Monday, January 10, 2011

Minggu Ukhwah SRAB


2011. tahun baru. dunia baru. dunia baru untuk Uwais. sebab tahun 2011 dia memulakan sessi persekolahan sekolah rendahnya. darjah 1. macam tak percaya. tapi itulah hakikatnya.

perasaan ibu? bangga, kagum, takut pun ada! tau-tau jelah budak-budak zaman sekarang. semakin advance. dengan keadaan dia yang begitu. bersaing dengan rakan-rakan 'normal', semestinya sesuatu yang mencabar bagi dia dan ibu. untuk ibu, untuk memastikan dia menerima pelajaran, mengaplikasikan apa yang dia pelajari tu yang susah.

kerana dia masih lagi merangkak untuk mempelajari benda baru dalam diri dia. mudah-mudahan Allah permudahkan segala urusan.

permulaan hari pertama 03-01-2011 pun dah tersilap. ibu pun tak sure salah ibu ke apa. sebab masa rabu minggu lepasnya ustaz zainudin cakap budak tahun 1 pakaian sukan. ibu pun bagi la pakai. tapi bila sampai sekolah, tengok mana ada budak pakai sukan. tapi dorang tak kisah pun....


day 2. minggu ni tak belajar. ianya merupakan Minggu Ukhwah SRAB. ala-ala orientasi kat U la... so, kebanyakan masa dihabiskan di Balai Islam (surau).

day 3. as usual. ari rabu pun salah lagi. semalam ustazah cakap, pakai baju melayu (untuk friday). dia pulak bagitau pakai esok (rabu). yoyoor je ibu ingat memang ustazah suruh. tapi xpe......

day 4. training untuk penutup minggu ukhwah. belajar & berpelajaran.

penyibuk antarabangsa

day 5. majlis penutup mingu ukhwah. dimulakan dengan pendaftaran, jamuan, ucapan guru besar, PPAD segamat, persembahan pelajar & the best part, majlis berakhir 11.10am boleh terus balik. weeee....

nak cerita pasal perasaan. as usual. dalam hati ada hujan la. sama gak masa Uwais mula-mula masuk pasti dulu. bila ada parents yang tanya, cikgu2 yang tanya. adoi... memang ibu tak boleh elak.



semoga anak bujang ibu beroleh kejayaan. doa ibu senantiasa mengiringi mu nak!!




No comments:

:: we belong together ::

Daisypath Anniversary Years Ticker

:: my asham boyyy ::

Lilypie Kids Birthday tickers

:: my asham kepinggg ::

Lilypie Fourth Birthday tickers