Wednesday, December 5, 2012

BITK-UTM-JB

Assalam, arini aku amik masa lunch untuk menulis kejap. Nak rajinkan diri menulis lagi. Lama tak menulis, bukan sebab malas atau apa, kadang-kadang kekangan masa yang membataskan.

Pagi tadi ada bengkel penyediaan dokumentasi kuali. Sejujurnya masa dilantik jadi setiausaha (lama dah berkurun kutinggalkan jawatan ni) memang totally 0 kau. Tapi bila 1st half pagi tadi i got clear picture on that. Untuk puan pengerusi saya, mintak maaf lah, bukan x nak buat keje, memang blurrrrrr. So letter on aku boleh la update Q PB tu nanti. Heehehehe...

Berbalik pada topik di atas, 10hb nanti kitorg staff PB akan amik exam BITK, tempatnya bukan di UiTM Shah Alam ye. Di UTM Skudai!! (JB aku datang) Ohhhh yeah, leh amik Uwais sekali. Suppose amik last week, tapi disebabkan aku kena g UTM, so amik minggu ni. 

Maybe aku akan gerak ke JB Ahad pagi, dengan cik meenot ajer. MiP ada modul for both day, Sabtu ngan Ahad. Sebab nak g hari Ahad, hari Sabtu kena jaga modul. Syukran.... dapat la duit tepi....

Ahad, konon-konon gerak pagi nak gi Jusco dulu. nak shopaholic. Konon. Duit pun sejemput. Heheehe... ada la barang nak beli, yang sukar nak didapati di Segamat. Oh yea. untuk pengetahuan korang, aku duduk di Segamat, which is the place yang sangat redup, no pollution at all, no fast food yang best2 macam kat KL nun.... Aku suka tinggal dekat Segamat, sebab kat sini je aku rasa wallet aku sentiasa ada duit. Bukan sebab MiP bagi ye, sebab kat sini takde hiburan macam dekat KL, xde mall yang besar2 macam kat KL. So korang kena paham sebab tu kitorang akan ke Melaka or balik JB untuk beli barang2 tertentu.

Ini rentetan seorang kawan aku yang pernah keluar statement kat status FB aku. Time tu aku teringin nak makan fast food amenda ntah. Lupa (might be KRR or Popeyes). Statement dia lebih kurang cenggini. "Johor ada Legoland takkan KKR/Popeyes takde kot....." Tak ke menanah telinga mak ni mendengarnya. Alooooo ni Segamat hokei, bukan JB!!!!!!

Hokei lah. Nak take a nap kejap sebelum second half bengkel petang ni. Thank Allah, Kak D bagi talked tadi tak ngantuk pun. Suka suka!!


Tak sabar taw! Nak peluk cium budak masam ni. For sure dia nak bagi ketiak dia suruh ibu cium! Abang... abang. Mana saja bahagian badanmu ibu tak cium nak! Sayang sangat-sangat!!!


sweet sangat abang!!



Harapanya berterusan begini cium ibu yer! Macam daddy....



Latest! Botak lagi buat kali kedua kat rumah atok.





Luv;

Wednesday, November 28, 2012

hola!

hola! assalamualaikum! arini pepagi saje rajinkan diri tulis blog yang dah berabuk & bersawang ni. ntah kenapa mood menulis memang ke laut. padahal banyak je stori-mori nak stori. well....
 
weekend ni MiP nak g amik Uwais dekat kampung! yeay! bukan apa, kesian dekat adik yang dah mati kutu (memang dah mati dah pasal dah botak kepala dia!), pasal dok sensorang kat umah tu. Daddy dengan tv dia, ibu sibuk dengan kerja rumah. Since kitorang amik package untuk astro super pack tu, dah ada la channel kartun. 613... 615... Satu hal plak asyik berebut remote dengan daddy dia. Tu belum abang balik tu. Mana tak kuah tu tumpah ke nasik dik non oiii..... Memang kaki tv depa tiga beranak ni.
 
tinggal lagi student lama masuk balik. dan bermula episod busy MiP lagi. Weekend pun busy! Bilanya nak outing? Tak per... tak per... tak sabar mak nak tunggu bulan dua belas!!
 
