak saya yang menghidap penyakit berkaitan tulang sejak lahir mampu menjadi penerima anugerah khas sempena Majlis Konvokesyen Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) ke-25 pada 10 Oktober ini.

“Saya berharap anugerah itu dapat menaikkan semangat anak-anak lain untuk cemerlang dalam hidup serta mendorong golongan kurang upaya supaya tidak menjadikan kecacatan sebagai penghalang untuk berjaya,” kata guru Sekolah Agama Rakyat (SAR) Jengka 19, Mohamad Aminillah, di sini, semalam.

Mohamad, 66, bapa kepada Syarifah, 24, pelajar ijazah Sarjana Muda Undang-undang universiti itu yang menderita penyakit tulang dikenali Cerebral Palsy dan Brittle Bone menyebabkannya terpaksa bergerak menggunakan kerusi roda.Dia ditemui di rumahnya di Felda Jengka 19, di sini, selepas dikunjungi rombongan pegawai UIAM Gombak diketuai Penolong Pengarah Pegawai Perhubungan Awamnya, Abdul Latif Abdul Rahman bagi menyampaikan kad jemputan untuk ibu bapa menghadiri konvokesyen berkenaan dijadualkan berlangsung pada 10 hingga 12 Oktober ini.

Turut sama dalam rombongan itu, Penolong Pengarah Kanan Bahagian Pembangunan Pelajar UIAM, Shahrizad Sa-idulhaj dan Pegawai Kuliyah Undang-undang UIAM, Norazimah Azharul Abidin. “Setiap manusia ada bahagian masing-masing dalam kehidupan seperti direncana Allah. Namun, manusia diberi kudrat untuk memilih dan merubah segala ketetapan dengan doa dan usaha".“Justeru, saya bersyukur kerana anak saya mampu mengatasi kekurangannya untuk berjaya setanding dengan insan normal lain,” katanya Mohamad.

Menurutnya, Syarifah tiada di rumah ketika keluarga mereka dikunjungi pegawai UIAM kerana bertugas sebagai peguam persekutuan di ibu pejabat Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

notes :- Uwais pun Cerebral Palsy patient (CP Diplegia). semoga Uwais kuat semangat ye nak!! ibu always be your backbone..... forever!! thats my promise!!!

*CP*

5 comments:

Noina said...

wow..terujanya..Nabila pun sama gak..harap2 Uwais ngan Nabila boleh jadi cam Syarifah..Amin.. :)

ibu_uwais_ameenah said...

amin!!

mak long uwais-ameenah said...

untuk ibu2 yang tabah...semoga ianya menjadi kenyataan..... insyallah.....amin

dina said...

InsyaAllah... sama2 kita doakan semoga Uwais berjaya mcm Syarifah. Amin...

ibu_uwais_ameenah said...

insyaAllah... amin. semoga impian menjadi kenyataan.

:: we belong together ::

Daisypath Anniversary Years Ticker

:: my asham boyyy ::

Lilypie Kids Birthday tickers

:: my asham kepinggg ::

Lilypie Fourth Birthday tickers