Sunday, September 25, 2011

roti canai terbang

Assalam, arini aku nak bercerita pasal roti canai. RC ni memang feveret kami anak beranak. nak jadi cerita, pagi tadi bangun lewat sungguh! 7.20pagi giteww! apekehal ntah mak dara ngan anak dara bangun lewat. kitorang tido dalam bilik, the gentlemens tido depan. tapi senyap jooooorr. ingat lum bangun. kitorang ngintai2 rupa2nya dah bangun 2 beranak tu... terus la terjah diorang!

MIP cakap, nak pegi sarapan. aku pun mula la request nak makan RC kat German-ntah. aritu dia tapau sedap sehhhhh... dalam pukul 9 kitorang kuar rumah. patut awal lagi, tapi MIP g buat tinjauan plak kat kawasan kolej. boleh plak sembang ngan pak guard bagai...

sampai german-ntah. (adik sebut jentahh), kedainya tutup sob sob.. sekali MIP cakap terus pergi makan roti canai terbang. mak aikkkk jauh tu. kat tangkak. aku ingat dia main-main. elok lepas paya jakas, aku baru tanya, dia cakap mana boleh nak patah balik (kawasan jalan berlingkang-lengkok (eh, betul ke aku sebut?) sudahnya... terus jela pergi..

lepas sampai, makan dan minum, MIP ajak singgah kedai kain (yess yess) dapat la aku merembat kain nak buat cover peti ais, cover oven, cover toaster etc. beli 2 meter jer.  pastu mamat kecik tu boleh plak merengek nak beli langsir gambo kereta. aiyakkkk ibu belum cucuk duit lagi la. (alasan suruh daddy bayor *wink*wink*) harganya semeter dia tulis 22.80. tapi aku tanya xde offer ke dia cakap semeter 9.00. aritu aku penah beli, semeter 10.00. pastu pow daddy kain sepasang. tu nanti-nanti la jahit.

penyudahnya sampai ke rumah jam 11.30 pagi. thank you daddy....


*picture ihsan pakcik google*



No comments:

:: we belong together ::

Daisypath Anniversary Years Ticker

:: my asham boyyy ::

Lilypie Kids Birthday tickers

:: my asham kepinggg ::

Lilypie Fourth Birthday tickers