Friday, August 6, 2010

percutian di hospital segamat! ~ day 3

sorry guys, lambat hapdet. busy sikit. ni kisah last day kat hospital segamat. the day uwais was discharge! yeay!!

~daddy calm him down~

pagi-pagi, dah siap mandi segala. sarapan. as usual pagi isnin memang akan di cek oleh doktor pakar. selain doc pakar, 2 lagi doctor biasa akan turut serta. masa dorang sampai kat katil uwais, biasa la anak bujang aku tu. rilek aje. cek itu, cek ini. then doc cakap batuk dia masih belum ok. tapi kalau nak tunggu batuk baik, memang lama la duduk spital. so, dia cakap discharge arini & they will give medicine. yeay....

selain dari tu, aku sempat bagi tau yang uwais is a CP patient. selain cek demam uwais, doc pun cek kaki dia. then dia cakap ngan aku, dia CP diplegia ye. absolutely doc. antara perbualan aku dengan doc pakar,

doc : so, u check up dekat mana?

ibu : i duduk shah alam (kang sebut puncak alam dia x tau kat mana lak), so check up kat HUKM fisio semua kt sana. my husband kerja kt sini. kt uitm

doc : so sapa doctor yang cek dia kat sana?

ibu : dr. wong

doc : wong sau wei?

ibu : yup.. eh tapi dr wong tu pediatrician. kalau neuro... prof ong

doc : ooo.. tapi dr wong pun neurologist. ong apa ek??

ibu : not sure la... tapi nanti hujung tahun we all pindah sini

doc : oo... kat sini pun kita ada fisio. kalau sekali sekala u nak makan angin KL pun takpe.

ibu : hehehe.. dr wong cakap segamat - KL kejap je.. bukan lama..

doc : yela.. x jauh pun

ibu : uwais memang close dengan dr wong. dr wong suka nyakat dia

doc : oooo yeke.. tapi takpe u x nak transfer sini, dorang semua kat sana semua terer-terer dah...

ibu : (senyum ajo...)


selepas doctor check uwais & uwais dah boleh discharge on the afternoon, then ibu pun terus call daddy. sabo je la aku ni.. dia cakap amik pkl 2.00, pasal kul 12.00 dia ada meeting. ngak apa-apa. janji datang kan! then sambil kemas-kemas tu sempat lagi layan fb. tu benda wajib. hehehehe. ada jugak sembang-sembang ngan nurses kat situ. diorang semua geram dengan uwais. dorang cakap uwais handsome. (dorang cakap ye bukan aku cakap) dan dorang paling tak percaya uwais is a CP patient. dorang cakap, akak... muka dia x nampak mcm CP la kak. akak cakap baru saya perasan kaki dia... hehehe...

dalam kul 1.50 daddy pun sampai. disebabkan masa masuk spital aritu daddy takde bawak GL, so dorang keluarkan resit bayaran. total rm38.50. so, masa g bahagian hasil, with the GL, free ler.... alhamdulillah. ni yang bagus keje gomen ni... ubat, org farmasi dah datang hantar sebelum ni. now, its the time to go back!

balik, daddy singgah McD. belikan untuk anak2 happy meal & ibu mintak bubur je. sebab aku rasa dah loya, nak pitam dah. penat sangat kot. mintak daddy bawak pegi klinik Ishak. singgah klinik, badan pun tak berapa sedap. then cakap ngan doc. doc pun tau uwais baru discharge. and dia jugak tau ameenah & anjang demam. so, dia pun bagi aku 2 hari MC. how yeay... ayat tak boleh blah doc tu, "takpe la saya kasi MC 2 hari, duduk dengan abang 2 hari kat sini" (amboi en suami, senyum sampai telinga!!) doc pun tau aku akeje kt selangor. muahahaha... tapi memang resting je kat rumah yek!

sampai rumah dalam 3.30ptg. MIP ada kelas pukul 6 - 7. Malam Nisfu Syaaban, aku berkesempatan dgn anak-anak ke Masjid UiTM. Ada bacaan Yaasin. then balik ke rumah. sebelum tu aku dah sempat siapkan nasi & ikan siakap kukus. jamah sikit & tido. penat!!



nota urtic tonsilitis : alhamdulillah sehingga ke hari ini (6-8-10)
 uwais semakin sihat. terima kasih atas doa kalian!


 


*luv*

No comments:

:: we belong together ::

Daisypath Anniversary Years Ticker

:: my asham boyyy ::

Lilypie Kids Birthday tickers

:: my asham kepinggg ::

Lilypie Fourth Birthday tickers