Friday, October 23, 2009

Surgery : Comprehensive Dental Care under GA

21.10.09 - ibu & uwais bertolak dari rumah akak jam 8.15 pagi. Seperti biasa, melalui federal highway trs ke cheras. Xde la jammed mana pun. Sampai lebih kurang pukul 8.45am. Syukurlah masa ibu lalu lorong parking yang hujung (dah biasa dekat situ coz nearer dengan tempat fisio) ada 1 kereta keluar. Ssib baik la depan ibu xde kereta langsung. Hharus la ibu pecut nak amik parking kan!

Sudah siapkan uwais masuk dalam stroller, ibu cuma bawak bag yang ada dokumen, at first, ibu kena ke fisio dulu jumpa Azizah. Nak amik reference letter untuk ke ortopedik untuk buat splint then terus pegi ke level one, oral & maxillofacial department. Lama jugak ibu tunggu kat sini coz fara the person incharge sibuk skit uruskan hal patient lain. Then kami dibawa jumpa doktor Meriah Ukur Sembiring. Oh, he's an Indonesian! dia maklumkan dekat ibu apa yang they will do, apa kondisi selepas berlakunya operasi (wah wah, ibu tulis pun dah macam orang indon!)



the ward

the bed

Lepas sign borang bagai, kena plak register masuk wad dekat lobi utama. Isi borang, terus naik ke level 4. Uwais ditempatkan di Paeds 3 (surgeri) semua anak-anak yang nak buat operation ditempatkan di sini. Bbila berada di sini, ibu rasa bersyukur sangat uwais dilahirkan dengan CP diplegia (minor-20% only). Tengok anak-anak kat sini, sayu je hati ibu, mereka lebih teruk dari uwais. betapa mereka diduga Allah begitu berat sekali. Pity them :-(

Memenuhi masa terluang diwaktu petang, Uwais mewarna (syukur, Uwais semakin cantik mengaler, xde le terkeluar garisan macam dolu-dolu) main laptop thomasnya... ibu plak, hanya baca newspaper. Terlupa plak nak bawak magazine Wanita yang belum sempat lagi baca :-( Dah kepenatan, Uwais tidur. 4.30pm, uwais jaga, ibu ajak ke lobi nak tengok citer bunian. Kalau dah tengok petang, kang malam dah x yah tengok dah ;D









Malam, kami dinner seawal 6.30pm. Biasa la hospital, memang awal time dinner kan. Pukul 7.00 tengok tv sampai 7.30pm. Balik ke katil, buat apa yang patut. Back to tempat tv, tengok buletin utama. Pukul 9.00pm, balik ke bilik... ibu tarik kerusi rehat (yg boleh jadi katil). Uwais plak sibuk nak tidur kat situ. Ibu plak amik pot kat atas katil. Huh! Uwais, jangan harap la dia nak tidur kat kerusi tu, sudahnya dia cakap; "ibu.... nak tidur dengan ibu kat atas katil.." yelah... (dalam hati dah agak dah....) Malam kami takde tangkap gambar bagai, penatlah. Lagi pun nak suruh Uwais tidur awal, esok surgery dia orang pertama...





22.10.09 - Ibu bangun seawal 5.30am. Siapkan barang, buatkan apa yang patut. 6.30am, siapkan Uwais, pakaikan dia baju untuk masuk OT. Wah wah uwais... tapi dia tanya; "ibu kenapa baju ni tak tutup belakang??? Malu la...." hahahaha.... 7.15am, uncle PAR datang amik Uwais. Time ni dah bersiap naik atas strecher nak tolak ke OT tingkat 2. Dug dag dug dag. Time ni ibu dah off camera. Dah tentu kat spital x leh amik gambar bagai. Kalau ada hp kamera, boleh gak curi2 tangkap kan?? Lupakan saja...









Dari wad Paeds 3, ada 4 patients akan buat operation. 1st is Uwais (Comprehensive Dental Care Surgery), 2nd is Shafiq (operate salur kencing) 3rd is one 7mths old Chinese boy (sumbing) & 4ths is Sabahan boy (yang ni ibu x sure sakit apa, tapi kat hidung dia ada wayar). Sampai OT, ibu kena tukar baju uniform. Tinggalkan bag dekat kaunter, hanya bawak barang berharga sahaja. Masa menunggu ada dekat 10-12 operation pagi semalam. 8.30am, semua dah masuk dewan bedah, Uwais aje belum. Tepat 8.38am, Uwais ditolak ke OT. Dr Naga & nurses dah tunggu. (Dr. Naga = sangat friendly!)

Sementara Uwais dibius, ibu temankan dia dekat OT. Lepas je dia tertidur, ibu diminta tunggu diluar. Sementara tu sempat le ibu bersarapan dekat cafe. Lepas sarapan ibu terus balik ke OT tunggu Uwais selesai. Dalam pukul 10.30am, ibu dipanggil untuk masuk ke dalam. Kat situ boleh nampak Uwais dah sedar. Uwais sibuk dok tunjuk mulut dia. Tunjuk gigi dia yang dah takde. Hehehe... Temankan dia kat situ kejap. kena cek heart beat semua ok ke tidak before boleh tolak ke ward. Time ni paling mencabar bagi ibu, time ni la dia mengadu bibir bawah dia sakit, menangis dan terus menangis. Ibu pujuk la dia, tak jalan, sakit jer dia cakap. Then bising-bising nak balik bilik. Then panggil doktor. Doktor masukkan ubat kat tangan dia. Ubat tahan sakit kot. Doktor cakap ubatnya ngantuk sikit. Nangis lagi... siap cakap abang lapar, abang nak makan, abang tak makan lagi.... aloh loh... pandainya... Semua doktor & nurse gelak aje dengar dia cakap macam tu.

Tak lama lepas tu Uwais pun dah boleh tolak ke wad, kasi dia minum air skit, then tidur. Kesan ubat tadi kot. Lepas bangun, makan ice-cream (untuk mengecutkan gusi) then sambung tidur balik. Dalam pukul 3.00 doktor Meriah pun datang checking itu ini and then discharge Uwais petang tu jugak. Lepas siap segala ibu pegi bayar bil costing rm20 (charge wad), sementara billing for surgery rm497.00 waived coz guna GL. Syukur alhamdulillah. Then terus ke kereta then parking untuk 2 hari = rm16.00. Berkira-kira mau claim En. Suami lah. Hehehe...

uwais menikmati ice-cream




lepas surgery dapat minum air









Sekian!
.

.

.

.

.

.




Terima kasih atas doa kalian samada di blog ini, facebook or sms. Hanya Allah saja yang mampu membalasnya!








.

.

.

.

.


nota ward :- Sangat terkilan bila saudara sendiri takde bagi support....

.

.

.

.




*love*

3 comments:

Dania's mummy said...

tak per, biar kan la sedara mara ko tu... yang penting ramai2 kawan2 ko yang support.

mamashasha said...

alhamdulillah dah selesai pun....uwais budak baik....insyallah setiap pengorbanan ibu akan uwais kenang....

ibu_uwais_ameenah said...

dayah: hurm! biarkan lah ni! maybe dorang ingat nothing kot!!

bed : mudah-mudahan bed! arini din mau datang umah aku lah!

:: we belong together ::

Daisypath Anniversary Years Ticker

:: my asham boyyy ::

Lilypie Kids Birthday tickers

:: my asham kepinggg ::

Lilypie Fourth Birthday tickers