Friday, December 31, 2010

2011

welcome!!




new year

new life

new hope

new spirit





bilik sendiri

baru sempat, kemaskan bilik budak 2 ketul tu. sebab MDS baru budak2 amik tilam yang bertingkat kat rumah tu....

so, malam kelmarin adik dah tido, daddy dia angkat la masuk bilik. abang time tu belum tido, dia cakap dia nak tido bilik ibu, minggu depan baru tido bilik dia (alasannn). sudahnya daddy yang temankan adik tido kat bilik.

huhuhu.. pastu pukul 4am adik bangun cari ibu, dia b***k. terus sambung tido ngan ibu.



adik tido


katil abang, kosong je..



abang cakap, minggu depan la ibu baru tido bilik kitorang...

elok lepas kemas bilik diorang, abang ajak adik masuk bilik ibu. pastu tau dia cakap apa?? "adik, jom kita main kat sini, kat BILIK ORANG TUA" orang tua??? yelah tu, orang tua korang!!


Thursday, December 30, 2010

M.A.T.A

mata anak-anak memang so special. ramai orang cakap ikut mata ibu. betul ke?? wallahualam x pulak ibu perasan.

yang ibu perasan bulu mata abanglong makin panjang. yeke bulu mata memang boleh panjang?

mata adik, orang cakap besar. besar ke????



abang



adik




Wednesday, December 29, 2010

ke sekolah Uwais!

pagi tadi ke sekolah Uwais!! bayar yuran & duit buku. cikgu memasing menantikan Uwais. bila Uwais datang dengan 'kereta' dia, semua pun cakap, oooo ini la budaknya.. mereka berbesar hati menerima Uwais. harap kawan-kawan Uwais pun juga begitu. apa-apa pun, Uwais kena double work untuk apa-apa pun. kalau tak, dia mudah tercicir...




sekolah Uwais!!


Tuesday, December 28, 2010

:: apa nak buat?? ::

sorry guys, xde mood update blog. (rupanya jd housewife memang sibuk memanjang ek, nak update blog pun tak sempat!!)

korang pernah tak dapat message merepek meraban yang offer korang beer, carlsberg, smirnoff, hennessy dan sewaktu dengannya?? heiii aku lotih la received semua sms-sms ni.

call maxis centre diorang suruh subscripe short sending message. yang boleh block sms/call dari orang yang tidak diingini. rm2/mth up to 10nos je. masalahnya sms yang aku dapat pun dah lebih dari 10. camne tu??

ada penah korang dapat tak sms macam aku dapat?? korang ada idea x macamana nak ignore bendalah ni? aku rasa nak je walk in gi zaaaasssss setepet. aritu aku penah la call tanya, orang tu jawab diorang tak tau. ramai jugak orang call and complain. cuma yang diorang boleh tolong kasi no phone kat diorang n diorang pass to marketing department. diorang cakap ni marketing department punya kerja. wallaweiii....


012-2549175 - 08/11/10 - The Sanctuary, Curve

010-4284409 - 11/11/10 - Opera, Sunway (56357272)

010-7922211 -13/11/10 - Quattro (21666566)

010-5409977 - 14/11/10 - Quattro (21666566)

010-5402121 - 17/11/10 - The Library, Mid Valley (22826001)

010-7949696 - 18/11/10 - The Opera, Sunway (56357272)

010-7922211 - 20/11/10 -

(zaaaaassss... aku type gedabak panjang, dah publish sekali tak keluar da... check balik. yang kat atas ni je yang tinggal... aku tengok tadi before publish dekat 20 no. tinggal kontot ni je?? sabo jelah!!)


Tuesday, December 14, 2010

SRAB


baru berkesempatan tengok surat tawaran Uwais.
wah, macama nak masuk U pulak... kisahnya di sini.



Monday, December 13, 2010

rindu nak berzapin yer!

aritu.. tengok MIP dok buat apa. aku ngintai dari tepi katil. (dia kt atas katil wif si kenit & abanglong yang dah tido)

tengok apa yang dia tengok kat youtube... jom skodeng!!


nampak???


nampak?? x nampak jugak. ok. kita zoom in lagi


ok. clear.


teringin nak menari lagi ke bang??


adik yang setia menemani daddy


pastu dia pun dapat la habuan, pasang video feveret dia kt youtube!


huhu... kalo dah minat. tetap... cuma partner menari je takde. aku??? keras kejong dow!!





