Thursday, September 30, 2010

al-kisah... mengidam

akibat demam campak, aku memang x leh nak makan yang best-best time raya ni. sedih betul. dah banyak jugak la jemputan-jemputan yang terpaksa aku x datang... lagi sadis....

untuk lepas geram, baik aje dari chicken pox, aku nak masak makanan-makanan yang betul-betul aku tak puas nak makan time raya aritu. antaranya.



lontong ni aku belum perna buat lagi. selalu guna nasi himpit je. kali ni nak try. jadi ke idak nanti check it out ek



kuah lodeh. aritu aku buat time raya. tapi buat tak banyak. macam x puas la pulak nak makan. now nak masak lagi



sambal kacang. yang ni harus la ada.



serunding daging. kalo MIP ada, dia tukang siat daging! heheheh!



kalo ada ni pun sedap jugak...




rasa-rasa macam nak buat minggu ni ke minggu depan... minggu ni MIP takde. kalo buat minggu depan, dah nak ajak MIP g makan kat jeram ngan tengok magika. uish.... kalo masak minggu ni, demam dah baik, chicken pox ada sikit lagi. alah... kalo nak makan, pedulikan demam ke hapa kan!!



nak masak lebih sikit... kot-kot ada yang nak bertandang rumah. ada ke yg sudi nak datang???


*makan sedap*


Monday, September 27, 2010

chicken pox, MC & potty train..

as u all know ibu sekarang tengah ON MC. kena chicken pox. hehehe... dah tua kebangka baru nak kena. nak buat camne kan...

asal mula yang kena haikal anak akak, terus berjangkit ke adik-adik dia yang lain. seterusnya time raya tu nak jadi kisah amni last sekali kena. baru je baik chicken pox time raya aritu.

tup tup, cik meenot plak kena ari isnin lepas. masa kat jb ari selasa dia dah demam dah... pastu makan ubat, baik. x sangka pulak isnin dia kena chicken pox!

ari isnin pun ibu g klinik jugak, pasal rasa badan pun dah dedar. selasa, rabu khamis, pegi ofis as usual. badan ibu kalo x makan ubat, memang weak. kalo makan ubat, boleh tahan la sikit... khamis, dah naik bintik2 dah. kat jari dan tangan. oh lupa, ibu dia tumbuh kat bibir ye. diulangi bibir. tapi kat bibir tu tak le nampak sangat, cuma leh rasa bengkak ajer...



so petang balik keje, pegi klinik. ameenah amik ubat, ibu pulak memang doc cakap chicken pox. so, friday dia dah kasi MC. tapi ibu sempat g opis kejap. nak kena antar BA kt bank and siapkan keje yg nak kena submit. maklum le MC lama.. (abis citer kt opis malas nak citer psl org2 opis yg aku rasa sgt menjengkelkan!!)

arini, pagi, ibu ke klinik lagi. amik ubat and extent MC. dapat sampai khamis. kalau rasa tak ok, doc cakap friday datang balik sambung MC. huhu... haruslah... sape yg nak keje jumaat, ye dak???

cakap pasal potty train, dah 2 hari ibu berpotty train ngan cik meenot tu. alhamdulillah belum terbabas. tadi petang dia tido pun tak pakai diapers. sib baik tak terlepas...




elok sangat la tu dia bebas diapers, sekurang2nya jimat sikit duit. maklumle... ibu pun dah nak resign namanya kan!






nak jadi apa

tengah ibu dok ajar ameenah buku bacalah anakku,

sempat la ibu tanya dia,

adik besar esok nak jadi apa?

tau dia jawab apa??

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

adik nak jadi ibu..

adoyai anakku!!




