Tuesday, August 31, 2010

SRAB : ibu berbelah bahagi

korang ingat tak entry ini? hurmmm... resultnya dah keluar.

 tadi dapat SMS dari MIP bertulis;

"Uwais dapat masuk SRAB, esok daftar"

ibu tak tau nak cakap apa.

berbelah bahagi.

takut Uwais jauh ketinggalan dari kawan-kawan dia.

itu aje. no other feel.

ya Allah, berikanlah ku petunjuk....




*love*

Merdeka!

Merdeka! Merdeka! Merdeka!

kalau bab hari merdeka ni, semua orang pasti akan ingatkan bunga api, count down, dan yang paling penting perarakan pada pagi hari kejadian.

aku tidak terkecuali. kerana apa, masa belajar dulu aku de join kesatria. so every year kami akan berkawad untuk perarakan. memang best sihhh.... tapi, aku tak berpeluang pun berkawad di Dataran Merdeka. sedihnya! mana taknya, masa tahun 99, cousin aku kawin 31hb tu. so memang tak join kawad. next yearnya, sambutan hari kemerdekaan diadakan di Sarawak x silap aku. so, kami hanya join sambutan untuk negeri aje. tahun berikutnya aku dah final year, so x join kawad dah...

selain menyemai semangat cintakan negara, time berkawad tu kita akan rasa satu feel aje tau. wah rasa macam pahlawan gitew..

so arini cuti, lepas temankan Uwais sahur, aku mengelap tingkap dapur, kemas dapur, basuh tempat pinggan, lap tingkap depan, bukak langsir nak basuh, pasangkan day curtain. sekarang curi masa kejap berFBing and blogging. jap gi nak kuar cari barang sikit.

selamat hari merdeka!!





*1 Malaysia Menjana Transformasi*

Sunday, August 29, 2010

masih di JB

saya masih di JB

pagi ni hujan la pulak...

nanti petang baru nak pulang ke puncak alam..

huhuhu... x boleh pulang after iftar,

nanti lambat sampai ke rumah

dah la MIP tu kalau balik malam suka tido kat R&R...





p/s : ameenah kat belakang saya ni, dari semalam dok menerai kasut raya dia! sabar jelah~~





*balik kampun*

Friday, August 27, 2010

its all about : S.E.W.A

hampir 2 bulan orang menyewa rumah daddy. (its daddy's house, not me). asal mula aku rasa bersyukur, lepas la sikit beban nak bayar loan rumah + sikit nak bayar maintenance.

namun, semenjak dua menjak ni, aku pulak rasa x selesa dengan bebudak ni. yelah asal mula aku sediakan untuk 4 orang penyewa. sedangkan dorang 5 orang, aku tambahkan katil lagi 1. aku tak mintak tambah sewa. fine. MIP pun cakap x payah tambah sewa la. lagi senang dorang nak bayar satu kepala serat.

secondly, dorang mintak untuk tambahkan telinga grill. fyi, selama aku duduk kat rumah tu dulu, memang orang yang buat grill tu tak buat telinga grill. telinga grill tu ialah tempat untuk letak mangga tu.... so far apartment umah aku tu xde la pulak dengar masalah rumah kena pecah masuk ke hapa. so, yang ni, aku buatkan.

thridly, depa cakap paip kat sinki bilik air luar air meleleh. bukan meleleh apa pun. cuma dia tutup tak ketat. so ada la air yg keluar sikit. kebetulan masa abang MSM yang buat grill tu datang pateri, aku dah suruh dia tengok sekali sinki tu. dia cakap dia boleh buat, tapi nanti pasal barang takde time tu. ok la aku cakap nanti aku contact lain. (aku dah biasa dengan dia bila bab letrik kat rumah ada problem pun aku call dia) sudahnya pipe air ni tertangguh dekat 3 minggu pasal balik ke segamat la, uwais admit hospital la, pegi test sekolah SRAB la... haih... dan 2 minggu lepas dah selamat upahkan abang MSM tu. aku deal dengan dia thru fon aje. dia ckp nak datang tengahari, aku pulak keluar time tu. aku cakap ngn dia abang buat je nanti abang sms saya berapa balik saya singgah kedai, bayar. dia pun ok. kebetulan dalam pukul 2.30 dia tepon & bagi tau dah siap buat pipe. time tu gak dapat sms dari budah rumah, abang tu dah datang. kebetulan time tu aku kat workshop tukar drive shaft kan. mintak dia singgah amik duit. senang deal ngn abang ni. dia pun percaya kat aku. :)

