Wednesday, July 28, 2010

percutian di hospital segamat ~ day 2

day 2. Ahad. Subuh-subuh aku dah bangun. maunye idak. dr marhaini cakap malam tadi kalau demam dah kebah, boleh la balik esok ke... yo yo or je aku mandikan uwais pakaikan baju cantik-cantik. uwais siap tanya, ibu kenapa pakai baju cantik? (ibu pulak siap pakai jeans lagi...) ibu cakap la mana tau boleh balik arini... (i wish i could...)


file uwais

around 9.00 dr najimudin datang cek. sumpah dia ni bukan macam doctor, berjambang, pastu bersongkok. selayaknya macam ustaz la.... dia cek-cek, cakap batuk tak ok lagi, tahan lagi, tengok esok macamana... (sad...) takpelah... kang dah kuar spital, demam lagi, batuk lagi, lagi susah.... nak kena pi spital balik...


label uwais

pagi, MIP datang kejap sebelum modul dia start pukul 10. aku plak dah pesan kat anjang uwais bawakkan laptop. mati kutu mak xde internet. dalam tengahari mak datang ngn nash & cik meenot. wah bkn main lagi si kenit tu ye... mak lepak then dalam 1.30 dah nak balik, pasal penat ke BP semalam pun tak hilang lagi...


kena kurung.. (katil dia tinggi)

elok dorang balik, nak le aku bukak laptop, cissskek betul, dia tak bagi charger... celah mana nak bukak ni.. sabo jelah... petang tu dah pesan kat MIP suh bawak charger...


layanzzz... puspa ST12

petang dah dekat pukul 6.30 baru MIP datang. duduk-duduk, sembang-sembang, kejap then pukul 7.00 dah nak kena balik. sempat kirim suruh beli nasi goreng daging merah. bukannya aku ngengada ke hape. aku ni kalau makan nasi spital kompom susah nak b***k. ish ish ish.... dalam 7.30 MIP call suh pegi depan amik nasi. berangkut la aku dgn si uwais tu... malam, makan nasi, uwais pun tumpang sekaki, sambil FBing. malamnya uwais tido awal. ibu, biasa la dah ada laptop, tahan le mata. cuma tak berkesempatan hapdet blog saje...


no matter what, i luv u until end of my life!!





Sunday, July 25, 2010

percutian di hospital segamat! ~ day 1

live terus dari Hospital Segamat!

korang tau kan asal mula aku nak ke segamat coz nak anto brother pegi UTHM. tapi apakan daya, plan tak jadi pasal khamis petang dapat surat dari SRAB segamat kena datang untuk ujian kemasukan darjah 1. so, tukar plan. mak, meenah ngan nash pegi antar boboy ke UTHM, aku plak akan bawak Uwais ke ujian tersebut. MIP? tok sah tanya la, dia tu sibuk dengan kerja, kerja, kerja. (huhhh) so gitu la hendaknya plan B.

jumaat, kami amik half day, dalam pukul 3.30 kami bertolak ke segamat, naik sebijak anda ku itew! sampai dalam pukul 8.00 malam. then sampai rumah je mandi segala, pergi makann kat juara ikan bakar. dalam pukul 10.30 malam sampai rumah. hajat memang nak tido memandangkan uwais & meenah tak berapa nak sihat (coz of fever 2 beradik tu!) dalam pukul 11.30 malam, uwais batuk teruk sangat. macam batuk kering, tersekat-sekat. tapi dia cuma cakap dia sakit mulut. (ibu assume dia sakit tekak, tak pulak dia cakap dia sakit dada ke hape) then ibu decide nak bawak uwais pegi Hospital Segamat. daddy?? on sajok... terus zasss ke hospital. terus pergi emergency, aku bagi mykid & kad OKU uwais. then terus masuk ke dalam.



first time uwais amik net!


drip water

masa dia suruh masuk kedalam, HA cakap budak ni (merujuk kepada uwais) kena stroke. apa ke jadah stroke plk?? oh, maybe dia tengok kad OKU uwais yang menyatakan dia cerebral palsy patient kot. then lepas baring atas strecher, soalan pertama. dia ada lelah ke? aku jawab, xde, xde family background pun. then doc ckp macam nak kena semput (whattt??) lepas uwais diberi gas, nurse cakap kena tahan wad. (OMG) ibu ok aje... untuk kebaikan dia jugak. macam la tak biasa temankan uwais masuk wad (im incredible mom!) lepas masuk wad, daddy pun ikut sekali then dalam 1.30 in the morning, MIP balik ke rumah.