Thursday, September 23, 2010

Chicken pox

minggu ni minggu sadis. banyak jemputan open house, wedding mahupun aqiqah. anak dara kat rumah pulak kena chicken pox!! baru berangan nak gi wedding rita (dia kawin dengan omputih you!) tak jauh pun, Meru je. ada a few open house sekitar klang/shah alam/KL. Aqiqah plak anak Dayah. mesti ada taucu MIL dia buat kan... huhuhu....

tapi rasa-rasa semua macam tak boleh pegi. sebab... ibu pun dah ada ciri-ciri nak kena chicken pox. dah naik 3 ketul dah ni. 1 kat bibir, 2 kat tangan. just wait another one day, tengok sahih ke idak. ramai cakap memang iyer. dah tua kebangka baru nak kena chicken pox. haihhhhh.....



anak dara saya....  


demam, macam tak demam!!


  
 
 
 
 
*chicken pox*

Wednesday, September 22, 2010

Syawal 1431H

salam semua. lama x berblog. sibuk dari before cuti raya sehingga la mood nak berblog time raya paling malas tahap dewa. baru hari ni sempat tulis. tu pun x banyak kot. medium terbaik nak tau berita terkini aku hanyalah di facebook. yang tu pantas skit. komen pun dapat pantas..

lepas balik dari cuti 11 hari, keje menimbun. tu belum subcon cari time cuti. sengal.. sape la tukang bagi no henpon. hazab sungguh. ok lah... got to go. layan gambar jelah ye..




family besar saya!!


family comel saya~


mak saya!!


ha.. ni gambar paling sadis.... banyak dosa ni... hikhikhik...
ampun daddy!!


 
 
 
 
oh lupa, childhood fren dari tadika dulu datang beraya.
coincidence, suami dia setaman dgn rumah arwah long,
kawan la pulak dengan adik punya boifren!!





*syawal*

Tuesday, September 14, 2010

xde mood

selamat hari raya!

xde mood nak berblogging.

will update soon.

chiowwww..





Sunday, September 5, 2010

ke Ijok

jap gi nak ke Ijok


mau amik baju raya sekeluarga


suda siap...



weheeeeeeee....






Friday, September 3, 2010

tol & jarak

kurang berapa hari lagi kita akan menyambut hari raya. korang raya kat mana tahun ni? tahun ni giliran kampung aku. weheeeee best gilak!

tahun ni raya titi serong dulu. pastu baru balik jb.

meh kita tengok, berapa distance kereta kita nak berjalan. (tu belum masuk g beli barang raya, tesco ke, g raya umah sedara mara ke) ni distance kat highway aje hokei! dan juga wang kita laburkan untuk toll. bukan free babe. aku bukan balik pantai timur pun!



ni perjalanan balik umah mak kat parit buntaq. masuk tol rawang selatan. before tu kami kasi redah GCE highway. tol berapa hinggit kurang pasti. less than $5 kot untuk 2 tol. aku kuar dari sungai buloh, masuk rawang. dia potong NKVE memang jimat masa dalam 30-40 minit.


ni pulak perjalanan dari titi serong nak balik jb. off course kuar tol skudai. sila lihat total distance. tapi aku nak bagitau kat sini, suami terchenta kalau balik kampung dia, rela tak tido u drive keta. padahal korang tengok la bapak jauh 579.5km. tapi rasa-rasa macam singgah KL dulu kot. pasal BIL nak datang KL nak beli kain nak buat skirting...


kesimpulannya, total tol + - = rm 111.90
selalunya kami akan balik malam,
so dapat la off peak festive rates kena bayo = rm 90.90 sajok..
distance = 817.5km


so,

selamat hari raya,
berhati-hati di jalan raya!







*raya raya raya*

Pesanan Buat Suami


By : Dato' Dr. Haji Mohd Fazilah Kamsah


1. Selalu menghargai usaha dan penat-lelah isteri, terutama isteri yang bekerja dan sama-sama terpaksa menanggung hutang suami.

2. Bila isteri bercakap, pandanglah mukanya dan buka telinga luas-luas. Biar apa yang dikatakannya masuk telinga kanan dan tersumbat di telinga kiri. Sambil tu otak suami kenalah memproses informasi yang diterima daripada isteri dengan bijak serta prihatin.

