Monday, February 8, 2010

seminggu. bukan di taska lagi.

Arini genap seminggu abang-adik kat tempat baru. Ibu tak antar dorang kat taska lagi dah. Tapi, tapi, ibu hantar dia kat rumah bekas cikgu taska. Nak citer macam mana yer?? Kenapa & mengapa Uwais & Ameenah tak dok lagi kat taska??

Ini kronologi nya.

~ Dec'09 ~ ibu pelik, kenapa cikgu taska (sepatutnya ada 3, tapi tinggal 2 orang jerk. tanya-tanya, rupanya owner taska suruh mereka paksa rela cuti 2 minggu. dengan alasan : budak tak ramai time cuti sekolah. ina memang sedia tinggal di taska. tetap kerja full month, kak ida & maziah kena gilir-gilir, awal bulan kak ida cuti 2 minggu, hujung bulan maziah plak cuti 2 minggu. kesimpulannya : owner taska hanya bayar mereka gaji 1/2 bulan. fine.

~ Jan'10 ~ kak ina ada bukak tadika (i am not sure its legal or illegal) tapi dulu-dulu formally known as tuisyen dikalangan penduduk setempat. Ibu, sudah pasti tamau antar ke tadika @ tuisyen tuh. kak ina boleh plak suruh kak ida / ina mengajar kat tadika baru dia. walaweiii.. memasing pun, kalau dah suruh buat 2 kerja (ngajar & kerja kat taska) harus la meminta naik gaji kan?? so, kak ina kedeks ni tamau bayar lebih, ok fine, depaorang hanya keje kat taska jer.

nak jadi cerita. kak ida nak resign dari keje kat taska. diluahkan la kat owner taska... boleh plak akak tu serkap jarang tanya; "abis ko resign ko jaga anak sape?" dengan selamba kak ida jawab jaga anak tini. (tini a.k.a bekas pekerja taska now kerja kat tempat lain). so kak ina ni sudah tak puas hati, pegi la sms tini ni, pujuk bagai... jangan berentikan anak dia dari taska... hurm... (sebenrnya kak tini ada ajak aku join antar anak kat kak ida - aku rasa ok aje pasal aku kenal kak ida, lagi pun aku tau cara dia jaga, compared to kak ina yang x pernah nak jengok taska dia even diberitahu ada budak-budak demam~~)

Sehari sebelum kami ke segamat, aku dah bayar siap2 duit taska, yelah time tu 28hb, bayar siap2 duit taska januari, kan next weeknya dah bulan 2, so decided mau antar dekat kak ida jer..

Time aku kat segamat, aku sms maklum budak-budak last kat taska (januari), dan aku ucap thanks la coz sudi jaga budak2 ni almost 4 years. kak ina pun reply ckp minta maaf terlebih terkurang selama dorang duduk kat taska...

Last week, Monday, antar kat rumah kak ida. Macam biasa, Ameenah pelik2 jer. Apsal no more taska?? Hehehee... tapi dia ok... Selasa.. Rabu... Khamis; itu owner taska sudah tau aku antar uwais-ameenah antar dekat kak ida... Hati panasss... Oh yer, selain kak tini & aku, sorang lagi kak wati pun sibuk-sibuk antar anak dia dekat kak ida. Alasan dia, anak dia rapat dengan kak ida. So, 6 orang budak dah keluar dari taska. Owner taska ni mulalah menjaja cerita kononnya kak ida amik budak dia. Eleh, bukan dia yang amik, salah kak ina tu jugak.. sape suruh tak amik berat pasal taska?? Yang dia tau cukup bulan turun taska amik duit... Dan aku baru tau selama ni kipas rosak, budak-budak tidur berpanas segala. Tu belum aku citer citer lama pasal bibik yang dia amik gantikan Aida yang dia pecat. Gara-gara dituduh perampas suami orang tu. Kesian dak Aida tu. Yang bawak mulutnya, mak budak, katanya Aida ngorat suami dia. Dek kerana terpengaruh cakap mak budak tu (yang cakap x mo antar anak dia kat taska kalau aida kerja lagi kat taska) terus kak ina pecat aida. kesian dia... sudahnya, mak budak tu tak antar pun anak dia kat taska....

banyak lagi la cerita taska ni. kalau nak hurai satu persatu, buat sakit hati je. Aku pun rasa comfortable antar budak-budak kat kak ida. aku, kak ida & kak tini, memang rapat. eventhough dorang tu hanya surirumah (kak ida) tapi dorang bagus. tapi sedih bila dengar kak ida citer macam-macam kak ina kutuk dia, tuduh dia... pastu pandai dia salahkan orang konon-konon orang lain yang jaja cerita. henti-hentikan la..

