Wednesday, May 26, 2010

Zapin is MIP's interest!!

SETIAP malam selesai pak imam membaca doa, para jemaah lelaki tidak terus pulang ke rumah. Sebaliknya mereka meluangkan masa bersantai seketika di perkarangan halaman masjid. Usai pak imam yang mengetuai solat sebentar duduk di suatu sudut sambil memegang gambus sesetengah jemaah lelaki mula mengambil tempat di hadapan.
Pak imam mula memetik gambus dan berqasidah dengan seni kata yang menyelitkan unsur-unsur keagamaan, budi pekerti dan puji-pujian kepada Tuhan, sementara golongan lelaki yang berdiri tadi bergerak mengikut alunan muzik.

"Inilah fenomena tarian zapin pada kurun ke-14 yang lalu. Ia kerap dimainkan selesai solat Isyak dan merupakan antara agenda hiburan yang popular bagi mengisi waktu malam yang terluang. Dahulu orang tak kata menari zapin, tetapi main zapin.

"Selain itu aktiviti main zapin ini langsung tidak melibatkan golongan wanita kerana tarian ini berasal daripada tradisi kesenian masyarakat Arab dari Yaman. Seperti yang kita tahu di sesetengah negara di Asia Barat wanita tidak mempunyai kebebasan seperti orang lelaki," jelas Pensyarah Fakulti Tari Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara), Mohd. Seth Hamzah mengenai pengaruh zapin yang mula meluas di Tanah Melayu menerusi kedatangan mubaligh dan saudagar Arab.

Secara am, zapin bermaksud pergerakan dan langkah kaki dengan posisi kaki tertutup serta merendahkan kaki sedikit. Kebanyakan posisi badan akan bergerak bak ombak.

Bagi posisi tangan pula si penari mengamalkan gerak tari yang bermotifkan pekerjaan yang dilakukan dalam kehidupan seharian. Antaranya motif mendayung, memetik bunga atau tangan kanan mahu pun kiri berada di bahu.

Di Johor, zapin atau dalam bahasa Arab al-zalfin atau zafana terdapat dalam dua bentuk zapin yang mempraktikkan gerak tari tersendiri. Ia ialah zapin Melayu dan zapin Arab.

"Sebelum ini mudah saja untuk menentukan antara tarian zapin Melayu atau zapin Arab. Umumnya, tarian zapin Melayu ditarikan oleh orang Melayu manakala orang Arab menari zapin Arab. Tapi kini, kebanyakan masyarakat tempatan sudah beralih dan serius menari zapin Melayu berbanding zapin Arab.

"Zapin Melayu mempamerkan ragam yang lebih lembut berbanding zapin Arab kerana penari zapin Arab menari dengan bukaan, langkah yang lebih luas, tinggi dan gagah," tutur Mohd. Seth bahawa golongan wanita mula terlibat dalam tarian zapin lewat 1960-an.

Tambah Mohd. Seth, tarian zapin kerap dijadikan wadah menyebarkan Islam menerusi lagu-lagu berunsurkan keagamaan. Tarian itu juga terdiri daripada bermacam-macam jenis. Jenis-jenis zapin itu pula diberi sempena nama kampung atau daerah asal pembentukan zapin.

Ragam tari

Penjelasan Mohd. Seth itu pernah dialami sendiri oleh pengacara program Dansa di TV3 dan ntv7 Sasha Bashir, 29. Sasha berpeluang menemubual pencipta zapin Pulau yang hanya dikenali sebagai Pak Su Man. Memetik pengalaman Sasha dalam bukunya yang berjudul, Dansa: A Dance Journey, zapin jenis zapin Pulau diwujudkan berdasarkan hasil pemerhatian si pencipta itu terhadap gelagat dan gaya hidup penduduk pulau di daerah Mersing, Johor.

"Inilah keistimewaan zapin Melayu kerana tidak pernah lekang menyajikan bermacam-macam jenis tarian zapin yang mempunyai ragam tari yang unik dan menarik. Lazimnya, nama bagi setiap jenis tarian zapin diambil sempena nama kampung mahupun daerah yang menjadi saksi kepada pembentukan sesebuah tarian zapin ," tutur graduan Ijazah (kepujian) Seni Persembahan dari West Australian Academy of Performing Arts.

Bicara Sasha, Pak Su Man mendapat ilham mencipta ragam zapin Pulau menerusi kesopanan tingkah laku manusia secara semula jadi. Salah satunya ialah situasi dua orang yang berjalan dan berselisih di lorong yang sempit. Bagi memudahkan keadaan, salah seorang akan memberi laluan kepada seorang lagi. Tindakan berkenaan telah diterapkan dalam zapin Pulau dan dikenali sebagai ragam serong.

"Tarikan zapin Pulau terletak pada elemen gerak tarinya. Semua penari akan berpasang-pasangan dan berselang-seli bertukar arah.

