Friday, April 30, 2010

:: tak berblog ::

Maaf.

Saya dah lama x berblog.

Bukan sebab busy (busy skit pun, ia jugak)

Minggu ni saya demam.

Demam teruk sangat.

Dari hari Isnin.

Selasa kerja

Rabu MC.

Tapi still bekerja.

Bawak Uwais ke ophthalmology appointment @ Hospital Selayang

Satu tanggungjawab, satu amanah.

Semalam kerja balik.

Sekarang pun kerja jugak.

Tapi badan rasa lemah sangat..

Ish.. mintak dijauhkan dari sebarang penyakit hendaknya

Balik ni nak gi klinik lah.

Macam nak gi amik darah.

What should i do?






*rindu daddy*
(eh, tiba-tiba)



*get well soon ibu*

Tuesday, April 27, 2010

Tidur Ubat Paling Mujarab

"SAYA pernah hampir terlibat dalam kemalangan ketika memandu pulang ke kampung kerana mengantuk. "Saya juga kerap bermimpi seperti lemas dan tiba-tiba terbangun," ujar Zulfikar Ali Bhatto Mohd. Sidik menceritakan masalah mengantuk yang dihadapinya.

Pada awalnya dia menyangka fenomena itu disebabkan dia kurang vitamin dan tidal bersenam. Namun, pemeriksaan doktor mendapati Zulfikar Ali menghidap sleep apnea (nafas terhenti ketika tidur) hingga kualiti tidurnya berada pada paras 30 peratus sahaja.

Dia sering terjaga secara tiba-tiba disebabkan otaknya telah memberikan signal supaya bangun. Jika tidak, keadaan itu boleh menyebabkan maut kerana nafas berhenti untuk tempoh yang lama.

Bagi mengatasi masalah itu, doktor menasihatkan Zulfikar supaya menjalani pembedahan.

Namun, memandangkan Zulfikar mempunyai masalah tonsil, doktor menyarankannya menggunakan mesin tekanan laluan udara positif berterusan (CPAP) berharga antara RM5,000 hingga RM8,000 bagi membolehkannya mendapat tidur yang berkualiti.

Zul'Aida Zulkifli, 27, pula memberitahu dia baru sahaja mengalami gangguan tidur sejak bulan lalu kerana tekanan bekerja. "Walaupun mengantuk, saya tidak boleh tidur. Pukul 5.30 pagi baru saya dapat melelapkan mata tetapi kemudian terpaksa bangun pada 7 pagi dan bersiap-siap ke tempat kerja.

"Keadaan itu menyebabkan saya sentiasa sakit kepala selama satu jam sebaik bangun daripada tidur. Pernah juga terdetik untuk mengambil pil tidur bagi mengatasi masalah ini tapi khuatir ia akan mendatangkan kesan sampingan pada badan saya kelak" katanya.

Sepanjang berjaga, Zul'Aida menghabiskan masa dengan membaca buku, melayari Internet dan menonton televisyen.

Tidur merupakan satu-satunya waktu privasi untuk merehatkan badan dan minda. Ia juga satu keperluan asas biologi manusia.

Seseorang yang tidak mempunyai waktu tidur yang men cukupi cenderung untuk mengantuk.

Mengantuk bukan sahaja terjadi berikutan waktu tidur tidak mencukupi malah disebabkan gangguan tidur yang dialami oleh seseorang individu.

"Waktu tidur paling optimum ialah enam jam hingga lapan jam sehari bagi mengelakkan rasa mengantuk.

"Jika seseorang itu masih rasa mengantuk, mungkin ada sesuatu yang tidak kena," kata Pakar Perunding Kanan Neurologi, Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) Prof. Datuk Dr. Raymond Azman Ali.


Lebih segar

Secara biologinya manusia mempunyai lima peringkat tidur. Peringkat satu hingga peringkat empat dipanggil tidur tanpa gerak mata cepat (NREM) dan peringkat lima dipanggil tidur gerak mata cepat (REM). Ketika REM, mata bergerak-gerak seolah-olah mengikut imej-imej dalam mimpi kita.

