Wednesday, December 14, 2011

Monday, November 28, 2011

3 minggu lagi

alhamdulillah ibu dah selamat sampai ke rumah. dari johor bahru, melawat anak bujang kesayangan dan juga mertua. melawat ke?? dah selalu bonar balik ni haaa...

3 minggu lagi. ada apa 3 minggu lagi? ha, lebih tepat lagi, hampir 3 minggu lagi baru dapat ketemu Uwais kembali. wah gitew. nampak gayanya ngomong indon gitew....

ibu nak kena pergi induksi la minggu depan. dari 5hb sampai la 15hb. lama giler. tak pernah nak berpisah dengan anak-anak lama gini. eh silap. maksud ibu berpisah dengan cik meenot. abang semenjak dia sekolah, asal cuti sekolah dia balik rumah atuk dia. lagi pun dia dah besar. dulu masa dia sorang, bukan dia yang demam, ibu yang demam rindu kat dia.

dulu uwais pun tak boleh pisah lama dengan ibu. fobia kena tinggal. tapi sekarang lain pulak. contoh terbaik tadi la. wah wah wah lepas salam je terus dia meniarap sambil tengok tv. babai ibu pun tidak. dia dah besar, so x heran sangat.

yang ibu risau si adik ni ha. asal x nampak ibu depan mata je, carinya keliling rumah. hadoiiii. tadi mak pun dah ingatkan anak sulongnya, nanti ibu takde jangan dok tidorrrrrr je. tengok-tengok sama anak (meenah) tu. ha, senang citer kalo mak sendiri dah nasihatkan encik suami. dia memang x derhaka cakap mak pak dia. cakap bini je x berapa nak dengar. hehehe.

ok lah, rasanya mesin basuh dah abis tu. nak masukkan kain second trip pulak. babai!



**ralat lagi lupa nak tangkap gambar anak bujang**






Thursday, November 24, 2011

hormat

susah kan nak puaskan hati semua orang. susah lagi bila orang tu lebih bijaksana dari kita. dia ingat dia aja yang betul. sepatah kita bukak mulut, sepuluh patah dia pertahankan kebijaksanaan dia.

lantak la. cheq tak mo pikiaq dah. cheq nak buat kerja cheq ja (pronounce like org penang okeiii). cheq tau dia dah dapat info dari orang lain. cheq nak tunggu sampai bila dia nak diam dan tak bagi feed back kat cheq. (walaupun cheq dah tahu). kadang-kadang susah la.... bila banyak sangat pakar rujukan dia. tapi yang penting, barang dia tu tak sampai kat tangan cheq. nak kata nampak, bayang pun tak dak. tanya la orang yang dia pas barang tu. lagi mau bising barang dia tak sampai tangan cheq.

ingat cheq tak buat kerja ka. jangan salahkan cheq atau kawan-kawan cheq ya. tolong sikit. cuma cheq rasa hilang hormat skit bila baca ayat kat email dia. sebab cheq rasa dia tak patut tulis macam tu sebab dia cheq kira sebagai golongan insan terpilih!

wallahualam..

Uwais yang ku sayang

haiiiiiii.... ibu dah selamat hantar Uwais balik JB. sob sob.... takpelah, biar dia dok sana time cuti sekolah, kalo dia ada kat sini pun, sejam sekali dia tepon opis ibu dia ni ha... asyik tanya ibu nak balik pukul bape.. ibu nak balik pukul bape...

tapi kesian kat adik la pulak, asyik cakap; ibu jom la kita gi amik abang... ko ni kan.... dekat bau taik, jauh bau bunga! weekend ni nak balik jb, tapi Uwais pulak takde! ikut atok dia pegi kenduri kat Ipoh. huhuhu..... :'(



Uwais, ibu gonna miss you all the time!!




Sunday, November 20, 2011

busy sangat ke saya?

Assalam & salam sejahtera.

Lama x menjengah blog sendiri.

Blog kawan-kawan lagikan lah!

Busy sangat ke saya ni?

Sampai takde masa langsung nak menulis.

Oh!

Mungkin.



Friday, October 28, 2011

testing new signature



kecikkan gambar :(

As Salam.

Macammana ibu nak kecikkan gambar kat blog ni ek?

Kalo pilih 'small' bukan kecik pun gambo tu

dia jadik 'katik' plak.

Kalau tak, terpaksa la ibu tukar template lain :(


~da la da suka template ni. nampak ceria jer~







Thursday, October 27, 2011

His 1st bilateral adductor & psoas tenotomy surgery!

cerita nya dah lama, tapi time tu memang serius ibu takder masa nak citer pasal surgery ni. lagi pun sekarang semuanya boleh update @ facebook, including the picture.

for those yang hanya follow blog ni & tak fren-fren kat FB memang ler tak penah tengok gambo Uwais kan! nak cerita pun dah basi, so layan gambar jelah ekkk..


ibu akui, ibu pun tak sekuat dia.
ya Allah, Kau peliharalah anak ku


masih belum sedar lagi time ni!


oh yer, maybe 2nd operation akan dibuat maybe in 1-2 years time.






 asal ibu x boleh copy link picture album fb kat sini ek??



