Thursday, August 19, 2010

menu iftar | 8 ramadhan

seperti yang aku update kat facebook, aku nak masak bihun sup. so, acara masak bermula jam 6.00 petang, aku rebuskan ayam, rendamkan bihun & keluarkan bergedil yang aku dah siapkan time subuh semalam.

sambil masakkan kuah, aku sempat potong daun sup dan kemas dapur sikit-sikit. perlahankan sikit api sup, 6.15ptg, terus naik atas, mandi. anak-anak memang tak amik lagi. lepas mandi 6.30 petang, gi amik anak-anak.

sampai kat rumah baby sitter, dia xde. pegi kedai katanya. tapi anak dia ada la tolong tengok-tengokkan. masa dah sampai kat motor, kak ida pun balik. ooo.. rupanya anak bujang dia (irfan-sebaya uwais) puasa. nak makan kuey-tiow. heheheh.. tu yg pegi beli tu

oh terluper. sebelum g amik abang-adik, singgah rumah sewa. budak-budak tu komplen peti ais x sejuk! masa lalu kat blok jasmin, nampak la sorang awek ni. dari belakang macam kenal aje, dengan tinggi & rambutnya. hehehe... si Sara rupanya! student daddy masa kt segamat. sekarang continue degree kt UiTM puncak alam :)

balik rumah, terus aku bersilat. nasib anak-anak sibuk duk main basikal kat luar. sambung panaskan sup, goreng popia, karipap, goreng bergedil & rebus mihun. tak sempat masak, azan dah... sudahnya makan popia/karipap dulu, sambil siapkan bihun sup & sambal kicap. alhamdulillah, sambung makan time sahur..



bihun sup ibu


2 comments:

mamashasha said...

sedapnye bihun sup tu...begedil tu sekali ....aku tak sahur subuh tadi terjaga dah 5.30 ko...

ibu-uwais-ameenah said...

sempat lagi bed, 5.30. klang abis sahur pukul 5.43. tapi kalau nak masak bihun sup tak sempat la...

:: we belong together ::

Daisypath Anniversary Years Ticker

:: my asham boyyy ::

Lilypie Kids Birthday tickers

:: my asham kepinggg ::

Lilypie Fourth Birthday tickers