Sunday, December 12, 2010

picit saya pleaseeeee!!

anak-anak memang ringan tulang kalo mintak tolong. tapi abang tu kureng sikit. maybe pergerakan yg terbatas membuatkan dia kureng nak menolong kot. ibu pun kalo apa2 yg abang nak buat, selalu marah dia, pasal nanti dia penat nak kena merangkak.

dah la umah ni besor. abis dia punya lutut berkerutu. tapi since aku bagi dia pakai krim foot works dari avon, alhamdulillah lutut dia ok. oh, dia jarang pakai walker kt dalam rumah. lagi pun walker stil kat puncak alam. minggu depan nak balik sana, ada appointment, baru amik bawak gi segamat.

si kenit memang rajin. kalo bila suh dia buat, dia taknak, aku terus je cakap, abang, tolong ibu... nanti automatik si kenit akan cakap... adik tolong.. adik tolong... hehehe.... senang jer... 

tengok... rajinkan dia. siap letak krim urut gamat lagi....


tangan si kenit. cumel kan?? 

  

Saturday, December 11, 2010

KaroK time!!

nak karok, tak sempat-sempat pergi. sudahnya, daddy beli micropon sorang satu untuk budak 2 ketul tu. hehehe... kebetulan aritu balik jb, dorang bagi dvd kt kitorang. maklum le dorang dah ada tv ngan home theatre baru. dvd terus simpan!

 sudahnya uncle ali uwais bagi dekat dia. wah suka la dia. pagi tadi dok melalak ngan adik dia.



sukanya uwais!


layan...


ibu rasa adik comel sangat time ni!!


comellll




interview semalam

hai darlings....

rasa lama benor aku tak hapdet blog. memang lama. since duduk kat segamat ni baru sekali ke dua kali aku update. busy semedang.yela, kadang-kadang bukan buat apa pun, cuma malas nak on laptop. eh silap. on laptop iyer, malas nak masuk internet. kadang budak 2 ketul tu main games la. tengok movie la.

si adik tu lagi la. pagi-pagi belum mandi dah cakap kat aku, "ibu... nak tengok adnan sempit boleh tak???". pastu terus dia cakap kat abang dia, "abang nak tengok adnan sempit tak???" dengan suara ala-ala manja dia. cair naluri keibuan aku ni dow.

pulak tu siap ngada plaptop sambil bersila. giler. hari-hari mintak bukak adnan sempit. kadang-kadang sehari sampai 2-3 round. tak boring betul dia. tapi sekarang dia dah tau dalam laptop daddy ada citer geng. so selalunya abang yang mintak nak tengok citer geng. adik pun follow ajer....

ceh, mukadimah je dah 3 paragraphs. ok la aku nak citer pasal interview aku semalam. ni untuk kawan baik aku dayah la ni. pasal dia yg beriya-iya suh story. pagi-pagi semalam dia sms aku wish good luck.

post ni xde le gempak mana pun. tapi kebetulan ianya kat u**m sendiri, aku just try my luck aje. tak guna kabel pun. tau je la MIP tu, bukan dia nak tolong. dia cakap, malas nak mintak tolong. nanti kalau dapat, orang kata guna kabel. so baik suruh aku apply ikut procedur biasa.

hari khamis petang dalam kul 4.40 aku received call. nombor, nombor sini. ingat MIP la yang call. sekali bukan da. dia suruh datang esok pagi interview kul 8.30am kat dewan mesyuarat utama. wokeh. terus sms MIP suruh dia return call, urgent. malas nak guna phone rumah, intercom je. tapi dia dok ngecat bilik fakulti kot, aku tak tau no dia apa. so dia return call, terus aku cakap esok pagi kena gi interview. hahahha... dia gelakkan. hampeh...

the day has come. esoknya pepagi dah bangun, sidai kain dulu, mandi solat, siapkan anak-anak. dekat anak-anak daddynya cakap ibu kena pergi keje. kang cakap interview tak paham pulokkk...