3. Jangan sekali-kali membandingkan masakan isteri atau cara isteri menghias rumah dengan mak anda kecuali masakan/cara menghias isteri anda lebih baik dan canggih dari emak anda..

4. Jangan demand sex sekiranya isteri tak ada mood atau letih. Agama suruh kahwin bukan semata-mata untuk penuhi nafsu syahwat saja.

5. Kalau pasangan dah ada anak, sama-samalah menjaga anak. Benih dari awak juga.. Ada suami, isteri sedang makan disuruh cebok kencing n berak anak sedangkan suami duduk tersandar kekenyangan macam maharaja.

6. Jangan sekali-kali duduk tersandar depan TV atau relax-relax sedangkan isteri bila balik dari kerja, buka saja kasut terus masuk dapur, memasak, mengemas, membasuh, kejar anak dsbnya. Berbulu mata dan sayu hati isteri bila kami tak cukup tangan nak menguruskan rumahtangga sedangkan suami lepas tangan.

7. Sekiranya suami makan dahulu, tinggalkan sedikit lauk utk isteri. Jangan bedal semua sampai turn isteri yang tinggal cuma ekor ikan sekerat, janggut sotong dan ekor taugeh.

8. Kalau nak ajak member bertandang ke rumah, beritau isteri dulu, kalau boleh sehari-dua in advance. Jadi bolehlah dia memasak yang best-best dan mengemas rumah cantik-cantik. Bayangkan perasaan isteri kalau tetamu datang terpacak sedangkan kain-baju masih berlonggok belum sempat dilipat, permainan anak masih berselerak dan isteri cuma masak mi maggi saja.

9. Jangan sekali-kali menyakat isteri tentang saiz badannya yang semakin sihat atau semakin melidi. Tengok body sendiri dalam cermin dulu.

10. Jangan kentut depan isteri. Masa bercinta dulu kenapa boleh control kentut?

11. Hormatilah ibu-bapa dan kaum keluarga isteri walaupun anda cuma main wayang, bodek mereka masa nak mengurat isteri anda dulu. Jangan sekali mencaci mereka walaupun secara bergurau.

12. Jangan kedekut dengan isteri serta keperluan rumahtangga.

13. Jagalah maruah anda sebagai suami dan lelaki. Selagi boleh, jangan bebankan isteri dengan masaalah kewangan anda. Selalunya perempuan ni, semakin suami “degil” tak nak minta pertolongan, selagi itulah dia rela nak tolong.

14. Jangan bersepah dan bersikap pengotor. Dah buka baju, letakkan dalam bakul baju kotor, dah guna cungkil gigi, buanglah dalam bakul sampah, bila dah guna ubat gigi bubuh balik penutupnya, dah ambil sesuatu barang simpan balik ditempat asal, dah berak flush. Susah sangat ke nak buat macam tu? Semua nak kena ajar ke?

15. Rajin-rajinlah bertanya isteri kalau dia perlukan bantuan anda dengan kerja rumah/menjaga anak. Tapi jangan tanya dua tahun sekali. Jangan tunjuk rajin bila ada tetamu di rumah saja.

16. Hormatilah isteri anda sebagaimana anda mahu dihormati. Isteri pun manusia. Allah berikan banyak keistimewaan kepada para isteri tapi diputar-belitkan tafsirannya oleh orang lelaki untuk kepentingan diri sendiri.

17. Jangan main kayu tiga dengan perempuan lain. Main lain lagi tak boleh. Kalau isteri awak yang buat, tentu awak tak boleh tolerate, jadi mengapa isteri awak kena tolerate kalau awak buat?

18. Kalau tak menyukai sikap atau perbuatan isteri, tegurlah secara baik, jangan asyik nak menengking aja. Kalau awak sakit nak mati nanti, siapa yang kena jaga awak? Bai jual roti? Apek jual sayur? Jiran sebelah rumah awak?

