Tuesday, January 25, 2011

new age, new hair!

bersempena birthday cik meenot, kitorang decided nak potong rambut dia. tapi bukan sebab nak melaram ke apa. aku memang prefer gegirl rambut panjang. pulak tu rambut anak dara tu plak curly kat belah bawah.

oh, kitoang potong rambut dia pasal dia dapat kutu!! goshhh.. mana la cik kenit ni dapat. geram betul. aku tengok-tengok, uwais pun ada sikit. masa minggu pertama uwais sekolah tu, sempat la tengah tunggu uwais, aku carik kutu dia. dapat 4 ekor kau!

ni tak boleh jadik. balik je uwais dari sekolah, terus aku gi watson beli shampoo kutu. nasib baik tengah offer. murah la sikit harga dia.so far dah pakai 2x. lepas ni nak pakai lagi. pasal tu le daddy dia suruh potong. tapi bila di tengok balik, cumel pulak anak dara ni rambut pendek. nampak kurang nakal. hahahaha...




awesome!


asal cuak ni??


cute, cuter, cutest!!


anak dara ibu


upah potong rambut. McD!





~8 tahun~



on our anniversary

i want u to know that

you're still the one

who is everything

i could ever hope for

the one i love

with all my heart and soul.

happy 8th anniversary, daddy!



agak-agak, ibu dapat present tak ek??




Monday, January 24, 2011

bergebang di padang

weekend adalah hari bersukaria. weekend jugak hari abang ngan adik boleh tido dengan ibu ngan daddy. hari sekolah sorry yer...

sempat bawak anak-anak gi main kat padang lepas daddy abis modul.



abang & adik


hebat adik!


daddy dengan x salin bajunye!


layankan jelah...





Sunday, January 23, 2011

termakbul nak tengok train!

pagi tadi time nak pergi breakfast, abang-adik berkesempatan berhenti betul-betul first place depan penghadang jalan keretapi. korang tau la kalo ketapi lalu, kt segamat ni ada jalan bawah railway. so selalu potong kat situ je, malas nak stay.

kebetulan masa lalu kat situ, palang dah tutup, ibu terus cakap ngan daddy terus je ke depan berenti. anak-anak nak tengok ketapi lalu. fuhhh excited diorang. maklumla.. lama dah pun x naik ketapi!!




adik teruja!!


train kelantan-johor bahru


mak aiiikk asap!


abang pun teruja!




Saturday, January 15, 2011

emosi ku terganggu

semalam, aku as usual hantar uwais ke sekolah. disebabkan jumaat sekolah half day aje, aku decided nak stay kat sekolah aje. waiting dekat kantin. sampai time rehat kul 10am.

hajat lepas rehat aku nak kuar bandar kejap, nak hantar kasut daddy gi cobbler, then nak cuci mata kejap :) ibu gi billion, sempat la beli sandal bata & botol susu adik.

masa aku hantar uwais ke kelas lepas rehat, ibu didatangi oleh ustaz sekolah uwais. dia tanya, uwais jatuh ke apa. (soalan klise) semua pun tanya macam tu kat aku. aku jawab; xde la, since lahir. dia anak istimewa. then ustaz tu pun tanya aku sanggup ke nak hantar dia hari-hari macam ni? tinggal kat mana, kerja ke tidak. fuh... banyak soalan, macam polis.

 tapi bila soalan dia, aku sanggup ke nak hantar dia hari-hari, tu yang buat emosi aku terganggu. terus berjurai air mata aku. pada aku senang aje. YOU FACE IT or LEAVE IT. so, decide sendiri la. cuma soalan dia tu yang buat aku tersentuh dan terasa hati ialah, dia ke yang tak sanggup nak terima anak aku ni dekat sekolah tu?? wallahualam...




anak kecil ini.
yang sentiasa menjadi perhatian.
anak yang kuat semangatnya,
lebih kuat dari ibunya.
(pasal ibu selalu dalam hati ada hujan)




Thursday, January 13, 2011

3 tahun!!

Selamat Hari Jadi

yang ke 3, sayang.

Semoga dirimu memperoleh kebahagiaan

kemakmuran dan kebijaksanaan.


