Sunday, October 31, 2010

Magika Best!!

2 minggu lepas, masa gi beli kasut sekolah Uwais, kami pergi sekali tengok citer Magika. citer dia memang superrbbb best. no wonder la dapat best film masa FFM aritu.

 asal mula minggu sebelum tu yang MIP buat surprise dia balik pukul 6 petang tu, kami g tengok Jangan Pandang Belakang Congkak 2.

 alah.... tu pun pasal Uwais yang nak tengok, kalo ibu, takde maknanya nak tengok congkak der... citer kelakar, tapi slow sikit jalan citernya...

congrats to

KRU Brothers

filem yang superrrrbbbbbbb best!!!





*luv*

Fila School Shoe

cerita dah basiiii... tapi ibu nak cerita gak. lantok situ. lately ni xde masa sangat nak blogging hopping. minit-minit terakhir ni banyak plak keje kat opis.

ok la. aritu dalam 2 minggu lepas kami berkesempatan ke aeon bukit tinggi. sajeje jenjalan ngan MIP bawak anak-anak, kebetulan MIP plak nak beli sport shoes, nak pakai awal bulan 12 ni nak ke kursus menembak kat Ganu kiter.

cari punya cari, telek punya telek (MIP kalau beli barang kalah pompuan, lama!!) dah bosan menunggu dia, ibu buat la road tour dari satu brand ke satu brand. dari satu produk ke satu produk. sekali tertarik da......
sport shoe



cantikkkk... harga pun tambah 2-3 hinggit je dari harga bata. nasib baik la size 12, last. dah xde dah. abisss.... kembang kempis uwais tu dapat sport shoe. menyusul nanti beg sekolah, pensil box, kaler akan dia pinta. xpela, janji abang belajar rajin-rajin ye sayang!!










nota sekolah : sekarang Uwais dah pandai baca sikit-sikit info astro tu. abis la...
x leh kelentong dia dah citer apa lepas ni, lepas ni... ouuuchhhh!!



Sunday, October 24, 2010

angelssss

ibu sayangggggggggggg abang,

ibu sayangggggggggggg adik!!


ayat ni, ameenah yang selalu sebut;

adik sayanggggggggggggggg ibu!!
(sambil cium-cium-cium ibu!)


lagu ni, selain sesuai sangat untuk MIP,
ianya pun sesuai jugak untuk budak 2 ketul tu ;P


You are the answer to my lonely prayer



You are an angel from above


I was so lonely till you came to me


With the wonder of your love.


I don't know how I ever lived before


You are my life, my destiny


Oh my darling, I love you so


You mean everything to me


If you should ever, ever go away


There would be lonely tears to cry




hot hot story this week

holllaaa.. lama betul tak update story morry the morning glory. sibuk dowh this week... minggu ni masih ke office as usual. kerja rilex aje. maklum la dah nak babai.

singa betina pun since dah tau aku nak resign, sekali pun x penah marah.  korang tau la aku ni kan bukan nye staff feveret dia, harus la kami-kami yang tidak disukai selalu kena marah, kena bebel dan sebagainya.

hari rabu, keje as usual. something happen in the office. aku tak nak cerita. sape yang tau, tau la. apa pun benda masih diinvestigate. syukran, pasal aku dah nak resign dah pun. apa pun terjadi, aku doakan yang terbaik ajelah..... (huhuh, saspennnnnn je kan!!!)

apa-apa pun. need to OFF RECORD!!!




ada hot story part two 2 days after. yang siyes aku boleh ceriter!




*still shock*

Tuesday, October 19, 2010

makan-makan-makan!!

mentang-mentang puasa,

perut macam-macam dia minta

adoyai perut.

elok sangat la tu, lunch time baca plak majalah rasa,

haruslah semua nak di rasa...



kuzi kambing


sambal belimbing hitam



mee rebus


nafsu... nafsu...

sekarang, ibu nak cari benda ni

namanya ZAFRAN

any idea nak beli kat mana tak??







*makan*

Friday, October 15, 2010

chinese tea pot

ibu mencari benda ini.

chinese tea pot

tapi tak tau nak beli kat mana

mari kita google

mana yang ibu rasa berkenan



yang ni dah penah tengok



simple

cantik!


kalau dapat 1 set pun ok jugak




kenapa ibu nak beli? ada la....

any idea tak nak dapatkan dekat mana?

kalau boleh biar nampak yang klasik sikit, baru cun!





Wednesday, October 13, 2010

UiTM's Super Hospital

Universiti Teknologi Mara (UiTM) will soon stamp its name and enforce its credibility globally through efforts to build a “super hospital”.