19. Kalau isteri nampak tak sihat, cepat-cepatlah bawa jumpa doktor. Tunjuklah anda mengambil berat tentang dirinya.

20. Berbincanglah dengan isteri sebelum sesuatu keputusan dibuat. Walaupun suami megah ada kuasa veto, tak jadi bapok kalau pendapat isteri diambil kira. Pokok pangkalnya ialah timbangrasa dan saling menghargai. Cubalah ketepikan ego yang keterlaluan. Bukannya laku bila dah mati nanti.

21. Dalami agama dan bimbinglah anak isteri dengan ikhlas seperti yang dituntut agama. Ingat, kalau seorang suami masuk syurga, besar kemungkinan isteri pun masuk syurga. Kalau suami masuk neraka belum tentu isteri juga masuk neraka. Kalau isteri masuk neraka, besar kemungkinan suami juga masuk NERAKA tapi kalau isteri masuk syurga belum tentu suami pun masuk syurga.Ini bukan rekaan saya tapi saya dengar dari seorang ustaz.

22. Berusahalah dengan ikhlas untuk mempertahankan keharmonian rumahtangga. Jangan buat apa yang isteri tak suka. Percayalah, kalau suami buat baik sekali dengan isteri, isteri balas sepuluh kali

23. Jangan buat donno kalau isteri merajuk atau berkecil hati. Kalau perlu minta maaf, minta maaf, kalau perlu dipujuk, pujuk. Hati orang pompuan ni sensitif. Kalau kami rasa suami tak ambil kisah, perasaan bagai dihiris-hiris. Perkara yang dipandang remeh oleh suami boleh menjadi kanser kepada isteri. Kepada para suami khususnya dan kaum lelaki amnya, janganlah dianggap masalah hati dan perasaan orang perempuan ni enteng sahaja.



Allah s.w.t. berfirman, “Dan ketahuilah bahawasanya Allah mengetahui apa yang didalam hatimu, sebab itu berhati-hatilah dengan Tuhan”





*luv*

Thursday, September 2, 2010

i hate this feeling!

membaca kepada tajuk. sungguh tak sesuwai pada ketika kita semua sibuk nak menghadapi hari raya kan!

tapi itulah yang aku alami boleh cakap setiap tahun.

sebab apa?

sebab... kena settlekan semua payment untuk raya

dalam keadaan yang kelam kabut hokei!

pastu kena pastikan kerja tak tertangguh masa cuti raya tu (aku peduli hapa kan?)

dan yang paling paling paling hazab

dan paling aku tak suka ialah

bila nak raya la, time tu la nak close 3rd quarter.

lepas 3rd quarter,

(i hate this)

a.u.d.i.t

tolonglah....

planning tak mo langsung involve audit tahun ni

you get what i mean??

yaww...

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.
.





kalau aku kesian kat dorang, sape nak kesian dekat aku??

setahun aku takde asisstant, kerja berlambak.

cakap dengan 2nd bos yang aku tak suka tu (dia pun tak suka aku kot!)

ada dia cakap aku busy apanya..

aku nak tengok..

nanti aku babai dia pening kepala ke idak.

oh lupa, dia ada ramai lagi staff yang bijak-pandai boleh replace tempat aku

aku ni sape la kan...








*housewife to be*

Wednesday, September 1, 2010

Metro Ahad : 29.08.10 - its all about cerebral palsy

“DOKTOR, selepas ini, boleh saya bermain di kolam renang?” soal Pravin Kumar, 11, yang mengalami masalah palsi serebrum (CP) beberapa kali ketika dia menjalani latihan fisioterapi. Wajahnya berpeluh-peluh, bersemangat benar dia berlatih walaupun sukar membetulkan tapak kaki pada pedal pengayuh basikal statik untuk menguatkan otot kakinya.


USAHA GIGIH... Pravin menjalani ujian kestabilan.

Kolam renang dimaksudkan Pravin ialah hidroterapi atau terapi air. Terapi menyeronokkan ini memang digemari kebanyakan kanak- kanak dan dalam berseronok, ia memberi banyak manfaat kepada pesakit CP seperti Pravin.