Manusia memerlukan tiga hingga empat tahap untuk tidur nyenyak supaya lebih segar apabila bangun daripada tidur.

Tambahnya, ketika peringkat REM, otot-otot badan menjadi kendur. Keadaan ini menyebabkan seseorang itu berdengkur kerana lidah jatuh ke belakang dan anak tekak bergetar.

Selain otot kendur, seseorang itu akan mengalami mimpi dan gelisah kerana ketika peringkat REM, banyak perubahan fisiologi dalam tubuh berlaku.

"Pada peringkat satu, seseorang itu akan berasa mamai dan hampir tidur. Contohnya ketika khutbah solat Jumaat dan solat Tarawih, seseorang itu akan tersengguk-sengguk manakala peringkat dua pula dikategorikan sebagai tidur yang ringan.

"Tidur mula nyenyak apabila mencapai peringkat tidur tiga dan empat. Pada masa ini, elektroencefalogram (EEG) yang digunakan untuk mengesan tahap tidur mendapati gelombang otak perlahan," ujarnya.

Beliau memberitahu, waktu tidur yang sepatutnya tidak semestinya pada waktu malam kerana ia mungkin terjadi pada siang hari, bergantung kepada tubuh badan seseorang.

Katanya, kerja mengikut syif tidak bagus kerana seseorang itu perlu bekerja seminggu pada waktu malam dan minggu berikutnya pada waktu siang.

Keadaan itu menyebabkan otak menjadi tertekan. Badan menjadi penat, lesu, murung dan sebagainya sehingga mengganggu fisiologi badan.

Keperluan tidur untuk orang dewasa adalah di antara enam hingga lapan jam. Jika jumlah tersebut kurang, seseorang itu akan mengantuk dan jika jumlah tidur melebihi 12 jam ia boleh mencetuskan sakit kepala dan otak jadi malas (tidak cerdas).

PH darah lebih berasid pada waktu malam berikutan penambahan karbon dioksida dalam badan.


Kemalangan

Adakah kemalangan yang berlaku pada dinihari di lebuh raya berpunca daripada mengantuk?

"Pemandu mengantuk adalah salah satu faktornya selain keadaan lebuh raya yang lurus agak membosankan sehingga pemandu memandu sambil lewa.

"Sebaiknya jika seseorang mahu memandu jauh pada waktu dinihari, sebaiknya latih diri seminggu lebih awal supaya tubuh dapat menyesuaikan keadaan," jelasnya kopi dan mengunyah gula-gula tidak membantu seseorang mengatasi rasa mengantuk.

Penawar terbaik untuk hilang mengantuk ialah tidur selain mendapat rehat yang mencukupi. Akibat tidak cukup tidur seseorang akan cepat letih, cepat marah, mengantuk dan kurang konsisten manakala pengeluaran hormon stres dan steroid semula jadi meningkat.

Seseorang yang mengantuk pada siang hari disebabkan tidak mendapat cukup tidur pada waktu malam atas beberapa faktor iaitu atas pilihan sendiri, kemurungan, serangan epilepsi, mengalami gangguan tidur NREM dan REM, sleep apnea dan fatal famillia insomnia.

Raymond memberitahu serangan epilepsi pada waktu malam yang dipanggil sebagai nokturnal epilepsi kerap tidak dapat dikesan dan ia hanya meninggalkan tanda-tanda seperti lenguh otot, sakit kepala, darah pada bantal akibat tergigit lidah, terkencing dan keliru.

"Bagi gangguan tidur NREM yang biasanya dialami oleh orang muda, mereka cenderung berjalan dan bercakap ketika tidur yang mengganggu lena menyebabkan seseorang itu mengantuk pada siang hari.

