Thursday, August 26, 2010

Allah selamatkan kamu

Allah selamatkan kamu..
Allah selamatkana kamu..
Allah selamatkan Muhammad Uwais Al-Qarni..
Allah selamatkan kamu..

26-08-10. syukur... anak bujang ibu kini berusia 6 tahun. dah besar panjang (sesungguhnya dia memang panjang!) sesungguhnya ibu bersyukur memilikumu nak. dari abang di dalam perut ibu, sehinggahlah ibu melahirkan abang pada usia kandungan ibu 31 minggu 6 hari. dari hari pertama ibu mendukungmu, ibu percaya kamu akan jadi anak yang berguna, anak yang mendengar kata, anak yang mampu membahagiakan ibu dan daddy.

sejak abang didiagnose sebagai Cerebral Palsy Diplegia patient, ibu anggap ianya sebagai satu ujian Allah pada abang, ibu & daddy. sejak dari itu, ibu tidak akan menoleh kebelakang lagi. selagi ada hayat ibu, selagi termampu kudrat ibu, ibu akan lakukan apa saja untukmu sayang. sehingga ke hari ini usiamu 6 tahun, ibu x betah untuk mendukung mu, tak betah menggendongmu. walaupun ada suara-suara yang kadangkala berkata; "dah besar pun mak nak dukung.." jangan abang ambil hati dengan mereka bang. mereka tak tau. hatta ibu pun, tidak sekali-kali berkecil hati andai mendengar mereka berkata begitu.  ibu tak betah membawamu ke mana saja ibu pergi. yang pasti, semua yang ibu lakukan ikhlas untuk anak ibu. anak yang ibu kandung, yang ibu lahirkan.

untuk kesekian kalinya, doa ibu setiap hari dan untuk hari-hari mendatang, semoga abang dilimpahkan rahmat dari Allah, diberikan kesihatan yang baik, jadi anak yang soleh, abang yang penyayang, belajar bersungguh-sungguh, jadi orang yang berguna dan satu-satunya doa & harapan ibu,  ibu dapat tengok abang berjalan tanpa walker. Amin!!







*love*

5 comments:

mamashasha said...

selamat hari jadi uwais, semoga terus cekal mengharungi liku2 hidup mu, ingat janji tuhan setiap apa yang berlaku pastia da hikmah, jangan lupa ibu, daddy & adik yang banyak berkorban utk uwais..janji dengan auntie jadi anak yang baik dan taat perintah ye..

sesungguhnya air mata keibuaan ku gugur jua! tersentuh membaca & menyelami perasaan ko mala....aku solute sangat...bukan semua orang kuat & tabah mcm ko....

mumyShaneQeisha said...

selat hari jadi uwais, moga sentiasa tabah menjalani kehidupan.
*moga doa ibu uwais termakbul ya.amien

ibu-uwais-ameenah said...

bed, thanks..... jangan la nangis bed. ko tgk la ayat aku tu tunggang langgang. pasal menaip sambil menangis... kalau boleh nak citer panjang lagi, tapi air mata tak mampu nak sekat..

ibu-uwais-ameenah said...

thanks mummyshane.... sememang doa ibu paling terbaik untuk anak-anak!!

has said...

wah uwais dah besar..
makin hensem lah tuh..

akak jangan putus asa berdoa ye..

:: we belong together ::

Daisypath Anniversary Years Ticker

:: my asham boyyy ::

Lilypie Kids Birthday tickers

:: my asham kepinggg ::

Lilypie Fourth Birthday tickers