Thursday, October 29, 2009

momen indah

abang & adik yang lovesssss each other



uwais cakap pakai macam 'belalang' ibu!

apa kes adik ni?? dah le pakai helmet terbalik!!

sayanggggg ibu!!
.
[ibu pun sayang abang ngan adik... dunia akhirat!!]

adik tu cam kena paksa ngan abang jerkkk...





nota momen :- kan best kalau daddy ada sama... ala... tapi daddy tu bukan suka amik gambo pun ;D



* luv daddy-uwais-ameenah with all my heart*

Wednesday, October 28, 2009

kesan kehilangan 'pagar'

Kesan kehilangan pagar (gigi) 10 batang.

  • tidur air liur basi meleleh - tak bley blah punya.... malam pertama lepas operation. ada la dia mau tidur dekat tiak ibu (tempat feveret dia tido) lepas je dia lena. ibu pun angkatkan kepala dia letak atas bantal. eh, apsal baju ni basah. cium punya cium..... mak aiiii.... air liur basi dia da.....

  • cakap bersembur - ni pun sama. semenjak takde pagar ni, kalau cakap pasti air liur terpercik. hurmm.... nak wat camno...

so far yang ibu nampak dua nilah kesan kehilangan gigi. kalau ada yang lain nanti ibu update yer!

*gigi oh gigi*

Tuesday, October 27, 2009

terluka

xmo cakap banyak-banyak...

hati terluka tak siapa yang tahu

=(

*love*

Saturday, October 24, 2009

aku, dia & volkswagen

Time shopping barangan dapur. Sempat menyinggah makan KFC, sempat lagi mengambil gambar!!




*my amazing kids*

G.A.R.U.K

Al-kisah Uwais.

Dia ni kalau bab nak tidur manja lebih.

Mesti ibu kena G.A.R.U.K belakang dia dulu.

Kalau tak G.A.R.U.K, mesti tak boleh tidur.

Cara-cara G.A.R.U.K, mula-mula dia baring meniarap.

Ibu akan letakkan bedak agnesia.

Letak banyak-banyak sikit yer

Then ibu ratakan bedak.... dan G.A.R.U.K!!

G.A.R.U.K sampai dia terlena.... Boleh giteww???

bedak agnesia

letak kan bedak
sapu



G.A.R.U.K
.
.
.
.

*uwais oh uwais*





Friday, October 23, 2009

Surgery : Comprehensive Dental Care under GA

21.10.09 - ibu & uwais bertolak dari rumah akak jam 8.15 pagi. Seperti biasa, melalui federal highway trs ke cheras. Xde la jammed mana pun. Sampai lebih kurang pukul 8.45am. Syukurlah masa ibu lalu lorong parking yang hujung (dah biasa dekat situ coz nearer dengan tempat fisio) ada 1 kereta keluar. Ssib baik la depan ibu xde kereta langsung. Hharus la ibu pecut nak amik parking kan!

Sudah siapkan uwais masuk dalam stroller, ibu cuma bawak bag yang ada dokumen, at first, ibu kena ke fisio dulu jumpa Azizah. Nak amik reference letter untuk ke ortopedik untuk buat splint then terus pegi ke level one, oral & maxillofacial department. Lama jugak ibu tunggu kat sini coz fara the person incharge sibuk skit uruskan hal patient lain. Then kami dibawa jumpa doktor Meriah Ukur Sembiring. Oh, he's an Indonesian! dia maklumkan dekat ibu apa yang they will do, apa kondisi selepas berlakunya operasi (wah wah, ibu tulis pun dah macam orang indon!)



the ward

the bed

Lepas sign borang bagai, kena plak register masuk wad dekat lobi utama. Isi borang, terus naik ke level 4. Uwais ditempatkan di Paeds 3 (surgeri) semua anak-anak yang nak buat operation ditempatkan di sini. Bbila berada di sini, ibu rasa bersyukur sangat uwais dilahirkan dengan CP diplegia (minor-20% only). Tengok anak-anak kat sini, sayu je hati ibu, mereka lebih teruk dari uwais. betapa mereka diduga Allah begitu berat sekali. Pity them :-(

