Friday, April 2, 2010

Rombongan Sir Ismail ke Langkawi~~

 Hari ni, genap seminggu. Khamis malam Jumaat yang lepas, aku & anak-anak joint lawatan akademik ke Langkawi. Hehehe.. macam tak percaya aje. Asal mula minggu lepas aku nak balik kampung. Inform la kat daddy, dia cakap tak boleh la, bawak budak2 gi langkawi. Katanya subject ENT 300 (zaman aku belajo dulu ETR 300). Daddy cakap xpela, ibu proceed balik kampung. Kita tukar kereta. Aterrr... takkan la nak balik kampung nun dengan keta sommput ibu tu. Setakat pegi keje-balik keje, pegi tesco, carrefour tu boleh la. Tup-tup idea bernas daddy muncul. Dia called ibu ajak joint sekali. Hip hip, hooray!! We are back to langkawi again within 1 year. (Last year baru pegi bulan May'09).

Khamis, ibu masih bekerja. Balik ke, "sharp"ener... ngam-ngam soi 5.30, redah jammed toll segala. Sampai rumah, mandi-manda. Dalam kul 7.00 gerak amik asham boy & asham keping kat rumah pengasuh. Terus ke rumah akak. BIL janji nak tolong hantar. At first, petang tu dia sms cakap nak hantar awal sikit, pasal nak jumpa pemaju. Masa otw dia cakap x jadi, so dia hantar lewat la.

Daddy cakap dorang gerak dalam pukul 8.00pm dari Segamat. Tambah tolak darab bahagi sampai R&R Sungai Buloh dalam kul 11.00 - 11.30pm lah. Dalam kul 10.30pm akak, BIL & anak buah hantar ibu ke R&R. Nash pun joint sama ke langkawi. Sampai awal kami makan sate haji samuri dulu & anak-anak as usual fast food. Dalam pukul 11.45pm Rombongan MIP ke Langkawi tiba dia R&R Sungai Buloh.  


Macam tak percaya, setelah hampir 10 tahun ku tinggalkan, daku naik jua bas ini. Tapi kali ni UiTM Johor punya bas yer bed!

Perjalanan dari Sg Buloh memakan masa hampir 9 jam. Ngam-ngam pukul 9.00am kami tiba di Kuala Perlis. Faster kejar feri (pasal dorang mmg dah set dgn org feri dorang naik feri pukul 9.00). Tiba dia jeti Langkawi 1 jam kemudian. Memandangkan rombongan Sir Mail ni dah sewa 1 van & 1 bas, dan ibu pulak tak mo bersusah-payah menyusahkan diri sendiri mahupun mereka, ibu sewa kereta jua. Gen2 yellow kaler. Price toksah cerita yer, pasal i ada contact orang sana... :)


dalam feri otw ke langkawi

Tempat pertama lawatan Kompleks Kraf. Bayangkan... tanpa mandi pagi pergi lawatan. Lawaks. Ameenah dah la berlemuih comot gara-gara minum susu cekelat. No no no... sorry kakak, no more susu cekelat. Back to susu asli kaler putih ye. Tengahari terus ke tempat penginapan kat Pasir Hitam (mes polis). Rumah - ada 2bilik. OK la kan, anjang leh tido bilik sebelah. Lepas mandi dan makan, kami ke Gunung Mat Cinchang. Rege tiket dah mahal sikit nok. Lewat petang kami terus balik mes. Student daddy plak 1 bas pergi pekan Kuah shopping coklat. Penat....


daddy @ kompleks kraf

Day 2 - pagi bekfes, then ikut dorang g Kilim Ecoforest Park. Aik ibu rasa bendalah ni takde dalam program, tapi en. sifu, cakap, pegi ajelah. Ingat nak call en. romli, orang yang nak bawak kami ke mangrove tour for free (ada orang sponsor), tapi tak jadi lah pasal last minit dah sampai ke kilim. Kami join jugak naik boat pusing pulau. Teringin ke Tasik Dayang Bunting. Tapi out off budget, amik pakej murah. RM 200 per boat. Lepas balik mangrove tour, its time im waiting. shopping! wuhhu.. alah.. macam la soping banyak nar kan! i just bought a set of balang kuih raya with tray. Then beli coklat, sudu, garfu & senduk tuk bibik akak (dia nak post balik indon). Ha.. tu jelah. total hampir mencecah rm400. tengkiu daddy...


meenah, ayah angkat dukung ke?? huahuahua


permata hati ibu & daddy




sweet, sweat & sour couple!


