Tuesday, March 29, 2011

.....

 alhamdulillah

alhamdulillah

alhamdulillah

alhamdulillah

alhamdulillah
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

nantikan berita selanjutnya...



Friday, March 25, 2011

dramas

shahz jazle ke, shahz jazle (pronounce as jazel). gosip dia dengan maria farida ke. aku tak kisah yang penting aku suka tengok gemilang, bersiaran setiap isnin 9malam kat tv3. esoknya pulak pukul 9malam, sekuel asmara, asmara 2. best betul!!



tapi dalam gemilang ni aku menyampah betul makcik nama ruhana ni. poyoronos betul.


asmara, paling x berkenan dengan bapaknya si zalia..
oh yea, jangan lupa ek pukul 7malam setiap isnin hingga khamis, begitukah cinta. dah nak abis dah citer tu... best... best....

korang... aku memang suka tengok drama. samarinda samson & delaila tu lewat sangat.. kadang tengok kadang tak. selalunya terlupa... 2 minggu lepas tengok cerekarama citer yang fasha sandha berlakon tu, yang dia curang ngan laki dia.. aku rasa citer tu lain dari yang lain. selalunya drama ni pusing2 macam tu gak jalan citernya...







apa da melalut citer pasal drama plak ni...


luv;

Thursday, March 24, 2011

si kecil yang panjang!

banyak gambo belum update dekat lappy ni, semua still dalam phone, kalo update blog, xde gambar, memang tak gempak kan!

here it is. gambar anak dara ibu yang terlena tengok dora the explorer. panjang macam galah! abang pun panjang... tapi kureng nampak sangat pasal kalo dia berdiri, dia macam membongkok sikit, maklum la, otot pendek!

oh yer, nanti nak update pasal appointment last 2 weeks, dan keterujaan ibu nak tunggu operation dia. will update soon!




luv;

Wednesday, March 23, 2011

umrah




petang tadi, my PIL, BIL & nenek MIP dah berangkat mengerjakan umrah. MIP yang pegi antar. kami idak le ikut, keta tak muat... until now, MIP belum sampai rumah lagi....

masa dalam keta balik sekolah, sempat la uwais cakap dengan atuk dia. daddy tanya, uwais nak pesan apa dekat mekah.

uwais cuma mintak atuk, nenek, uncle, atuk pontian doakan uwais cepat jalan & belajar rajin-rajin. hurmmmm....

speechless..


baru dapat sms dari MIP, dia kat kelas! bukan cuti ke arini... patut la tadi student datang umah amik attendan list!!

luv;

kolaj with ibu

aktiviti ni lama dah... tapi baru perasan gambo dalam lappy, so just buat short update pasal anak-anak. time ni daddy takde, outstation pegi mana ntah. so ni aktiviti ibu with kids....



hasil kerja tangan abang



yang ni adik punyer...


masing-masing dok pegang ibu punyer :)



luv;

Friday, March 18, 2011

~update~

lama tak update.
sabar ye, pelan-pelan kayuh











Tuesday, March 8, 2011

~homemade pizza by ibu~

actually buat dah lama dah. time segamat dilanda banjir awal februari aritu. tapi baru arini teringat nak update. tapi, piza ni macam dah jadi makanan rutin kami sekeluarga dah. dari awal februari aritu, sampai sekarang, rasanya dah 3x dah aku buat pizza.

dari doh dia, sos, hingga la ke toping semua hasil tangan aku. last aku buat pizza dulu time belum ngandung uwais lagi. korang bayangkan. lama tu... masa buat doh aritu, doh dia keras/garing ala-ala dominos. aku suka la. tapi mip ngan anak-anak x berapa suka. dorang suka yang lembut/gebu.

second time buat terus aku lebihkan yeast. so, jadi la lembut. tapi x kisah la, as long dorang suka, aku pun gembira. oh yer, kalo piza aku ni, selalu aku tak specific sangat macam hawaian pizza ke, beef peperoni ke, vege lover ke. aku add in semua. lagi puas hati. kalau sos dia aku masakkan dengan minced beef.

hasilnya, sangat puas hati, puas hati!!



before


after - pujaan suami & anak-anak!


kesukaan ibu - garing


pssstt... sape yang dok segamat, nak tempah, boleh ajer!!


