Monday, November 28, 2011

3 minggu lagi

alhamdulillah ibu dah selamat sampai ke rumah. dari johor bahru, melawat anak bujang kesayangan dan juga mertua. melawat ke?? dah selalu bonar balik ni haaa...

3 minggu lagi. ada apa 3 minggu lagi? ha, lebih tepat lagi, hampir 3 minggu lagi baru dapat ketemu Uwais kembali. wah gitew. nampak gayanya ngomong indon gitew....

ibu nak kena pergi induksi la minggu depan. dari 5hb sampai la 15hb. lama giler. tak pernah nak berpisah dengan anak-anak lama gini. eh silap. maksud ibu berpisah dengan cik meenot. abang semenjak dia sekolah, asal cuti sekolah dia balik rumah atuk dia. lagi pun dia dah besar. dulu masa dia sorang, bukan dia yang demam, ibu yang demam rindu kat dia.

dulu uwais pun tak boleh pisah lama dengan ibu. fobia kena tinggal. tapi sekarang lain pulak. contoh terbaik tadi la. wah wah wah lepas salam je terus dia meniarap sambil tengok tv. babai ibu pun tidak. dia dah besar, so x heran sangat.

yang ibu risau si adik ni ha. asal x nampak ibu depan mata je, carinya keliling rumah. hadoiiii. tadi mak pun dah ingatkan anak sulongnya, nanti ibu takde jangan dok tidorrrrrr je. tengok-tengok sama anak (meenah) tu. ha, senang citer kalo mak sendiri dah nasihatkan encik suami. dia memang x derhaka cakap mak pak dia. cakap bini je x berapa nak dengar. hehehe.

ok lah, rasanya mesin basuh dah abis tu. nak masukkan kain second trip pulak. babai!



**ralat lagi lupa nak tangkap gambar anak bujang**






Thursday, November 24, 2011

hormat

susah kan nak puaskan hati semua orang. susah lagi bila orang tu lebih bijaksana dari kita. dia ingat dia aja yang betul. sepatah kita bukak mulut, sepuluh patah dia pertahankan kebijaksanaan dia.

lantak la. cheq tak mo pikiaq dah. cheq nak buat kerja cheq ja (pronounce like org penang okeiii). cheq tau dia dah dapat info dari orang lain. cheq nak tunggu sampai bila dia nak diam dan tak bagi feed back kat cheq. (walaupun cheq dah tahu). kadang-kadang susah la.... bila banyak sangat pakar rujukan dia. tapi yang penting, barang dia tu tak sampai kat tangan cheq. nak kata nampak, bayang pun tak dak. tanya la orang yang dia pas barang tu. lagi mau bising barang dia tak sampai tangan cheq.

ingat cheq tak buat kerja ka. jangan salahkan cheq atau kawan-kawan cheq ya. tolong sikit. cuma cheq rasa hilang hormat skit bila baca ayat kat email dia. sebab cheq rasa dia tak patut tulis macam tu sebab dia cheq kira sebagai golongan insan terpilih!

wallahualam..

Uwais yang ku sayang

haiiiiiii.... ibu dah selamat hantar Uwais balik JB. sob sob.... takpelah, biar dia dok sana time cuti sekolah, kalo dia ada kat sini pun, sejam sekali dia tepon opis ibu dia ni ha... asyik tanya ibu nak balik pukul bape.. ibu nak balik pukul bape...

tapi kesian kat adik la pulak, asyik cakap; ibu jom la kita gi amik abang... ko ni kan.... dekat bau taik, jauh bau bunga! weekend ni nak balik jb, tapi Uwais pulak takde! ikut atok dia pegi kenduri kat Ipoh. huhuhu..... :'(



Uwais, ibu gonna miss you all the time!!




Sunday, November 20, 2011

busy sangat ke saya?

Assalam & salam sejahtera.

Lama x menjengah blog sendiri.

Blog kawan-kawan lagikan lah!

Busy sangat ke saya ni?

Sampai takde masa langsung nak menulis.

Oh!

Mungkin.



:: we belong together ::

Daisypath Anniversary Years Ticker

:: my asham boyyy ::

Lilypie Kids Birthday tickers

:: my asham kepinggg ::

Lilypie Fourth Birthday tickers