Memenuhi masa terluang diwaktu petang, Uwais mewarna (syukur, Uwais semakin cantik mengaler, xde le terkeluar garisan macam dolu-dolu) main laptop thomasnya... ibu plak, hanya baca newspaper. Terlupa plak nak bawak magazine Wanita yang belum sempat lagi baca :-( Dah kepenatan, Uwais tidur. 4.30pm, uwais jaga, ibu ajak ke lobi nak tengok citer bunian. Kalau dah tengok petang, kang malam dah x yah tengok dah ;D









Malam, kami dinner seawal 6.30pm. Biasa la hospital, memang awal time dinner kan. Pukul 7.00 tengok tv sampai 7.30pm. Balik ke katil, buat apa yang patut. Back to tempat tv, tengok buletin utama. Pukul 9.00pm, balik ke bilik... ibu tarik kerusi rehat (yg boleh jadi katil). Uwais plak sibuk nak tidur kat situ. Ibu plak amik pot kat atas katil. Huh! Uwais, jangan harap la dia nak tidur kat kerusi tu, sudahnya dia cakap; "ibu.... nak tidur dengan ibu kat atas katil.." yelah... (dalam hati dah agak dah....) Malam kami takde tangkap gambar bagai, penatlah. Lagi pun nak suruh Uwais tidur awal, esok surgery dia orang pertama...





22.10.09 - Ibu bangun seawal 5.30am. Siapkan barang, buatkan apa yang patut. 6.30am, siapkan Uwais, pakaikan dia baju untuk masuk OT. Wah wah uwais... tapi dia tanya; "ibu kenapa baju ni tak tutup belakang??? Malu la...." hahahaha.... 7.15am, uncle PAR datang amik Uwais. Time ni dah bersiap naik atas strecher nak tolak ke OT tingkat 2. Dug dag dug dag. Time ni ibu dah off camera. Dah tentu kat spital x leh amik gambar bagai. Kalau ada hp kamera, boleh gak curi2 tangkap kan?? Lupakan saja...









Dari wad Paeds 3, ada 4 patients akan buat operation. 1st is Uwais (Comprehensive Dental Care Surgery), 2nd is Shafiq (operate salur kencing) 3rd is one 7mths old Chinese boy (sumbing) & 4ths is Sabahan boy (yang ni ibu x sure sakit apa, tapi kat hidung dia ada wayar). Sampai OT, ibu kena tukar baju uniform. Tinggalkan bag dekat kaunter, hanya bawak barang berharga sahaja. Masa menunggu ada dekat 10-12 operation pagi semalam. 8.30am, semua dah masuk dewan bedah, Uwais aje belum. Tepat 8.38am, Uwais ditolak ke OT. Dr Naga & nurses dah tunggu. (Dr. Naga = sangat friendly!)

Sementara Uwais dibius, ibu temankan dia dekat OT. Lepas je dia tertidur, ibu diminta tunggu diluar. Sementara tu sempat le ibu bersarapan dekat cafe. Lepas sarapan ibu terus balik ke OT tunggu Uwais selesai. Dalam pukul 10.30am, ibu dipanggil untuk masuk ke dalam. Kat situ boleh nampak Uwais dah sedar. Uwais sibuk dok tunjuk mulut dia. Tunjuk gigi dia yang dah takde. Hehehe... Temankan dia kat situ kejap. kena cek heart beat semua ok ke tidak before boleh tolak ke ward. Time ni paling mencabar bagi ibu, time ni la dia mengadu bibir bawah dia sakit, menangis dan terus menangis. Ibu pujuk la dia, tak jalan, sakit jer dia cakap. Then bising-bising nak balik bilik. Then panggil doktor. Doktor masukkan ubat kat tangan dia. Ubat tahan sakit kot. Doktor cakap ubatnya ngantuk sikit. Nangis lagi... siap cakap abang lapar, abang nak makan, abang tak makan lagi.... aloh loh... pandainya... Semua doktor & nurse gelak aje dengar dia cakap macam tu.

Tak lama lepas tu Uwais pun dah boleh tolak ke wad, kasi dia minum air skit, then tidur. Kesan ubat tadi kot. Lepas bangun, makan ice-cream (untuk mengecutkan gusi) then sambung tidur balik. Dalam pukul 3.00 doktor Meriah pun datang checking itu ini and then discharge Uwais petang tu jugak. Lepas siap segala ibu pegi bayar bil costing rm20 (charge wad), sementara billing for surgery rm497.00 waived coz guna GL. Syukur alhamdulillah. Then terus ke kereta then parking untuk 2 hari = rm16.00. Berkira-kira mau claim En. Suami lah. Hehehe...

uwais menikmati ice-cream




lepas surgery dapat minum air









Sekian!
.