"Orang tua yang kerap mengalami gangguan peringkat REM, kaki mereka tidak akan berhenti bergerak seolah menendang-nendang," katanya.

Sleep apnea pula berlaku apabila seseorang itu berhenti bernafas ketika tidur. Apabila bangun, mereka tersedak dan tercekik untuk bernafas.

Keadaan tersebut kerap berlaku pada lelaki dewasa berusia 40 tahun ke atas, gemuk, berleher pendek, dagu kecil, lidah besar dan tebal manakala anak tekak bengkak dan panjang.

Fatal famillia insomnia pula adalah sejenis penyakit keturunan yang berlaku akibat bahagian hipotalamus di dalam otak rosak kerana dimasuki sejenis protein (prion), menyebabkan seseorang itu tidak tidur waktu malam dan siang.

"Mereka yang mengalami masalah ini hanya rasa mengantuk sekejap-sekejap. Penyakit ini berlanjutan selama beberapa tahun sebelum membawa maut kepada semua penghidap.

Antara ubat-ubatan yang boleh menyebabkan rasa mengantuk pada siang hari ialah ubat selesema, ubat epilepsi dan sesetengah antibiotik.

"Selain itu ada juga yang mengalami penyakit senang tidur waktu siang. Penyakit ini disebabkan beberapa faktor iaitu kegagalan organ dan narkolepsi," katanya.


Kegagalan organ

Jelasnya, contoh kegagalan organ yang sering dialami seseorang pesakit ialah ginjal, hepar, jantung dan paru-paru. Waktu tidur mereka yang mengalaminya terbalik daripada sepatutnya.

Narkolepsi pula disebabkan genetik yang dominan dan amat jarang berlaku. Penghidap narkolepsi akan tertidur secara tiba-tiba di antara satu minit hingga lima minit.

"Peringkat tidur mereka tidak bermula dengan peringkat satu tetapi terus memasuki peringkat lima atau mencapai REM dengan cepat iaitu kurang daripada 10 minit jika dibandingkan tempoh normalnya beberapa jam.

"Sejenis ubat perangsang bentuk kimianya mirip enfatamin akan diberikan pada siang hari.

"Ubat ini amat dikawal pengeluarannya oleh doktor kerana khuatir berlaku penyalahgunaan. Penghidapnya juga dilarang memandu," jelasnya.

Selain itu, Raymond memberitahu penyakit bagi kebanyakan orang yang tidak boleh tidur ialah insomnia yang berpunca daripada tidak menjaga kesihatan tidurnya.


** sumber kosmo online


mode ibu = sleepy sangat-sangat. pasal ameenah bangun pukul 3.30 pagi sampai ke siang tak tidur. badan pulak sakit-sakit, blocked & runny nose, sneezy, badan seram-sejuk. memang ada ciri-ciri nak demam!!





*lemau sesangat nih*

Thursday, April 22, 2010

happy birthday boss!

Sambutan hari jadi boss yang terakhir aku celebrate.

Happy Birthday yg ke 45 years boss!!
(the best ever boss!)


accounts department



cheese cake, yummy!

Wednesday, April 21, 2010

anak dara saya.

ini anak dara saya. sangatlah comel.
(serius giler comel - dari kaca mata ibu dia lah)
dia ni kalau x ikat rambut sangatlah selekeh
kalau dah ikat rambut,
macam orang dalam pantang pulak!!

ameenah... ameenah...






betul-betul macam org tgh pantang!




*kakak*

Tuesday, April 20, 2010

ku terharu!!

pagi tadi baca blog kawan baik...
ku terharu!!
menitik air mata aku bedddd...










