Tuesday, June 21, 2011

imtiyaaz

ok tak??? rasa macam ok kan??



actual price : rm 1788

now : rm 598


sesuai sangat la nak pindah rumah baru kan *wink*wink*






Monday, June 20, 2011

Uwais POP off

Date : 08-06-2011

Venue : POP Room, Orthopedic Clinic, PPUKM

Time : 09:00am - 12:30pm




adik yg x berapa sihat. lps mkn ubat kat rumah tok ngah,
disuruh baring, x mo. tgk tangan dia penuh dgn donut & air teh


abang, cerianya otw ke ppukm. nak bukak POP katakan...


waiting for the number. pinjam stracher katil kat emergency unit


sessi POP OFF


kalau ibu, ngeri dah!!


he is sooo amazing! gifted from Allah..


i really love you abang, no matter what will happen!!


alhamdulillah... sudah loose sikit tight...


nota : geram jugak pasal kena tunggu lama. 12.30pm baru dapat jumpa. appointment pukul 9am. dan terpaksa pulak cancelled fisio pukul 10am on that day. Prof Sharaf takde la pulak. cuma jumpa doctor ortho paed. then dr halim tengok and said no need to on back POP. syukran.... tanya jugak kalau Uwais boleh ke sekolah macam biasa. dr halim cakap x perlu lagi coz dia kena slowly excercise kaki dia. so, he got MC for 0ne month okey!! last day MC is on 6th July. on that day ada appointment ortho paed with prof sharaf. balik, terus direct ke jb, pasal nak tinggalkan dia kat sana (request by him). nanti kat rumah, dia dok sorang2 lak... next weeknya kena balik ke ppukm for rehab, fisio appointment on 15/6 & ofthalmology on 16/6 at selayang hospital. will update later!




shop till u drop!!

tak hengat punya shopping!!




kesian kakak ku. kalau guna kad sogo dia, masyuk point dia tu.

yang rugi kat kitorang lak, xde kat sogo, x dapat rebate parking.

2 hari pegi, parkin aje 21 henggit okey!

xpe.. xpe.. pas ni buat supplement card akak!!





Sunday, June 5, 2011

Uwais 1st bilateral adductor and psoas tenotomy surgery

as salam... lama x bersiaran. kekangan masa, terpaksa ibu dahulukan mana yang penting. blog ni, kalau ada masa baru ler update. korang jangan lak x berkunjung ekk kalo lama tengok aku x update....

actually, aku nak cerita pasal operation Uwais. this was the first time dia operate untuk kaki dia. 2nd time masuk operation theatre (OT). first, 2 yrs back untuk gigi dia. ok lah straight to the point, kitorang bertolak dari segamat dalam pukul 10 pagi. Uwais kena check in (check in gitew) kat PPUKM pukul 2pm. pagi tu MIP sibuk dengan pendaftaran student baru. sampai melaka, kitorang singgah kat restoran jejantas, janji jumpa atuk, nenek & uncle dia kat situ. diorang pun anto Uwais ke spital.


lepas makan A&W, kitorang gerak ke KL tiba kat PPUKM around 1.30pm. ibu pegi register dulu. tapi blurrrr kejap. pasal dia tutup jalan ke tempat registration. kena patah balik and tanya dekat guard. lohhhh rupanya kena daftar dekat emergency. jauh lak tu nak kena menapak!!


registration @ emergency


lepas register, terus masuk wad. ibu, daddy, adik, uncle, atok & nenek turut serta antar uwais masuk wad. dalam kul 3, dorang gerak keluar nak g cari games untuk uwais. tinggal uwais & ibu dekat wad. petang, akak & umatnya tiba. dalam masa yang sama daddy pun datang dengan cik meenot & toy story untuk uwais. awesome. mekasih uncle... pasal beli utk uwais...

just arriving the ward!


bed #16. the previous operation he at bed #19


uwais the woody

petang, daddy terus balik dengan mak dia ke umah mak adi kat klang. meenot anjang & mak long bawak balik ke pantai dalam. sian adik, dia mana penah pisah ngan ibu. since ibu keje gomen ni, 1st time dia kena tingal pasal ibu kena pegi uitm puncak alam (miss rumah no. 14 so much!!) tu pun nasib 1 malam jer.. dalam kul 7, akak pun balik.... bermulalah rutin harian ibu & uwais untuk 5 hari di hospital.....