Corak tariannya lebih kepada motif bunga," ujar Sasha kepada Kosmo! yang gembira apabila tarian zapin mula menular di kalangan orang bukan Melayu.

Sementara itu, pelajar Diploma Tari Aswara, Kimberly Yap Choy Hoong menyifatkan proses pembelajaran tarian zapin satu pengalaman yang menyeronokkan. Jika sebelum ini dia hanya mengenali zapin menerusi tontonan di layar televisyen tetapi kini dia berpeluang mempelajari selok-belok tarian zapin.

"Pada peringkat awal saya mengalami kesukaran untuk menghafal ragam (bunga tari) tarian zapin yang terlalu banyak dan berbeza mengikut jenis zapin. Apatah lagi dalam tempoh berkenaan tubuh badan saya masih kaku dan kekok untuk menari dengan iringan muzik yang didendangkan.

"Jadi, bagi membuktikan kaum Cina juga berkebolehan mendalami tarian tradisional Melayu maka setiap pagi sebelum ke kuliah saya memperuntukkan 30 minit untuk menghafal alunan muzik zapin di dalam hati," terang Kimberly yang berasal dari Cheras, Kuala Lumpur.

Ternyata kaedah yang dipraktikkan itu membuahkan hasil. Dalam tempoh dua minggu saja muzik zapin sudah sebati dengan dirinya. Secara tidak langsung ia memudahkan tugasan Kimberly untuk menari mengikut alunan muzik zapin. Menariknya, kini Kimberly berjaya melunaskan tarian zapin mengikut tempo yang betul walaupun tanpa iringan muzik.

Jelas Kimberly, 19, meskipun tarian zapin sudah bertapak di Malaysia sejak kurun ke-14, namun dia mendapati zapin antara tarian klasik Melayu yang relevan dipersembahkan pada zaman ini. Kombinasi ragam lama dan baru serta suntikan muzik zapin yang lebih segar menjadikan tarian zapin semakin diminati setiap lapisan umur dan masyarakat.

Tambahnya: "Saya kagum acap kali melihat kumpulan penari cilik yang mampu menguasai tarian zapin dengan baik. Kesungguhan yang dipamerkan oleh mereka membuktikan bahawa tarian tradisional bukanlah sukar untuk dipelajari. Cuma ia perlu disusuli dengan usaha, minat dan sesi latihan yang sistematik.

Busana zapin

Bagi penuntut jurusan Diploma Tari Aswara, Nur Azreen Nizar, 19, tarian zapin kurang menekankan aspek kelembutan pada jari-jemarinya seperti yang diaplikasi pada tarian klasik lain.

Terang anak kelahiran Seremban, Negeri Sembilan itu, tarian zapin mengutamakan pergerakan kaki yang lincah seperti orang bersilat.

"Contohnya, tarian zapin Parit Mastar. Zapin jenis ini terletak sepenuhnya pada kuak kaki yang bertindak mengerakkan tubuh badan. Walaupun sentiasa bergerak tetapi kita perlu memastikan kaki tidak bersilang," ujar Azreen mengenai zapin Parit Mastar yang diilhamkan daripada gerak-geri penoreh getah.

Menyentuh tentang busana tarian zapin, koreografer Istana Budaya, Khalid Mohd. Nor, 34, memberitahu sungguhpun zapin mempunyai pengaruh Arab, tetapi dari segi pakaian para penari masih tampil anggun dalam persalinan pakaian tradisional Melayu.

"Bagi penari lelaki mereka lengkap berkain samping dan bersongkok tinggi. Kadangkala bagi menyerlahkan keterampilan sewaktu membuat persembahan songkok mereka akan dihiasi dengan hiasan kerongsang.

"Sementara itu, penari wanita pula kebiasaannya baju kurung dan kain sarung atau kain pelekat yang menjadi pilihan. Tidak kurang juga ada yang memakai selendang di kepala atau bunga disematkan pada sanggul.




dia juga meminati kuda kepang

wah MIP. hebat! ni mesti banyak minum ayam's brand!!



sumber : KOSMO


Monday, May 24, 2010

Kebahagiaan Dalam Perpisahan



Hilangnya Cintamu - from OST LBS




Lagenda Budak Setan

aku nak tengok cerita ni lah. saja teringat zaman dulu-dulu. tapi bukan nak tengok pasal teringat kekasih lama... no.. no.. no.. cuma aku teringat jalan cerita dia, disamping pelakon yang aku rasakan boleh tahan hebatnya.

rasa macam nak pergi berdua aje ngan MIP. tak tau le dia mau ke tak mau. takut suruh dia heret benih cinta kami tu je. huhuhu... selalu, kalau aku nak tengok wayang, selalu aku x tengok masa mula-mula dia tayang. aku suka amik hujung-hujung untuk pergi tengok. dalam minggu ke 2 or minggu ke 3. time tu orang dah kureng sikit.




daddy, nak tengok....





