Wednesday, June 30, 2010

Tuesday, June 29, 2010

:: my princess ::

nothing much word to say,
what i am feel as a mother,
i just wanna to say

i am proud to give birth to you my dear

Nur Qashrina Ameenah
(Cahaya Istana Ibu Nabi Muhammad SAW)










Ameenah is helping Uwais wear the bilat SAFO.

~Luv U as always~ 



Nota Ibu :- Picture tak berapa jelas, maklum la guna camera HP aje!


Monday, June 28, 2010

:: mengantuk sangat la tu!! ::

usai mandi, ibu kerah Uwais suruh mandi. dia, biasa la... 5 minit ibu. ok. lepas ibu abis solat ok. haaaa... lepas solat, kejut, mandi. ni hasil selepas mandi. still tido berselubung towel. Uwais cakap; "abang sejuk ibu..."



lepas siapkan dia pakai baju, tengok apa terjadi

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.



still tido dengan uniform PASTI dia. huhu....






*tido*

what the feeling!!

when daddy is always busy!


~Uwais pun dah pandai feel~





*lupikirlasendiri*

Thursday, June 24, 2010

Tuesday, June 22, 2010

ITM -> UiTM

tengok fb rezie, ada picture ni. abe pun ada komen.




tak boleh nafikan. aku RINDU!! rindu pada building ni. rindu pada kawan-kawan aku. rindu pada ehemm.. ehem... you know la sape kan... wahhhhhhhhhhhhh!!






*UiTM Di Hatiku*

break fasting

hari ini saya puasa. puasa sunat rejab.

tengah dok fikir nak berbuka puasa apa arini.

ok mari kita tengok apa yang diidamkan ibu ni!



asam laksa - meletup habis ni!



laksa johor - daddy's fav!



nasi dagang - ikan yer, tak mo ayam!



lontong kering - ni kat johor aje ada.
tapi skrg ibu dah tau kat metro usj ada kedai jual for bekfes!



mee rebus - oouccch!!



talam suji - mak mertua saya buat!



cucur badak - yang mak saya buat. mantap!



heheheh... berangan sungguh saya. nafsu!! giler nak melantak tu semua. saya rasa dari list di atas, takde satu pun saya dapat makan harini. sebab apa? sebab saya dah buat karipap sardin malam tadi. so, balik kerja karang goreng saja. tapi nasik? lauk apa? ada ayam, daging cincang, ikan kerisi, sotong. masih memikirkan apa nak masak ek.....



my karipap sardin - ada sardin, telur & bawang merah. terbaeekk!

susah-susah saya buat claypot chicken rice aje la. senang!
cuma perlu beli sawi & daun bawang~~




tapi... tapi... tapi... otw balik pun kadang-kadang boleh ubah fikiran nak makan apa nanti! heheheeeee...





*eat*

Monday, June 21, 2010

toy story 3

semalam, pagi, ingat tak ke mana. lagi pun MIP janji nak masak mee for bekfes. belum sempat siapkan bahan, uwais sibuk bagai tanya bila nak pegi tengok wayang. actually dia nak nonton citer kappow, MIP buat-buat tak paham plak kehendak anak dia. ish ish... ibu pun cakap la, sian kat anak tu.. kan dah janji nak tengok wayang.

MIP yg tgh dok berfarmville terus bukak website TGV. nan adoooo kappow waktu awal. sudahnya paling awal toy story 3. tu pun pukul 11.00am. pukul rata duration 1 jam 30 minit. ok la. sempat nak tengok. bas MIP pukul 2.00pm.

kebetulan, ibu, abang & kakak dah mandi, terus siap. kemas bag baju daddy, dalam pukul 9.00 kami kuar rumah. MIP ajak pi makan nan. anak-anak biasa la mesti mintak lontong punya. lepas sarapan terus ke jusco bukit raja. tengok-tengok orang dah ramai beratur. panggung penuh tu.



lontong klang - habuan anak-anak


daddy's fav!


ibu tukar selera





lepas tengok wayang, MIP nak cari kasut bola. tapi x coz kesuntukan masa, tak beli pun. nak berkejar ke klang sentral lagi. pukul 1.15pm kami gerak dari jusco, terus ke klang sentral, antar daddy tak turun pun. kami pusing kat tempat bas, then lambai daddy dari situ *sayu hati*

terus pegi drive thru M besar, tapau happy meal untuk anak-anak. then terus balik rumah!


daddy, we gonna miss you all the time!!