forthly, yang ni paling tak boleh belah. ada one of them mintak tukar tilam. apa ko ingat aku ni mak bapak ko ke hapa?? suka-suki je mintak tukar tilam. memang la aku beli tilam foam aje. tapi diingatkan aku beli tilam baru ok. BARU. diulangi BARU. dia cakap tido rasa sampai ke besi. aku musykil. aku yang badan dah beranak dua ni tido xde pulak rasa sampai ke besi. yang ini, aku mintak mahap, memang aku x boleh sediakan. korang bayangkan la kalau nak tukar tilam. cost dia 1 tilam 100 x 5 tilam = 500. busuk2 kalau dapat kurang pun 90. tu pun je dah 450. banyak tu. takkan nak tukar untuk budak tu je. budak lain? its not fair to others kan? yang ni aku dah discuss dengang MIP. dia cakap jangan dilayan budak-budak tu. banyak lemak. tapi kami de discuss jugak. andaikata itm ada buat lelong tilam/katil, mintak dia beli. tapi tu kena cepat la. 1st come 1st serve. tilam dapat la 30 hengget. katil dorang lelong 50 hengget. nak aje suh MIP amik tilam hostel yang berlambak kat umah dia kt segamat. (ada dekat 10) dia x nak... hehehe.. tunggu la aku dok sana sok, kalau agak menyemak je kat umah tu, akan ku usul lagi, kalau tak jangan letak kt umah. pi letak kt hostel.

fifth, baru-baru ni dorang sms cakap peti ais pulak rosak. kejap panas kejap sejuk. kebetulan memang bulan puasa ni xde masa nak menjengah pegi cek. aku cuba la luang masa 1 hari tengok peti ais tu before panggil orang repair. kebetulan time aku pegi peti aisnya sejuk giler. siap ada water frost yang tebal giler. aku pun cakap ngan dorang maybe ada yg tertekan punat untuk defrost water kot. masing-masing menafikan. aku dah pun call org repair. patut datang khamis minggu lepas, tapi tak datang. budak-budak tu pun dah sms bagitau orang tu tak datang. kelmarin aku sms dorang tanya, peti ais macamana, ada buat hal tak. tau apa dorang reply? "peti ais x berapa sejuk kak, ais krim cair" what????? aku tak paham la budak2 ni. dorang nak sejuk macamana lagi. aritu aku datang tengok, sejuk giler. ni dorang cakap ais krim cair. ok, aku nak tgk smpi before raya nanti macammana. dalam minggu depan aku try pegi tengok balik. btw, lupa nak bagitau. time aku datang tengok peti ais tu, budak yang mintak tukar tilam tu. tido depan tv. pura-pura tido. tutup muka dengan bantal. heheh. ingat aku tak tau.
so korang, sebab geram sangat, aku dah tulis pasal hal ni kat FB. ramai la pulak yang bagi opinion, komen & ada jugak yang dok buat lawak kat situ. adoyai kawan-kawan aku ni... kita tengok la. aku rasa dorang nak duduk 1 sem je kot. bagus jugak. nanti aku cari penyewa lain.





terpulang dekat diorang, nak sewa rumah lain rm400, kosong tanpa barang. or maintain duduk rumah aku 1 kepala serat complete dengan katil, tilam, mesin basuh, dapur, peti ais, kipas kat setiap bilik & ruang tamu. anda tentukan.




Thursday, August 26, 2010

Allah selamatkan kamu

Allah selamatkan kamu..
Allah selamatkana kamu..
Allah selamatkan Muhammad Uwais Al-Qarni..
Allah selamatkan kamu..

26-08-10. syukur... anak bujang ibu kini berusia 6 tahun. dah besar panjang (sesungguhnya dia memang panjang!) sesungguhnya ibu bersyukur memilikumu nak. dari abang di dalam perut ibu, sehinggahlah ibu melahirkan abang pada usia kandungan ibu 31 minggu 6 hari. dari hari pertama ibu mendukungmu, ibu percaya kamu akan jadi anak yang berguna, anak yang mendengar kata, anak yang mampu membahagiakan ibu dan daddy.

sejak abang didiagnose sebagai Cerebral Palsy Diplegia patient, ibu anggap ianya sebagai satu ujian Allah pada abang, ibu & daddy. sejak dari itu, ibu tidak akan menoleh kebelakang lagi. selagi ada hayat ibu, selagi termampu kudrat ibu, ibu akan lakukan apa saja untukmu sayang. sehingga ke hari ini usiamu 6 tahun, ibu x betah untuk mendukung mu, tak betah menggendongmu. walaupun ada suara-suara yang kadangkala berkata; "dah besar pun mak nak dukung.." jangan abang ambil hati dengan mereka bang. mereka tak tau. hatta ibu pun, tidak sekali-kali berkecil hati andai mendengar mereka berkata begitu.  ibu tak betah membawamu ke mana saja ibu pergi. yang pasti, semua yang ibu lakukan ikhlas untuk anak ibu. anak yang ibu kandung, yang ibu lahirkan.

untuk kesekian kalinya, doa ibu setiap hari dan untuk hari-hari mendatang, semoga abang dilimpahkan rahmat dari Allah, diberikan kesihatan yang baik, jadi anak yang soleh, abang yang penyayang, belajar bersungguh-sungguh, jadi orang yang berguna dan satu-satunya doa & harapan ibu,  ibu dapat tengok abang berjalan tanpa walker. Amin!!







