Thursday, July 21, 2011

bos kecik saya!

dah 3 bulan lebih aku kerja di tempat baru, baru berkesempatan nak cerita pasal bos kecik saya. hehehe.... sajeje x tau nak citer apa sebenarnya.

kenapa aku panggil dia kecik? pasal dia lebih kecik dari aku. dari segi saiz, umur. jawatan je lebih dari aku. dia berlainan jantina, 7 tahun lebih muda dari aku. cuma kecik sikit dari aku. (kalo ko baca jangan marah ekkkkkk)

actually, aku dah kenal dia 4 bulan sebelum aku masuk keje lagi. time tu aku ikut MIP pegi kursus budak2 PM kat port dickson. nak jadi cerita, kan kalo kat PD tu sewanya apartment. so kami sekeluarga (MIP, ibu, uwais & cik kenit) dapat apartment ni. kami duduk bilik master. maklum la ramai.... bilik lagi satu tu bos kecik aku duduk lah! MIP da bgtau dia (bos kecik aku) ni keje kat bendahari. so, aku diam aje la. time tu x silap baru lepas seminggu dua interview kat UiTM.

ada sekali masa lunch tu, ada le bos kecik aku nyembang ngan aku. tapi sumpah tak ingat dah apa dia tanya. (tak pe nanti aku tanya dia).

masa 1/4/11 aritu masuk keje, time diperkenalkan oleh big boss kepada pegawai2 ni, bos kecik aku ni tersipu-sipu siput la malu. (ko malu ke haaaa?)

dan dia memang tak tersangka aku yg masuk keje kat situ. siap tanya; "time kita pegi PD tu, akak dah interview ke?" jawapannya; "dah dik non oiiii"

hehehhe.... kelakar pun ada. kadang2 kalo nak tanya dia cakap; " akak, time kita pegi PD tu..." or "akak masa kita pegi hotel tu..." aku plak jawab, bila masa aku pegi hotel dengan ko.... hahaha.. then baru dia mention pasal aku ikut MIP g PD. baru le aku teringat..... hehehehhe....

sampai minggu depan je aku report dekat dia. pasal bulan depan aku dapat bos lain. reschedule department. but.... kita still satu opis kan! yang penting g lunch sesama, nak kutuk orang pun sesama! hahahahhahahaha...




No comments:

:: we belong together ::

Daisypath Anniversary Years Ticker

:: my asham boyyy ::

Lilypie Kids Birthday tickers

:: my asham kepinggg ::

Lilypie Fourth Birthday tickers