@ kilim geoforest park



model in the making!




sawadeekappp...



kamilah chenta hati daddy


Lunch di mes. Lepak aje kat bilik then petang ke Galeria Perdana. Ibu tak masuk. Boring sikit lagi pun previous tour dah masuk. Just tunggu daddy dekat cafe ajer... Petang kami ke Pantai Cenang. Sempat ber fish spa. Kat sini happening especially time malam. Lepak-lepak kat pantai cenang untung-untung leh jumpa pelakon na-o-mei. Harapan tinggal harapan. Nan ado!

Malam kami ke pekan Kuah again. Nak cari beg.. nak cari beg. Sib baik before pergi x beli beg kat Mydin, kat sini murah rm2 dari kat mydin. 24" lak tu...  Malam ingat nak makan seafood, ternyata hampa.. Daddy sibuk nak cari jugak restoran chinese yang dia makan dulu. Ntah wujud ke idak dia ni.. Sudahnya makan la kat gerai yang ada jual ikan rendam air batu. OTW balik ibu cakap la nape x bawak pergi tempat seafood aritu. Boleh plak dia cakap, nape ibu tak cakap nak makan kat situ. Adoyyaiii suamiku, lagi mau bagitau ka... kan dah cakap nak makan seafood. Sendri fikir lo... (Daddy.. pasni tak dapat makan seafood kat lgkw pun takpe, JERAM pun boleh...)

Day 3 - pagi, mereka nak melawat ke ladang dragon fruit, ibu pulak dah berjani ngan zarien yang kebetulan bercuti kat Langkawi jugak ke mangrove tour. Tapi kali ni bukan naik dekat Kilim, naik dari jeti tanjung rhu, tempat more canggih dari Kilim. Pakej 3jam ditaja sepenuhnya oleh ... Rugi kalau tak pergi.. Asal mula MIP tak mau join, last minit dia tukar program ikut kami. Ditinggalkan budak-budak tu. Boleh gitu??



baru balik mangrove tour day 2 dengan zarin & friend



thanks zarin sudi memenuhi jemputan kami ke mangrove tour
(dia junior daddy merangkap student daddy ms kt shah alam dulu..)



lari dari tugas yer sirrrr...

Tengahari balik makan & berkemas untuk check out. Dalam pukul 2.00 kitorang bergerak ke Perpustakaan Awam. Hehehe.. MIP jumpa staff lama Perpustakaan Desa time dia kerja PNM dulu. Zarien cakap nak join ke library, tapi tak sempat. Dalam pukul 4.00 kami bergerak ke mall yang dekat ngan jeti, beli diapers anak-anak. Then ke jeti. Tapau McD & KFC.

Feri kami pukul 6.00pm, selamat sampai ke Kuala Perlis dalam pukul 7.00pm. Bas bertolak balik ke Segamat. Ibu direct balik Segamat coz Monday nak pergi register sekolah Uwais. Itu next entry yer!

Ibu dedikasikan ucapan terima kasih kat chenta hatiku, coz sudi bawa kami menyertai rombongan ni, nash yang sudi teman kakakmu ini, student2 daddy yang tolong angkat beg kami yang banyak tu, tolong angkat stroller, (Fuad, Fendi & Nabil) very helpfull. Student-student daddy yang rajin dok melayan anak-anak ibu. Thanks a lot. Hope u all success.


*langkawi*

2 comments:

mamashasha said...

aku baru ada kesempatan menerjah setiap entry ko yang berdoyon lately...hik3....

mala...entry lawatan ke langkawi ni aku baru baca 1st paragraph dlm hati aku dh terdetik.." mesti ko naik bas itm kan!!!" kahhhh mmg betul....aduh rindunya nak naik bas itm tu...kalau dulu hari2 naik....dekat shah alam mahupun ke cawangan2 lain....

ok la tu selain dpt jumpa mail, leh makan angin sekali kan...

ibu-uwais-ameenah said...

yelah bed. b4 naik bas aku cakap, setelah hampir 10 thn ku tinggalkan, aku naik jua bas ni!! hehehe..

:: we belong together ::

Daisypath Anniversary Years Ticker

:: my asham boyyy ::

Lilypie Kids Birthday tickers

:: my asham kepinggg ::

Lilypie Fourth Birthday tickers