sampai kat depan bilik mesyuarat utama, terus register. dah ramai jugak. untuk post aku ada 5 candidate. selebihnya untuk keselamatan, technician, admin, sukan, librian. tengah tunggu kat luar tu, ezan (ofismate MIP) asyik lalu aje. setiap kali lalu setiap kali tu aku tunduk. malu lah. tp dia x perasan aku kot. last jumpa/cakap ngan dia pun masa anak dia kawin ada la dekat-dekat 1 stgh tahun lepas. hehehehe...

mula-mula interview keselamatan, next technician, than barulah finance. aku no. 4. masa masuk dalam tu biasa je. ada le gemuruh sikit-sikit. interviwer dia pengarah sendiri, timbalan pendaftar & timbalan bendahari. than ada sorang penolong pendaftar yang tolong ambilkan sijil & panggil nama.

perkenalkan diri. then dia tanya suami kerja apa. nama apa.. bab ni dah interesting. pasal dia tanya pasal personal je. yg timb pendaftar dah tentu kenal MIP, pengarah tu baru kat sini, so dia kurang kenal la. ada ke interview aku banyaknya tanya pasal MIP. MIP ngajar apa, course apa, orang mana, duduk mana. then dia trick aku, MIP dah ada master, aku pun cakap la, siyes. then dia cakap haah ek, dah ada master sebab tu la jadi lecturer. (MIP ckp dia saje je nak test aku tu, tau ke idak..) timb bendahari tanya lepas spm buat apa. since aku apply ni utk post spm, aku sejujurnya cakap la aku sambung diploma kat uitm. aku memang tak attach langsung sijil2 aku dari uitm. pasal thru experience aku, kalo untuk level spm, letak spm je. kalo ko letak ko ada diploma, terus ko reject. tapi aku tgk budak2 yg dtg interview tu semuanya attach diploma, and mostly from uitm!!

then aku kena cerita bidang kerja aku kat office lama. aku cerita la apa yang aku buat, itu ini begitu begini. ok fine. tanya pulak bape revenue co. setahun. hehehe...  then tanya pulak, apa kemahiran yang aku ada, siap bagi contoh, menjahit ke. terus aku cakap aku memang suka menjahit. pengarah tanya apa yang aku boleh jahit. aku cakap aku boleh jahit baju kurung. tapi passion aku lebih kepada langsir. then dia cakap lagi, kalau kita suruh u ajar orang menjahit, boleh ke. aku ckp, sikit2 boleh le, aku bukan terror benorrr...

then dia tanya apa lagi yg aku boleh buat, masak boleh??? aku cakap, bolehhhh. dia cakap bukan apa, kat sini kalo ada maal hijrah ke, majlis apa2 ke memang kena tolong masak-masak. tau-tau dah kena siap aje. aku cakap, boleh, no problem. (poyo).  yg pen. pendaftar tu pulak siap menyampuk; "dia pandai masak ni.. sedap.. saya dah rasa.. en. mail bawak". pengarah siap cakap, oooo u dah rasa yer... then pengarah cakap, ok kita boleh consider macam mana. nanti apa-apa hal kita contact you. boleh dipertimbangkan. ekekeke...

fuhhhh lega!! dan masa MIP balik dari solat jumaat (cepat), terus aku tanya, aikk cepat arini. dia cakap, biasaaaaaa... melarikan diri. (dari jumpa pen pendaftar, timb bendahari & timb pendaftar) kot-kot la dia pulak yang kena interview!!



kalo dapat, rezeki anak-anak la.


Thursday, December 2, 2010

puncak alam...

here i come!!

esok balik puncak alam. yeay yeay!! baru berkira-kira dengan MIP nak pegi mana weekend ni. tup-tup tadi dia dapat call dari unit ko kena pergi passing out LIBK kt uitm puncak alam. siyes.... mak suka nok!

so, MIP cakap esok petang kita balik puncak alam. isnin, balik segamat balik. boleh le ibu bayar duit RT sekali...





Thursday, November 25, 2010

Its Uwais Konvo!!