UiTM vice-chancellor Prof Datuk Dr Sahol Hamid Abu Bakar said the university was ready to pioneer a hospital project.

“This project will place UiTM on the world map,” he told reporters after the signing of a partnership agreement between UiTM and McGill University Health Centre (MUHC) in Montreal, Canada recently.

Tuanku Mizan being briefed on the project by MUHC chief executive officer Dr Arthur Porter (left) during his visit to Montreal General Hospital. — Bernama

The agreement will see both institutions exchange knowledge and expertise to develop a training hospital which provides the best and latest in world-class medical facilities.

A similar agreement will also be made in the near future between UiTM and two other international universities, namely Harvard University and Johns Hopkins Hospital.

At the ceremony, UiTM also signed an agreement with the Research Institute of McGill University Health Centre (RI MUHC) to obtain co-operation in the fields of cardiology, cancer and the healthcare of senior citizens, as well as exchanges of technical power, research and students from both universities.

“This project is based on a speech by the Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin at the last convocation ceremony, where he said UiTM should have a hospital which could not only promote medical tourism but also allow students to train and get experience,” he said.

Prof Sahol Hamid says the project will place UiTM on the world map. — Bernama

Prof Sahol Hamid said with the project’s approval, UiTM’s Super Hospital, which was a project under the Faculty of Medicine, will be built at the campus in Puncak Alam, Shah Alam and become the first hospital in the country with Super Hospital status.

However, he said the project would be carried out in stages according to the university’s financial capabilities, and was expected to be fully completed in 10 years.

“Although money is the primary obstructing factor, we will try to find other financial sources, including funds from the private sector, to work together on the project,” he added.

At another event, Tuanku Mizan attended a dinner hosted by the the University of Guelph in Toronto on Tuesday.

The dinner, hosted by the university’s president and vice-chancellor Dr Alastair Summerlee, was held in honour of Tuanku Mizan who was on a six-day special visit to Canada in conjunction with the Brain Gain programme.

Terengganu Mentri Besar Datuk Seri Ahmad Said and his wife Datin Seri Norliza Mahmud, Malaysian High Commissioner to Canada Selwyn Das and wife Renuka, and Higher Education Ministry secretary-general Tan Sri Dr Zulkefli Abu Hassan also attended the dinner.

The Brain Gain programme, jointly organised by the Sultan Mizan Royal Foundation (YDSM), Academy of Sciences Malaysia and the Science, Technology and Innovation Ministry (Mosti), is aimed at enhancing the network between researchers and academic staff of Malaysian universities and Canada’s McGill University and University of Guelph, Toronto.
 
 
 
**********mana tau kot-kot boleh beranak kat sini**********
 
 
sumber : the star online
 
 

Tuesday, October 12, 2010

Wahai Lelaki, Hormatilah Isteri Awak!

Pesanan untuk suami-suami di luar sana. Termasuk untuk suami saya!! hehehe...



Dulu lain sekarang lain.. Dulu bujang sekarang dah kawin.. terkenang bait-bait lirik lagu nasihat Tan Sri Dato' SM Salim.

Merujuk kembali kisah pernikahan, perkahwinan zaman sekarang banyak pasangan semasa muda-muda lagi ada yang baru berkahwin dah berpisah, bercerai-berai disebabkan oleh kasih sayang antara mereka yang tidak erat. Kenapa?

Jika difikirkan banyak faktor yang menjurus ke arah keruntuhan rumahtangga antaranya kurangnya ilmu serta pengetahuan agama serta keikhlasan dalam menempuh alam perkahwinan itu sendiri.

Begitu juga faktor dalam menjaga hubungan suami dan isteri agar keharmonian rumahtangga terpelihara tidak diambil kisah.

Suami memainkan peranan yang penting sebagai pemimpin dalam memastikan perjalanan dan keperluan kehidupan itu dipenuhi sebaiknya.

Tidak dinafikan ada waktu-waktu suram ketika bersama namun itu tidak patut menjadi halangan kerana ianya membantu mematangkan kehidupan pada masa akan datang.

Buat si suami anda memang raja tetapi berilah penghargaan dan hormatilah isterimu selalu.

Mari kita berkongsi sedikit sebanyak nasihat dari Dato' Dr Fadhilah Kamsah dalam menghargai isterimu.

01.Selalu menghargai usaha dan penat-lelah isteri, terutama isteri yang bekerja dan sama-sama terpaksa menanggung hutang suami.

02.Bila isteri bercakap, pandanglah mukanya dan buka telinga luas-luas. Biar apa yang dikatakannya masuk telinga kanan dan tersumbat di telinga kiri.

