Sunday, July 25, 2010

percutian di hospital segamat! ~ day 1

live terus dari Hospital Segamat!

korang tau kan asal mula aku nak ke segamat coz nak anto brother pegi UTHM. tapi apakan daya, plan tak jadi pasal khamis petang dapat surat dari SRAB segamat kena datang untuk ujian kemasukan darjah 1. so, tukar plan. mak, meenah ngan nash pegi antar boboy ke UTHM, aku plak akan bawak Uwais ke ujian tersebut. MIP? tok sah tanya la, dia tu sibuk dengan kerja, kerja, kerja. (huhhh) so gitu la hendaknya plan B.

jumaat, kami amik half day, dalam pukul 3.30 kami bertolak ke segamat, naik sebijak anda ku itew! sampai dalam pukul 8.00 malam. then sampai rumah je mandi segala, pergi makann kat juara ikan bakar. dalam pukul 10.30 malam sampai rumah. hajat memang nak tido memandangkan uwais & meenah tak berapa nak sihat (coz of fever 2 beradik tu!) dalam pukul 11.30 malam, uwais batuk teruk sangat. macam batuk kering, tersekat-sekat. tapi dia cuma cakap dia sakit mulut. (ibu assume dia sakit tekak, tak pulak dia cakap dia sakit dada ke hape) then ibu decide nak bawak uwais pegi Hospital Segamat. daddy?? on sajok... terus zasss ke hospital. terus pergi emergency, aku bagi mykid & kad OKU uwais. then terus masuk ke dalam.



first time uwais amik net!


drip water

masa dia suruh masuk kedalam, HA cakap budak ni (merujuk kepada uwais) kena stroke. apa ke jadah stroke plk?? oh, maybe dia tengok kad OKU uwais yang menyatakan dia cerebral palsy patient kot. then lepas baring atas strecher, soalan pertama. dia ada lelah ke? aku jawab, xde, xde family background pun. then doc ckp macam nak kena semput (whattt??) lepas uwais diberi gas, nurse cakap kena tahan wad. (OMG) ibu ok aje... untuk kebaikan dia jugak. macam la tak biasa temankan uwais masuk wad (im incredible mom!) lepas masuk wad, daddy pun ikut sekali then dalam 1.30 in the morning, MIP balik ke rumah.

dah le malam ibunye tak buleh tido. terkenangkan anak dara kat rumah yg tak berapa sihat lagi, dengan abang long lagi. dengan tak gosok gigi, dengan tak mandi (gosshhhh). pagi MIP datang bawak baju kami, diapers, berus & ubat gigi. tapi tak berkesempatan pun nak mandi pagi tu coz daddy nak kena pergi program kt uitm (isteri yang memahami! auwww) lepas sarapan, doctor datang melawat. cek itu begini itu ini. again uwais pakai net. (short form for netbulizer) pakai sekejap then doc suruh dia pegi x-ray lungs.



naik wheelchair pergi x-ray

tengahari daddy datang kejap. sempat ibu lari pegi mandi. rasa badan dah bau kambing... petang, demam masih belum kebah... turun naik aje. batuk tok sah cakap la. petang sessi tido yang tak pernah-pernah uwais buat. ibu pun sama. mari berjemaah tido~



tido, tido & tido!

petang, mak, nash & adik datang melawat. adik tu memang ibu salute la. sangat memahami. pasal tu la ibu selalu cakap dia ni lebih besar dari usia sebenar. adik aku cakap, pepagi dia tanya, ibu mana? anjang dia jawab, ibu kat hospital, jaga abang, abang sakit... then dia diam la paham. time dia kat batu pahat pun sama. kalau ditanya mana ibu dekat dia, dia jawab; "ibu jaga abang.... abang sakit.." so sweet....

petang daddy pun ada. malam, ibu ngan uwais aje lah... :(




:: we belong together ::

Daisypath Anniversary Years Ticker

:: my asham boyyy ::

Lilypie Kids Birthday tickers

:: my asham kepinggg ::

Lilypie Fourth Birthday tickers