 
Luv,

Thursday, November 8, 2012

Finally, decision had been made.

3 benda utama yang akan dibawa ke Segamat. Setelah diperkenankan oleh majlis suami-isteri, untuk kitorang bawa ke sini. yeehaaaaaa....




ogawa koibito
rindu dowh... kalau penat-penat and other half not willing to help.
gunakan aje bendalah ni...


tv jvc 
xde le teman nak ngadap tv aiwa kecik 16" tuh lagi dalam bilik! 
tv kecik tu leh letak dalam bilik uwais! 



treadmill, ni untuk uwais training berjalan. 
walauuu pun dia dah pandai melangkah!


nak selit jugak....
gambo cik meenot time kecik-kecik...


masih terpikir-pikir apa benda lagi nak bawak yer!


Tuesday, November 6, 2012

Gambang.

Assalamualaikum! Arini mata tak boleh nak lena. Ntah kenapa la yer. Maybe sebab MiP xde kot.... Pagi tadi MiP dah gerak ke Kedah. Ada keje skit. Pegi untuk 4 hari. Yang kelakar anak dara sorang tu bila bagitau daddy dia pegi Kedah, dia cakap.... "adik tak pernah pergi Kedah". Kelakar kan? Alasan dia nak suruh bawak dia pegi Kedah la tuh.


Jumaat lepas, kitorang sefamili dah ikut MiP ke Accon08 bertempat kat Gambang Water Park. Nama gempak kan? Tapi indah kabar dari rupa. Panggil staf dia (yg kebetulan ada dekat koridor), fine, aku baru toleh nak tengok pemandangan, x semena2 dengar bunyi orang turun tangga. Minah yang aku cakap tu yang turun. Ceh larikan diri. Pastu cakap dekat budak lagi sorang mintak tolong mop bilik, dia leh lalu depan bilik aku cakap, bilik ni ye kak. Sampai ke sudah, tak datang! Dipendekkan citer, masa petang nak gi sukaneka tu, memang dah nampak housekeeping dia kat bilik hujung, so kitorang assume dia akan kemas bilik kita la. Sekali balik dari sukaneka, sama je! x kemas pun. Terus call housekeeping suruh dia hantar orang kemas bilik. Dalam 20 minit tak sampai, aku call lagi. Dia cakap staf busy. Busy mendanya tak kemas bilik dari pagi sampai petang.

Lepas tu MiP suruh call Duty Manager, so cakap la dari kes semalam yang housekeeping tak datang and larikan diri. Tak sampai 10 minit housekeeping datang. Korang tau tak sape? Budak yang kedua aku bagitau dia suh datang mop semalam tu. Tertunduk-tunduk dia tau! Aku??? Buat tak layan..... Ko buat la keje ko sampai habis!

Theme park plak, kitorang belum pergi lagi, pasal Ahad tu hujan. So, anak-anak mandi kat pool jer. Nasib tiket tu valid sampai 31 Jan 2013.

Itu cerita Gambang. Banyak lagi cerita nak tulis. Daaaaa.......




Wednesday, October 24, 2012

Thursday, September 27, 2012

bread bread bread!!

since anak2 memang in love dengan roti, 

makanya maknya pun tergoogle la blog ini. 

so exciting!!!




Monday, September 24, 2012

kutu datang lagi!!

terpaksa la hai projek malam ni.... cik meenot... cik meenot!!!

