Friday, February 19, 2010

~~MNIK~~



Setelah lama x tengok hindustan.

Aku terpanggil nak tengok cerita ni lah...

Lakonan SRK & Kojol Kajol

Aku rasa dorang ni memanga ada chemistry...


Sinopsis
Kajol membawakan watak Mandira seorang janda anak satu yang bekerja di salun rambut. Dalam perjalanan kehidupannya, Mandira (wanita Hindu) bertemu dengan Rizwan Khan lakonan Shah Rukh. Bagaimanapun karakter Rizwan berbeza seperti yang pernah dilakonkan. Rizwan ialah lelaki Muslim yang menghidap penyakit autisme, sindrom Asperger. Selepas Rizwan dan Mandira berkahwin (biarpun berlainan agama), kebahagiaan mereka diragut sekelip mata.


Semuanya bermula selepas serangan 11 September 2001 (9/11) yang terjadi di Amerika Syarikat. Rentetan itu, mereka mula berdepan dengan masalah apabila perbezaan agama Islam mula diperbesarkan di sana. Nama Khan yang dimilikinya dan juga anak tirinya, Sameer Khan (Sam) mula menjadi masalah kepada mereka.

Sam meninggal dunia ketika berbalah dengan rakannya apabila soal agama mula diperkotak-katikkan. Tragedi kematian anak mereka mula mencetuskan konflik di antara Rizwan dan Mandira hingga perpisahan terjadi apabila Mandira menggesa Rizwan untuk bertemu dengan Presiden Amerika Syarikat.

Mandira mahu Rizwan berjumpa Presiden Amerika Syarikat dengan menyampaikan satu mesej berbunyi, “Nama saya Khan, saya bukannya pengganas.”


“Filem ini bukan mengenai orang kurang upaya yang berjuang terhadap skeptikal kekurangan dirinya. Sebaliknya mengenai lelaki kurang upaya yang berjuang terhadap kekurangan yang melanda dunia sekarang ini yakni mengenai keganasan, kebencian dan perbalahan,”





*MNIK*

2 comments:

mamashasha said...

hehe mesti tangkap leleh nye lah...mmg pasangan SRK yang paling secocok adelah KAJOL......rajin ko update blog sekarang...bagus2...

ibu_uwais_ameenah said...

hehehe... time rajin, rajin la bed. cuba time malas. bersawang abis blog.

:: we belong together ::

Daisypath Anniversary Years Ticker

:: my asham boyyy ::

Lilypie Kids Birthday tickers

:: my asham kepinggg ::

Lilypie Fourth Birthday tickers