Tuesday, November 6, 2012

Gambang.

Assalamualaikum! Arini mata tak boleh nak lena. Ntah kenapa la yer. Maybe sebab MiP xde kot.... Pagi tadi MiP dah gerak ke Kedah. Ada keje skit. Pegi untuk 4 hari. Yang kelakar anak dara sorang tu bila bagitau daddy dia pegi Kedah, dia cakap.... "adik tak pernah pergi Kedah". Kelakar kan? Alasan dia nak suruh bawak dia pegi Kedah la tuh.


Jumaat lepas, kitorang sefamili dah ikut MiP ke Accon08 bertempat kat Gambang Water Park. Nama gempak kan? Tapi indah kabar dari rupa. Panggil staf dia (yg kebetulan ada dekat koridor), fine, aku baru toleh nak tengok pemandangan, x semena2 dengar bunyi orang turun tangga. Minah yang aku cakap tu yang turun. Ceh larikan diri. Pastu cakap dekat budak lagi sorang mintak tolong mop bilik, dia leh lalu depan bilik aku cakap, bilik ni ye kak. Sampai ke sudah, tak datang! Dipendekkan citer, masa petang nak gi sukaneka tu, memang dah nampak housekeeping dia kat bilik hujung, so kitorang assume dia akan kemas bilik kita la. Sekali balik dari sukaneka, sama je! x kemas pun. Terus call housekeeping suruh dia hantar orang kemas bilik. Dalam 20 minit tak sampai, aku call lagi. Dia cakap staf busy. Busy mendanya tak kemas bilik dari pagi sampai petang.

Lepas tu MiP suruh call Duty Manager, so cakap la dari kes semalam yang housekeeping tak datang and larikan diri. Tak sampai 10 minit housekeeping datang. Korang tau tak sape? Budak yang kedua aku bagitau dia suh datang mop semalam tu. Tertunduk-tunduk dia tau! Aku??? Buat tak layan..... Ko buat la keje ko sampai habis!

Theme park plak, kitorang belum pergi lagi, pasal Ahad tu hujan. So, anak-anak mandi kat pool jer. Nasib tiket tu valid sampai 31 Jan 2013.

Itu cerita Gambang. Banyak lagi cerita nak tulis. Daaaaa.......




2 comments:

Intan Norhaida said...

x penah stay kat resort dia lg...dulu wat family day kt ctu tp x join/// xperience yg teruk tu...
nway,,selamat berkenalan...jngok2 blog sy ye...

ibu-uwais-ameenah said...

stay kureng, servis hampeh.

:: we belong together ::

Daisypath Anniversary Years Ticker

:: my asham boyyy ::

Lilypie Kids Birthday tickers

:: my asham kepinggg ::

Lilypie Fourth Birthday tickers