Monday, March 7, 2011

bon voyage



selamat becuti untuk satu-satunya kakak kesayangan saya ke bandung, indonesia. sekarang ni dah dalam flight dah. amboi, bergebang ngan kawan-kawan ajer yer!

aku x kirim apa-apa pun. pasal akak dah pesan kalau nak kirim, no no kirim air liur. kirim dengan duit yer.. hahah.. xde apa pun nak dipesan. kang suh dia beli aku x berkenan, susah plak karang!



orang berbudi kita berbahasa!

orang memberi kita merasa.

ni cuma luahan hati aku. semenjak dua menjak ni ada la orang dok pinjam kereta aku. aku bukannya berkira sangat kalo dorang nak pinjam. aku pun kalo antar uwais sekolah naik keta mip. yelah kalo pepagi anto dia g sekolah, x pasang air-con. ok la sejuk lagi. tapi tang tengahri tu yang tak tahan, pasal air-con macam dah x berapa panas. sudahnya selalu naik keta mip je.

berbalik pada citer keta aku tadi, kalo dorang nak guna nak buat amal jariah, (cth pergi tolong orang yg rumahnya mangsa banjir) xpe la. nak pegi beli barang itu dan ini, takpe lagi.

tapi, ni, macammana bagi keta tu, macam tu la dia pulang balik. adoyai... tau la keta aku deah season, kalo basuh pun tetap nampak kotor jugak. aku tau aku memang tak sempat bawak keta tu cuci. selalu bawak keta mip cuci jer.

penah jugak aku suarakan kat mip dorang tak boleh ke tolong cucikan keta tu kalo dah rasa kotor sangat? (pasal aku rasa memang keta aku dah kepam sangat) kalo belah luar kotor aku x kisah sangat, ni belah dalam kotor, tu yang tak tahan tu.. last week, aku balik umah akak, mip pulak ke iab genting. sementara keta aku plak as usual dipinjam oleh dorang. aku paham dorang nak beli barang utk mitek, aku tak kisah. tapi kalo ada saman, ke apa ke, korang bayar ek... even saman tu kuar atas nama owner keta.

sempat aku tanya mip dia pesan tak kat dorang suh basuh keta. mip as usual, takkan cakap punya. nak jaga hati dorang.. (hati aku??) lepas aku cakap aku nak tinggalkan memo kat cermin keta and attach duit rm10 mntk dorang tlg pi basuh keta. dah siap letak dalam angpow, masa nak pegi sekolah antar uwais, leh plak tertinggal kt umah. dah smpi bawah, sori la nak naik amik.

time balik dr sekolah, keta dah x nampak. so aku pesan lagi kat mip. ntah dia cakap ke idak. tapi akhirnya keta aku berjaya dimandikan, bila aku terbaca sms mip dr dorang. dorang cakap dorang kt damansara, otw balik segamat, nanti keta sir dorang cuci. what????? sampai ke selangor keta tu. takpe takpe. kalo ada speed trap ke siap korang. sila jelaskan!

pastu aku tanya mip dah pesan ke dgn dorang suh cuci keta. dia cakap dah. aku tanya lagi, cakap apa? dia cakap ngan dorang, wife saya suruh cuci keta. huh... kalo jalan jauh cenggitu takde pikiaq nak tolong cucikan memang nak kena la. kadang-kadang dorang tak terpikir ke bila dah naik keta tu, nampak agak kotor (sumpah memang kotor giler!) xde terpikir ke nak tolong pi basuh? kalo xde sepuluh ringgit, xpe lepas tu claim aje. silap2 sir dorang bayar double. hehehe... kalo aku yang pi basuh, jgn harap nak dapat claim. jangan marah ye mip. ni luahan hati saya aje...


dorang :- student mip




Sunday, March 6, 2011

BE

lama dah tak bukak nuffnang. alhamdulillah, dah bergerak sikit nilai dia. ekekek...
dulu malas sikit nak bukak. pasal dok tengok asik 0.00  aje.
sekarang ni dah nampak figure dia, best lah sikit!


astro is back in action!

finally! setelh dekat 4 bulan xde astro kat rumah ni, aku berjaya membawa pulang astro dari rumah lama.

the reason kenapa aku tak ami astro tu dulu, sebab rumah aku tu ada orang sewa. tak perlu la bagitau sape. nanti kalo cerita sakit hati je. biar aku pendam je dalam hati. tunggu rasa dah tak tahan nanti aku bagi tau jugak. lagi pun malas nak bertekak dengan MIP pasal hal ni. letih mak nak cakap... rumah dia kan...

oh yer, berbalik pada astro, since nov memang tak nonton astro accept balik jb or pantai dalam je boleh tengok. so aku decide amik astro tu pasal kalo nak register baru kena 199. dan aku tau mip bukan nak amik, pasal dia dah ckp ngan abanglong kalo peksa no 123 je baru dia pasangkan. cehh.

dan aku dengan selamba je gi mintak dengan orang sewa rumah (dia nak astro, dan bayarkan monthly) dan ingat kami nak amik yang baru. bila dapat tau kena bayar 199, rasa menyesal lak tanya ngan budak umah sewa. dia pun tak kisah aku nak amik astro tu (billing nama aku yer tuan puan, bukan nama mip)

untuk makluman aku tak bawak piring astro pasal dekat sini orang lama ada tinggalkan piring dia. aku suh adik aku yg dok batu pahat tu pasangkan. cucuk je. senang. bila mip balik dari iab genting, dia pun pelik ada astro. boleh tanya aku bila pasang. celah bila en mail nak pasang. aku bukannya ada duit nak pasang baru.