malam, dinner kat spital & uwais kena puasa start from 12am. oh ya, sebelum daddy balik petang tu, kitorang kena berjumpa dengan dr. pakar bius untuk explanation pasal bius. hehehe... nak jadi cerita, dr tu ialah junior daddy dekat EC dulu!! satu batch dengan adik daddy & fahrin ahmad... malam.. tido awal, pasal xde apa nak buat kan....


esok pagi-pagi ibu dah bangun. solat subuh (kat sebelah katil je, pasal space dia luasssss...) then standby untuk operation. masa kitorang bawak uwais pergi jumpa dr. bius tu, dia cakap untuk ortho uwais sorang j yang dah sampai. kalau patient lagi 3 orang tu x sampai, so he will be the 1st ortho patient untuk ke OT esoknya. tapi x jadi pasal sorang budak tu dah datang.


the tough boy in the world!!


supposse operation uwais pukul 9 am, tapi postpone almost 4 hrs pasal budak yang 1st tu operation dia je dekat 4 jam. dalam pukul 12.30 dah standby nak bertolak ke OT. ibu pun kena salin baju hospital untuk teman uwais sampai dia tertido akibat ubat tido & bius. MIP lak time tu keluar kejap g beli bateri untuk walkie-talkie toy story uwais tu. oh yer, pagi tu coinsicendece, persatuan pustakawan malaysia ada buat agm kat auditorium ppukm. MIP berkesempatan la pergi meeting tu. (dia kan ahli... dulu kan kerja librian..)



lepas je ibu keluar dari OT, ibu ajak daddy pegi makan kat bawah. sebab uwais pagi tu puasa, ibu pun ikut puasa.... pasal dia tak kasi ibu makan!! dalam sejam gak uwais kat OT, around pukul 2.30 ibu dah standby balik dekat OT untuk tunggu uwais keluar OT. biasanya lepas anak operate, sebelum dia sedar, mak or bapak kena tunggu kat tepi.


my strong little man


kuatnya dirimu nak...



ni lepas dia tersedar kejap..


around pukul 3 dia sedar & nangis-nangis. bukan sebab sakit, tapi sebab lapar!! maunya idak, puasa since 12am.... 3pm pun belum makan lagi. dekat-dekat pukul 4 tolak balik ke wad. nurse cakap lepas 1/2 jam bagi minum dulu. kalo x muntah boleh makan. terus makan roti lepas tu. daddy datang dengan atuk, nenek & uncle ali. kali ni uwais dapat games ala-ala psp. pvp nama dia. tu pun atuk beli harga serat lebih!





day 3 berjalan seperti biasa, prof sharaf datang tengok, dan inform boleh balik esok (rabu). tapi kitorang mintak nak stay sampai khamis, pasal khamis petang uwais ada appointment maxillo.

lepas ni, run uwais run!!
(forrest gump)


day 4, duduk wad saje. x buat apa. tengahari daddy datang dengan cik kenit. makan-makan and makan ajelah duduk kat spital. ibu gumuk suda.....



day 5, ibu dari pagi lagi dah kemas-kemas barang nak balik. daddy pun da datang awal. tunggu samada petang utk apmt maxillo uwais kena tolak ngan katil sekali ke klinik bedah mulut or doctor dia datang wad. dalam pukul 1.50, doctor maxillo datang and cek gigi uwais. everything ok, the next appointment setahun akan datang!



dalam pukul 3pm lepas daddy discharge, kitorang mintak tolong nurse tolak katil uwais ke wad kecemasan. daddy amik kat sana. terus ke rumah akak nak jemput mak. dalam pukul 6pm kitang gerak ke segamat & tiba dalam pukul 9pm.



thanks kalian, sebab doakan uwais. hanya Allah sahaja yang dapat membalasnya...



more picture on FB!!




:: we belong together ::

Daisypath Anniversary Years Ticker

:: my asham boyyy ::

Lilypie Kids Birthday tickers

:: my asham kepinggg ::

Lilypie Fourth Birthday tickers