Kutu Rambut                            Sikat Kutu
Cara Pertama:
Ambil beberapa biji bawang putih dan tumbuk sehingga lumat. Campurkan dengan minyak masak dan lumurkan pada rambut. Balut kepala dengan kain selama sejam sebelum dicuci.
Cara Kedua:
Gosok buah belimbing ke seluruh rambut dan kulit kepala. biarkan kira-kira 5-10 minit dan dibilas dengan air bersih. rambut kembali sihat dan bebas kutu jika rajin mengamalkannya.
Cara Ketiga:
Ambil beberapa biji ubat gegat dan ditumbuk hingga halus. Campurkan ubat gegat itu dengan setengah cawan minyak kelapa/minyak masak. Sapu seluruh kepala dan balut kepala dengan kain. Selepas 15 minit, bilas rambut.
Cara Keempat:
Menggunakan cuka putih. Sapukan cuka putih pada rambut. Biarkan selama 2-3 jam. Balut kepala anda dan sikat kepala anda menggunakan sikat kutu dan bilas kepala anda.Lakukan tips ini setiap 3 hari sekali sampai kulit kepala bebas dari serangan kutu rambut.
Cara KeLima:
Menggunakan Mayonis (original). Sapukan mayonis pada rambut. Biarkan selama 2-3 jam. Balut kepala anda dan sikat kepala anda menggunakan sikat kutu dan bilas kepala anda.Lakukan tips ini setiap 3 hari sekali sampai kulit kepala bebas dari serangan kutu rambut.
Cara Keenam:
Menggunakan minyak zaitun. Sapukan minyak zaitun pada rambut. Biarkan selama 2-3 jam. Balut kepala anda dan sikat kepala anda menggunakan sikat kutu dan bilas kepala anda.Lakukan tips ini setiap 3 hari sekali sampai kulit kepala bebas dari serangan kutu rambut.
Cara Ketujuh:
Sapukan sedikit minyak tanah pada rambut dan bungkus kira-kira 15 minit selepas itu syampu rambut anda.


Thursday, August 30, 2012

adam & hawa

sudah addicted!



jgn lupa taw, malam ni episod 4.


29 Februari, yokk!!





Sinopsis filem 29 FebruariFilem 29 Februari mengangkat tema percintaan. Filem 29 Februari antara lain mengisahkan kehidupan Budi (Remy) yang dilahirkan pada tahun lompat, 29 Februari 1896 dan hanya dimamah usia empat tahun sekali. Dengan fenomena yang ganjil itu, keadaan fizikal Budi terbantut dan menyebabkan masyarakat menganggap kecacatan itu sebagai satu badi sumpahan. Pada hal, apa yang dialami Budi sendiri dianggap satu anugerah Tuhan untuk dia hidup lebih lama dan berpeluang melihat pelbagai dekad transformasi negara ini dari Tanah zaman Melayu kepada Malaya dan akhirnya menjadi Malaysia yang bebas merdeka.


Malah Budi juga menempuh babak-babak cemas yang berlaku dalam negara seperti peristiwa berdarah 13 Mei 1969. Pun begitu, masa yang seolah-olah tidak berganjak buat Budi menyebabkan dia sering merasai kehilangan mereka yang disayanginya. Menetap di sebuah rumah bakti bersama sahabat baiknya, Razak yang cacat penglihatan, Budi melalui perjalanan hidup berlatarbelakangkan detik bersejarah negara. Malah, dia mula mengenali erti kebahagiaan dan percintaan sebaik berkenalan dengan Lily, seorang gadis Cina berusia 16 tahun yang sangat ceria. Lily, seorang yang periang dan suka berdikari. Ini membuatkan Budi selesa di sampingnya kerana dapat menjadi diri sendiri di depan Lily. Apapun, Lily sangat meminati bidang seni dan mahu menjadi anak seni. Namun, impian itu mendapat bantahan daripada ayahnya yang menginginkan Lily menjadi seorang pendidik. Dari tahap ini, 29 Februari bergerak menjadi lebih menarik. Apakah hubungan percintaan antara Lily dan Budi akan berpanjangan dan diterima keluarga? Bagaimana Lily perlu berdepan dengan keadaan fizikal budi yang lambat dimamah usia? Bersandarkan kos pembikinan dan promosi sebanyak RM3.5 juta, 29 Februari dibintangi barisan pelakon lain seperti Izzue Islam, Fizz Fairuz, Dian P Ramlee, Riz Amin, Ramli Hassan, Chew Kin Wah dan Teng Ti Chan. Ia dijangka menemui penonton di seluruh pawagam tanah air pada 30 Ogos ini iaitu menjelang sambutan kemerdekaan negara ini.