*cinta remaja*

Sunday, May 23, 2010

Shahir juara AF8

aku tak mengikut langsung AF8 nih.

serius.

ni pun tengok bila dah final dah

dan juara dia

SHAHIR

dia ala-ala mawi gitu.

alim-alim sikit

tapi ok la

not bad

single dia

Kebahagiaan Dalam Perpisahan

memang best!!

ala-ala lagu

kumpulan WOW dulu.





*sukejuger*

Monday, May 17, 2010

aku dah bosan

ntah kenapa lately aku rasa bosan sangat. nak buat kerja malassss sangat. letih la.. aku rasa makin dah dekat hari, makin bosan aku buat kerja. korang tau la aku kerja kat situ pun dekat2 9 tahun. patut makin seronok, makin best, tapi aku rasa makin bosan.

tak perlu la aku bagi tau kenapa aku semakin hari semakin bosan mengadap kerja ni. selain dari mengadap orang-orang kat opis (tak semua) yang pada aku umpama talam dua muka, talam berlauk, talam keladi (my feveret mak mertua buat), aku rasa muak, mual, loya nak buat kerja dah. tapi apa boleh buat. rezeki aku kat situ.

perlu ke aku bagitau kenapa aku rasa dah bosan tahap cipan dah ni... letih laa... citer pasal letih, dah lama aku tak pegang mesin jahit. dah lama tak menjahit. last aritu pun aku gagahkan jugak jahit baju kebarung ameenah. semalam aku cakap ngan daddy nak beli kain, nak jahit baju kurung untuk 4 sepupu pompuan & uwais. tengok la insyaAllah.

ni pun ada a few project aku nak buat (giveaway) sebelum betul-betul aku leh buat giveaway aku. selain dari jahit langsir untuk rumah TS & scallop utk rumah puncak alam. ntah sempat ntah idak. cakap pasal langsir, aku tak berksesempatan lagi nak pergi jakel shah alam. ohhhhh... jakel. tengah offer lak tu. tunggu, akan ku terjah jugak satu hari nanti!

aku ingat lepas resign & jadi full time housewife, aku nak concentrate menjahit. its my passion. hope rakan taulan, sahabat handai boleh la bagi full support kat saya yer!




*sayanakmenjahit*

Sunday, May 16, 2010

Guru Pembina Negara Bangsa


16 May
selamat hari guru untuk
semua guru yang pernah mengajar saya

since year 1986

Tabika Kemas, Kampung Kastam, Port Klang

Sek Ren Keb Methdist, Port Klang

Sek Men (P) Raja Zarina, Port Klang

&

Fakulti Perakaunan, Universiti Teknologi Mara, Shah Alam
~~jasamu ku kenang~~ 
jua untuk my BFF forever

Izanudin Ismail

Mohd Rosli Ismail 

Muhamad Safidzan Salman

Azizi Ahmad Nordin

Mohd Fadzli Nuruddin

(bed, thanks for reminding 2 ketul lagi ni ha..)

Selamat Hari Guru


** hepi 21st befday jua utk my 'little' bro - Hafez 


 *cikgu*


Friday, May 14, 2010

first letter from your blog name

tag from bed


1- mesti menggunakan huruf pertama dari nama blog anda..

N

2- jawapan x boleh berulang.

1. nama anda :

offf course start with N - Nurmalawati


2. perkataan 4 huruf :

Nasi


3. nama budak laki :

Nubhan


4. nama budak perempuan :

Nur Qashrina Ameenah - aci tak??


5. pekerjaan :

Neurologist - Pakar saraf.. Yang selalu Uwais jumpa kat HUKM


6. warna :

Natural


7. sesuatu yang anda pakai :

Necklace


8. makanan :

Nugget


9. Sesuatu yang boleh dijumpai di tandas :

Nappyclean - ameenah nye pencuci baju


10. tempat :

Netherland~~


11. alasan bila terlewat :

Nak isi minyak dulu


12. sesuatu yang anda jeritkan :

No.. No.. No...


13. tajuk filem :

Nang Nak!! (thailand movie)


14. minuman :

Nenas (air sunquick flavor nenas - mantap babe!)


15. kumpulan muzik :

No Doubt (femes song Don't Speak)


16. haiwan :

Naga


17. nama jalan :

North-Port Highway... ok x?


18. jenis kereta :

Nissan Sunny




bed, its done!




Thursday, May 13, 2010

g.i.v.e.a.w.a.y

thinking to do giveaway la.

ibu dah terpikir a few things about this thing.

hurm...

yang pasti present dia adalah

Do It Myself

yang penting hasil tangan saya.

apa hadiah dia???

tunggguuuuuuuuuuuuu....