Ini kerana bagi kanak-kanak CP yang mengalami masalah lemah otot kaki, daya apungan air membolehkan mereka melakukan pelbagai aktiviti tanpa memerlukan sokongan daripada otot kaki.

Pada masa sama kelihatan air memberi rintangan kepada pergerakan kaki, tangan dan badan, sekali gus mampu menguatkan otot pesakit.

Namun itu hanya sebahagian daripada program fisioterapi untuk kanak-kanak CP. Sasaran latihan ialah membolehkan pesakit CP, khususnya kanak-kanak, melakukan sendiri aktiviti harian seperti bangun daripada katil; berpindah dari katil ke kerusi roda; mandi (dan menguruskan diri di tandas); memakai baju, seluar dan stoking.

“Kita mahu mengajar mereka untuk berfungsi secara normal. Keadaan setiap pesakit CP berbeza dan doktor perlu lakukan penilaian terlebih dulu sebelum merancang program khusus untuk mereka.

“Ini termasuk meninjau kemudahan di rumah pesakit. Kebanyakan pesakit yang dirujukkan ke hospital atau pusat pemulihan (fisioterapi) tidak pandai melakukan sebarang kerja. Baju pun ibu bapa atau pembantu yang pakaikan.

“Keadaan ini menyedihkan kerana jika tidak diajar berdikari, mereka terpaksa bergantung kepada orang lain walaupun untuk menguruskan diri sendiri.

“Jika tidak dibantu, keadaan ini akan berlanjutan hingga mereka dewasa, yang secara tidak langsung menjadikan pesakit terus ‘cacat’ sepanjang hayat,” katanya.

CP ialah istilah digunakan untuk sekumpulan penyakit saraf yang tidak berjangkit atau berkembang, dalam kata lain penyakit ini tidak menjadi semakin teruk apabila pesakit membesar.

Perkataan palsi bermakna gangguan pergerakan atau fungsi motor dan serebrum pula merujuk kepada bahagian otak yang mengawal pergerakan badan dan koordinasi otot. CP menyebabkan pesakit hilang keupayaan fizikal pada anggota badan tertentu.

Walaupun CP memberi kesan kepada pergerakan otot, ia bukan disebabkan masalah pada otot atau saraf. Ia disebabkan ketidaknormalan pada otak yang mungkin disebabkan otak tidak berkembang secara normal ketika bayi dilahirkan.

Dalam keadaan lain, kecederaan pada otak sebelum, ketika atau selepas dilahirkan. Oleh kerana kecederaan ini tidak boleh diperbaiki, ia menyebabkan kehilangan keupayaan kekal.

Tanda awal CP bermula sebelum kanak-kanak berumur tiga tahun (biasanya pada umur enam atau tujuh bulan). Biasanya, ibu bapa mendapati perkembangan motor (pergerakan tangan dan kaki) perlahan. Kebanyakan bayi CP juga mengalami masalah kelewatan perkembangan — maksudnya mereka lambat belajar menelentangkan badan, duduk, merangkak dan berjalan.

Ada pesakit mempunyai otot terlalu kendur (hipotonia) menyebabkan anggota mereka kelihatan ‘jatuh’. Ada pula pesakit kejang ototnya sehingga tidak boleh meluruskan tangan atau kaki.


Walaupun keadaan setiap pesakit tidak sama, secara umumnya mereka mengalami gejala seperti:

  • Koordinasi otot lemah apabila melakukan pergerakan
  • Otot menjadi tegang atau ‘ketat’ dan tindak balas refleks yang keterlaluan (spastik)
  • Berjalan dengan sebelah kaki manakala sebelah lagi diseret
  • Berjalan menggunakan hujung jari kaki, jalan membongkok atau kaki bersilang
  • Keadaan otot tidak sekata; sama ada terlalu tegang atau kendur
  • Air liur meleleh berlebihan
  • Terketar-ketar atau anggota badan bergerak-gerak (di luar kawalan)
  • Sukar melakukan pergerakan tepat seperti menulis atau mengancing baju

Jumlah pesakit CP di negara kita tidak diketahui dengan tepat tetapi dianggarkan lima hingga 10 peratus daripada jumlah kelahiran di sesebuah negara mengalami CP.

