Saturday, December 11, 2010

interview semalam

hai darlings....

rasa lama benor aku tak hapdet blog. memang lama. since duduk kat segamat ni baru sekali ke dua kali aku update. busy semedang.yela, kadang-kadang bukan buat apa pun, cuma malas nak on laptop. eh silap. on laptop iyer, malas nak masuk internet. kadang budak 2 ketul tu main games la. tengok movie la.

si adik tu lagi la. pagi-pagi belum mandi dah cakap kat aku, "ibu... nak tengok adnan sempit boleh tak???". pastu terus dia cakap kat abang dia, "abang nak tengok adnan sempit tak???" dengan suara ala-ala manja dia. cair naluri keibuan aku ni dow.

pulak tu siap ngada plaptop sambil bersila. giler. hari-hari mintak bukak adnan sempit. kadang-kadang sehari sampai 2-3 round. tak boring betul dia. tapi sekarang dia dah tau dalam laptop daddy ada citer geng. so selalunya abang yang mintak nak tengok citer geng. adik pun follow ajer....

ceh, mukadimah je dah 3 paragraphs. ok la aku nak citer pasal interview aku semalam. ni untuk kawan baik aku dayah la ni. pasal dia yg beriya-iya suh story. pagi-pagi semalam dia sms aku wish good luck.

post ni xde le gempak mana pun. tapi kebetulan ianya kat u**m sendiri, aku just try my luck aje. tak guna kabel pun. tau je la MIP tu, bukan dia nak tolong. dia cakap, malas nak mintak tolong. nanti kalau dapat, orang kata guna kabel. so baik suruh aku apply ikut procedur biasa.

hari khamis petang dalam kul 4.40 aku received call. nombor, nombor sini. ingat MIP la yang call. sekali bukan da. dia suruh datang esok pagi interview kul 8.30am kat dewan mesyuarat utama. wokeh. terus sms MIP suruh dia return call, urgent. malas nak guna phone rumah, intercom je. tapi dia dok ngecat bilik fakulti kot, aku tak tau no dia apa. so dia return call, terus aku cakap esok pagi kena gi interview. hahahha... dia gelakkan. hampeh...

the day has come. esoknya pepagi dah bangun, sidai kain dulu, mandi solat, siapkan anak-anak. dekat anak-anak daddynya cakap ibu kena pergi keje. kang cakap interview tak paham pulokkk...

sampai kat depan bilik mesyuarat utama, terus register. dah ramai jugak. untuk post aku ada 5 candidate. selebihnya untuk keselamatan, technician, admin, sukan, librian. tengah tunggu kat luar tu, ezan (ofismate MIP) asyik lalu aje. setiap kali lalu setiap kali tu aku tunduk. malu lah. tp dia x perasan aku kot. last jumpa/cakap ngan dia pun masa anak dia kawin ada la dekat-dekat 1 stgh tahun lepas. hehehehe...

mula-mula interview keselamatan, next technician, than barulah finance. aku no. 4. masa masuk dalam tu biasa je. ada le gemuruh sikit-sikit. interviwer dia pengarah sendiri, timbalan pendaftar & timbalan bendahari. than ada sorang penolong pendaftar yang tolong ambilkan sijil & panggil nama.

perkenalkan diri. then dia tanya suami kerja apa. nama apa.. bab ni dah interesting. pasal dia tanya pasal personal je. yg timb pendaftar dah tentu kenal MIP, pengarah tu baru kat sini, so dia kurang kenal la. ada ke interview aku banyaknya tanya pasal MIP. MIP ngajar apa, course apa, orang mana, duduk mana. then dia trick aku, MIP dah ada master, aku pun cakap la, siyes. then dia cakap haah ek, dah ada master sebab tu la jadi lecturer. (MIP ckp dia saje je nak test aku tu, tau ke idak..) timb bendahari tanya lepas spm buat apa. since aku apply ni utk post spm, aku sejujurnya cakap la aku sambung diploma kat uitm. aku memang tak attach langsung sijil2 aku dari uitm. pasal thru experience aku, kalo untuk level spm, letak spm je. kalo ko letak ko ada diploma, terus ko reject. tapi aku tgk budak2 yg dtg interview tu semuanya attach diploma, and mostly from uitm!!

then aku kena cerita bidang kerja aku kat office lama. aku cerita la apa yang aku buat, itu ini begitu begini. ok fine. tanya pulak bape revenue co. setahun. hehehe...  then tanya pulak, apa kemahiran yang aku ada, siap bagi contoh, menjahit ke. terus aku cakap aku memang suka menjahit. pengarah tanya apa yang aku boleh jahit. aku cakap aku boleh jahit baju kurung. tapi passion aku lebih kepada langsir. then dia cakap lagi, kalau kita suruh u ajar orang menjahit, boleh ke. aku ckp, sikit2 boleh le, aku bukan terror benorrr...

then dia tanya apa lagi yg aku boleh buat, masak boleh??? aku cakap, bolehhhh. dia cakap bukan apa, kat sini kalo ada maal hijrah ke, majlis apa2 ke memang kena tolong masak-masak. tau-tau dah kena siap aje. aku cakap, boleh, no problem. (poyo).  yg pen. pendaftar tu pulak siap menyampuk; "dia pandai masak ni.. sedap.. saya dah rasa.. en. mail bawak". pengarah siap cakap, oooo u dah rasa yer... then pengarah cakap, ok kita boleh consider macam mana. nanti apa-apa hal kita contact you. boleh dipertimbangkan. ekekeke...

fuhhhh lega!! dan masa MIP balik dari solat jumaat (cepat), terus aku tanya, aikk cepat arini. dia cakap, biasaaaaaa... melarikan diri. (dari jumpa pen pendaftar, timb bendahari & timb pendaftar) kot-kot la dia pulak yang kena interview!!



kalo dapat, rezeki anak-anak la.


6 comments:

mrs_zura said...

lama tak membaca coretan akak...hmm gud luck kak..moga2 dpt kije tuh...

daia said...

aku doakan dapat la.. nanti klu ada apa2 kat sini, noleh jumpa2...

daia said...

aku doakan dapat la.. nanti klu ada apa2 kat sini, noleh jumpa2...

insan kerdil said...

semoga dipermudahkan segala urusan....

Kerikil Kehidupan said...

semoga berjaya mala....

ibu-uwais-ameenah said...

zura : masih menyesuaikan diri menjadi suri rumah. masa berblog belum jumpa!

daia : aku pun!

IK : mudah-mudahan!!

kak nani : mekasih kak...

:: we belong together ::

Daisypath Anniversary Years Ticker

:: my asham boyyy ::

Lilypie Kids Birthday tickers

:: my asham kepinggg ::

Lilypie Fourth Birthday tickers