Nur Qashrina Ameenah binti Muhamad Ismail




ibu-daddy-abang-love-you

Monday, January 10, 2011

Minggu Ukhwah SRAB


2011. tahun baru. dunia baru. dunia baru untuk Uwais. sebab tahun 2011 dia memulakan sessi persekolahan sekolah rendahnya. darjah 1. macam tak percaya. tapi itulah hakikatnya.

perasaan ibu? bangga, kagum, takut pun ada! tau-tau jelah budak-budak zaman sekarang. semakin advance. dengan keadaan dia yang begitu. bersaing dengan rakan-rakan 'normal', semestinya sesuatu yang mencabar bagi dia dan ibu. untuk ibu, untuk memastikan dia menerima pelajaran, mengaplikasikan apa yang dia pelajari tu yang susah.

kerana dia masih lagi merangkak untuk mempelajari benda baru dalam diri dia. mudah-mudahan Allah permudahkan segala urusan.

permulaan hari pertama 03-01-2011 pun dah tersilap. ibu pun tak sure salah ibu ke apa. sebab masa rabu minggu lepasnya ustaz zainudin cakap budak tahun 1 pakaian sukan. ibu pun bagi la pakai. tapi bila sampai sekolah, tengok mana ada budak pakai sukan. tapi dorang tak kisah pun....


day 2. minggu ni tak belajar. ianya merupakan Minggu Ukhwah SRAB. ala-ala orientasi kat U la... so, kebanyakan masa dihabiskan di Balai Islam (surau).

day 3. as usual. ari rabu pun salah lagi. semalam ustazah cakap, pakai baju melayu (untuk friday). dia pulak bagitau pakai esok (rabu). yoyoor je ibu ingat memang ustazah suruh. tapi xpe......

day 4. training untuk penutup minggu ukhwah. belajar & berpelajaran.

penyibuk antarabangsa

day 5. majlis penutup mingu ukhwah. dimulakan dengan pendaftaran, jamuan, ucapan guru besar, PPAD segamat, persembahan pelajar & the best part, majlis berakhir 11.10am boleh terus balik. weeee....

nak cerita pasal perasaan. as usual. dalam hati ada hujan la. sama gak masa Uwais mula-mula masuk pasti dulu. bila ada parents yang tanya, cikgu2 yang tanya. adoi... memang ibu tak boleh elak.



semoga anak bujang ibu beroleh kejayaan. doa ibu senantiasa mengiringi mu nak!!




Saturday, January 1, 2011

Faizal Yusof meninggal dunia




KUALA LUMPUR: Pelakon Mohd Faizal Yusup, 33, meninggal dunia di Pusat Rawatan Islam (Pusrawi) di sini, Sabtu, kira-kira pukul 1.45 petang akibat serangan jantung.

Menurut abangnya, Shaiful Yusup, 35, Allahyarham rebah ketika berada di bilik air rumahnya di Sentul.

Akibat kejadian itu, Shaiful dan isteri Mohd Faizal iaitu Rosmunira Rashid, 27, membawa Faizal ke Pusrawi untuk mendapatkan rawatan kira-kira pukul 10 pagi.

"Ketika di hospital, Faizal mengadu dadanya sakit dan berusaha untuk bangun sendiri tetapi saya halang," katanya kepada pemberita ketika ditemui di Pusrawi di sini, Sabtu.

Tambah Shaiful, ketika di Unit Rawatan Rapi (ICU), doktor mengesahkan dia mengalami masalah jantung apabila salah satu saluran pada jantungnya tersumbat.

Bagaimanapun, keadaannya menjadi semakin kritikal sehinggalah dia disahkan meninggal dunia beberapa jam selepas dimasukkan ke hospital.

Sementara itu, bekas isterinya, penyanyi Siti Nordiana atau Nana, 25, yang ditemui berkata Faizal ada menghubunginya beberapa hari lalu untuk bercakap dengan anak mereka, Muhammad Rayyan Nakhaie, 2, tetapi anaknya tiada bersama Nana pada ketika itu.

Bagaimanapun, pada petang Sabtu, Nana mendapat panggilan telefon mengatakan Faizal dimasukkan ke hospital dan dia mahu melihat anaknya.

Berikutan itu, Nana sempat membawa Muhammad Rayyan ke hospital dan Faizal sempat berjumpa dengan anaknya itu.

Selepas berpisah dengan Nana, Faizal mendirkan rumahtangga dengan Rosmunira yang kini mengandung lima bulan pada awal tahun lalu.

Turut kelihatan menziarahi Allahyarham di hopsital, pelakon Amyza Aznan, Zulkifli Ariffin, Pierre Andre, Sharifah Amani, Dira Abu Zahar, Liyana Jasmay dan Tania Hudson.

Jenazah akan dibawa pulang ke rumahnya di Sentul, Sabtu dan dijadualkan dikebumikan di tanah perkuburan Islam Batu Muda, Batu Caves, Selangor kira-kira pukul 10 pagi Ahad.


Sumber : m-star

ralat : baru seronok tengok cerita tiramisu arwah berlakon.....





:: we belong together ::

Daisypath Anniversary Years Ticker

:: my asham boyyy ::

Lilypie Kids Birthday tickers

:: my asham kepinggg ::

Lilypie Fourth Birthday tickers