*percubaan pertama*

on hold appointment. what do you think??

rakan taulan, saudara-mara, bloggers, readers,

nak tanya opinion korang ni.

ibu rasa macam nak stop kejap la

Uwais punya fisioterapi & occupational therapy

bukannya apa

ibu ingat nak concentrate dekat study dia

tau jela kan Uwais is a CP Diplegia patient.

So nak ajar dia menulis betul-betul.

Nanti bulan 8 ada plak ujian 3M nak masuk sekolah

risau betul la ibu~~

so far ibu tengok dia susah sikit nak menulis

doakan yang terbaik untuk anak-anak ibu..

so... what do you, you & you think??

i really need an opinion





nota study : rasa bersalah sangat marah-marah Uwais masa buat homework malam tadi. sorry sayang!!




*iluvabang&adik*

Sunday, May 9, 2010

Selamat Hari Ibu

~~ dah auto publish, Ahad lepas. sekali x keluar da... cek punya cek, rupanye date schedule terbalik. naya je kang keluar 5/9/10. instead of 9/5/10. adoyai.~~



hari ni 9 May 2010 seleuruh dunia meraikan hari ibu. aku? selalunya wish sahaja untuk 2 insan istimewa dalam hidup aku. jarang beri hadiah. kadang2 kalau berkesempatan, ada jugak beli. tapi lately ni xde lah. pada aku wish pun dah cukup. (eh, iyeke?? - abis la kalau en suami baca ni...)

arini. aku masih di jb. sabtu celebrate wedding BIL. congratulations bro! so aku akan bercuti sampai hari selasa, insyaAllah.

bersempena Hari Ibu ni, saya nak ucapkan selamat hari ibu untuk bonda saya yang dikasihi, Puan Salmiah binti Mat Saad. terima kasih mak sebab melahirkan adik, membesarkan adik. adik sayang makkkk giler!!


*bonda saya*


keduanya, untuk mak mertua saya, Puan Jamaliah binti Kasmin. Selamat hari ibu. terima kasih kerana sudi terima saya sebagai menantu, terima saya dalam keluarga mak. Saya sayanggg makk!!



*bonda mertua saya*



nota bonda :

ibu pun berjanji untuk diri sendiri, nak jadi ibu yang baik pada anak-anak ibu, jadi isteri yang baik pada daddy (eh, selama ni nakal ke?) ibu janji ibu akan besarkan anak-anak ibu dengan penuh kasih sayang. kalau ibu marah tu maknanya ibu sayang.. semoga anak-anak ibu jadi insan yang berguna dunia dan akhirat. biar la orang nak kata apa pada ibu, ibu tegar menerimanya. jangan sekali-kali hina anak-anak ibu..


to all mummy, mak, ibu, bonda, ummi, amma, mama all around the world






Monday, May 3, 2010

baju kebarung anak dara saya

Baju Kebarung Ameenah
nak digayakan Sabtu ini
bersempena wedding befday Pak Busu dia.

JB, here we come!







nota baju : Uwais ibu beli aje baju melayu. x sempat jahit!




*cute*

Sunday, May 2, 2010

doa si anak kecil

tatkala usai solat Maghrib, bersama-sama ibu adalah Uwais. 
Sambil ibu berdoa, Uwais pun berdoa.
selesai sudah, ibu pun tanya la,

"Uwais doa apa?"

Uwais jawab;

"Supaya cepat jalan"

ibu terharu nak!Setiap kali selesai solat,
tak putus-putus doa ibu
supaya Allah permudahkan segala urusan anak-anak ibu
Kau berikanlah Uwais segera berjalan
Semoga Uwais dapat berdikari.

Ibu Sayang Anak-anak Ibu!!




*feeling kejap*





Saturday, May 1, 2010

m a t a

di suatu ketika..


ibu : abang, abang suka tak pakai cermin mata?
.
uwais : tak suka.
.
ibu : hurmmm.. kalau tak pakai abang nampak tak?
 .
uwais : tak nampak (perlahan je suara dia)
 .
ibu : abang tak nampak ye. ok, kesimpulannya, abang tak suka pakai pun, abang kena pakai jugak. paham?
.
uwais : paham. ok.... (dengan nada lagi perlahan dari yang tadi)




ala sian anak ibu. sayang kalau tak pakai abang tak nampak nak. susah nanti. kalau abang nampak kabur aje, macamana abang nak belajar sayang. pakai cermin mata ye sayang!!




nota spec :- uwais needs to change his spec again & again, kali ni with reading power. wallaweiiiii..






*spec*


:: we belong together ::

Daisypath Anniversary Years Ticker

:: my asham boyyy ::

Lilypie Kids Birthday tickers

:: my asham kepinggg ::

Lilypie Fourth Birthday tickers