.

.

.

.

.




Terima kasih atas doa kalian samada di blog ini, facebook or sms. Hanya Allah saja yang mampu membalasnya!








.

.

.

.

.


nota ward :- Sangat terkilan bila saudara sendiri takde bagi support....

.

.

.

.




*love*

Monday, October 19, 2009

maxillo @ 22.10.09 @ HUKM

its confirm babe! maxillofacial uwais will be doing on 22.10.09. jumaat petang, HUKM dah called. so ibu pun x leh nak tolak lagi. next week nak kena cek mata @ H.Selayang lagi, then bergegas ke HUKM plak for splint kaki. harap harap harappppp sangat asham boy ibu kuat semangat. takpe bang, ibu ada. jangan takut ye nak......

kalau ikutkan, selasa ibu kena ke hukm jumpa specialist untuk tau prosedur, pro & cons buat operation, untuk sign borang kebenaran operation. tapi ibu mintak untuk jumpa specialist on the day uwais kena warded (21.10.09) so, fara hukm dah sms, doctor cakap ok, datang rabu pagi before 9.30 sebelum masuk wad, pegi klinik dulu...

ibu ada tanya kawan2 kat facebook, ada yg kata buat, ada yang kata hold dulu.. so ibu jadi serba salah la... tapi, we (daddy+ibu) decided nak buat jugak. for uwais good jugak kan. sementara gigi tak sakit, tak membengkak. so, cuti pun dah approved. (yeay) thank you boss. nanti ibu try mintak untuk MC, replace unpaid leave (sekarang kami amik unpaid ajer, cuti dah kena tolak hari sabtu yang dipaksa cuti tu)

so esok satu hari ada kat rumah @ ofis. rabu & khamis off. apa nak buat ek kt wad nanti? takkan uwais nak bawak gitar??? mana boleh.... ok lah untuk mengelak dari uwais bosan, ibu bawak la laptop thomas dia + kereta-kereta free dia bila beli nutrigen. xde le dia kebosanan nanti, ye dak??

ya Allah, kuatkan lah semangat anak ibu, tabah kan hati uwais, Kau permudahkanlah segala urusan anakku Ya Allah!!

i need your support please!!

Oral and maxillofacial surgery is surgery to correct a wide spectrum of diseases, injuries and defects in the head, neck, face, jaws and the hard and soft tissues of the oral and maxillofacial region. It is a recognized international surgical specialty.

nota maxillo : ala... bapak asham tak dapat bersama lah (ada important work @ segamat) doakan segala-galanya selamat yer!!

*maxillo*

Sunday, October 18, 2009

Cloudly With The Chance Of Meatballs

semalam kami g menonton cerita nih. bapak asham yang ajak. plan nak g swimming hari ahad cancelled.


khamis ni kan uwais ada maxilo, so x nak la dia demam ke batuk ke. nanti susah plak postpone operation lagi.

boleh plak tu uwais ingat kami nak tengok papadom, tapi x molah, baik layankan dia tgk citer meatball.

sebelum masuk wayang uwais dah ternampak plak MPH. mintak nak beli buku (ish... yg dok ada kat umah pun x baca2 lagikk) belia buku meatballs ni. RM7.00.

first time bawak asham keping tengok wayang. at first ok, diam, tengok je, gelak-gelak. tinggal 1/2 jam show nak abis, dah x senang duduk. nak diri la tengok belakang la, jerit-jerit la... adik.. adik..

dalam keta otw balik, asham boy ngn asham keping dah tertidur....












*cloudly*

Friday, October 16, 2009

aktifkan....


