Friday, August 20, 2010

drive shaft & wheel hub

awal bulan aritu dah tukar brake pad & yang sewaktu dengannya. last sunday aku tukar drive shaft & wheel hub. nasib baik la MIP balik, kalau tidak susah aku nak handle sorang-sorang.






asal mula kereta xleh nak gerak dekat fasa 3. time tu nak pegi jumpa budak2 rumah sewa. pastu mintak tolong bb sitter anak-anak. nasib la dia x ke mana. dia tolong pegi hantar ke bengkel, pastu MIP tunggu kat kedai sementara kak ida & husband hantar aku ngan anak-anak balik rumah! (ni citer hari sabtu)

hari ahad pagi, MIP sibuk duk ajak kuar. aku plak lepas sahur penat gaban, tidur. daddy yang siapkan anak-anak. siap dah mandi lagik budak 2 ketul tu. cik meenot plak sibuk kejut suh aku bangun. sudahnya daddy suh siap. ingat nak pegi mana. rupanya pegi kedai alat ganti kereta dekat ngn bus stand klang.

dia cakap kalau kita beli spare part, murah sikit. bayar upah aje. memang betul, berbaloi-baloi! kalau kedai tukar drive shaft aku rm 220. ni aku beli spare part sendiri murah giler. drive shaft kanan (rm 130) wheel hub tu (rm 180) upah rm 20. total rm 330.

kalau la kedai yang tukar kan. ok kita amik kira harga drive shaft + upah (rm 220) plus wheel hub (rm 180). selalu kedai akan mark up harga barang so aku bajet dia mark up rm 20. total rm 420. beza dengan beli spare part sendiri kita boleh jimat rm 90. berbaloi-baloi kan?

aritu MIP cakap dia tanya absorber keta dia 4 batang rm 450. sudahnya dia beli spare part, sebatang absorber rm 50. time 4 = rm 200. upah tukar rm 12 sebatang. total rm 248. jimat rm 202.

ala daddy... kenapa dari dulu tak buat cenggini. banyak duit habis dok repair keta. tau-tau pulak aku dah nak benti keja. time-time ni la nak tukar itu nak tukar ini. lepas ni sebijak anda aku itu x jalan jauh. so boleh la spare part tu tahan lama sikit yek!


that's all folks!!






No comments:

:: we belong together ::

Daisypath Anniversary Years Ticker

:: my asham boyyy ::

Lilypie Kids Birthday tickers

:: my asham kepinggg ::

Lilypie Fourth Birthday tickers