*terharu*

Monday, April 19, 2010

carnival

semasa bergebang ke langkawi hujung bln lepas
ibu terlepas nak bawak uwais ke carnival day fisioterapi
anjuran fakulti sains kesihatan (fisioterapi) uitm puncak alam
kalaulah kami x ke langkawi,
confirm datang sini punyee...
sem depan buat lagi yek.
harus ibu datang!



banner





santai @ pantai remis

semalam petang x kemana, ibu ajak daddy bawak budak asham 2 orang tu pi tengok sunset. ingatkan daddy nak bawak kami tengok sunset kat tanjung gila. rupanya idak. kami ke pantai remis, jeram. lama giler x pergi. rasanya 6 thn lepas kot pegi. time tu uwais xde lagik... layan picture yeahhh...











*1family*

:: 19 April 2010 ::

19.04.2010. Si dia kini berusia 33 tahun. Selamat Hari Jadi Daddy. Semoga Daddy dipanjangkan umur dimurahkan rezeki. Aminnn..

Bersempena Hari Jadi Chenta Hatiku ni, ibu dedikasikan entry ini semuanya tentang dia.


Kali pertama bertemu, dimana dan bila

Pada Nov 2000, kami bersama-sama menjadi Komander Pengiring untuk program LIBK 29 di UiTM Machang. Masa itu, ibu single lagi. Sementelah daddy pula, baru putus tunang (sumpah ibu tak tau pun dia dah bertunang, coz ibu malas nak ambik tau pasal dia, coz saya anti dia. Anti sangat-sangat...)


Siapa dia sewaktu kali pertama bertemu?

Daddy adalah pelajar semester 6, Bachelor Degree of Information System Management. Seorang pencinta irama klasik especially keroncong (macam tak percayakan??). Seorang penari yang hebat dalam tarian zapin (yang ni pun ibu tak tau time tu).


Berapa lama untuk dia mengajak anda keluar dating?

Dating?? Lepas balik LIBK..


Sifat dia?

Seorang yang sangat-sangat-sangat pendiam. Kalau ibu bercerita, dia hanya akan jadi good listener. (Ntah dia dengar ke idok, idok le teman tau) No comment at all. Melainkan benda yang patut dia jawab. Sangat serius, tapi dalam serius penuh dengan sense of humour. Daddy seorang yang kelakar. Sangat taksub dengan negeri kelahirannya. Selatan Semenanjung. Seorang yang sangat-sangat-sangat WORK.A.HOLIC!!


Bagaimana daddy melamar ibu?

Daddy cuba cucuk jarum masa di Machang. Advice ibu, suruh dia berbaik balik dengan tunangnya. Tapi dia tak mau. Oh rupanya dia sudah jatuh hati pada ehemm ehemmm... ibu la, siapa lagik! Dia minta ibu jadi pengganti. (Lama ibu fikir, pasal ibu tak suka dia.. hahahaa)

 
Tarikh-tarikh istimewa daddy

18-11-00 : Ibu terima daddy seadanya.

31-08-01 : Engagement day.

25-01-03 : Ijab dan kabul berlangsung antara kami


26-08-04 : Uwais dilahirkan


13-01-08 : Ameenah dilahirkan (permintaan daddy supaya anaknya dapat IC 01 - lahir di Johor)



Apa menariknya daddy di mata ibu

Sangat sayangkan Uwais & Ameenah. Sanggup berhabisan duit untuk anak-anak (untuk ibu nan ado- i don't mind) Bila princess merengek nak susu malam, dia yang bangun dan tolong buatkan.



Ibu mohon supaya daddy....

Setia pada ibu sebagai mana ibu setia pada nya


Ibu akan tersenyum sepanjang hari apabila daddy...

Sentiasa berada disamping ibu, uwais & ameenah


Cinta ibu padanya adalah...

infinity


To :- Daddy
Imam saya.

Selamat Ulang Tahun ke 33. Semoga daddy diberikan kesihatan yang berpanjangan, dimurahkan rezeki, dipanjangkan jodoh antara kita. I love you forever.