Sambil tu otak suami kenalah memproses informasi yang diterima daripada isteri dengan bijak serta prihatin.

03.Jangan sekali-kali membandingkan masakan isteri atau cara isteri menghias rumah dengan mak anda kecuali masakan/cara menghias isteri anda lebih baik dan canggih dari emak anda..

04.Jangan demand seks sekiranya isteri tak ada mood atau letih. Agama suruh kahwin bukan semata-mata untuk penuhi nafsu syahwat saja.

05.Kalau pasangan dah ada anak, sama-samalah menjaga anak. Benih dari awak juga.. Ada suami, isteri sedang makan disuruh cebok kencing dan berak anak sedangkan suami duduk tersandar kekenyangan macam maharaja.

06.Jangan sekali-kali duduk tersandar depan TV atau relax-relax sedangkan isteri bila balik dari kerja, buka saja kasut terus masuk dapur, memasak, mengemas, membasuh, kejar anak dsbnya.

Berbulu mata dan sayu hati isteri bila kami tak cukup tangan nak menguruskan rumahtangga sedangkan suami lepas tangan.

07.Sekiranya suami makan dahulu, tinggalkan sedikit lauk utk isteri. Jangan bedal semua sampai turn isteri yang tinggal cuma ekor ikan sekerat, janggut sotong dan ekor taugeh.

08.Kalau nak ajak member bertandang ke rumah, beritahu isteri dulu, kalau boleh sehari-dua in advance. Jadi bolehlah dia memasak yang best-best dan mengemas rumah cantik-cantik.

Bayangkan perasaan isteri kalau tetamu datang terpacak sedangkan kain-baju masih berlonggok belum sempat dilipat, permainan anak masih berselerak dan isteri cuma masak mi maggi saja.

09.Jangan sekali-kali menyakat isteri tentang saiz badannya yang semakin sihat atau semakin melidi. Tengok body sendiri dalam cermin dulu.

10.Jangan kentut depan isteri. Masa bercinta dulu kenapa boleh control kentut? Sudah kahwin makin menjadi-jadi pulak ye..

11.Hormatilah ibu-bapa dan kaum keluarga isteri walaupun anda cuma main wayang, bodek mereka masa nak mengurat isteri anda dulu. Jangan sekali mencaci mereka walaupun secara bergurau.

12.Jangan kedekut dengan isteri serta keperluan rumahtangga. Cuba perihatin dan buat penilaian sebaiknya.. ingat ada perkara diluar jangkauan dan pemahaman lelaki..

13.Jagalah maruah anda sebagai suami dan lelaki. Selagi boleh, jangan bebankan isteri dengan masalah kewangan anda. Selalunya perempuan ni, semakin suami "degil" tak nak minta pertolongan, selagi itulah dia rela nak tolong.

14.Jangan bersepah dan bersikap pengotor. Dah buka baju, letakkan dalam bakul baju kotor, dah guna cungkil gigi, buanglah dalam bakul sampah, bila dah guna ubat gigi bubuh balik penutupnya, dah ambil sesuatu barang simpan balik ditempat asal, dah berak flush. Susah sangat ke nak buat macam tu? Semua nak kena ajar ke?

15.Rajin-rajinlah bertanya isteri kalau dia perlukan bantuan anda dengan kerja rumah/menjaga anak. Tapi jangan tanya dua tahun sekali. Jangan tunjuk rajin bila ada tetamu di rumah saja.

16.Hormatilah isteri anda sebagaimana anda mahu dihormati. Isteri pun manusia. Allah berikan banyak keistimewaan kepada para isteri tapi diputar-belitkan tafsirannya oleh orang lelaki untuk kepentingan diri sendiri.

17.Jangan main kayu tiga dengan perempuan lain. Main lain lagi tak boleh. Kalau isteri awak yang buat, tentu awak tak boleh tolerate, jadi mengapa isteri awak kena tolerate kalau awak buat?

18.Kalau tak menyukai sikap atau perbuatan isteri, tegurlah secara baik, jangan asyik nak menengking aja. Kalau awak sakit nak mati nanti, siapa yang kena jaga awak? Bai jual roti? Apek jual sayur? Jiran sebelah rumah awak?

19.Kalau isteri nampak tak sihat, cepat-cepatlah bawa jumpa doktor. Tunjuklah anda mengambil berat tentang dirinya.

20.Berbincanglah dengan isteri sebelum sesuatu keputusan dibuat. Walaupun suami megah ada kuasa veto, tak jadi bapok kalau pendapat isteri diambil kira. Pokok pangkalnya ialah timbangrasa dan saling menghargai.