dah le malam ibunye tak buleh tido. terkenangkan anak dara kat rumah yg tak berapa sihat lagi, dengan abang long lagi. dengan tak gosok gigi, dengan tak mandi (gosshhhh). pagi MIP datang bawak baju kami, diapers, berus & ubat gigi. tapi tak berkesempatan pun nak mandi pagi tu coz daddy nak kena pergi program kt uitm (isteri yang memahami! auwww) lepas sarapan, doctor datang melawat. cek itu begini itu ini. again uwais pakai net. (short form for netbulizer) pakai sekejap then doc suruh dia pegi x-ray lungs.



naik wheelchair pergi x-ray

tengahari daddy datang kejap. sempat ibu lari pegi mandi. rasa badan dah bau kambing... petang, demam masih belum kebah... turun naik aje. batuk tok sah cakap la. petang sessi tido yang tak pernah-pernah uwais buat. ibu pun sama. mari berjemaah tido~



tido, tido & tido!

petang, mak, nash & adik datang melawat. adik tu memang ibu salute la. sangat memahami. pasal tu la ibu selalu cakap dia ni lebih besar dari usia sebenar. adik aku cakap, pepagi dia tanya, ibu mana? anjang dia jawab, ibu kat hospital, jaga abang, abang sakit... then dia diam la paham. time dia kat batu pahat pun sama. kalau ditanya mana ibu dekat dia, dia jawab; "ibu jaga abang.... abang sakit.." so sweet....

petang daddy pun ada. malam, ibu ngan uwais aje lah... :(




Wednesday, July 21, 2010

segamat again & again!

belum sempat nak hapdet entry pergi segamat hujung minggu lepas, kami akan ke sana lagi. kali ini turut serta mak dan adik lelaki aku! alhamdulillah... dia dapat sambung degree kt UTHM. ni kes rayuan. maklum la, dia dari PUO. apply degree pun guna result part 5. tu yg awal bulan aritu tak dapat tu.




kalau tau jugak la... kompom-kompom ku tukar kereta dengan MIP isnin lepas. yela, setakat nak naik sebijak anda aku tu, bape orang sangat yg muat, ye dak??

so tadi mak pun dah tepon. dia akan naik train dari parit buntar terus ke segamat. aku ngn nash plak akan drive sebijak anda aku tu ke segamat. so, ingat nak amik half day petang la jumaat ni.

hehe... seronoknya saya!!




nota segamat : tadi MIP dah call, suruh bawak periuk la, pinggan mangkuk segala!! cisss..

Friday, July 16, 2010

we are coming!!



Segamat, we are coming!!









auto-published : kami dah dalam bas dah sekarang ni...






Thursday, July 15, 2010

watermark


testing-testing...

try my watermark

beli dari



cun kan??

 lepas ni nak try buat custome made plak

cuma ibu takde masa nak pikior letak gambo apa

~luv it~









Wednesday, July 14, 2010

Langkah Seiringan

Dikala ku keseorangan

Kenangan pun datang

Menjelma lagi

Terbayang saat-saat

Yang manis

Ketika bersama dahulu



Tak tertahan menanggung rindu

Disaat kau berjauhan dariku

Bayangmu selalu datang menjelma

Membuat teguhnya cintaku



Oh sayangku hulurkan tanganmu

Bersama kita bergandingan

Berdua menuju arah bahagia

Melalui liku-liku kehidupan

Pahit manis kita hadapi bersama

semoga kita berdua berbahagia...



Dikala ku keseorangan

Kenangan pun datang menjelma lagi

Terbayang saat-saat yang manis

Ketika bersama dahulu







demi mereka!

demi mereka,
ibu korbankan cuti ibu.

 demi mereka,
ibu buangkan rasa penat jauh-jauh.

demi mereka,
ibu sanggup bersusah-payah.

demi mereka,
ibu sanggup bersusah payah - memenuhi appointment2 Uwais

demi mereka,
ibu sanggup heret anak-anak ibu naik bas.

demi mereka,
ibu korbankan kerjaya ibu.

demi mereka,
ibu korbankan segala-galanya.


segala-galanya untuk insan yang ibu sayangi.



jantung hati ibu



 
demi mereka : Segamat, here we come!! <16-07-10 : SBJ | 19:00 -> SGMT | 21:15 >




Friday, July 9, 2010

boh-san

ni le kekdahnya kalau dah bohsan kat umah.....