Love :- Ibu



**33 years*

Thursday, April 15, 2010

for rent

memandangkan dah nak abis semester,
aku ingat nak advertise balik lah rumah untuk dia sewa dekat website uitm.
katil, almari, dapur gas complete.
 andai kata ada orang nak sewa, insyaAllah kami akan masukkan mesin basuh & peti ais.

oh semester lepas ramai yang called. tapi semuanya last minit x jadi.
pastu ada sorang budak pompuan ni. dia cakap ok, memang nak masuk.
aku ingat memang nak sewakan kat dia memandangkan dia beriya-iya nak kan rumah sewa.
 tapi last minit masa dia register, dia dapat kolej plak, (UiTM Puncak Alam). so dia x jadi la sewa.
MIP ckp mmg banyak kolej kosong psl mostly budak-budak yg dpt uitm ada yg pegi kolej & U swasta.
 moga-moga next sem ada le yang sudi menyewa yek! 




master room


master room


bilik belakang


bilik depan


hall


kitchen



pada student uitm puncak alam / puncak perdana
sape nak sewa do contact me.






*rental*

Wednesday, April 14, 2010

mee kari



ini menu berbuka puasa semalam

perhatian.
gambar ini diambil sebelum mee masuk ke tekak ye
bukan cilok dari google yer

memenuhi keinginan tekak.
cuma x sempat buat bawang goreng coz kesuntukan masa.




arini tetiba teringin nak makan.....
lama dah tak buat
















L.A.S.A.G.N.A
cilok dari google

homemade punye yer.
tapi bahan takde plak kat rumah. so hold dulu lah.
:(






*sayasukamasaktapitakpandaisangat*

Monday, April 12, 2010

kuasa jari

ari jumaat lepas MIP balik PA naik kereta. burn tiket bas :( MIL kan pesan suruh beli tepung muffin 12.5kg x 4 bags, 15.0kg x 1, muffin cup 1600 pieces. harus dibawa kereta dong. MIP pesan, balik rumah jemput anak-anak then pergi tesco setia alam. katanya nak beli souvenir untuk Prof. Muhamad Kamil (eh yeke ek). ala.. beli buku je dekat book store. lepas beli barang sikit, kami makan di Antara Steamboat. x makan steamboat pun... makan nasi goreng, ibu plak amik mee kari. not so bad, tapi service lembab.




ni tengok aksi asham keping bermanja ngan bapak asham
otw balik PA dari tesco


dia suapkan daddy cikedis



daddy's princess






tapi.. tapi.. tapi...





paling x bley blah... dia kena marah dengan daddy
time tu kitorang tengah tunggu makanan sampai.
ameenah standard la mana boleh duduk diam.
dia nak panjat kerusi. kang jatuh kang,
nangis sampai biru!!
tak ke haru.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


kuasa jari
daddy x payah cakap,
 tunjuk jari gini je anak-anak dah takut.
kalau time komander dulu. semua pun dah maklum dah.
tunjuk tongkat je semua junior kecut-perut!


tengok la muka asham keping.. kena marah!


dan akhirnya.... meenah... meenah!!
(bertuah daddy x pujuk, mesti pujuk punya.. daddy's princess!!)








*luv*

Sunday, April 11, 2010

insyaAllah.. selamat!

~ jumaat petang -> segamat - puncak alam

~ sabtu tengahari -> puncak alam - segamat

~ sabtu malam -> segamat - johor bahru

~ ahad petang -> johor bahru - segamat




yang last sekali tu, semoga selamat tiba di segamat yer! jangan luper pakai safety, drive carfeully!