Cubalah ketepikan ego yang keterlaluan. Bukannya laku bila dah mati nanti.

21.Dalami agama dan bimbinglah anak isteri dengan ikhlas seperti yang dituntut agama. Ingat, kalau seorang suami masuk syurga, besar kemungkinan isteri pun masuk syurga.

Kalau suami masuk neraka belum tentu isteri juga masuk neraka. Kalau isteri masuk neraka, besar kemungkinan suami juga masuk NERAKA tapi kalau isteri masuk syurga belum tentu suami pun masuk syurga.Ini bukan rekaan saya tapi saya dengar dari seorang ustaz.

22.Berusahalah dengan ikhlas untuk mempertahankan keharmonian rumahtangga. Jangan buat apa yang isteri tak suka.

Percayalah, kalau suami buat baik sekali dengan isteri, isteri balas sepuluh kali

23.Jangan buat donno kalau isteri merajuk atau berkecil hati. Kalau perlu minta maaf, minta maaf, kalau perlu dipujuk, pujuk. Hati orang pompuan ni sensitif. Kalau kami rasa suami tak ambil kisah, perasaan bagai dihiris-hiris.

Perkara yang dipandang remeh oleh suami boleh menjadi kanser kepada isteri.

Kepada para suami khususnya dan kaum lelaki amnya, janganlah dianggap masalah hati dan perasaan orang perempuan ni enteng sahaja.

Allah s.w.t. berfirman, "Dan ketahuilah bahawasanya Allah mengetahui apa yang didalam hatimu, sebab itu berhati-hatilah dengan Tuhan"

Suami diberi tanggungjawab yang amat besar sebagai pemimpin keluarga. Kepimpinan seorang suami bukan bermakna dia berkuasa melakukan apa sahaja.

Apa yang dimaksudkan sebagai kepimpinan ialah seorang suami yang mampu memberi nafkah zahir dan batin kepada isterinya.

Melayan isterinya serta keluarganya dengan baik, menjadi pelindung kepada keluarganya dan yang paling penting harus menjadi pendakwah dalam keluarganya.

Isteri juga mempunyai peranan dan tanggungjawab dalam keluarga. Ketaatan dan kesetiaan seorang isteri menjamin kebahagiaan rumahtangga yang dibina.

Isteri harus menjaga kehormatan dirinya semasa ketiadaan suami selain ikhlas dan sabar menjaga anak-anak dan harta dalam rumah tangga.

Apabila suami atau isteri tahu dan sedar tanggungjawab masing-masing, pembentukan keluarga sakinah akan tercapai.

Sebuah keluarga yang sakinah bukan sahaja boleh dibentuk melalui peranan isteri dan suami malah meliputi anak-anak dan ahli keluarga yang lain.

Oleh itu, keluarga yang dibentuk harus padat dan lengkap secara berterusan dan konsisten mengamalkan nilai-nilai sakinah yang telah diunjurkan dalam al-Quran dan Sunnah.





Monday, October 11, 2010

McD Puncak Alam





apa??? puncak alam dah ada McD?????

siyes serious... sudah bukak!!

hari sabtu lepas.

tapi pagi ahad kami sekeluarga berkesempatan breakfast kat sana.

tapi yang tak bestnye,

dia ada drive thru

tapi takde delivery.

kesian kat student uitm

x leh delivery.

kesian kat aku gak!

pasal kalo dah kat rumah ke

tengah-tengah malam ke

mesti la malas nak pegi tapau kan!!




anak-ank paling suka, daddy dorang, toksah nak cakap la!!



dia bengang kot!

al-kisah... korang tau kan aku dah tender resign jumaat lepas. and its confirm one months' notice. so 7th november will be my last day kerja. tapi tu hari ahad, 5hb deepavali (friday), maka last day aku menjejakkan kaki di opis adalah pada khamis, 4hb november 2010.

sedih? nak kata sedih, sedih jugak.. mana taknya ni la tempat kerja pertama aku since aku graduate until now. kalo ikut-ikut aku berkhidmat kt sini until 7hb nov ialah 8 tahun 11 bulan 15 hari. kurang 15 hari ngam-ngam 9 tahun. tapi ni mungkin bukan ofis terakhir aku. andai di takdirkan aku tidak bekerja lepas ni. aku terima dengan hati terbuka. semuanya untuk insan-insan yang aku sayangi (3 ketul tu la, asham boy, asham keping & bapak asham!)