actually gambo-gambo ni kami post dekat fb daddy. nak show off sweater uwais yg baru buat embroidery. esok banyak keje menanti. pagi-pagi kena memberus kain (mesin basuh rosak, gara-gara cik meenot). dah tanya pengasuh dah org dtg repair. kebetulan mesin basuh umah dia pun rosak. sekali harung mamat tu datang, suh dia tgk sekali mesin basuh ku itew... next dlm kul 10.00 nak ke apartment, nak drill dinding & ada org nak pi pateri tempat letak mangga dekat grill pintu. haih.... so demanding budak-budak ni. harap umah idak le kotor. aritu aku dah pesan suh kemas2 rumah tu. jangan sepah-sepah. jaga barang-barang aku (dapur, mesin basuh & peti ais) kang rosak ke apa, aku jua yang kena menanggung kos pembaikannya...


daddy, we miss you!! tak sabar nak balik segamat next friday!!!







*luv*

Wednesday, July 7, 2010

German??

The Magic of 3964 -



Believe it or not...!!!


Fact 1.
Brazil won the World Cup in 1994.
Before that they had also won it in 1970.
Add these two years and you get 3964 (1994+1970 = 3964).


Fact 2.
Argentina won its last World Cup in 1986.
Before that they had also won it in 1978.
Add these two years and you get 3964 (1986+1978 = 3964).


Fact 3.
Germany won its last World Cup in 1990.
Before that they had also won it in 1974.
Add these two years and you get 3964 (1990+1974 = 3964).


Fact 4.
Brazil also won its World Cup in 2002.
Before that they had also won it in 1962.
Add these two years and you get 3964 (2002+1962 = 3964).


Conclusion = This year is 2010 & 3964 - 2010 = 1954.

So, the country that won in 1954 will win this world cup (2010+1954 = 3964).





The country that won in 1954 was Germany .



Hence,
By this logic of numerology,
This World Cup will go to Germany .
Let us wait & see if this logic turns true -

Interesting. .isn't it...???






Monday, July 5, 2010

menurun daddy

ish ish ish... kalau dah namanya anak, menurun jugak!






kuat makan!!!






facebook

arini aku nak bercerita pasal facebook. aku actually mula terjebak dengan friendster. seronok, pasal dapat jumpa kawan-kawan lama. time friends ada la dalam 450+. nak jadi cerita kakak senior k2 dulu ada suruh join facebook. dia cakap best. aku pun try la join. mula-mula rasa tak seronok. pasal depa dok send makanan la, bunga la, mak tak berkenan cheq.... selalu aku ignore aje benda-benda nih.



sampai satu tahap aku dapat jumpa kawan-kawan sekolah menengah, sekolah rendah, tadika, kawan uitm tak terkecuali artis (oh wow!) dan paling best aku jumpa cikgu feveret aku! wah... kitorang siap bergebang sembang ngan dia. siap chat kat YM lagik.



cikgu pertama aku jumpa. Puan Latipa Ahmad. guru kelas aku tahun 1988 / 2 Kuning, SRK Methodist Port Klang. Cikgu Latipa masih maintain macam dulu jugak. awet muda!





aku ada tanya ngan Cikgu Latipa tau tak nama penuh Cikgu Rahim. dia kata dia tak ingat. kawan-kawan sekelas pun tak ingat. hampeh. ketua darjah pun lupa. tak leh harap langsung. sudahnya, korang tau sape yang bagitau nama penuh Cikgu Rahim? mak aku! huhu. cayalah mak. mestila ingat kan. 3 orang anak dia Cikgu Rahim yang ajar. maunya idak dia ingat. macam Cikgu Latipa, aku ngan kakak aku dulu cikgu kelas kitorang. so, mak aku pun ingat lagi kat Cikgu Latipa ni.





guru kelas aku 1991 / 5 Kuning. Cikgu Rahim bin Supian. kitorang dulu takut wooo ngan dia, pasal dia garang. budak-budak laki selalu kena tumbuk bahu ngan dia, budak pompuan lak kena lestik kat tangan guna rubberband. hehehe....

pencapaian terbaik cikgu Rahim! 92 comments!! ni semua kerja anak murid cikgu la ni!


