Sunday, June 5, 2011

Uwais 1st bilateral adductor and psoas tenotomy surgery

as salam... lama x bersiaran. kekangan masa, terpaksa ibu dahulukan mana yang penting. blog ni, kalau ada masa baru ler update. korang jangan lak x berkunjung ekk kalo lama tengok aku x update....

actually, aku nak cerita pasal operation Uwais. this was the first time dia operate untuk kaki dia. 2nd time masuk operation theatre (OT). first, 2 yrs back untuk gigi dia. ok lah straight to the point, kitorang bertolak dari segamat dalam pukul 10 pagi. Uwais kena check in (check in gitew) kat PPUKM pukul 2pm. pagi tu MIP sibuk dengan pendaftaran student baru. sampai melaka, kitorang singgah kat restoran jejantas, janji jumpa atuk, nenek & uncle dia kat situ. diorang pun anto Uwais ke spital.


lepas makan A&W, kitorang gerak ke KL tiba kat PPUKM around 1.30pm. ibu pegi register dulu. tapi blurrrr kejap. pasal dia tutup jalan ke tempat registration. kena patah balik and tanya dekat guard. lohhhh rupanya kena daftar dekat emergency. jauh lak tu nak kena menapak!!


registration @ emergency


lepas register, terus masuk wad. ibu, daddy, adik, uncle, atok & nenek turut serta antar uwais masuk wad. dalam kul 3, dorang gerak keluar nak g cari games untuk uwais. tinggal uwais & ibu dekat wad. petang, akak & umatnya tiba. dalam masa yang sama daddy pun datang dengan cik meenot & toy story untuk uwais. awesome. mekasih uncle... pasal beli utk uwais...

just arriving the ward!


bed #16. the previous operation he at bed #19


uwais the woody

petang, daddy terus balik dengan mak dia ke umah mak adi kat klang. meenot anjang & mak long bawak balik ke pantai dalam. sian adik, dia mana penah pisah ngan ibu. since ibu keje gomen ni, 1st time dia kena tingal pasal ibu kena pegi uitm puncak alam (miss rumah no. 14 so much!!) tu pun nasib 1 malam jer.. dalam kul 7, akak pun balik.... bermulalah rutin harian ibu & uwais untuk 5 hari di hospital.....


malam, dinner kat spital & uwais kena puasa start from 12am. oh ya, sebelum daddy balik petang tu, kitorang kena berjumpa dengan dr. pakar bius untuk explanation pasal bius. hehehe... nak jadi cerita, dr tu ialah junior daddy dekat EC dulu!! satu batch dengan adik daddy & fahrin ahmad... malam.. tido awal, pasal xde apa nak buat kan....


esok pagi-pagi ibu dah bangun. solat subuh (kat sebelah katil je, pasal space dia luasssss...) then standby untuk operation. masa kitorang bawak uwais pergi jumpa dr. bius tu, dia cakap untuk ortho uwais sorang j yang dah sampai. kalau patient lagi 3 orang tu x sampai, so he will be the 1st ortho patient untuk ke OT esoknya. tapi x jadi pasal sorang budak tu dah datang.


the tough boy in the world!!


supposse operation uwais pukul 9 am, tapi postpone almost 4 hrs pasal budak yang 1st tu operation dia je dekat 4 jam. dalam pukul 12.30 dah standby nak bertolak ke OT. ibu pun kena salin baju hospital untuk teman uwais sampai dia tertido akibat ubat tido & bius. MIP lak time tu keluar kejap g beli bateri untuk walkie-talkie toy story uwais tu. oh yer, pagi tu coinsicendece, persatuan pustakawan malaysia ada buat agm kat auditorium ppukm. MIP berkesempatan la pergi meeting tu. (dia kan ahli... dulu kan kerja librian..)



lepas je ibu keluar dari OT, ibu ajak daddy pegi makan kat bawah. sebab uwais pagi tu puasa, ibu pun ikut puasa.... pasal dia tak kasi ibu makan!! dalam sejam gak uwais kat OT, around pukul 2.30 ibu dah standby balik dekat OT untuk tunggu uwais keluar OT. biasanya lepas anak operate, sebelum dia sedar, mak or bapak kena tunggu kat tepi.


my strong little man


kuatnya dirimu nak...



ni lepas dia tersedar kejap..


around pukul 3 dia sedar & nangis-nangis. bukan sebab sakit, tapi sebab lapar!! maunya idak, puasa since 12am.... 3pm pun belum makan lagi. dekat-dekat pukul 4 tolak balik ke wad. nurse cakap lepas 1/2 jam bagi minum dulu. kalo x muntah boleh makan. terus makan roti lepas tu. daddy datang dengan atuk, nenek & uncle ali. kali ni uwais dapat games ala-ala psp. pvp nama dia. tu pun atuk beli harga serat lebih!





day 3 berjalan seperti biasa, prof sharaf datang tengok, dan inform boleh balik esok (rabu). tapi kitorang mintak nak stay sampai khamis, pasal khamis petang uwais ada appointment maxillo.

lepas ni, run uwais run!!
(forrest gump)


day 4, duduk wad saje. x buat apa. tengahari daddy datang dengan cik kenit. makan-makan and makan ajelah duduk kat spital. ibu gumuk suda.....



day 5, ibu dari pagi lagi dah kemas-kemas barang nak balik. daddy pun da datang awal. tunggu samada petang utk apmt maxillo uwais kena tolak ngan katil sekali ke klinik bedah mulut or doctor dia datang wad. dalam pukul 1.50, doctor maxillo datang and cek gigi uwais. everything ok, the next appointment setahun akan datang!



dalam pukul 3pm lepas daddy discharge, kitorang mintak tolong nurse tolak katil uwais ke wad kecemasan. daddy amik kat sana. terus ke rumah akak nak jemput mak. dalam pukul 6pm kitang gerak ke segamat & tiba dalam pukul 9pm.



thanks kalian, sebab doakan uwais. hanya Allah sahaja yang dapat membalasnya...



more picture on FB!!




No comments:

:: we belong together ::

Daisypath Anniversary Years Ticker

:: my asham boyyy ::

Lilypie Kids Birthday tickers

:: my asham kepinggg ::

Lilypie Fourth Birthday tickers