*love*

Tuesday, August 24, 2010

CONTEST MaMa3H: Si Comel Manis Berbaju Kurung / Berbaju Melayu

CONTEST dianjurkan bersempena dengan MaMa3H 8th Anniversary





dah lama bebenar aku tak join contest. bukannya apa, nak update blog pun masa agak terhad. tapi kali ni lepas jengah blog MaMa3H, rasa nak terpanggil pulak join contest ni. special nya apa, baju kebarung ni adalah jahitan tangan aku sendiri. tu yang rasa semangat tu~~



Nama : Nur Qashrina Ameenah binti Muhamad Ismail

Umur : 2 tahun 7 bulan


Syarat-syarat penyertaan :

1. Sila jadi follower diblog MaMa 3H (done)

2. Add link contest ini di side bar (done)

3. Buat entry contest ini di blog kawan2...

4.Terbuka kepada semua anak-anak lelaki / perempuan yang berumur yang berumur 4 tahun dan ke bawah.... (yes)

5.Sila nyatakan nama dan umur anak anda dibawah gambar yang dipilih. (done)

6.Tinggalkan link pernyertaan anda di entry ini..... (done)










Saturday, August 21, 2010

terkini

wajah anak dara saya

penawar duka lara saya

pengubat kesepian saya

intan payung saya

pembantu setia abang

peminat setia ibu

si penyibuk antarabangsa!!


.

.

.

.

.

.





budak nakal!!



Friday, August 20, 2010

drive shaft & wheel hub

awal bulan aritu dah tukar brake pad & yang sewaktu dengannya. last sunday aku tukar drive shaft & wheel hub. nasib baik la MIP balik, kalau tidak susah aku nak handle sorang-sorang.






asal mula kereta xleh nak gerak dekat fasa 3. time tu nak pegi jumpa budak2 rumah sewa. pastu mintak tolong bb sitter anak-anak. nasib la dia x ke mana. dia tolong pegi hantar ke bengkel, pastu MIP tunggu kat kedai sementara kak ida & husband hantar aku ngan anak-anak balik rumah! (ni citer hari sabtu)

hari ahad pagi, MIP sibuk duk ajak kuar. aku plak lepas sahur penat gaban, tidur. daddy yang siapkan anak-anak. siap dah mandi lagik budak 2 ketul tu. cik meenot plak sibuk kejut suh aku bangun. sudahnya daddy suh siap. ingat nak pegi mana. rupanya pegi kedai alat ganti kereta dekat ngn bus stand klang.

dia cakap kalau kita beli spare part, murah sikit. bayar upah aje. memang betul, berbaloi-baloi! kalau kedai tukar drive shaft aku rm 220. ni aku beli spare part sendiri murah giler. drive shaft kanan (rm 130) wheel hub tu (rm 180) upah rm 20. total rm 330.

kalau la kedai yang tukar kan. ok kita amik kira harga drive shaft + upah (rm 220) plus wheel hub (rm 180). selalu kedai akan mark up harga barang so aku bajet dia mark up rm 20. total rm 420. beza dengan beli spare part sendiri kita boleh jimat rm 90. berbaloi-baloi kan?

aritu MIP cakap dia tanya absorber keta dia 4 batang rm 450. sudahnya dia beli spare part, sebatang absorber rm 50. time 4 = rm 200. upah tukar rm 12 sebatang. total rm 248. jimat rm 202.

ala daddy... kenapa dari dulu tak buat cenggini. banyak duit habis dok repair keta. tau-tau pulak aku dah nak benti keja. time-time ni la nak tukar itu nak tukar ini. lepas ni sebijak anda aku itu x jalan jauh. so boleh la spare part tu tahan lama sikit yek!


that's all folks!!






lintas hormat : McDonalds

ari ahad lepas, masa otw nak ke klang, aku terperasan la something. actually tempat ni dulu tapak pasar malam (kat belah luar puncak alam). lepas tu dalam 3 bulan lepas ada construction kat situ. pelik jugak aku apa la nak dibuat kat luar ni. banyak kali aku lalu, nak baca signboard dia. sempat terperasan dia tulis cadangan membina restoran makanan segera. siyesssss!!

aku syak either KFC or Pizza Hut. pasal 2-2 ni selalu je datang puncak alam and jual dekat lori. tup-tup, rupanya, depa bukan nak bukak kfc or pizza. but its McD babe!! wah... senang la cenggini. delivery terus ke rumah.

masa otw nak ke rumah akak ahad lepas, daddy saje je nak buat lintas hormat. nak tunjuk kat uwais. almaklum la, si asham boy tu memang suka McD pun. lagi pulak boleh delivery!









masalahnya, sempat ke McD delivery kat umah aku b4 aku move out to segamat???