tapi... tapi... tapi... dalam dok seronok-seronok berfacebook, ada jugak orang yang tak puas hati dengan kita ni. wah..... setakat 2-3 ketul nak remove aku friend list dia. xde jadi kudis pun. al-kisah.. ada la hamba Allah ni. dah friend dengan aku. sejujurnya memang aku yang add dia. yela kan. kita kenal dia dia kenal kita, aku cakap ngan ko, ko cakap ngan aku. tup-tup, tetiba, remove... lawaks pun ada. takde hal la kalau ko tak nak friend dengan aku. so, aku pun takde kuasa nak terhegeh-hegeh add ko balik. pastu ada lagi sorang makcik ni. punnnn sama. apa ke hal ntah remove.. lawaks seiiii... fine fine. nak jadi citer aritu bdk sebelah ni pun kena remove. tup-tup arini, dia add balik. sesungguhnya dia itu sememangnya jiwa kacau!! sesuwaiiii la dengan nama!!

untuk sesiapa nak add aku, cuba kenalkan nama. mana dapat link FB aku. maybe dari blog ni. kalau aku nak kenal kawan-kawan aku senang aje. kalau dia ramai mutual friend dengan kawan sekolah, means dia kawan sekolah la. kalau ramai mutual dengan uitm, budak-budak uitm la. tapi.... tapi... tapi, kalau nak meniaga-meniaga, sorry!! i tak layan. kalau i nak i sendiri akan cari.

psss... Uwais pun dah pandai cakap, ibu bukak fesbuk. tapi dia x boleh belah, nak main farmville. korang kalau tengok aku ada farmville bukan aku main tau, Uwais yang main!






*mukabuku*

Friday, July 2, 2010

Practise make perfect!

Uwais. tulisannya memang la hodoh (dulu). namun, kerahan latihan oleh ibu membuatkan tulisannya makin lama makin cantik (siyes!) kalau cenggini tak payah pegi occupational therapy pun takpe. practise je kat rumah. pegi pun tak guna, terapis pemalas. cuba perhatikan masa dia mula-mula buat latihan no 5. juga lihat latihan no 15.

oh, ibu teruk di situ. masih underestimate uwais. apa ni... entry lepas pun underestimate, entry ni pun underestimate. dah 3 + 1 wording underestimate digunakan. chooii... boleh plak ibu suruh dia mengaku sape yang buat latihan no 15 ni (teruknya ibu kan) tapi lepas diselidiki dengan pengasuh dia, ternyata benar memang dia yang tulis sendiri. ampunkan ibu sayang! 

betul la tu orang cakap.


~practise make perfect~



before

after

 

the end.





nota :- sungguh jenuh nak snap picture, kamera rosak!




result mid term

salam jumaat. harini ibu nak cerita perihal anak ibu si Uwais. sebenarnya gusar hati sang ibu belum dapat result mid term dia. yelahkan aritu cikgu dia suruh amik report card time cuti wesak aritu. harusla kami tiada, bergebang ke koridor utara!

nak jadi cerita pagi semalam ibu mintak la kat cikgu dia report card Uwais. ibu tak sangka.. memang tak sangka. rasa bersalah sangat dekat Uwais. pasal ibu underestimate dia. ibu mintak maaf nak. abang kat rumah kalau ibu nak ajar, macam-macam alasan. haihhh... anak jantan..

tapi tulah... bukan senang seorang Cerebral Palsy patient nak compete dengan budak normal. ibu doakan anak-anak ibu akan berjaya dunia dan akhirat, berkat doa ibu & daddy, serta orang-orang tersayang!



sorry abang, lepas ni ibu takkan underestimate abang lagi!



the result


Bahasa Melayu – 88%



Pen. Sosial & Pembangunan Insan – 86%


Al-Quran – 84%


Peribadi Muslim – 79%


Matematik – 70%


Bahasa Arab – 65%


Jawi – 62%


Bahasa Inggeris – 58%


kena banyak communicate in english nih!




peneman ibu tengok benci bilang cinta malam tadi
dia tido, jadi la kan...



hidup PASTI!

(saya bukan penyokong PAS, tapi prefer anak saya belajar di sini!)





*PASTI*

Thursday, July 1, 2010

r.i.n.d.u

R.I.N.D.U


kakak rindu

abang rindu

ibu rindu

.

.

.

.

cepat la pulang!!




king yang very the busy!



*luv*

:: we belong together ::

Daisypath Anniversary Years Ticker

:: my asham boyyy ::

Lilypie Kids Birthday tickers

:: my asham kepinggg ::

Lilypie Fourth Birthday tickers