Friday, January 29, 2010

Segamat.. here i come!!

Salam u ollss... harini bangun pepagi. Awal babe, maklum ler... excited giler... Arini kami akan ke Segamat!! yeah yeah... train jam 0825, we will arrive segamat 1214.

Cuti le teman today. Aku memang plan asalnya nak naik train malam. Kalau naik train malam kena amik half day.. Yelah nak amik budak2, balik umah then baru pegi umah akak. Bila berbincang ngan cik Nash yg sedia mengfollow (you follow, i follow...) kami decide nak naik train pagi. Ater... katanya cuti banyak lagi.. (poyo, cuti kena potong sabtu lagi ada ler, tp cuti last year masih berbaki 2 hari yer!)

So sekarang kami kat pantai dalam. Around pukul 7.00 sat gi kuar la rumah. Amik cab ke KL Sentral. Tak sabar mau makan SOTO KG. JAWA!! (zafri.. .sila jangan jelessssss) & shopping di jakel!

daaaaaaa


.

*soto*

Tuesday, January 26, 2010

7 wonderful years

thank you for being my second half.
.
thank you for being daddy to our kids,
.
being my husband,
.
my bestfriend,
.
my boyfriend,
.
my soulmate
.
&
.
give ur shoulder to me to cry on.
.
thank you for the 7 wonderful years.


i love u forever...

ibu & daddy

benih cinta kami

.



.

.


.



*25.01.03*



Saturday, January 23, 2010

Al-Fatihah

Al-Fatihah diatas kemangkatan Sultan Johor, Sultan Almutawakkil Al-Allah Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail. Sila baca di sini.

nota :- ingat kemangkatan baginda sultan cuti ler johor esok... nan ado... baru nak kerahan chenta hatiku pulang naik train 2.30 am. cehhh

*al-fatihah*

Friday, January 22, 2010

rezeki tahun baru

Lamanya x menjengah blog. Dah bersawang abis... Bukan apa, new year sibuk sikit....

Arini baru menjengah blog dayah & baru tau dia pregnen!! Congrats girlllll.. Agaknya aku yg paling lewat tau kot. Rezeki ko ekkk. Alhamdulillah.

Rezeki aku?? Ish, mana ada... takde isi pun. Sebenarnya chenta hatiku memang berkeinginan tambah lagi sorang. Selalu dok tanya dengan Uwais & Ameenah; "Abang, cakap dengan ibu, abang nak adik lagi" Then Uwais pun pi la cakap dengan ibu sambil tersipu-sipu malu. Cehhh... Tapi tuan empunya badan ni yang tak mo lagi. Bukan apa. Susah nanti nak urus Uwais sekolah. Tahun depan kan Uwais standard one. So nak kena bagi tumpuan dekat dia.

Nak citer pasal rezeki ni, alhamdulillah rezeki anak-anak. Tu antara sebab jarang berblogging. Sekarang ni tak menang tangan menjahit. Telekong. Alhamdulillah.... so far dah 3 pasang dah siap. Ada 7 + 1 lagi menanti. 6 kanak-kanak, 2 dewasa. Asal mula saje suka-suka je buat untuk Ameenah, letak gambo kat facebook, ramai plak kawan-kawan nak tempah. Tak dibuatkan, kesian pulak.. depa dok ngadu susah nak cari telekong budak-budak. For me pulak. nak cari telekong budak-budak senang, mydin ada. Cuma jahitan dia x kemas. (Ceh.. macam le aku jahit kemas sangat!!) Sungguh. Kalau dah ada kemahiran, x digunakan, buat apa kan??

Alhamdulillah... rezeki tahun baru...

Nota jahitan :- Tengah kow-tim nak jahit skirting meja & sarung kerusi untuk catering dengan seorang kawan. Kalau ada rezeki, ada la~~~

*alhamdulillah*

Sunday, January 17, 2010

Klinik 1 Malaysia

Klinik 1 Malaysia


Assalamualaikum! Hari ni kita bersiaran dari Pantai Dalam ye. Sajeje melepak rumah kakak. Tido sini... Datang ke PD, cik ameenah demam la pulak.. sian busuk 'asam' ibu nih... Meenah kalau demam - 'like daddy like daughter' sejibon cam daddy dia. Merengek... manja lebih.... ouucchhh!!

OK la semalam ibu bawak dia pegi klinik 1 Malaysia. Klinik yang paling murah di Malaysia tuh... Dokek je ngn umah kakakku ini. Akak blok A, Klinik tu blok B... Kira-kira jalan tu 20 langkah je dah sampai. Oh ya klinik ni hanya untuk sakit2 ringan je seperti demam, batuk, selsema.