Thursday, August 19, 2010

menu iftar | 8 ramadhan

seperti yang aku update kat facebook, aku nak masak bihun sup. so, acara masak bermula jam 6.00 petang, aku rebuskan ayam, rendamkan bihun & keluarkan bergedil yang aku dah siapkan time subuh semalam.

sambil masakkan kuah, aku sempat potong daun sup dan kemas dapur sikit-sikit. perlahankan sikit api sup, 6.15ptg, terus naik atas, mandi. anak-anak memang tak amik lagi. lepas mandi 6.30 petang, gi amik anak-anak.

sampai kat rumah baby sitter, dia xde. pegi kedai katanya. tapi anak dia ada la tolong tengok-tengokkan. masa dah sampai kat motor, kak ida pun balik. ooo.. rupanya anak bujang dia (irfan-sebaya uwais) puasa. nak makan kuey-tiow. heheheh.. tu yg pegi beli tu

oh terluper. sebelum g amik abang-adik, singgah rumah sewa. budak-budak tu komplen peti ais x sejuk! masa lalu kat blok jasmin, nampak la sorang awek ni. dari belakang macam kenal aje, dengan tinggi & rambutnya. hehehe... si Sara rupanya! student daddy masa kt segamat. sekarang continue degree kt UiTM puncak alam :)

balik rumah, terus aku bersilat. nasib anak-anak sibuk duk main basikal kat luar. sambung panaskan sup, goreng popia, karipap, goreng bergedil & rebus mihun. tak sempat masak, azan dah... sudahnya makan popia/karipap dulu, sambil siapkan bihun sup & sambal kicap. alhamdulillah, sambung makan time sahur..



bihun sup ibu


Wednesday, August 18, 2010

update

salam ramadhan untuk semua... aku rasa lama sangat tak update blog. bukan apa.. buzy sikit.. ngan bulan-bulan terakhir kerja... kerja kat rumah lagi.. persiapan ramadhan & raya pulak... haih... tak menang tangan nak buat sorang-sorang...

lagi pulak, penyibuk antarabangsa 2 1 ketul (ameenah sajok.. abang tak ganggu) susah betul nak buat kerja. kita marah sikit, merajuk.. menangis... adoyaiii anakku!!

ok lah guys... nanti aku update lagi ye... sekarang ni kat rumah mood internet kureng... (even dah tukar broadband baru yg laju dan pantas) pasal banyak kerja nak buat. basuh kain, kemas rumah, basuh langsir, masak, menjahit, ngajar uwais & ameenah. nasib tv x tengok. pasal astro rosak. jumaat petang ni baru technician datang....



berbuka ni nak buat mihun sup. wah, enak!
google image





Thursday, August 12, 2010

~jom solat~

pagi tadi, lepas mandi aku terus je solat subuh. malas nak tunggu anak-anak (selalu diorang solat sekali time maghrib) sudahnya, adik nampak ibunya yang dok melipat telekong terus nak solat.

aku pun suruh la dia amik telekong dia yang aku dah basuh kat almari baju. dia pun terketek-ketek pegi la amik. "ibu... ni ibu". "ok, adik semayang sorang-sorang ibu dah solat.. ni sejadah", aku cakap dekat dia.

dia pun solat la bagai....




camne adik solat nampak jambul ni..



Allah hu akbar!



sejuk perut ibu mengandung!



doa ibu : biar sampai besar gini ye nak!





*solat*

jammed di Puncak Alam~

as u all know, UiTM di hatiku Puncak Alam dah pun dibuka. rasanya dah masuk 3 semester. tapi kali ni paling hectic sekali. jalan jammed di sana sini. jammednya di dalam puncak alam ye!

nak masuk ke rumah pengasuh dan balik ke rumah aku, itu la satu-satunya jalan yang ada. tiada yang lain. dan kat tepi jalan (belah atas) tu la jugak adanya bazar. adoyai... mak tensi tau! nak melalui jalan tu je dah makan 10 minit, patah balik, jalan yang sama, 15 minit. camne ni?

ni semua gara-gara ramai dah student UiTM di hatiku kat sini. tengok gaya, sekaran puncak alam ni dah ala-ala shah alam gitu. ala-ala seksyen 7 pun ada...