so, al-kisah friday morning tu, aku cepat-cepat kasi agm aku sign MC chicken pox aku. sebab aku nekad nak antar surat resign tu pagi tu jugak! sesuwai sangat secretary bos cuti. so, selalu kalo dia cuti aku la yang selalu take over buat chinese tea untuk ggm aku tu. kebetulan lepas antar chinese tea, dia mintak tolong fax kan surat. cantikkkk la tu. lepas fax, terus aku amik MC and surat.

return dia punya surat, aku bagi MC then aku bagi surat. dia terkejut. dia kata kenapa, banyak keje ke. aku cakap xde apa, cuma nak move to Segamat. aku punya ggm ni memang supportive. tak kisah and wish me luck.

tak lama lepas tu, agm dia masuk. dia ni la yang anti dengan aku ni. dia ada discussion dengan bos & bos pun of course la akan cerita pasal aku nak berenti!!! hahaha....

elok agm kuar dari bilik bos. hatta sampai saat ini, dia belum bercakap dengan aku. belum bertegur dengan aku. percaya tak???? lantok situ. budak-budak kat sini pun dah tau kot. tapi environment kat department aku, kalo orang nak resign, memang dorang akan cakap sesama sendiri. x tau la kat opis korang macamana.

korang rasa kenapa dia tak tegur aku? aku rasa dia BENGANG ngan aku kot. pasal aku resign ngam-ngam before audit. sape suruh cari pasal dengan aku? kalau ko boleh polite dengan aku, aku boleh consider resign bulan 12 la... tapi sebab ko mulut bau longkang dengan aku, x kuasa aku nak tunggu untuk audit. nak kena kerja lebih lagi. nak kena marah, nak kena itu nak kena ini!! so, buat apa aku nak perbodohkan diri untuk itu. lagi pun apa yang ko cakap, apa yang ko buat, ada je arguement, kita cakap kita busy pun orang tak percaya. nanti kita check, bulan 11 ni diorang busy ke tidak bila aku takde.

ada aku kisah ko bengang ke bengong ke....

korang semua pun tau kan, aku resign sebab nak antar Uwais pergi sekolah. lagi pulak dia kitorang daftar kat segamat. dapat masuk sekolah SRAB plak tu. dari pagi sampai ke petang. ngaji lagi, solat lagi. yelah anak aku ni special sikit. walau pun dia ada kad OKU, tapi alhamdulillah Allah Taala bagi dia kelebihan kat tempat lain. tak perlu aku cerita kat sini. tunggu dia berjaya esok.. boleh la cerita. ok la...

nanti dia tegur aku, aku update lain ek!!




bumi Allah ni luas. rezeki ada kat mana-mana!




*housewife*


IMAM MUDA

apa perasaan anda, bila mana anak yang anda kandung, yang anda besarkan, berkata begini;

"kejap lagi semayang Isya, ibu duduk belakang, adik duduk belakang, abang duduk depan, jadi IMAM"


rujuk fb ibu. ramai yang like quote Uwais!!


sesungguh ibu sangat-sangat terharu.
anak sulung ibu, waris ibu, waris daddy berkata demikian.
 lebih-lebih lagi dia ANAK ISTIMEWA!


usai solat maghrib


doa anak istimewa!



note 1: teringat email seseorang yg tidak dikenali di FB.
dia kagum cara ibu bagi nama pada anak-anak

note 2: teringat jua, seseorang yg mengutuk ibu gara-gara
 tak resign jaga anak istimewa.




Sunday, October 10, 2010

selesai sudah.

jumaat lepas dah selesai sudah.

ibu submit resignation letter.

puas hati walau 'advisor' cakap;

"jangan cakap apa-apa yang ibu x puas hati"

last day dekat office, baru bagitau apa dan kenapa!







*sayasuka*

Sunday, October 3, 2010

Denting

sesuai le sangat malam-malam ni boring... MIP xde gi ganu kiter..... :D





Denting yang berbunyi dari dinding kamarku
sedarkan diriku dari lamunan panjang
tak terasa malam kini semakin larut
ku masih terjaga..

sayang kau di mana aku ingin bersama
aku butuh semua untuk tepiskan rindu
mungkinkah kau di sana merasa yang sama
seperti diriku di malam ini…

rintik gerimis mengundang kekasih di malam ini
kita menari dalam rindu yang indah
sepi ku rasa hatiku saat ini oh sayangku
jika kau di sini aku tenang ..




:: we belong together ::

Daisypath Anniversary Years Ticker

:: my asham boyyy ::

Lilypie Kids Birthday tickers

:: my asham kepinggg ::

Lilypie Fourth Birthday tickers