Maka cik meenot pun pegi la dgn ibu ditemani oleh bibik kakak... (ater... bibik dah biasa!!) Kejap je tunggu. Terus masuk jumpa HA (Hospital Attendant). Tinggi gak panas si kenit ni. 38.8 darjah celcius. Huhu... Dapat paracetamol syrup saje dik non. Katanya memang ubat selsema & batuk below 2 yrs old tidak disediakan. Kalau demam tak kebah dia suruh pegi klinik kesihatan or klinik biasa.

Sampai pagi ni, demam belum kebah and ibu decide want to bring my little girl gi klinik azhar lah kejap lagi!! Doakan meenah cepat sembuh yer!! Demam umur 2 tahunnnnn......

RM 1 je bayar. Bibik kakak ckp kalau dia pegi kena RM15.

muka budak demam...

.

.

.

.


*1 Malaysia*

Thursday, January 14, 2010

01/01/10 - 04/01/10

Hari Jumaat. Tak ke mana pun. Pergi Carrefour, saje jenjalan. bosan dok umah. Sempat menyinggah kedai 100 optik. Terpengaruh dan menempah spec uwais. Bingkai 150, lens 80, total 230. Coz of 1st customer, i got 200 only. Mickey mouse brand. En. Suami plak x balik. Masih sibuk dengan semester baru yang baru dibuka. Sabtu. En. Suami ada modul untuk budak semester satu. Katanya mau pulang.... Lepas lunch. Hoye!

Sambil menunggu daddy-uwais-ameenah pulang. Sambil menunggu kak Jihah datang. Nak ngambik telekong si Marsya. Thanks kak kerna sudi menempah. Thank gak pasal jauh2 dari Puchong datang amik. Kalau saya, mau pos sajer...

Elok je kak Jihah balik, tak sampai 1/2 jam, daddy balik. Hoye lagi. Ingat nak relax2 je kat rumah. Daddy kata, siap lah... Wah... Suker..suker... Lepas Asar kami keluar ber4. Pergi carrefour kapar. Shopping beg sekolah Uwais. On the way balik. Terperasan plak keta BGL 1**5. Anjang baru pulang dari Jusco. Terus follow kami yang merendek ke Tesco Setia Alam plak. Bukan buat apa, gi makan je kat situ. Carrefour food court dah tutup, Restoran lain semua penuh (psl hujan time time tu). Balik rumah dan turu!

Ahad - pergi rumah akak. Tinggalkan budak2 kat situ sambil ibu-daddy ke mydin beli single bed (3) untuk rumah apartment. Pinjam van akak le. Penat seyyy.. Hantar katil g PA then back to PD. Petang pulang ke rumah, daddy leh plak menyinggah Giant. Jumpa la plak x-boss daddy (Pak Ray). Very the simple orang tua tu. Pakai suar katok (padahal dia tu Dato'!!). Uwais try-test naik beskal. Wah... suker... adik pun sama. Nanti ibu beli yerrrr...

Pulang rumah. Anak2, suami dah tidur, ibu plak mengemas barang daddy. Harus lah tu pulang jam 5.00 pagi esoknya!!

*new year*

back on track

hello~~~~ now im back on track. nak terus menulis. nak terus berblogging. setelah lama menyepi. bukan apa. mood belum mari.... so, nanti kan yer!!

Saturday, January 9, 2010

cuti

Walau idea datang mencurah-curah.

Walau hati tak sabar-sabar nak bercerita.

Tapi apa kan daya.

Mood menulis memang tiada.

Zero.

My followers, sabar yer.

Will update soon!

nota cuti :- sibuk menguruskan uwais tadika, rumah-tangga dan yang sewaktu dengannya! Oh ya terlupa. untuk follower saya izanighazali.blogspot.com, jemput la saya jadi reader awak! ibu_uwais@yahoo.com. tengkiu!!

Friday, January 1, 2010

*2010*

Selamat tinggal 2009. Selamat datang 2010. Tahun ini naik setahun usia aku. Transformasi dari 20-an ke 30-an. Semoga Allah berikan aku kesihatan yang baik, tak lupa juga untuk famili, semoga doa aku sehari-hari akan dimakbulkanNya, satu-satunya doa sejak dari dulu hingga kini (i think u all can guess) semoga dilimpahkan rezeki untuk keluarga aku. Semoga semoga semoga hidup kami sekeluarga diberkati. Amin!!

*2010*

:: we belong together ::

Daisypath Anniversary Years Ticker

:: my asham boyyy ::

Lilypie Kids Birthday tickers

:: my asham kepinggg ::

Lilypie Fourth Birthday tickers