Friday, March 23, 2012

Aku, BB & facebook

aku.

memang suka berkawan. terutamanya bila dah kenal lama. dah kenal hati budi masing-masing. kalau mula-mula kenal memang orang cakap aku sombong. itu aku tak nafikan. pasal aku susah sikit nak mulakan langkah pertama. segan gitew.

BB.

blackberry, handphone aku yang tak seberapa. melengkung jer pun. untuk aku berkomunikasi. susah senang, sakit pening. selain daripada tu, ia jadi laman untuk aku bersosial. oppss, maksud saya mengeratkan hubungan silaturrahim dengan sahabat lama (dari tadika sampai la ke uitm) colleagues, ex-colleagues & kawan baru. 

facebook.

medium di alam maya yang boleh kita layari tak kira masa, tak kira tempat. yang seronoknya, aku dapat jumpa balik kawan-kawan zaman hingusan dulu. kawan sekolah menengah, kawan uitm mahupun teman sekerja. sejujurnya aku jarang sangat dapat hang-out. selain dari faktor jauh untuk berjumpa, aku lebih utamakan anak-anak. so kat medium nilah aku dapat bersembang dengan kawan-kawan yang jauh dan juger dekat. en suami kadang-kadang penah gak cakap kat aku, eiii asyik facebook aje. tapi aku tau dia cuma cakap je. sekurang-kurangnya aku depan mata dia. yang paling penting aku xde le sampai tak ingat anak laki. hihihihi.....




Sunday, March 11, 2012

she burn 3%

Assalamualaikum, lama betul x berblogging. Habis bersawang dah. Pelikkan, update blog idak, blogwalking pun idak! Haiiiii apa la nak jadi kat aku ni. Sibuk bebenor gamaknya!

Arini aku nak citer pasal anak dara yang sorang ni. Korang pun tau kan budak chicky little girl ni memang tak boleh dok diam. Nak jadi citer hari Isnin pagi masa nak mandi gi sekolah dia telah accidently pegi jirus air panas kat bahu dia. Benda dah nak jadi.... tak nak aku salahkan sesiapa (walau dalam hati memang gerammmm jerkan!!) Nasib la dia x jirus kat muka, ishhh kalau tidak, hilang lah keayuan anak dara yang sorang ni. Or nasib dia x jirus abang yang ada sekali dalam bilik mandi pagi tu!

Makanya dari awal mula ibu nak gi kerja, terus la amik CTR (sebab baru balik kursus!) and another day EL. Dalam pukul 7.30am gi Hospital Segamat, dan kena pulak masuk air, dan admit. Duduk satu malam lah kat situ. Nasib baik duduk bilik sorang (sebab kes dia burning dan memerlukan air-cond dan tak boleh terdedah kepada udara sekeliling).

First visitor dari JB, atuk, nenek & uncle Ali. Then kak Ju'a ngan Illa. Dalam pukul 3.00 petang Kak D ngan husband plak datang. Petang sikit Nazrul & Fiza, Ayu & Adik dia. Thanks you all sebab jengah Ameenah kat hospital.

Esoknya dalam tengahari dah discharge dan kami dibekalkan dengan krim sapu dan paracytamol syrup untuk release sakit dia.

Sekarang, adik terus insaf tak mo mandi air panas lagi. Sebabkan fobia, susu pun nak minum x mo panas-panas. suam-suam saja; OK!

masa di emergency

budak ni tak kira waktu x kira tempat nak belajo!


so touched!


:: we belong together ::

Daisypath Anniversary Years Ticker

:: my asham boyyy ::

Lilypie Kids Birthday tickers

:: my asham kepinggg ::

Lilypie Fourth Birthday tickers