Friday, August 27, 2010

its all about : S.E.W.A

hampir 2 bulan orang menyewa rumah daddy. (its daddy's house, not me). asal mula aku rasa bersyukur, lepas la sikit beban nak bayar loan rumah + sikit nak bayar maintenance.

namun, semenjak dua menjak ni, aku pulak rasa x selesa dengan bebudak ni. yelah asal mula aku sediakan untuk 4 orang penyewa. sedangkan dorang 5 orang, aku tambahkan katil lagi 1. aku tak mintak tambah sewa. fine. MIP pun cakap x payah tambah sewa la. lagi senang dorang nak bayar satu kepala serat.

secondly, dorang mintak untuk tambahkan telinga grill. fyi, selama aku duduk kat rumah tu dulu, memang orang yang buat grill tu tak buat telinga grill. telinga grill tu ialah tempat untuk letak mangga tu.... so far apartment umah aku tu xde la pulak dengar masalah rumah kena pecah masuk ke hapa. so, yang ni, aku buatkan.

thridly, depa cakap paip kat sinki bilik air luar air meleleh. bukan meleleh apa pun. cuma dia tutup tak ketat. so ada la air yg keluar sikit. kebetulan masa abang MSM yang buat grill tu datang pateri, aku dah suruh dia tengok sekali sinki tu. dia cakap dia boleh buat, tapi nanti pasal barang takde time tu. ok la aku cakap nanti aku contact lain. (aku dah biasa dengan dia bila bab letrik kat rumah ada problem pun aku call dia) sudahnya pipe air ni tertangguh dekat 3 minggu pasal balik ke segamat la, uwais admit hospital la, pegi test sekolah SRAB la... haih... dan 2 minggu lepas dah selamat upahkan abang MSM tu. aku deal dengan dia thru fon aje. dia ckp nak datang tengahari, aku pulak keluar time tu. aku cakap ngn dia abang buat je nanti abang sms saya berapa balik saya singgah kedai, bayar. dia pun ok. kebetulan dalam pukul 2.30 dia tepon & bagi tau dah siap buat pipe. time tu gak dapat sms dari budah rumah, abang tu dah datang. kebetulan time tu aku kat workshop tukar drive shaft kan. mintak dia singgah amik duit. senang deal ngn abang ni. dia pun percaya kat aku. :)

forthly, yang ni paling tak boleh belah. ada one of them mintak tukar tilam. apa ko ingat aku ni mak bapak ko ke hapa?? suka-suki je mintak tukar tilam. memang la aku beli tilam foam aje. tapi diingatkan aku beli tilam baru ok. BARU. diulangi BARU. dia cakap tido rasa sampai ke besi. aku musykil. aku yang badan dah beranak dua ni tido xde pulak rasa sampai ke besi. yang ini, aku mintak mahap, memang aku x boleh sediakan. korang bayangkan la kalau nak tukar tilam. cost dia 1 tilam 100 x 5 tilam = 500. busuk2 kalau dapat kurang pun 90. tu pun je dah 450. banyak tu. takkan nak tukar untuk budak tu je. budak lain? its not fair to others kan? yang ni aku dah discuss dengang MIP. dia cakap jangan dilayan budak-budak tu. banyak lemak. tapi kami de discuss jugak. andaikata itm ada buat lelong tilam/katil, mintak dia beli. tapi tu kena cepat la. 1st come 1st serve. tilam dapat la 30 hengget. katil dorang lelong 50 hengget. nak aje suh MIP amik tilam hostel yang berlambak kat umah dia kt segamat. (ada dekat 10) dia x nak... hehehe.. tunggu la aku dok sana sok, kalau agak menyemak je kat umah tu, akan ku usul lagi, kalau tak jangan letak kt umah. pi letak kt hostel.

