Tuesday, August 10, 2010

SRAB Kerajaan Johor, Segamat, Johor Darul Takzim



seperti yang korang semua tahu, ibu, uwais & ameenah akan ikut tinggal dengan daddy tahun depan. untuk itu, ibu dah pun carikan sekolah yang pada kami terbaik untuk uwais bersekolah.

perkembangan uwais? alhamdulillah. first impression ibu takut tengok dia. bukan apa, as u all know, uwais is a CP patient. seorang kanak-kanak kurang upaya. tetapi..... kita tidak boleh menilai anak-anak ini sebegitu. sebab apa... ibu tengok dia belajar sekarang, macam budak-budak normal lain. alhamdulillah.. berkat kerja keras ibu, daddy, doa ibu-bapa, atuk-nenek, makcik-pakcik, abang-kakak-adik, saudara mara, kawan-kawan ibu-daddy dan mungkin juga anda readers saya. terima kasih.

kakak ibu pesan, ko jangan risau. uwais ok.... ekal ngan faris (merujuk anak buah ibu) pun macam tu jugak dulu. dah nak masuk/darjah 1 baru tau baca. uwais pun sekarang pun dah tau eja kan. ye betul. uwais dah pandai mengeja. sikit-sikit. syukur sangat. ibu mula-mula memang la underestimate dia. tapi kini tidak lagi. tapi ibu cuma kena pastikan apa yang dia eja, apa yang dibaca tu betul. kang tak pasal-pasal dia buat bacaan sesat pulak...

bercerita pasal sekolah. masa uwais warded aritu, patut dia kena pergi ujian kemasukan darjah 1 di Sekolah Rendah Agama Bersepadu, Kerajaan Johor, Segamat, Johor. namun apakan daya, dia x berkesempatan pergi. sudahnya kami dah selamat daftarkan dia di Sekolah Kebangsaan Gemereh, Segamat, Johor.

Sekolah Rendah Agama Bersepadu (SRAB) Daerah Segamat telah ditubuhkan pada 30 Disember 1998. Jabatan Agama Islam Johor(JAIJ) telah mengambil inisiatif untuk menganjak paradigma melalui perancangan pendidikan peringkat rendah dengan menubuhkan Sekolah Rendah Agama Bersepadu (SRAB) Kerajaan Johor selari dengan perkembangan pendidikan yang sentiasa mengalami perubahan bagi memenuhi hasrat masyarakat untuk melihat anak-anak mereka terdidik secaraIslam seutuhnya.

Oleh yang demikian kurikulum SRAB telah digubal oleh satu jawatankuasa kurikulum berdasarkan Falsafah Pendidikan Islam . Pada dasarnya kurikulum ini merupakan pengabungjalinan antara Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) dengan Kurikulum Baru Sekolah Agama (KBSA) Kerajaan Johor.

Pada Januari 1999, SRAB mula dibuka dengan menumpang di bangunan Sekolah Agama Bandar Segamat. dengan bilangan murid seramai 80 orang pada awalnya. Bilangan pelajar telah bertambah sehingga seramai 169 menjelang tahun 2000. Begitu juga dengan tenaga pengajar.

Perubahan demi perubahan berlaku. Pihak JAIJ telah mula mendirikan bangunan SRAB di kawasan perumahan Bukit Siput. Bangunan yang menelan belaja sebanyak 1.4juta siap dibina pada penghujung tahun 2000 kini mampu menampung pelajar seramai 480 orang dari tahun 1-6.Bangunan ini dilengkapkan dengan struktur dan peralatan yang akan membantu sistem pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.


tapi, minggu kemudiannya, SRAB call balik minta uwais datang and seat for the test. huhu... dia sorang aje pulak tu. ntah apa yang dia jawab, tak tau lah ibu.

so, sekarang we just waiting for the result. kalau ada rezeki, ada la. kalau takde, ke SK Gemereh ler. ibu tak kisah. janji uwais nak belajar sudah cukup bagi ibu!





2 comments:

mamashasha said...

insyallah mala, mana tau ada rezeki uwais kat situ...allah dah tentukan yang terbaek utk dia..

akuhanim said...

insyaallah..

:: we belong together ::

Daisypath Anniversary Years Ticker

:: my asham boyyy ::

Lilypie Kids Birthday tickers

:: my asham kepinggg ::

Lilypie Fourth Birthday tickers