xpe la, apa-apa pun, UiTM tetap di hatiku!! (eh, tiba-tiba**)




*ramadhan*

1 hari penuh!

alhamdulillah, semalam semua umat Islam telah mula menjalani rukun Islam yang ke 3. Uwais tidak terkecuali. sahur, dia bangun. ibu suapkan nasi semulut. terus dia cakap tak nak.. haih.. anak bujang ni. sudahnya, ibu cakap ngan dia, nak maggi dak. terus dia angguk. pantas!

sudahnya dia hanya bersahur semangkuk maggi!

kebetulan dia cuti 1 ramadhan, duduk rumah pengasuh ajelah. ibu ada pesan, kalau lapar mintak dengan acik ida makan. yang acik ida pulak dok tanya dia nak makan tak... uwais jawab, dia posa....



otw balik ke rumah..

petang pukul 6.00, ibu amik dia, masih boleh bertahan. tapi bila otw balik ke rumah, dia buat hal. dia nak makan roti. sampai rumah, mintak main basikal kejap. pastu terus terjah ibu kat dapur mintak roti. mana boleh sayang....

menangis-nangis dia merayu kat ibu mintak roti. kebetulan daddy tepon, pun tak jalan. daddy cakap tak payah la masak, bawak dia pegi mana-mana. (nak elak dari dia mintak nak makan) ajak pegi marry brown, tak nak, M besar, tak nak, atuk (KFC) tak nak... pujuk punya pujuk. dia kata buatkan je roti dia makan 7.30. bila dah letak roti dalam tupperware, biasa la... godaan pun datang. mintak roti lagi...

sudahnya ibu pujuk-pujuk, dia kata nak makan kfc, ok la sayang, kita pegi kfc. dengan syarat. kfc dekat tesco yek, bukan dekat meru. ok lah. sambil tu sempat ibu goreng popia sikit buat bekalan berbuka..

dalam kereta ibu asyik-asyik toleh ke belakang. bukan apa, takut dia ngap roti dia tu je. tapi alhamdulillah... dia pegang aje tupperware tu...



suka ye abang dapat makan kfc


ibu, layankan aje anak-anak!


yeay!! 1 ramadhan, Uwais puasa penuh 1 hari!!



*luv*

Tuesday, August 10, 2010

SRAB Kerajaan Johor, Segamat, Johor Darul Takzim



seperti yang korang semua tahu, ibu, uwais & ameenah akan ikut tinggal dengan daddy tahun depan. untuk itu, ibu dah pun carikan sekolah yang pada kami terbaik untuk uwais bersekolah.

perkembangan uwais? alhamdulillah. first impression ibu takut tengok dia. bukan apa, as u all know, uwais is a CP patient. seorang kanak-kanak kurang upaya. tetapi..... kita tidak boleh menilai anak-anak ini sebegitu. sebab apa... ibu tengok dia belajar sekarang, macam budak-budak normal lain. alhamdulillah.. berkat kerja keras ibu, daddy, doa ibu-bapa, atuk-nenek, makcik-pakcik, abang-kakak-adik, saudara mara, kawan-kawan ibu-daddy dan mungkin juga anda readers saya. terima kasih.

kakak ibu pesan, ko jangan risau. uwais ok.... ekal ngan faris (merujuk anak buah ibu) pun macam tu jugak dulu. dah nak masuk/darjah 1 baru tau baca. uwais pun sekarang pun dah tau eja kan. ye betul. uwais dah pandai mengeja. sikit-sikit. syukur sangat. ibu mula-mula memang la underestimate dia. tapi kini tidak lagi. tapi ibu cuma kena pastikan apa yang dia eja, apa yang dibaca tu betul. kang tak pasal-pasal dia buat bacaan sesat pulak...

bercerita pasal sekolah. masa uwais warded aritu, patut dia kena pergi ujian kemasukan darjah 1 di Sekolah Rendah Agama Bersepadu, Kerajaan Johor, Segamat, Johor. namun apakan daya, dia x berkesempatan pergi. sudahnya kami dah selamat daftarkan dia di Sekolah Kebangsaan Gemereh, Segamat, Johor.

Sekolah Rendah Agama Bersepadu (SRAB) Daerah Segamat telah ditubuhkan pada 30 Disember 1998. Jabatan Agama Islam Johor(JAIJ) telah mengambil inisiatif untuk menganjak paradigma melalui perancangan pendidikan peringkat rendah dengan menubuhkan Sekolah Rendah Agama Bersepadu (SRAB) Kerajaan Johor selari dengan perkembangan pendidikan yang sentiasa mengalami perubahan bagi memenuhi hasrat masyarakat untuk melihat anak-anak mereka terdidik secaraIslam seutuhnya.