Namun setiap pesakit berbeza. Ada yang turut mengalami masalah lain seperti terencat akal, sawan, kurang penglihatan atau pendengaran. Ada pesakit perlukan penjagaan rapi sepanjang hayat tetapi ada juga yang boleh belajar sehingga ke universiti.

Sebenarnya CP bukan penyakit kerana ia tidak berjangkit atau berkembang menyebabkan keadaan bertambah teruk. Ia juga tidak diwarisi, maka anda tidak perlu bimbang untuk bergaul dengan individu CP kerana ia adalah kecacatan yang disebabkan kecederaan atau kerosakan pada otak.


Faktor risiko

Beberapa faktor risiko boleh menyebabkan seseorang kanak-kanak mendapat CP iaitu:

  • Kelahiran tidak cukup bulan atau berat badan terlalu rendah ketika dilahirkan (kurang 1.8 kilogram
  • Kelahiran kembar (kembar dua, tiga atau banyak). Walaupun bayi dilahirkan cukup bulan, ada kajian mengatakan mereka berisiko mengalami CP. Risiko meningkat jika seorang kembar meninggal dunia
  • Ibu mengalami jangkitan ketika hamil. Ini termasuk jangkitan rubela, herpes
  • Ketidakserasian jenis darah ibu dan bayi
  • Ibu terdedah kepada bahan beracun ketika hamil
  • Ibu mengalami masalah tiroid, terencat akal atau sawan
  • Bayi dilahirkan songsang
  • Komplikasi ketika bersalin
  • Bayi menghidap demam kuning dan tidak diberikan rawatan segera

Jenis

CP ada banyak jenis tetapi secara umumnya ia boleh dibahagikan kepada enam berdasarkan darjah dan lokasi ketidaknormalan seperti:


Spastik hemiplegia (hemiparesis) — Membabitkan tangan pada sebelah badan; ada kalanya ia juga boleh membabitkan kaki. Kanak-kanak CP jenis ini boleh berjalan secara berjengket. Tangan dan kaki yang terbabit biasanya lebih pendek dan kecil. Ada pesakit turut alami skoliosis (bentuk tulang belakang tidak normal). Biasanya CP jenis ini tidak menjejaskan kecerdasan otak.


Spastik diplegia (diparesis) — Otot kejang, terutama pada kaki dan kurang teruk pada tangan dan muka, walaupun pergerakan tangan agak kelam kabut. Ibu jari kaki melentik ke atas, kekejangan pada sesetengah otot kaki menyebabkan pesakit berjalan bersilang namun kecerdasan tidak terjejas.


Spastik quadriplegia (quadriparesis) — Ini adalah jenis paling teruk, keempat-empat tangan dan kaki lumpuh serta ada kaitan dengan kerencatan otak. Kebanyakan pesakit tidak boleh berjalan dan bila bercakap, pertuturan mereka sukar difahami. Malah mereka juga sukar memahami percakapan orang. Sering diserang sawan.


CP diskinetik — Pesakit alami pergerakan menggeliat yang perlahan dan tidak dapat dikawal pada tangan dan kaki. Sesetengah kanak-kanak mempunyai masalah otot muka terlalu aktif dan menyebabkan air liur meleleh. Pesakit susah duduk atau berjalan tegak; mengalami masalah koordinasi otot untuk bercakap.


CP atasik — Jenis CP yang jarang berlaku; menjejaskan kebolehan keseimbangan dan membuat anggaran kedalaman. Walaupun boleh berjalan, mereka tidak stabil kerana kedua-dua kaki dijarakkan terlalu jauh. Pesakit ada masalah melakukan pergerakan khusus dan cepat seperti menulis. Adakalanya mereka juga alami masalah terketar-ketar.