Tuesday, July 10, 2012

its last day!

tiap-tiap tahun mesti cenggini. 
ntah kenapa ek
asal lepas raya je mesti cakap nak ganti posa awal
asal lepas raya je cakap nak ganti posa awal
towards the end,
lambat jugak!!!
ish ish ish...
teruk betulkan.

ok fine.
arini insyaAllah last day
ganti posa 
noks!!

p/s
ok  kita tengok lepas raya nanti camne
cakap aje ke atau 
akan ganti posa awai.
doa-doakan la ye yek!


Thursday, June 28, 2012

maksilofasial

petang tadi bawak Uwais ke appointment masilo. setelah 2 kali postpone. asal mula doktor postpone ngat appointment dapat 6 bulan lagi (selalunya pack) tup-tup awal plak dapat, 28 jun. kali ni pergi bertiga jer, MiP sibuk dengan ICIEB kat Melaka. 

persoalan yang ingin diutarakan kepada doktor pun dah, jawapan yang doktor bagi pun pada aku boleh diterima pakai. so kita tunggu lagi setahun gigi Uwais yang operate aritu akan tumbuh ke tak. aku risau tak tumbuh, pasal dah 2 tahun kan... tapi doktor cakap akar dia ada, dia boleh rasa (sambil peagang-pegang gusi Uwais). so buat masa ni gigi depan masih tadak yer.....


sekarang gigi abang ada 10 je. pasal 10 batang dah operate buang.


abang... masa scalling gigi bulan lepas



relevan ke???


arini pun sempat gak aku g potong rambut kat x-cut. adik a cut above. dah naik harga jai rm16. biasa la aku, pasal rambut tebal kena la layer kan? aku potong pendek yang janji boleh ikat


rambut aku yang dipotong ala-ala cenggini la... cumanya x perang jer...


*bila la nak rebonding ni*

Monday, June 25, 2012

sabun susu beras

minggu lepas singgah USJ. Kirim puding roti untuk mak yong.


dapat balasan balik!!!


sabun susu beras.

baru je omak torai pakai ni hahhh.....
tapi asal pakai je rasa nak makan....
asal pakai je nak makan....
pasal dia - susu + beras
wangi wooooo...


apa-apa pun, thanks yer illa!

Tuesday, June 5, 2012

can't wait for tomorrow!!


Assalamualaikum geng! As i told u all last week, i nak tulis2 balik kat blog ni. Lepas peram berzaman tak menulis. Arini MIP and geng fakulti dia ke empire subang, ada khidmat nasihat untuk build up record management kat one of the office kat situ. Hehehe it was my bff punya ofis actually. ibu kirim kat MIP tapawkan SUBWAY MELT, kat subang parade.



Since da duduk segamat ni, susah sikit la nak makan our favourite food yang hanya ada kat Klang Valley. Lucky us, kitorang memang selalu turun KL untuk appointment Uwais kat HUKM or Hospital Selayang.





Berbalik pada cerita asal, esok kitorang akan balik ke JB bersama-sama kambing 2 ekor! Jauhhhhhnye mengembek kan! Don't ask me why. Simpan aje semua dalam hati.

The most important thing, can't wait to see my handsome boy. Yang dok umah atok nenek dia since awal cuti sekolah aritu. So kenduri will be held on Khamis malam, so malam tu gak kitorang pecut balik Segamat. Bukan lari dari tugas yer... Jumaat pagi MIP ada kelas, aku lak keje, sabtu ngan ahad pun keje gaks.... :)


my handsome boy...


*kalu x dapat subway pun takpe janji sok dapat jumpa uwais*

Friday, June 1, 2012

super spontan




kita tengok kejap lagi siapa yang akan jadi juara super spontan musim pertama.

antara johan, zizan, suhaimi, rahim, ropi atau tauke.

jangan lupe tengok malam ni yer!






baldu merah

dah dah dah...

dah tak tahan dah

nak buat

sok nak g carik bahan

wish me yerk kawan-kawan

*harap bebenor leh buat kek ni*




:: we belong together ::

Daisypath Anniversary Years Ticker

:: my asham boyyy ::

Lilypie Kids Birthday tickers

:: my asham kepinggg ::

Lilypie Fourth Birthday tickers