Sehati Berdansa!!

ibu & anak-anak seronok tengok realiti tv nih. selain daripada membantu persatuan mengumpul dana untuk persatuan yang mereka wakili, dapat jugak tengok diorang bergelek. paling tak boleh blah time season 2, si azman adnan keras kejong menari (sebijik macam ibu!) agak-agak kalau ibu masuk la ngan daddy kan, buat malu jer, daddy tu dah le pakar zapin, ibu, haraaaammmm nak tau menari..

oh, nak sokong siapa kali ni? ibu kompius skit. kalau tengok gazzatte kt tv, mirnawan mewakili Persatuan Kanak-kanak Spastik Selangor & Wilayah Persekutuan. tapi dalam website, dia cakap Sein & Nana yang mewakili Spastik. yang mana satu betul ek... takpe, nantikan esok malam. siapa yang mewakili persatuan kanak-kanak spastik tu, itu lah ibu sokong!!






*chaiyok chaiyok*

diwali

Esok hari raya. raya deepavali. pesta cahaya.

Selamat hari deepavali kepada semua rakyat Malaysia yang beragama Hindu. Sayangnya rayanya hari Sabtu. rugi-rugi....

Bila nak dekat-dekat deepavali ni, teringin plak mau makan menu raya diorang, idiapam sama kari kambing. wah... mana plak nak carik... xde invitation pun pegi beraya. yang ada sabtu ni, jemputan aqiqah anak aju. ada kari kambing jua. idiapam takde la dik non.

oh ya, lupa plak. idiapam tu yang macam putu mayam tu. bezanya dia makan ngan kuah kari. putu mayama makan ngan kelapa + gula.

so sempena deepavali, i wish to all my hindus friend Happy Deepavali. to marriane, sockammah, prema, kogilavanni, vasanthi & yang lain-lain. seronok la jumpa you all kat facebook!!


idiapam + kari kambing







*divali*

Thursday, October 15, 2009

kerja keras

oh ho....

balik kang kena kerja keras...

kemas rumah, mop lantai

lipat kain.. (done, malam tadi)

al-maklum la, KING nak balik esok...

(eleh, bukan dia bising pun rumah kecah, ibu je POcoYO =)

nota kerja :- bukan umah sepah sangat pun... tapi weekday memang tak sempat nak kemas, abang long nak tidur ke tengok tv ke, mesti ibu kat sebelah dia... manja lebih!

*yeay yeay*

Tuesday, October 13, 2009

rojak telur vs rojak mee; sedap lagi rojak peer mohamed

rojak mee


versus


rojak telor





sajeje bercerita pasal rojak ni... tadi lunch baru lepas makan rojak telor... pas ibu balik cuci keta. saje singgah kat kiosk USJ1 menapau rojak. kuah sikit, bahan punya la banyak... (eleh, ibu mmg kaki kuah..) boleh la.. buat alas perut sampai malam. malam belum plan nak masak apa. ada ikan talapia merah kat rumah. oh maybe ibu akan masak sup tulang kot... hurm sedap nih... buat begedil, celurkan mihun, buat sambal kicap = syorrrga jawapannya. hiks..

tapi kan.. tapi kan, ibu tak bley blah kalau makan rojak mee... tekak mak tak leh terima.. apa ni... mee makan ngan kuah rojak.. tak sajak langsung! apa-apa pun, tak bleh lawan rojak kat gerai depan bus stand port klang. dia goreng cucuq dia time tu gak... searching google, ada plak orang tepek gambor rojak ni. siap uncle rojaknye sekali... bila la dapat makan rojak port klang tu lagi ekk?? daddy, bila??







rojak mee


rojak telur
.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

inilah rojak idaman keluarga arwah pakcik bahrudin







Berbaloikah???



semalam kat HUKM ibu amik car jockey... berbaloikah?? giler x berbaloi, appointment pukul 10.00am, pagi adik plak timbang kat klinik puncak alam. kalau dah appointment pukul 10.00 harus amik car jockey.. macam tau-tau je ibu semalam tak lalu kesas highway. konon-konon avoid untuk saved cost lah, hambekkk ko, kena jockey... total rm13.00 dari pukul 10.00am > 4.00pm. norish karman pun amik car jockey? ibu sama pegi ngn sama balik ngan dia lah... (apa kena mengena NK ngan ibu?? dia banyak duit, bulehhh la....) apa-apa jelah. janji senang bawak abang long tu. nanti next entry ada cerita best... pasal uwais & english course for disable, conduct by specialist from Singapore. doctor choose him to participate. awesome!




:: we belong together ::

Daisypath Anniversary Years Ticker

:: my asham boyyy ::

Lilypie Kids Birthday tickers

:: my asham kepinggg ::

Lilypie Fourth Birthday tickers