fifth, baru-baru ni dorang sms cakap peti ais pulak rosak. kejap panas kejap sejuk. kebetulan memang bulan puasa ni xde masa nak menjengah pegi cek. aku cuba la luang masa 1 hari tengok peti ais tu before panggil orang repair. kebetulan time aku pegi peti aisnya sejuk giler. siap ada water frost yang tebal giler. aku pun cakap ngan dorang maybe ada yg tertekan punat untuk defrost water kot. masing-masing menafikan. aku dah pun call org repair. patut datang khamis minggu lepas, tapi tak datang. budak-budak tu pun dah sms bagitau orang tu tak datang. kelmarin aku sms dorang tanya, peti ais macamana, ada buat hal tak. tau apa dorang reply? "peti ais x berapa sejuk kak, ais krim cair" what????? aku tak paham la budak2 ni. dorang nak sejuk macamana lagi. aritu aku datang tengok, sejuk giler. ni dorang cakap ais krim cair. ok, aku nak tgk smpi before raya nanti macammana. dalam minggu depan aku try pegi tengok balik. btw, lupa nak bagitau. time aku datang tengok peti ais tu, budak yang mintak tukar tilam tu. tido depan tv. pura-pura tido. tutup muka dengan bantal. heheh. ingat aku tak tau.
so korang, sebab geram sangat, aku dah tulis pasal hal ni kat FB. ramai la pulak yang bagi opinion, komen & ada jugak yang dok buat lawak kat situ. adoyai kawan-kawan aku ni... kita tengok la. aku rasa dorang nak duduk 1 sem je kot. bagus jugak. nanti aku cari penyewa lain.





terpulang dekat diorang, nak sewa rumah lain rm400, kosong tanpa barang. or maintain duduk rumah aku 1 kepala serat complete dengan katil, tilam, mesin basuh, dapur, peti ais, kipas kat setiap bilik & ruang tamu. anda tentukan.




8 comments:

Rizziela said...

Wah! sangat melampau mcm ni. Dah semua complete..sewa pun murah..lagi byk cekadak..

X payah layan ajer..cari ajer penyewa lain..buat sakit hati ajer

mrs_zura said...

ucapkan selamat tinggal je kak mala...

sy ada tag kak mala contest kt blog sy..hadiah nyer wang tunai!!!

mamashasha said...

mala, tak agak2 budak2 ni demand nye ye! tak usah dilayan wei...mengikut pengalaman aku yg dok umah sewa ko mmg tn rumah yang baek ati...budak2 ni demand tak henggat bayo seratus je pun...fully furnished seratus je? kalau aku mau naik 180 or koman2 pun 150 ! lepas tu ada agreement tak ? kalau maintenance rumah yg tidak disengajakan boleh la owner repair tapi diorang buat harus ko soh diorang bayo....too much ok !

Lady Giggle said...

lempang laju-laju je dorang tu..jadah nye la..ingat mala tu ape..mak bapak dorang kehape.. udah dibagi sewa rm400 fully furnish, naik kepala pulak...

sudah2 la mala..tayah layan.. kalau daddy bace ni, saye nak pesan, kick them out je.. suh dorang tu terai carik rumah lain yg kos rm400 yg ada sme kemudahan mcm yg korang bagik...

better rent it to a family la..senang, dijaga nye rumah.. ni sewa kat budak2 tak sedar diri mcm tu... perambat je mala.. hot mak bace ni nok.. korang yg deal dgn dorang ape tah lagik..sure panas hati kan.. grr grrr.... rase nak minom air tebu je... huhu~ geram punye pasal...

ibu-uwais-ameenah said...

ziela; ntahnya.. semuanya nak subsidi

ibu-uwais-ameenah said...

zura; wokeh bebeh... dah tengok dah~~

ibu-uwais-ameenah said...

bed; ntah la.. susah nak cakap. tapi aku rasa dorang macam duduk 1 sem je kot. suka hati dorang la~~~

ibu-uwais-ameenah said...

kak iza; dah le sepah rumah tu.. geram tau. MIP ingat nak belikan sofa yg murah2 kat cavenzi ke, tp kalau gini gayanya duduk, hold dulu la...

:: we belong together ::

Daisypath Anniversary Years Ticker

:: my asham boyyy ::

Lilypie Kids Birthday tickers

:: my asham kepinggg ::

Lilypie Fourth Birthday tickers