Oleh yang demikian kurikulum SRAB telah digubal oleh satu jawatankuasa kurikulum berdasarkan Falsafah Pendidikan Islam . Pada dasarnya kurikulum ini merupakan pengabungjalinan antara Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) dengan Kurikulum Baru Sekolah Agama (KBSA) Kerajaan Johor.

Pada Januari 1999, SRAB mula dibuka dengan menumpang di bangunan Sekolah Agama Bandar Segamat. dengan bilangan murid seramai 80 orang pada awalnya. Bilangan pelajar telah bertambah sehingga seramai 169 menjelang tahun 2000. Begitu juga dengan tenaga pengajar.

Perubahan demi perubahan berlaku. Pihak JAIJ telah mula mendirikan bangunan SRAB di kawasan perumahan Bukit Siput. Bangunan yang menelan belaja sebanyak 1.4juta siap dibina pada penghujung tahun 2000 kini mampu menampung pelajar seramai 480 orang dari tahun 1-6.Bangunan ini dilengkapkan dengan struktur dan peralatan yang akan membantu sistem pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.


tapi, minggu kemudiannya, SRAB call balik minta uwais datang and seat for the test. huhu... dia sorang aje pulak tu. ntah apa yang dia jawab, tak tau lah ibu.

so, sekarang we just waiting for the result. kalau ada rezeki, ada la. kalau takde, ke SK Gemereh ler. ibu tak kisah. janji uwais nak belajar sudah cukup bagi ibu!





ashammers saya!

lama dah gambo ni saya amik... dok tersadai je kat handphone. busy sangat 3-4 minggu ni. as u all know, 3 minggu berturut-turut kami balik ke segamat. asal mula aku balik sana on 17 julai 2010. yelah time tu MIP busy semedang, so ibu pun heret la anak-anak naik bas ke sana. ahad, sempat jengah nenek dorang kat jb. sudahnya balik ke puncak alam balik sampai pun dah isnin, 2 pagi!

minggu berikutnya pulak, adik lelaki saya, si hafez, dapat sambung degree kt UTHM. pegi lagi. tapi kali ni naik kereta. drive dengan sister. nak jadi cerita minggu ni uwais plak warded as pe previous entry yek...

then last 2 weeks, hari jumaat (30 julai 2010) daddy call suruh datang. isnin kena pegi ujian kemasukan darjah 1 sek SRAB. ala.... cuti lagi ke aku. sudahnya aku amik EL aje... pagi isnin uwais test, petang dalam pukul 7, lepas daddy abis kelas kami gerak balik ke puncak.

sudahhh!!

lari tajuk dah ni.. ni dah kira macam caca-merba nye entry dah. sebenarnya nak tunjuk gambar ashammers saya je. ibu suka sangat tengok anak-anak tatkala mereka tido. rasa suciiiiiiii sangat!



abang, adik, ibu love you so much!!







*buah hati* 

anak bujang ibu

saya memang suka panggil dia begitu

"anak bujang ibu"

dia lah waris daddy


dia lah waris ibu

dia lah wali adiknya, ameenah

dia lah segala-galanya pada kami

walau pun dia serba kekurangan

tapi

dia sangat bijak

tengok lah tu

malam tadi dia mintak dengan ibu

"ibu, ibu amik la kotak kat atas almari abang tu. abang nak cari baju sekolah yang kaler putih dengan seluar biru tu ibu"

ibu pulak sebuk dengan mengemas surat-surat

sudahnya mintak tolong anjang dia ambilkan

di selaknya pakaian lama kat dalam tu..

finaally, he found it!

terus bukak baju seluar

pakai baju "sekolah"

baju tu sebenarnya kami beli lama dah

saja suka-suka

dia sibuk je nak baju sekolah..





"abang, kalau ada rezeki masuk sekolah SRAB, x boleh pakai gini tau! kena pakai seluar panjang or baju melayu!!"





*luv u abang*

Friday, August 6, 2010

north port

CUBA bayang dan fikirkan macam mana perasaan Junaidi Sulaiman yang juga Ahli Jawatankuasa Kesatuan Kakitangan Northport (M) Sdn Bhd yang terpaksa mengutip cebisan mayat rakan sendiri yang mati kemalangan gara-gara motosikalnya terjatuh dalam lubang yang kemudian digilis treler sapu.


Mayat hancur berkecai. Keluar rumah untuk mencari rezeki namun ajal yang menanti. Hidup dan mati memang ketentuan Allah SWT, namun kita yang hidup mesti berusaha memantau kelalaian manusia hingga membawa padah.