Gabungan — Ramai juga pesakit mempunyai ciri gabungan beberapa jenis CP seperti disenarai di atas.

Rawatan dan bantuan

Sehingga kini tiada ubat atau kaedah rawatan boleh memulihkan masalah CP. Namun, pesakit masih boleh menjalani kehidupan baik jika mendapat bantuan sesuai dengan keadaan mereka.

Ramai pesakit CP berjaya memasuki universiti; malah mempunyai pencapaian lebih baik berbanding pelajar normal. Apabila mempunyai anak CP, ibu bapa mesti sanggup berkorban masa dan tenaga untuk mencari lebih banyak ilmu serta belajar cara menjaga anak.

“Ini kerana ada banyak isu kesihatan membabitkan pesakit CP seperti kekurangan zat (kerana sukar diberi makan), osteoporosis, penuaan awal, obesiti, masalah pertuturan dan kognitif, anggota badan lemah serta kurang daya penglihatan dan pendengaran.

“Bagi pesakit dewasa, akan timbul isu berkaitan hubungan sosial,

rasa rendah diri dengan kekurangan yang ada. Ramai yang ada masalah psikologi kerana sejak kecil pesakit CP selalu alami diskriminasi dan diketepikan dalam pelbagai aktiviti. Perkara ini membuatkan mereka berasa kurang yakin.

“Manakala bagi pesakit perempuan, mereka akan datang haid dan perkara ini pun perlu diberi perhatian. Memang ada ibu bapa meminta rahim anak mereka dibuang supaya tidak timbul masalah berkaitan haid.

“Secara peribadi, saya rasakan permintaan ini tidak munasabah, apatah lagi jika pesakit berkenaan mempunyai otak bijak dan jika diberi latihan (kemahiran penjagaan diri), mereka boleh menguruskan diri sendiri,” kata Dr Tunku Nor Taayah.

Maka, apakah bantuan boleh diberi? Bantuan pertama ialah menghantar anak ke pusat perubatan pemulihan atau fisioterapi. Keadaan setiap pesakit dianalisis untuk merancang program latihan khusus dengan masalah mereka.

Jika mereka memerlukan alat bantuan pergerakan, sama ada ortosis atau prostesis, ia akan ditempah supaya keadaan anggota pesakit boleh dibetulkan sebaik mungkin.

“Sebaik anda mengesan anak menunjukkan kelainan, bawa segera ke hospital untuk pemeriksaan lanjut. Jika disahkan anak anda ada masalah CP, doktor akan ajar cara mendukung mereka iaitu dengan memegang bayi menghala ke depan dan badannya bersandar di perut atau dada anda. Letakkan tangan anda di celah kakinya. Ia penting untuk merangsang deria anak.

“Apabila anak besar sedikit, kita akan ajar kefungsian tangan (untuk berdikari di rumah); orientasi (supaya pesakit kenal tempat, tarikh, masa); latihan daya ingatan (daya ingatan pendek dan jangka panjang) serta susunan.

“Kita memang ‘wajibkan’ ibu bapa atau penjaga duduk sama di dalam kelas latihan supaya ia boleh diulang di rumah. Latihan di pusat fisioterapi yang satu atau dua kali seminggu tidak mencukupi kerana ia perlu dilakukan setiap hari.

“Pada masa sama, ibu bapa perlu belajar teknik urut atau gosok bagi merangsang semua deria anak, sama ada sentuhan, rasa, bau, dengar dan lihat. Ini penting untuk membolehkan anak bertutur.

“Pada masa sama, ibu bapa jangan terlalu mengawal anak dengan melakukan semua perkara untuknya.

“Berilah peluang kepada anak untuk berdikari kerana dengan latihan yang baik, mereka boleh hidup tanpa memerlukan bantuan orang lain,” katanya.





*cerebral palsy diplegia*

:: we belong together ::

Daisypath Anniversary Years Ticker

:: my asham boyyy ::

Lilypie Kids Birthday tickers

:: my asham kepinggg ::

Lilypie Fourth Birthday tickers