*weekend*

Sunday, June 20, 2010

momen terindah!

korang... ni gambar lama (dalam 3-4 bln lepas) time ni dok seronok nengok tv. mcm ni la kami. memang suka tgk tv berhimpit2... hehe.. celah keti.., celah kangkang, atas badan, semua ada... hehehe....



tak percaya? betul tak percaya?
sila tengok ni
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.



time ni ameenah baby lagi.


tapi sekarang takde gambo latest nak tunjuk. pasal si kenit ameenah dah jahanamkan kamera ibu! lens error, tak boleh tutup. bila la mau antar repair. ingat nak pi antar kat low yatt. tengok la. before raya kena baiki. kang xde gambar bergebang raya kang. agak-agak korang repair lens error tu mahal tak??




*luv*

father's day



Nothing much to say

just wishing our king a very happy father's day

not forgetting my F.I.L as well




Noted : Al-Fatihah untuk arwah abah~~




Friday, June 18, 2010

welcome home!

w e l c o m e   h o m e



o u r   d e a r e s t



d a d d y


w e   m i s s   y o u   a   l o t ! ! !









*luv*

Thursday, June 17, 2010

burger segamat

orang cakap burger ni sedap. sedap sangat ke? aritu time saya nak balik jb awal bulan 5 aritu. sempat suruh bapak asham beli. ater.... tak lunch pasal rushing kejor bas pukul 2.00 petang. joy, junior komander saya pun cakap sedap. dia yang 1st rekemen saya bila tau darling saya berpindah tempat kerja ke segamat.

burger segamat, depan billion

student suami saya pun ada mention benda yang sama. katanya; "burger daging double spesial kak" uish. bisa bonar? aritu bapak asham beli. tapi saya dah tak selera nak makan. sebab penat sepanjang perjalanan menjaga anak-anak saya. daddy beli sampai 2 pulak tu. sebab penat, makan pun tak berapa nak nikmat. kebetulan kami ke halker belakang up well menikmati nasi goreng ladna terbaekk wookk. terus niat asal nak makan burger segamat down dowww...

teratak suhaimi. halker belakang up well

dan hari ini. saya kepingin. kepingin mau makan burger segamat. tetapi kali ini makan dengan penuh nikmat. bila saya nak ke segamat lagi? saya mendoakan adik lelaki saya dapat sambung degree di UTHM. kalau ada rezeki mak saya pun pergi sama. boleh tido di rumah kami kat segamat! dan lebih penting, saya dapat pergi jakel segamat. *niat menyimpang* hehehhe....




rumah kami .... di dalam...


rumah kami. - Kolej Taming Sari


ini la burger segamat yang MIP belikan untuk saya. jamah separuh aje. selebihnya ke tong sampah esok paginya. satu pembaziran betul! saya kepingin!!!


juga kepingin burger kambing. tak risau, yang ni ada jual kat puncak alam. cuma rasanya sekarang kureng sikit. agaknya pasal orang yang masak tu dah tukar kot. saya prefer abang pendek yg botak tu buat. air tangan dia memang marvelesss...


