Saturday, March 20, 2010

kisah disebalik TUI

anak-anak di T.U.I

Jumaat lepas kami (ibu-uwais-ameenah & anjang) went to Segamat. Kerahan oleh Daddy. Selain nak kena settle kan baju Daddy yang bertimbun (dah basuh, tak berlipat, tak bergantung). Lap-lap tingkap, kemas yard, mop lantai yang berabuk sakan tu kita serahkan pada yang pakar (cleaner). Sediakan fulus saje (terus tiba-tiba bajet nak beli carpet xde pasal sah bayar cleaner sighhhh)

Malam bas delay. Oh mungkin sebab bermulanya cuti sekolah. Jalan jammed. Bas pukul 9.00malam, tiba kat Pudu pukul 10.30. Sampai Segamat pukul 2.00 in the morning.

Pagi. 2 beradik yang belum bangun, juga anjang yg dok terbongkang, ibu hantar daddy ke Dataran Segamat. Depan Jakel sajok (oh jakelll) Sarapan kt kedai mamak deret jakel (sumpah aku x pegi dah, x sedap!) tapau pulak untuk anak-anak. Lepas balik ke rumah. Dalam pukul 10.00, keluar balik. Hajat ke Giant nak beli barang untuk rumah. Jumpa makcik cleaner mintak tolong kemaskan rumah.

Dalam 10.30am sampai Giant bergebang kat sana, terus g makan kt belakang UpWell. Sepertia biasa order nasi goreng ladna. Sampai kat rumah around kul 1.00pm. Makcik-makcik cleaner dah tunggu. Diorang tolong kemas itu-ini begitu-begini. Tapi nak marah pun x guna, pasal makcik-maikcik tu dah balik baru aku tersedar diorang tak lap tingkap dapur & tingkap kat 2nd hall!!! Gerammmmm~~~

Dalam pukul 4.45pm, kami bertolak dari TS nak jemput daddy. Petang tak ke mana pun, pusing-pusing Segamat. Kami ke IOI, makan kat Juara Seafood. Ambik buffet consists of nasi, siakap 3 rasa, kailan ikan masin, tomyam seafood, puyuh goreng, sotong goreng tepung, fresh orange segelas & fruits. Total rm60. Murahkan??

Malam tak pegi mana. Daddy penat. Pagi esok dia nak ke TUI (kami jua!)


kakak


abang

Esok pagi-pagi alam dah ke padang ragbi UiTM Segamat. Join senam robik aje... Tengok diorang bersukaneka. Tengahari kami kuar ke bandar kejap. Lunch kat sana. Lepas lunch balik ke TS. Petang kami x ikut daddy ke padang. Ibu nak kemas barang balik ke PA.

Lepas bersiap-siap, dalam pukul 5.00pm, suruh la daddy jemput kami. Sudahnya yang datang student dia. Aku tak tau mula-mula sampai la sorang student TS datang ketuk pintu rumah cakap kereta dh tunggu kat bawah. Fine. Dah bawak bapak segala barang-barang, kami pun turun. Yang amik pompuan. Aku x kisah. Tapi yang aku kisahkan kat sini, dah la kau bawak keta laki aku. Ko nak sombong tak bertempat ngan aku plak. Apa ko ingat aku ni sape?? "IN A RELATIONSHIP" with sir dia ke?? Hallo, hormat la orang sikit. Cakap ngan aku idak.

Sampai tahap klimaks apa tau, dah sampai kat padang, panggil aku kakak pun idak terus dia tanya; "nak tunggu dalam kereta ke?" what a hell... aku terus jawab, takpe nanti akak keluar sendiri. Dan minah POcoYO tu terus berlalu dengan kunci kereta. (aku pasti). Aku ngan Nash pun pegi la lepak kat tepi padang. Masa kemuncak sukaneka, time tu dah ramai yang datang ke padang dan aku boleh nampak yg ramai dh parking near by kereta daddy, terus aku suh nash pegi amik wallet dia & suruh dia kunci kereta (takut valueable things dlm kereta hilang - my wallet, camera, kunci rumah, HP dsb).

Lepas sessi pemberian hadiah, daddy ke kereta dan perasan kunci tertinggal kat dalam OMG Terus la dia terkam aku tanya, sapa yang kunci kereta. Aku pun ckp la aku yang suruh. Then dia marah aku. sedihhhhhhh. Aku rasa aku tak bersalah. Sape yng letak kunci tu dalam kereta. Kenapa minah poyo tu tak bagi kunci tu kat aku. Meh sini aku bagi tau ko ek. Kalau ko dah kawin sok, bila barang laki ko tu barang ko jugak. Duit laki ko tu duit ko jugak. Tu yang ko kena ingat. Yang ko tak pass kunci tu kat aku apahal?? Ko ingat aku ni sape???

Lepas program muncul lagi satu program. Dari pukul 7.00 malam till 9.00 malam. Proses membukak pintu kerata daddy. Aku?? Tak kuasa nak amik tau. Pasal dah kecik hati kena marah. Sampai sekarang aku masih tertanya-tanya, sape yang letak kunci kat dalam (atas seat depan). Pasal masa aku turn tu confirm minah poyo tu amik kunci keta. Aku dihantar pulang oleh student daddy. Syukurlah kebetulan aku bawak kunci rumah yang aku simpan kat poket jeans. Kalau letak dalam bag jugak??? Harus stay je kat padang tu. Aku tak peduli dah. Yang penting kalau daddy rasa aku yang salah (pasal kunci keta) aku dah pun mintak maaf. Terpulang dia nak membela aku or student dia. Tapi aku pun malas nak membesar-besarkan citer. Lepas dia balik TS bawak keta, sampai ke sekarang, aku x tanya pasal kereta dia. Malas dan tak kuasa!!

Hajat hati aku nak balik esoknya Isnin naik bas pagi aje, tak payah la dia susah-susah nak antar aku balik PA. Tapi dia tak kasi. Suruh stay & dia hantar Isnin petang lepas kelas.

Itu jelah ceritanya. Geram, marah, sakit hati semua ada.

sementara daddy ada kelas, bawak anak-anak ke terapi.
M A K A N ! ! !


 
nota geram :- dah la nama bapak ko sama ngan bapak aku! sabo jelah~~



*luv*

No comments:

:: we belong together ::

Daisypath Anniversary Years Ticker

:: my asham boyyy ::

Lilypie Kids Birthday tickers

:: my asham kepinggg ::

Lilypie Fourth Birthday tickers