Idiappam

26.10.2011. pesta cahaya. eventhough dah asuk 27.10.2011, feel deepavali masih terasa. pasal aku teringin bebenor nak makan idiappam. rasanya ni menu wajib masa deepavali, selain muruku & tosai.


kena pulak cicah dengan kari kambing, memang meletopppppp!!

selain dari tu, teringat la pulak aci punya muruku. aci ni cleaner kat ofis lama aku. alah... lupa plak nama dia! haaaa dah ingat dah, Janaki. aku rasa dia nye meruku memang the best in the world lah! ntah bila la lagi nak dapat rasa kan!!






Tuesday, October 25, 2011

carikan saya kuey tiow laksamana......

since dah duduk segamat almost 1 year, susah betul la aku nak cari kuey-tiow or mee kuning brand ni. kalau dekat KL/selangor, memang sonang bai tu nak jumpa. kalo kat segamat memang payah.

sebab apa aku suka brand ni, pasal mee/kuey tiow dia bersih dan sedap. kalo kat segamat ni, so far memang tak penah nampak mana-mana kedai jual brand laksamana ni. kalo mee kuning, boleh tahan lagi la jual kat sini rasanya, tapi kuey tiow yang jual kat sini tak boleh belah dowww... keras! lebar lak tu. so, bila masak je jadi tak sedap. ker, nak kena rendam ngan air panas ek??

friens kat segamat, tau kat mana ada jual kuey tiow/mee jenama laksamana ni tak??







Thursday, October 20, 2011

pro-cons adanya movie di rumah saya!

kami baru je langgan movie kat astro ni. asal mula MIP nak langgan unifi. ater.... mana le sampai segamat lagi. sudahnya dia cakap kalo cenggitu subscrib movie la. bila nama astro atas nama aku, aku cakap, boleh, dengan syarat dia bayar separuh daripada bil tu. kita tengok macamana nanti




aku rasa banyak cons nya dari pro. nak tau kenapa??

  • sejak ada astro movie, aku dah tak boleh nak tengok citer2 feveret aku samada kat astro ria, prima, warna mahupun citra.
so, aku hanya dapat tengok citer tv1, tv2 tv3, ntv7 (grey's anatomy) atau tv9 dekat tv yang berukuran 14 inch hokeiiiiii
  • dah lama kitorang (ibu-uwais-ameenah) tak tido dengan daddy :(
  • seminggu dua ni, xde keje pulak aku kena bangun tengah malam tutupkan tv dengan astro. grrrrrrr, pasal bila dah tengah malam, tv yang tengok MIP.


nak buat macammana, redhooooo jelah...



mode : merajuk ni!!




Monday, October 17, 2011

filet-o-fish

ntah kenapa ntah

minggu lepas,

dah 2 kali makan bendalah ni

malam tadi pun makan lagi.....





Sunday, October 16, 2011

tutor



seriussss okay! kalau boleh saya memang nak cari tutor yang boleh ajar anak-anak kat rumah. macam kakak saya buat kat anak dia yang darjah enam dan tiga tu....

tapi saya rasa, kalau kat KL memang la belambak cikgu-cikgi yang sukarela nak buat part-time ni. al-maklum la duduk kat KL serba serbi mahal belaka. macam yang saya prnah cakap dulu; money is not everything, but everything needs money. am i rite???

kalau bab anak dara tu, x kisah sangat, tapi yang dirisaukan tu, si abang. ibu paham sangat la pasal dia CP patient, slow sikit dia belajar, tapi sebenarnya bukan dia tak boleh, tapi pasal ada vitamin M tu yang payah sikit tu.


mungkin tutor kelasnya begini


bukan ibu dan daddy dia x mo ajar, tapi pada kami, susah sikit la nak ajar anak sendiri. nanti kita ni pulak yang nak diajarnya."ibu, ni salah lah...." adoi anak.. anak..

dan juga mencari orang ngajar ngaji utk budak berdua nih!
student uitm pun bolehhh


so, memang serius saya nak cari tutor untuk Uwais. kalo cikgu-cikgu kat area segamat ni ada terbaca, do contact me ya!!!



Saturday, October 15, 2011

masih sore throat

masih sore throat!!

tapi feel better lepas makan ubat yang doctor klinik mesta kasi

:)

harap cepat la beransur baik tekakku!!






Friday, October 14, 2011

new template!!

new template

ok la kan.

aritu gatal tangan gi godek

ha ngko...

mendapat!!


Monday, September 26, 2011

next appointmenrt

next appointment Uwais pada bulan 12.