*luv*

Friday, April 9, 2010

IKEA

pada sesiapa yang rajin update akan perasan status aku nak ke IKEA petang rabu kan? well, thanks guy bagi guidance the fastest way dari usj ke ikea. ada yang suruh lalu nkve, ada yang suruh lalu kg melayu subang, lalu depan tropicana. yess.. i memang amik jalan baru bukak dari usj direct terus ke subang airport then terus ke kota damansara dan terus ke IKEA.

asal mula x mo pegi pasal hujan agak lebat di usj, tapi bila dah sampai mesiniaga, tak pulok hujan! terus batalkan niat pulang ke rumah saje, terus ke IKEA. sampai IKEA around 6.40pm. thank Allah dapat parking depan pintu masuk. masa lalu kat situ sempat pulak ternampak mamat sorang ni dok tunggu kawan dia amik keta. elok dah masuk pintu yang terbukak sendiri tu, keta dia pun sampai. kamu tau sape yang pandu keta tu? A..B..C..D..E..F..G.. (sila baca dengan nada iklan Hotel Mania yek!) jumpa adam! tengok sajok, xde le nak tangkap gambar bagai!

lepas masuk IKEA, terus ke tempat dituju. aku just beli 3 things.


Fantastisk Napkin



Produkt Milk-Frother



Bastis Lint Roller


pegi IKEA sebenarnya nak beli napkin tu je, BIL kirim, then ibu amik kesempatan beli 2 lagi barang tu. korang... kalau pegi IKEA nak beli gadget yang kecik-kecik, jangan lupa bawak plastic bag tau! sekarang diorang tak kasi plastic, kalau nak plastic, kena charge dua posen. hiner kan? dah la plastic kecik aje. xde lambang IKEA pun. nipis aje pulak tu. cisss..

Thursday, April 8, 2010

balik pulak dia!

Ecehcecehh.. sukanya mak.

Orang tu nak balik..

Balik untuk tempoh kurang 24 jam (dengan lebih tepat lagi 14 jam), berbaloikah??

Janji balik dari tidak kan??

Seronok Uwais..

Seronok Ameenah..

Seronok jua Ibu... heheh!






Akan ku tunggu!

*love*

Wednesday, April 7, 2010

apa yang ku rindukan

arini rasa boring sangat. baru je letak tepon sembang dengan daddy. bincang macammana kami nak balik jb bln depan. my BIL wedding. macam x caya je. muda je. baru 25thn. (eleh MIP kawin pun time tu umur dia 26 tahun!!) bukan nak citer pasal tu sebenarnya, aku nak citer pasal apa benda yang aku rindukan.





1.) Jalan Kastam, Pelabuhan Klang - tempat aku dibesarkan. di sini lah aku bersekolah, bermain, dating mahupun berkahwin. banyak kenangan manis dan pahit di sini.


ni komuter jalan kastam. dekat je dengan umah


2) Institut Teknologi MARA - tempat aku melanjutkan pelajaran. macam-macam orang aku kenal kat sini. mostly kawan baik aku semuanya aku kenal di sini. kawan sekolah pun ada jugak....  yang penting selepas ditukar nama ke Universiti Teknologi MARA, di sinilah aku bertemu cinta... bertemu jodoh...


Institut Teknologi MARA



Universiti Teknologi MARA


3) Titi Serong, Parit Buntar - walau rumah ni jarang-jarang aku balik. tapi... orang yang aku sayang ada di sini. Makkkkk... adik sayang mak!! rindu mee kari & cucur badak mak don't forget nasik goreng kunyit! selain daripada tu aku rindu CKT Omaq!!




rumah mak



char kuey teow Omaq



4) My friends - nilah geng-geng kami. hadir dari pelbagai kategori course. rindukan korang giler.. bila nak get together yek? bed, please arrange before aku move out to segamat. Cronies for cronies





cronies for cronies during trip to Melaka
Homeland of the Legendary Hang Tuah
(bed, betul ke ek yg tulis kat baju kita tu? aku lupa la..)



5) Uwais & Ameenah - yang ni setiap saat, setiap detik aku rindukan. Sumpah!!



abang & kakak


6) Last but not least - MIP - hehehehe.... nak jugakkk...


imam saya




*rindu*

:: we belong together ::

Daisypath Anniversary Years Ticker

:: my asham boyyy ::

Lilypie Kids Birthday tickers

:: my asham kepinggg ::

Lilypie Fourth Birthday tickers