Aku ingat, dah settle la citer ni. Hari Sabtu, kak ina call aku. Aku x pick-up. Perlu ke aku pick-up?? 4 kali miss call aku. Lantak situ... Sudahnya, dia sms aku. Nak tau apa dia tulis?? Panjang lebor ko...

Akum. Mala. Kak sedih betul ida hebah kn citer ngn rmai orng yg taska kak x baik
& kak ni jhat. Kak kene trang kn blik. Sengketa kak ngn dia aja. Kak x mrh
mala nak anta anak ngan siapa. Tu hak mala. Tapi mala kene tau can ne dia buat
anak2 mala & budak lain kat taska. Kami yg keje ngn dia je yg tau. Memang
depan mata mala nampak baik sgt. Kalau kak cite kan menitik air mata mala. Tapi
kak x dpat nak trangkan selagi x dpat ckakp sendiri ngan mala. Kak sedih betul
dgar mina nangis dia tengking2. Sebab kami kat sebelah pun bleh dgar. Dia x de
sikap kasih sayang ngan budak tapi sebenarnya dia kasar. Sebenarnya bynak lagi
kak nak ckap untuk bela diri kak. Sebab dia dah burukkan kak ngan orang lain.
Kak nak ckap ngan dia tak dpat lngsung sbab x berenti cam ercun cina, Kak guna
sms tuk luah rasa marah ngan ida. Dia guna sms tu burukkan kak. Pada hal yg kak
tulis tu lah perbuatan dia selama ngan kak. x lebih kurang tu ada Klau nak tau
apa dia buat kat anak2 & mengata mala, kami yg dlm taska je tau.

Wah panjang lebar ko.. msg kak ina ni. Aku?? tak reply pun... Malas aku nak layan. Aku kenal cikgu-cikgu taska ni. Dorang yang lebih amik berat pasal budak-budak... Owner??? Asal mintak naik gaji je, dia cakap "nanti akak rugi.." itu je ayat dia. menurut kak ida la.. kalau mintak kurang bayar pun, itu je ayat dia "nanti akak rugi.." haihhhh...

Tak abis kat situ, aku dapat sms lagi dari dia malam nya pulak.

Ini sms terakhir dari kak. Cite lah satu dunia sekali pun apa da nak ckap. Kak dah tau da orng yg suke buat fitnah. Allah tabur rezeki serata alam. Usahalah cari dgan cara halal. Jangan kaut hasil dari laman orang dgan cara meracun pemikiran orang hingga hilang kepercayaan pada tmpat kak. Bersaing cara sihat. Kak bleh ajar. Buat cam kak, usaha tampal kertas, buat promosi. Biar orng buat pilihan, Klau de orng nak daftar kad tadika tengku kak tak hasut. Tak bagi tau pun kak sendiri ada tadika.Tulah caranya. Barulah rezeki tu berkat. Jumpa kak. Kak blrh ajar cara betul.

Ini aku rasa sms kepada kak ida, dia forward kat aku.

Aku x mau terjebak. Aku dah buat pilihan. Semuanya yang terbaik untuk anak-anak. I know kak ida. I know her. Hope everything gonna be ok, Smoothly...

2 comments:

sWeEtDaRLinG said...

bab2 jaga anak ni, susah kita nak nilai kan..? tapi naluri tu selalunya betul.. tnya bebudak sendiri, mana yang depa nak pilih..

Anjang said...

hmm..slalu'e k.ida je yg sms meena 0r uwais demam...k ina sms hmmm bdk2 jtuh pun dia ngelak x kasi tau...apa punya turrrr...

:: we belong together ::

Daisypath Anniversary Years Ticker

:: my asham boyyy ::

Lilypie Kids Birthday tickers

:: my asham kepinggg ::

Lilypie Fourth Birthday tickers