 So buat masa ni 2 bulan x amik cuti.

harap-harap gitew lah.

 bulan 12 ni ada 2 appointment jer.

mata kat selayang, then fisio.

ortho ngan rehab bulan dua tahun dopannnn...

oh yer, operation postponed. maybe 1-2 tahun lagik.

just usaha, excercise, doa dan tawakal.

insyaAllah



Sunday, September 25, 2011

roti canai terbang

Assalam, arini aku nak bercerita pasal roti canai. RC ni memang feveret kami anak beranak. nak jadi cerita, pagi tadi bangun lewat sungguh! 7.20pagi giteww! apekehal ntah mak dara ngan anak dara bangun lewat. kitorang tido dalam bilik, the gentlemens tido depan. tapi senyap jooooorr. ingat lum bangun. kitorang ngintai2 rupa2nya dah bangun 2 beranak tu... terus la terjah diorang!

MIP cakap, nak pegi sarapan. aku pun mula la request nak makan RC kat German-ntah. aritu dia tapau sedap sehhhhh... dalam pukul 9 kitorang kuar rumah. patut awal lagi, tapi MIP g buat tinjauan plak kat kawasan kolej. boleh plak sembang ngan pak guard bagai...

sampai german-ntah. (adik sebut jentahh), kedainya tutup sob sob.. sekali MIP cakap terus pergi makan roti canai terbang. mak aikkkk jauh tu. kat tangkak. aku ingat dia main-main. elok lepas paya jakas, aku baru tanya, dia cakap mana boleh nak patah balik (kawasan jalan berlingkang-lengkok (eh, betul ke aku sebut?) sudahnya... terus jela pergi..

lepas sampai, makan dan minum, MIP ajak singgah kedai kain (yess yess) dapat la aku merembat kain nak buat cover peti ais, cover oven, cover toaster etc. beli 2 meter jer.  pastu mamat kecik tu boleh plak merengek nak beli langsir gambo kereta. aiyakkkk ibu belum cucuk duit lagi la. (alasan suruh daddy bayor *wink*wink*) harganya semeter dia tulis 22.80. tapi aku tanya xde offer ke dia cakap semeter 9.00. aritu aku penah beli, semeter 10.00. pastu pow daddy kain sepasang. tu nanti-nanti la jahit.

penyudahnya sampai ke rumah jam 11.30 pagi. thank you daddy....


*picture ihsan pakcik google*



Friday, September 23, 2011

anak-anak dan pizza hut

Permintaan anak-anak, especially bab makan, jarang x tertunai. Pekena chunky loaded petang ni.





Thursday, September 22, 2011

makan-makan-makan

arini geng PB datang rumah.

masak nasik dagang jer,

lagi, mihun goreng,

lagi, puding roti

harap mereka kenyang perut, suka hati!


gambo ihsan pakcik google


puding roti


mihun goreng

Tuesday, September 13, 2011

short update

Hari ni ibu on EL, semalam abang demam teruk. Siap ustazah called daddy suruh datang amik dia. Patut la monyok je muka dia pagi semalam.
So harini duduk rumah je, berkesempatan kemas rumah, bilik ngan dapur, lipat and susun baju kat almari. Sempat jugak baring-baring rehatkan badan, ukur kain nak buat kain susun belakang :)
Hurmmmm utk geng2 yg pegi KL tu; jangan lupakan daku ye! Sian mak buyung sowang-sowang kat opis.

Monday, August 29, 2011

cangkung

inilah hasil selepas operation
alhamdulillahhhhh






kalo dulu jangan harap boleh cangkung...



Minal Aidil Wal Faizin



Selamat Hari Lebaran

Daripada;

Ismail Pahmi
Malawati
Uwais Al-Qarni
Qashrina Ameenah




Thursday, August 25, 2011

baru berkesempatan

arini baru berkesempatan nak menaip. sejak dua menjak ni mak memang busy memanjang. tak tau le apa yang dibusykan tu. nak kata kerja, dah beres. ntah la...

isnin lepas birthday aku. nothing special. cuma dapat banyak wishes dari kawan fesbuk aje. malam, birthday boy to be (esok) request makan kat pizza hut. boleh gitew. request on ibu's birthday plak. ibu on ajer.


pizza hut segamat


hadiah?

ala, korang macam tak kenal MIP tu. dia ala-ala ingat ingat lupa buat-buat lupa befday other half dia ni. biasa la. the day after sempat tanya akde hadiah ke untuk ibu. korang tau apa jawapan dia?

ala, kat segamat jam tak cantik... ok fine. nanti pegi KL akan ku tuntut... muahahaha..

itu jelah nak citer. esok, birthday anak sulung. what shud i buy for him ya??




Tuesday, August 16, 2011

ibu wish list

idaman ku
dah survey dekat seng heng
dalam rm 1299
ok boleh kumpul duit mulai sekarang



yang ni aku wish sangat MIP bagi minggu depan
muahahhaha...
masalahnya nak ke dia bagi??
dy, ibu nye jam bonia lama dah bercalar teruk la...




thats all for now
amin...



:: we belong together ::

Daisypath Anniversary Years Ticker

:: my asham boyyy ::

Lilypie Kids Birthday tickers

:: my asham kepinggg ::

Lilypie Fourth Birthday tickers