Thursday, August 12, 2010

1 hari penuh!

alhamdulillah, semalam semua umat Islam telah mula menjalani rukun Islam yang ke 3. Uwais tidak terkecuali. sahur, dia bangun. ibu suapkan nasi semulut. terus dia cakap tak nak.. haih.. anak bujang ni. sudahnya, ibu cakap ngan dia, nak maggi dak. terus dia angguk. pantas!

sudahnya dia hanya bersahur semangkuk maggi!

kebetulan dia cuti 1 ramadhan, duduk rumah pengasuh ajelah. ibu ada pesan, kalau lapar mintak dengan acik ida makan. yang acik ida pulak dok tanya dia nak makan tak... uwais jawab, dia posa....



otw balik ke rumah..

petang pukul 6.00, ibu amik dia, masih boleh bertahan. tapi bila otw balik ke rumah, dia buat hal. dia nak makan roti. sampai rumah, mintak main basikal kejap. pastu terus terjah ibu kat dapur mintak roti. mana boleh sayang....

menangis-nangis dia merayu kat ibu mintak roti. kebetulan daddy tepon, pun tak jalan. daddy cakap tak payah la masak, bawak dia pegi mana-mana. (nak elak dari dia mintak nak makan) ajak pegi marry brown, tak nak, M besar, tak nak, atuk (KFC) tak nak... pujuk punya pujuk. dia kata buatkan je roti dia makan 7.30. bila dah letak roti dalam tupperware, biasa la... godaan pun datang. mintak roti lagi...

sudahnya ibu pujuk-pujuk, dia kata nak makan kfc, ok la sayang, kita pegi kfc. dengan syarat. kfc dekat tesco yek, bukan dekat meru. ok lah. sambil tu sempat ibu goreng popia sikit buat bekalan berbuka..

dalam kereta ibu asyik-asyik toleh ke belakang. bukan apa, takut dia ngap roti dia tu je. tapi alhamdulillah... dia pegang aje tupperware tu...



suka ye abang dapat makan kfc


ibu, layankan aje anak-anak!


yeay!! 1 ramadhan, Uwais puasa penuh 1 hari!!



*luv*

4 comments:

Rizziela said...

Syabas Uwais...hari penuh lagi yer sayang

mamashasha said...

tahniah utk uwais...biasala budak kan...dah petang tu mmg la kuat betul dugaannya...dr puncak alam ke setia alam tak jam pulak mala?

ibu-uwais-ameenah said...

harap-harap gitu la ziela!

ibu-uwais-ameenah said...

bed, xde la jammed sgt. masa aku order baru azan. nasib dah bawak bekalan, terus la uwais makan roti dia tu. aku berbuka kt kfc yg dekat caltex tu. tak ramai orang. kalau kat kfc dlm tesco, sahih2 penuh..

:: we belong together ::

Daisypath Anniversary Years Ticker

:: my asham boyyy ::

Lilypie Kids Birthday tickers

:: my asham kepinggg ::

Lilypie Fourth Birthday tickers