Monday, July 5, 2010

facebook

arini aku nak bercerita pasal facebook. aku actually mula terjebak dengan friendster. seronok, pasal dapat jumpa kawan-kawan lama. time friends ada la dalam 450+. nak jadi cerita kakak senior k2 dulu ada suruh join facebook. dia cakap best. aku pun try la join. mula-mula rasa tak seronok. pasal depa dok send makanan la, bunga la, mak tak berkenan cheq.... selalu aku ignore aje benda-benda nih.



sampai satu tahap aku dapat jumpa kawan-kawan sekolah menengah, sekolah rendah, tadika, kawan uitm tak terkecuali artis (oh wow!) dan paling best aku jumpa cikgu feveret aku! wah... kitorang siap bergebang sembang ngan dia. siap chat kat YM lagik.



cikgu pertama aku jumpa. Puan Latipa Ahmad. guru kelas aku tahun 1988 / 2 Kuning, SRK Methodist Port Klang. Cikgu Latipa masih maintain macam dulu jugak. awet muda!





aku ada tanya ngan Cikgu Latipa tau tak nama penuh Cikgu Rahim. dia kata dia tak ingat. kawan-kawan sekelas pun tak ingat. hampeh. ketua darjah pun lupa. tak leh harap langsung. sudahnya, korang tau sape yang bagitau nama penuh Cikgu Rahim? mak aku! huhu. cayalah mak. mestila ingat kan. 3 orang anak dia Cikgu Rahim yang ajar. maunya idak dia ingat. macam Cikgu Latipa, aku ngan kakak aku dulu cikgu kelas kitorang. so, mak aku pun ingat lagi kat Cikgu Latipa ni.





guru kelas aku 1991 / 5 Kuning. Cikgu Rahim bin Supian. kitorang dulu takut wooo ngan dia, pasal dia garang. budak-budak laki selalu kena tumbuk bahu ngan dia, budak pompuan lak kena lestik kat tangan guna rubberband. hehehe....

pencapaian terbaik cikgu Rahim! 92 comments!! ni semua kerja anak murid cikgu la ni!


tapi... tapi... tapi... dalam dok seronok-seronok berfacebook, ada jugak orang yang tak puas hati dengan kita ni. wah..... setakat 2-3 ketul nak remove aku friend list dia. xde jadi kudis pun. al-kisah.. ada la hamba Allah ni. dah friend dengan aku. sejujurnya memang aku yang add dia. yela kan. kita kenal dia dia kenal kita, aku cakap ngan ko, ko cakap ngan aku. tup-tup, tetiba, remove... lawaks pun ada. takde hal la kalau ko tak nak friend dengan aku. so, aku pun takde kuasa nak terhegeh-hegeh add ko balik. pastu ada lagi sorang makcik ni. punnnn sama. apa ke hal ntah remove.. lawaks seiiii... fine fine. nak jadi citer aritu bdk sebelah ni pun kena remove. tup-tup arini, dia add balik. sesungguhnya dia itu sememangnya jiwa kacau!! sesuwaiiii la dengan nama!!

untuk sesiapa nak add aku, cuba kenalkan nama. mana dapat link FB aku. maybe dari blog ni. kalau aku nak kenal kawan-kawan aku senang aje. kalau dia ramai mutual friend dengan kawan sekolah, means dia kawan sekolah la. kalau ramai mutual dengan uitm, budak-budak uitm la. tapi.... tapi... tapi, kalau nak meniaga-meniaga, sorry!! i tak layan. kalau i nak i sendiri akan cari.

psss... Uwais pun dah pandai cakap, ibu bukak fesbuk. tapi dia x boleh belah, nak main farmville. korang kalau tengok aku ada farmville bukan aku main tau, Uwais yang main!






*mukabuku*

2 comments:

mamashasha said...

aku tak tau nape sampai la ni aku belum ada keinginan tuk ada facebook! wonder why eventhough kengkawan dok invite hatta call aku tny email add aku....cemana tu mala? tolongla jawab...should I ??

ibu-uwais-ameenah said...

you shud beb. niatnya kena satu je la. aku pun seronok pasal dapat jumpa kawan2 lama, kawan zaman hingusan, cikgu-cikgi, kwn2 itm mcm rosnah etc. sekarang masih mencari alang. ko ada email or contact no dia? rindu la kat dia!

:: we belong together ::

Daisypath Anniversary Years Ticker

:: my asham boyyy ::

Lilypie Kids Birthday tickers

:: my asham kepinggg ::

Lilypie Fourth Birthday tickers