13/11/2010, bertempat di dewan serbaguna fasa 3, puncak alam. berlangsungnya majlis konvokesyen pasti ar-raudhah. seronok bangat. bukannya apa, seronok melayang feel uwais yang pakai jubah & mortar board ala-ala daddy dia, dia cakap....

untuk result periksa akhir tahun. alhamdulillah... xde le teruk sangat. dan tak le bagus sangat. aku tak kisah sangat, setakat dapat 79% untuk keseluruhan markah, dapat peksa no 9. what a big deal? he only 6. lebih membanggakan lagi, dia disable kid yang bersaing dengan budak normal. tak bangga ke ibu? no 9 out of 39. ok la tu....

dan kerana dia belajar kt pasti jugak la dia lulus ujian kemasukan darjah satu SRAB. enjoy gambar konvo uwais ye! (tangkap thru hp je. belum beli camera baru!!)



my handsome Uwais!


ibu suka gambar ni. time ni dia tgh pandang daddy


adik pun sibuk jugak. dia nanti x sek pasti.
 awal2 lagi dia dah book tadika kemas kat segamat katanya!


ibu wif the loves one!


daddy teman Uwais terima scroll
(dan semua cikgu Uwais tak sabar nak tgk rupa daddy dia.
maklumla, everything ibu yg uruskan! here he is)


dikir barat - anak tupai. more easier for his teacher to put him on the chair



 adik yang leka tgk persembahan (dan sebenarnya jeles!!!)
  

penutup konvo. InsyaAllah by maher zain. adik pun sibuk naik pentas!
(cikgu yang suruh!!)


  

nota pasti : cikgu/pengurus pasti maklum Uwais dapat masuk SRAB & they are so proud of Uwais!!! thanks pasti ar-raudhah!!





*pasti ku pasti*

Wednesday, November 24, 2010

i am officially....

a full time housewife!

perasaan? toksah cakap la. berdebar, terharu, pilu semua ada. sekarang masih boleh tahan lagi. tunggu nanti bulan depan camne, belum tau. harap everything goes well.

cabaran sememangnya tetap ada. sama ada kita bekerjaya atau pun tidak. sekarang masa untuk bergebang memang tak ada. pasal sibuk uruskan rumah, suami dan anak-anak.

korang tau jela kan, dah nama duduk kuarters. dah tentu rumahnya x sebersih rumah yg baru di beli or rumah sewa. MIP tu, setahun duduk sini, tak dikemasnya. maksud saya, habuk-habuk bagai tu, tak dilap. cuma yang bersih bilik tidur. pasal kt situ la dia beradu, kat situ jugak la dia tengok tv. makan semua kt luar.

semalam baru berkesempatan cuci dapur. memang masa MIP duduk dulu ada jugak dia masak. setakat perangatkan lauk-pauk yang mak dia bekalkan, or din (student dia yg x dpt kolej, dia ajak duduk sekali) goreng ayam / kentang. ingat tengahari tadi aku nak masak telur bistik pun.. nan ado... bawang xde. masa cuci dapur, dah buang segala bawang yang dah tumbuh pokok tu. balik dari rumah in law aritu pun lupa lak nak amik bawang / kentang sikit. cuma amik lauk yang mak bagi je..

tengahari tadi, cuma goreng ayam kentucky aje. kesian... MIP balik xde makan. sori daddy... lepas zohor, pegi opis MIP. memang janji nak kemas bilik dia. sekali tengok macam tongkang da..... baru half way kemas. esok sambung lagi. pagi tadi sempat la aku gosok baju & seluar kerja.

malam.. masa untuk berehat. siang busy sikit. uwais ngaji, masak, kemas rumah. selain dari tengok sinetron!! hahahaha....




*luvdaddyuwaisameenah*

Tuesday, November 23, 2010

busy like a bee!!

holla....

lama x update.

2-3 menjak ni busy sikit.

even dah jadi housewife,

tapi banyak keje nak kena settle kat segamat ni.

i will story mori soon ek....









Friday, November 5, 2010

my kitchen open daily

sejak dua menjak nak tukar profession ni,
 lain macam lak aku rasa feel memasak ni.
 cuba kita lihat hasilnya.
oh ye. ni yg sempat aku snap je.


bendi masak taucu


bendi tumis cili


dalca daging


laksa



nasi dagang terengganu



nasi goreng sambal belacan



puding roti



seri muka



spagethi bolognese








:: we belong together ::

Daisypath Anniversary Years Ticker

:: my asham boyyy ::

Lilypie Kids Birthday tickers

:: my asham kepinggg ::

Lilypie Fourth Birthday tickers