wah dulu bukan main lagi aku suh mintak amik astro umah lama, tak nak. konon nak jaga hati orang sewa. hati anak bini tak pulak pikir. aku sian kat anak-anak je, dok tanya astro astro. sekarang dia pulak yang lebih-lebih tengok astro ek. siap balik kelas tengok aku dah tido dalam bilik, terus pegi depan tengok astro sampai tertido depan tv. hei, time tu ibu tak tido lagi lah!... saje je tau laki aku ni!

Saturday, March 5, 2011

rehab appointment

rabu ni ada rehab appointment. doctor nak tengok condition kaki uwais supaya boleh buat operation nanti. harap-harap jadi la operatenye. potong urat sikit je kat tendon x silap aku, around 1.5 - 2.0 cm. but stil kena masuk wad, kena puasa. macam masa dia operate maxillo dulu...

so, ingat nak pegi pagi-pagi. oh yer, make sure isi minyak keta petang selasa tu ek. jangan jadi macam aritu, pasal aku ingat masih dok kat lembah klang, eksyen je x isi minyak keta. konon nak isi minyak kat jementah. pukul 4.30 pagi kuar rumah. nan ado.... segala bapak stesen minyak dari petronas, shell sampai la ke esso x bukak ek. paling awal petronas dia bukak pukul 6.30. yang lain suma bukak pukul 7.00. (nasib baik org petronas dtg pukul 6.15, terus isi minyak n pecut ke hukm)

so, rabu ni, belum kompom dengan mip nak bertolak pukul berapa. ingat nak bertolak around 6am, abis rehab, fisio & OT. abis dalam pukul 1pm. mip nak balik puncak alam kejap kot. nak amik barang and beli tepung muffin untuk mil. tapi bila dia cakap lepas tu nak terus balik jb antar tepung, aku x setuju. giler tu... dah la uwais sekolah esoknya. cukupla ponteng 1 hari.... pukul bape nak bertolak dari KL. pukul bape nak sampai jb. pukul bape lak nak balik segamat?? kadang bapak uwais ni bukan nak pikir orang lain, dok pikir diri dia aje. haihhhhh...





McDelivery




pagi ni kami order mcD je. asal mula minggu lepas la. uwais nampak la plak menu mcD. terus dia cakap, ibu, dah lama abang tak makan pancake mcD. abang suka la makan pancake kat puncak alam. (maksudnya mcD puncak alam). mcD kat sini xde pancake.

alamak bang.... bukan mcD sini xde, ada... tapi x penah lagi bawak dia bekfes kt mcD sini. so, kebetulan MIP outstation ke terengganu, ibu suruh la abang cakap dengan daddy. so daddy cakap, telepon ajelah...

yang kelakornya, pagi tadi nak tepon, no takde. ater... kalo kat opis dulu jiro yang selalu tepon kan. jenuh bukak website mcD, hang... nak tepon tanya, airtime baru tamat semalam da... sudahnya tulis dekat status FB. thanks ogee inform no phone mcD.


dah calling, dia cakap within 45 mins sampai. ni dah lebih, x smpi lagi. sudahnya tepon balik. dia cakap nanti branch manager call. orait. branch manager called and dia cakap order sampai dalam 20 mins. anak-anak dah bising pasal memasing kebuluq. dalam pukul 9.45am dia sampai. adusss kena turun pulak. dia cakap dia x boleh naik hostel. macha... ni rumah staff da.. lagi pun kolej lelaki! kalo kolej pompuan lain la cerita.

abang ngan adik makan bagai tak hingat dunia. dan baru tadi, dalam pukul 1.10pm, aku tertengok iklan bekfes mcD dan baru perasan dia tak bagi hashbrown. rugi rm2.45 x 2. hampeh punya mekdi. tadi dah tepon and komplen. as usual macam2 alasan dia bagi. amik order org lain la, yg packing org lain la, yg antar org lain la. memang la ngokkk dah tentu la amik order org kat KL, packing org lain, yg antor org lain. ingat customer ni ngok ker.... dah la x mintak maaf.

aku lak, dah lama x deliver, smpi terlupa nak cek. selalu kalu take away ke drive thru ke aku cek dulu. arini luper... xpelah... nanti kalo aku walk in, aku komplen lagi. (walaupun dekat bawah cash invoice tu dia ckp lepas kita terima x boleh komplen, peduli apa aku??)


:: we belong together ::

Daisypath Anniversary Years Ticker

:: my asham boyyy ::

Lilypie Kids Birthday tickers

:: my asham kepinggg ::

Lilypie Fourth Birthday tickers