Kejadian yang mengerikan itu berlaku setahun lalu di atas jalan raya yang menghala ke Pelabuhan Utara dan tragedi menyayat hati itu masih menghantui Junaidi sehingga kini. Itu baru kisah Junaidi, banyak lagi cerita lain daripada 17,000 penduduk yang menetap sekitar daerah itu manakala 2,500 lagi pekerja mencari rezeki di pelabuhan berkenaan.

Aduan yang diterima Talian Hayat bukanlah keadaan pelabuhan itu tetapi jalan raya yang menghala ke sana bagaikan perangkap maut kepada pengguna jalan raya terutama penunggang dan pembonceng motosikal. Sebahagian daripada pengadu berkenaan adalah kakitangan pelabuhan itu yang juga pengguna utama jalan raya berkenaan.

Penerbit dan Pengacara program itu, Wan Kamaruddin Wan Ibrahim atau Wan K yang membuat tinjauan mengenai masalah itu berkata, Pelabuhan Utara atau lebih dikenali sebagai North Port adalah pelabuhan ke-16 paling sibuk di dunia.

“Ia menjadi kebanggaan ­rakyat Malaysia terutama ­masyarakat sekitarnya. Memang tiada masalah langsung dengan keadaan di pelabuhan itu yang serba canggih dan moden. “Pelabuhan itu juga pernah menggondol Anugerah Pelabuhan Terbaik Asia oleh Asian Freight And Supply Chain Awards (AFSCAS) untuk dua tahun berturut-turut. Anugerah itu diterima di Hong Kong pada 2009 dan Shanghai, Mei lalu. “Di samping itu, pelabuhan itu juga turut menerima jolokan ‘Economic Gateway’ di Malaysia. Bagaimanapun, berbeza sekali dengan kualiti jalan raya sepanjang laluan ke sana yang rosak teruk dan lampu jalan tidak berfungsi dengan baik. Untuk ke sana, saya dan kru Talian Hayat melalui bandar Pelabuhan Kelang yang terang-benderang, namun suasana bertukar gelita sebaik menghala ke Pelabuhan Utara.

“Laluan itu hanya diterangi lampu kenderaan yang sekejap terang, sekejap gelap. Mengejutkan apabila rakaman lensa kamera Talian Hayat mendapati laluan menuju ke sana sejauh 10 kilometer berdepan situasi itu. “Purata kenderaan khususnya kenderaan berat yang keluar masuk menggunakan laluan itu hampir 10,000 sehari. Selain suasana gelap, keadaan jalan tidak rata, berlubang dan tidak diturap dengan sempurna. Setiap hari melalui laluan yang seperti jongkang-jongkit itu ­boleh membuatkan penggunanya sakit pinggang.

“Barangkali mereka yang menaiki kereta agak selamat tapi kos penyelenggaraan kenderaan tetap tinggi kerana tahu sajalah kalau terlalu kerap ­melanggar lubang. Namun keadaan mereka yang menunggang dan ­membonceng motosikal lagi bahaya yang berasakan setiap hari nyawa mereka berada di hujung tanduk,” katanya. Tambahan lagi, tegas Wan K, kenderaan berat yang ­berurusan di pelabuhan itu memecut laju tanpa mempedulikan pengguna lain. Penunggang motosikal tiada pilihan ­kerana memang tiada disediakan laluan khas untuk mereka. Agaknya kata Wan K, penilaian AFSCAS ke atas pelabuhan itu tidak termasuk keadaan jalan rayanya. Jalan yang bermasalah ini di bawah seliaan Kementerian Kerja Raya.

Bagi Ahmat Abu yang sudah berkhidmat di pelabuhan itu selama 37 tahun, ada ketika terpaksa tebalkan muka tidak tahan menanggung malu dengan kapten dan anak kapal dari luar negara yang berlabuh di sana. Keadaan jalan raya itu menjadi bahan sindiran mereka. “Dulu jalan itu OK tapi sejak dua tahun kebelakangan ini, ia menjadi mimpi ngeri buat kami. Lebih teruk apabila saya hadir forum peringkat serantau ­membuatkan saya panas telinga dan merah padam muka apabila ada yang mengkritik ­laluan ke situ. Kebanyakan anak kapal keluar dari pelabuhan itu apabila hendak balik semula ke pelabuhan mesti sesat.

“Mereka tertanya-tanya juga kenapa jalan ke Pelabuhan Barat jauh lebih baik berbanding jalan ke Pelabuhan Utara. Barangkali pihak yang ­bertanggungjawab menyelia jalan itu terlepas pandang,” katanya.

Berbalik kepada kisah Junadi tadi, apakah lagi bukti yang hendak ditunjukkan kepada ­pihak berkaitan bagi meyakinkan mereka mengenai masalah pengguna jalan raya itu yang kian kronik? “Apakah cebisan mayat yang bertaburan di jalan belum cukup menguatkan rayuan pengguna jalan raya itu supaya laluan itu diperbaiki dan lampu dipasang terang. Banyak kemalangan berlaku di atas jalan itu termasuk langgar lari,” katanya.

