Friday, March 23, 2012

Aku, BB & facebook

aku.

memang suka berkawan. terutamanya bila dah kenal lama. dah kenal hati budi masing-masing. kalau mula-mula kenal memang orang cakap aku sombong. itu aku tak nafikan. pasal aku susah sikit nak mulakan langkah pertama. segan gitew.

BB.

blackberry, handphone aku yang tak seberapa. melengkung jer pun. untuk aku berkomunikasi. susah senang, sakit pening. selain daripada tu, ia jadi laman untuk aku bersosial. oppss, maksud saya mengeratkan hubungan silaturrahim dengan sahabat lama (dari tadika sampai la ke uitm) colleagues, ex-colleagues & kawan baru. 

facebook.

medium di alam maya yang boleh kita layari tak kira masa, tak kira tempat. yang seronoknya, aku dapat jumpa balik kawan-kawan zaman hingusan dulu. kawan sekolah menengah, kawan uitm mahupun teman sekerja. sejujurnya aku jarang sangat dapat hang-out. selain dari faktor jauh untuk berjumpa, aku lebih utamakan anak-anak. so kat medium nilah aku dapat bersembang dengan kawan-kawan yang jauh dan juger dekat. en suami kadang-kadang penah gak cakap kat aku, eiii asyik facebook aje. tapi aku tau dia cuma cakap je. sekurang-kurangnya aku depan mata dia. yang paling penting aku xde le sampai tak ingat anak laki. hihihihi.....




No comments:

:: we belong together ::

Daisypath Anniversary Years Ticker

:: my asham boyyy ::

Lilypie Kids Birthday tickers

:: my asham kepinggg ::

Lilypie Fourth Birthday tickers