Monday, June 7, 2010

kisah hujung bulan May 2010 : koridor utara

27hb May 2010. Bersamaan hari khamis. again ibu & anak-anak follow rombongan MIP. kali ni pegi dengan budak-budak PM time MMS awal tahun aritu. seronok pasal dorang ni lain-lain courses. more ramah tamah compared dengan budak yang pi langkawi aritu. (ya ampun tyma, has, fana & yana jgn marah! - korang dah nak hujung2 baru mesra. but nice to know fyth, my dear!)

as usual, kami tunggu daddy kat R&R Sg Buloh. MIP cakap bas dari segamat 9.30malam. tapi call dia pukul 10.20pm pun bas belum ada. sudahnya kami kuar lambat sikit. pengasuh budak-budak asyik update kat sms je bagitau jalan jem. dia balik tepeng. sebab dia tau kami pun akan melalui jalan yang sama, pasal tu semedang sms! =)

dalam pukul 11.30pm, kami kuar rumah. anjang, uda & ucu hantar. sampai R&R dalam pukul 12.00am. uda n ucu nak makan sate kajang. tapi xde rezeki. tutup. dalam kul 1.20am cenggitu baru MIP tiba *wink*wink*


kat R&R Sungai Perak


subuh shafie..


berlakon je tu...


credit to Uwais - tolong tangkap gambar!

kami tiba di hostel UiTM Merbok dalam pukul 10.00am. oh yer, hostel dia ialah perumahan kat Taman Universiti, Semiling, Sg Petani. UiTM amik 2 lorong buat hostel. dalam pukul 11.00am kitorang berkumpul balik nak gerak ke padang besar, perlis. sempat singgah dorang solat jumaat kat mana x sure la plak. kami sampai kt padang besar dalam pukul 3.00pm. time to shopping!!


takde beli banya barang pun. cuma daddy janji beli bear-bear untuk anak dara. uwais dapat bantal ben10, ibu beli beras pulut, pulut hitam, gelang untuk cik meenot, beg galas for daddy & ibu. tu je kot.


nasi goreng paprik kedai ni terbaeekk wok! menyesal share dgn MIP (pasal limited masa)



kakak with her new collection! (belum bagi nama lagi)


abang with ben10 bolster


@ R&R Gurun, otw balik ke SP (sian anak-anak ibu penat)


sabtu in the morning, pukul 3.45am berkumpul nak kejar feri ke langkawi (againnnn???) pukul 6.30am. perjalanan dari SP ke KP amik masa 2 jam. tiba kt jeti kuala perlis dalam pukul 5.50am. sampai kat jeti langkawi dalam pukul 7.30am. sarapan kat situ & naik bas terus ke kilim geoforest park. kami x pergi lagi lah mangrove tour. rasa langkawi ni kampung halaman plak dalam tempoh setahun dah 3x kami datang. refer sini & sini.


otw to langkawi, dalam feri. 2 beradik yang x boleh berpisah!


sementara tunggu student MIP pergi mangrove tour, kami terjumpa Sultanah Kedah! nak pergi makan seafood dengarnya~

lepas kilim, terus ke cable car. again x naik. tunggu student MIP naik je. kami lepak kat bawah sambil makan-makan. ni je gambo yg sempat amik dengan si dia. credit to abang long!


daddy & ibu

dari cable car, terus ke climaks program, shopping time! ingat pergi idaman suri, nan ado. pergi pekan kuah, kebanyakannya shopping kat HIG. kami x beli banyak barang/coklat pun. kekdahnya bukan hantu cekelat... aku cuma beli cekelat total up 31.80 include abang & kakak punya. so, balik ke jeti langkawi & kami naik feri balik ke KP pukul 7.00pm. dinner dekat KP. dari pukul 9.00 gitu. makanan belum sampai, anak-anak dah tido. abang tido atas paha ibu, kakak plak atas paha daddy. sampai di SP pukul 1.00 in the morning! fuhhh... nasib baik program esoknya berkumpul pukul 8.00am!

ahad, berkumpul pukul 8.00am. pergi waterfall. x sure kat mana lah. then jalan-jalan pekan baling & balik ke SP dalam pukul 9.30malam. yeay!! cepat!! nak kemas bag, nak kemas bag. coz tomorrow kitorang akan ke penang!

isnin, berkumpul pukul 8.30am. sarapan then terus gerak ke penang. x berjalan mana pun. beli jeruk kat mana pun x tau. makan rojak, then balik...



dalam perjalanan, wiper bas buat hal. dah la hujan. asyik berenti je driver betulkan wiper. sudahnya tiba kat R&R SB dalam pukul 9.30pm. ingat nak je lajak ke segamat, tapi selasa uwais ada tangkap gambo sekolah la pulak... so, terpaksa la ibu pegi keje (terpaksa ekk??)

to MIP, thanks bawak anak-anak bercuti sekali ngan student. *sempat sembang ngan student dia. budak tu tanya akak aritu en mail g langkawi akak ikut tak? * ibu jawab, giler ko x ikut, en mail dia suka seret kitorang sekali * gelak aje depa orang!





*koridor utara*

1 comment:

mamashasha said...

uikhhhh ke langkawi lagi ke? uitm merbok> mcm pernah sampai je....

:: we belong together ::

Daisypath Anniversary Years Ticker

:: my asham boyyy ::

Lilypie Kids Birthday tickers

:: my asham kepinggg ::

Lilypie Fourth Birthday tickers