Untuk mengetahui apakah penyelesaian yang diambil ­Talian Hayat, saksikan program itu di ntv7, jam 7.30 malam ini. Mereka yang ingin membuat aduan atau menghadapi masalah boleh menghubungi 017-8188121 atau e-mel ke talianhayat@otoview.com.my. Aduan juga boleh dibuat di laman http://www.ntv7.com.my/.










Mesin Basuh Toshiba

korang....

dah sebulan lebih dah aku mendobi sendiri. mesin basuh ku dah x berfungsi! ni semua gara-gara cik meenot. geram betul la aku dengan anak dara aku yang sorang tu. korang tau asal mula aku nak mesin kain. mesin tu masih boleh on. dah masuk air dah pun. sekali tu, terlupa la pulak letak towel 2 beradik tu. aku pun bukak la penutupnya. lepas dah bubuh towel & nak tutup balik. si penyibuk antarabangsa pun sibuk la nak tolong tutupkan. ntah macamana dia tertekan punat-punat kat mesin tu. aku pun mula tak perasan mesin tu dah ter off. kemudian aku g la masak.

masa dekat sinki, aku leh nampak mesin aku kt luar. pelik, apasal mesin aku ni tak bunyi? selalu mesti bunyi air masuk, bunyi wash. then aku pegi la kt mesin tu, oh.. ter-off. aku pun on balik. eh eh.. x leh on. sudahhhhh... aku try tukar plug dari dalam, x boleh jugak. sudahnya aku pun dh tak tau nak buat apa. aku punggah balik kain yg dah berisi air sikit. aku basuh tangan!!


ni le mesin basuh aku. dekat 7 tahun guna. x penah buat ragam.
ni 1st time dia rosak. maybe dah masanya untuk dispose
(credit google picture)


ada sekali tu, lepas balik dari segamat yang uwais masuk spital tu. dah penat sangat, aku hanto dobi baju. nasib la kedai tu baru je bukak. kedai2 dobi yg lain sekilo rm2. kedai ni tengah offer bulan julai, sekila rm1.60. cantikkk... korang tau dekat2 9kg kain aku. bayo ajelah. penat sih....

kelmarin, aku dah panggil orang datang repair. dia cakap motherboard rosak. so, dia tanya nak tukar ke. aku cakap tukar la. dia mintak aku rm250. time tu aku xde cash. ada rm100 je kat tangan. dia cakap ngan aku, macam ni la kak. saya pegi tanya kat orang toshiba dulu. berapa nanti saya sms kat akak. pastu akak bank-in duit aje. ok la kalau macam tu.

esoknya, orang tu sms. harga pcb rm260 + upah rm80 = rm340. then dia bagi account no suh bank in. pada aku 260 worth it. upah not worth it. pasal apa? pasal nak pasang pcb tu senang aje. (aku tengok dia bukak senang)

aku de tanya pendapat kawan, kakak & daddy. dorang semua cakap mahal. nanti kang dah tukar rosak balik, macamana (majoriti cenggitu cakap). daddy cakap beli baru. tambah duit sikit aje. alasan dia, bukan nak duduk lama kt situ. beli yang semi. ya ampunnn suami ku, ibu takmo ye semi-semi ni. i takde masa yekk...

sekarang ni aku dah survey2 mesin basuh. aku masih berpuas hati dengan toshiba. aku ingat pun nak cari toshiba jugak. oh ye, sebelum tu aku nak tanya kedai kt meru. dia agen toshiba. kot2 la upah pasang pcb tu lagi murah. boleh cut cost.

so, ini adalah pilihan aku. yang lama 7.0kg, kali ni aku tengok 6.5kg, harga reasonable rm599.00 tengok la macamana. still lagi searching...




Features

6.5 kg



Circular Intake
Condensed Wash


ZERO Standby Power
No electricity consumption on Standby Mode, Energy Save Upto 20%.


Shower Rinse
Save water in washing process.


Hybrid Screw Pulsator
Outstanding Genius design of asymmetry shape creates a powerful whirlpool to increase washing efficiency with less tangling.


Fuzzy Logic Control
Fuzzy logic computerized control make the machine perform with highest efficiency through the genius computer system.


Resume Function
No repeated washing course in case of power failure.


RRP (Recommended Retail Price)
Peninsular Malaysia: RM 599.00





:: we belong together ::

Daisypath Anniversary Years Ticker

:: my asham boyyy ::

Lilypie Kids Birthday tickers

:: my asham kepinggg ::

Lilypie Fourth Birthday tickers