*credit pakcik google*




*burger-mbira*

permata hati bonda

anak sulung saya. waris kami. asham boy saya. anak ibu. Muhammad Uwais Al-Qarni. was born on 26th august 2004. different 4 days dari birthday ibu dia. tahun ni 6 years old. bersekolah di Pasti Ar-Raudhah, Puncak Alam. diagnose as Cerebral Palsy Diplegia patient. tapi very little, 20%. still on going fisiotherapy, occupational therapy, maxillo (gigi), child development centre, pediatric - semuanya di HUKM except for his eyes dekat Hospital Selayang. anak yang manja. suka mintak garuk belakang badan sebelum tidur, kurang bercakap (sebijik ikut daddy!) tapi he really-really anak ibu! penyayang terhadap adiknya. tapi lately mereka kerap bergaduh. (gaduh-gaduh manja gitew). asham boy - nama yang ibu beri. pasal bau Uwais ashemmmm... boy tu pasal dia boy ibu! ibu sayang kamu sungguh-sungguh!


gambar snap pagi tadi. tengah siap-siap nak pergi kerja. kebetulan 2 asam ni dok lena diulit tilam spongebob! oh ye, kami 4 beranak prefer tido atas lantai berlapikkan toto dari katil. ntah x tau kenapa. katil baru beli tu tatkala pindah rumah baru berapa kali je tido. boleh dibilang dengan jari! tengok bilat safo yang dia pakai tu. Uwais cakap tiap-tiap hari nak pakai. time tidor pakai. nanti kaki abang x kena simen lagi. hurmm... pandai. kena reverse psychology, ye dak.
.
.
.
anak bongsu (buat masa ni) saya. anak dara kami. asham keping saya. daddy's princess. Nur Qashrina Ameenah was born on 13th january 2008. lahir di hospital sultanah aminah, johor bahru. request dari daddy dia nak anak IC 01. berusia 2 tahun 5 bulan. lebih matang dari usia sebenar. kadangkala kerap kali buat ibunya naik darah/angin. just one word can describe her. N.A.K.A.L tapi mendengar kata. alhamdulillah Ameenah dah pandai baca doa makan & tido. tapi doa tido tu kena pantau sikit. nanti dia combine doa tido + doa makan. contoh : bismika allahumma, bariklana fima rozaktana wakina... boleh gitew. kakak.. kakak.. abang Uwais dia banyak influence dia. garuk yang feveret abang Uwais dia pun dah jadi feveret dia. ibu garuk.... kalau tido, ibu tido tengah-tengah. kakak kat kiri, abang kat kanan. so ibu tido terlentang than garuk dua beradik tu. buli ibu yekkkk.... Ameenah, lebih busuk dari abang Uwais. lebih asham. asham keping tu pasal dia ni sekeping aje... mulut dia macam mulut ibu. riuh. pasal tu la dia anak daddy. kalau daddy call, mesti nak cakap dengan dia aje. pasal dia banyak cerita. hehehe... very the loving. sekarang anak dia ada 6. kalah ibu. kiki, lala, cici, nini, lagi 2 belum ada nama. latest anak dia tu.. dalam gambar tu. lebih besar dari mummy dia. sering bantu abang tatkala ibu tun-tun abang berjalan, for sure dia akan pimpin tangan abang. kalau kita cakap tangan ke kaki ke kita sakit, cepat-cepat dia datang. dia amik tangan kita. dia jampi-jampi skit sambil cakap; "dah.. dah... kakak ada" so sweet. nak elak dari kita menangis la tu... advance. pasal dia dah reti kita satu, dua, tiga... sampai sepuloh. juga pandai count one, two, three.. until ten. baguskan? kalau abang lupa lepas no 3 apa, tanya aje kat kakak, pasti jawapannya tepat! kakak, ibu tetap sayang kamu. harap kakak memahami, ibu kena lebihkan masa pada abang. ibu tau, kakak adik yang baik, yang sayang pada abang Uwais nya. kan???


Ameenah, tido hanya ber cloth diaper. jangan harap dia nak pakai baju. maklumla.. umah xde air-cond...





 

nota anak :- karangan cik meenot panjang berjela. karangan Uwais kementot aje. ibu xleh tulis panjang-panjang kisah Uwais. belum type, air mata ni laju je merembes keluar...




 

*my love*

:: we belong together ::

Daisypath Anniversary Years Ticker

:: my asham boyyy ::

Lilypie Kids Birthday tickers

:: my asham kepinggg ::

Lilypie Fourth Birthday tickers