Friday, October 11, 2013

Friday

Assalamualaikum. Selamat pagi jumaat. Penghulu segala hari. Semoga apa yang kita lakukan dibekati.

Friday, August 23, 2013

Day 5


Alhamdulillah hari ni hari ke lima Abang bersekolah. Lama sungguh MC lebih 2 bulan dari operate 25 May 2013 (start cuti sekolah 2 minggu) hinggalah 28 Julai lepas. Time tu betul-betul seminggu sebelum cuti sekolah sempena hari raya. Macamana nak pegi sekolah minggu tu kalau dia awal-awal lagi dah "beraya" kat rumah atok dia. Sudahnya ponteng la seminggu!

4 hari ibu tak sempat nak snap picture dia. Sibuk la. Macam-macam hal dan juga day 3 balik hantar anak-anak kereta plak kena langgar lari. Hadoi kereta besar pla tu. Alhamdulillah diuji Allah. Dan bermakna Allah sayangkan kita. Itu lesson yang ibu belajar dari sinetron Si Miskin & Si Kaya kat Astro Ria.

Today Friday and brother ni pakai baju melayu ke sekolah. Oh esok abang and adik ada kelas ganti. Both kena pakai baju raya. Esok sekolah abang ada jamuan raya. Darjah 3 kena bawak kacang / air. Tak kisah la kacang apa janji boleh dimakan (bukan yg belum masak lagi) atau pun air. Bawak la 2 ke 3 botol ke. Tak kisah air apa. Darjah lain bawak makanan lain pula....

So far dah main ngan kawan-kawan, dah pegi tandas dengan kawan, solat, buat lukisan pastu siap dah mintak ibu beli buku lagi (ada orang datang jual buku kat sekolah). Habis semua aktiviti dia pulun minggu ni. Takpelah abang, balas dendam 2 bulan lebih cuti kan....




Si handsome bujang ibu!






xoxo,

Thursday, August 8, 2013

Salam Aidil Fitri 1434H





Semoga lebaran ini dapat menghapus sengketa sesama kita. Selamat hari raya untuk semua.



luv,

Tuesday, August 6, 2013

Rezeki Ramadan

Assalamualaikum,

2 hari terakhir sebelum bercuti panjang untuk Aidil Fitri. Malam tadi berbuka di Masjid As-Syakirin UiTM Segamat. Bersempena kehadiran Prof Kamil, mantan Rektor UiTM Johor. Selalu pun berbuka kat masjid juga, cumanya malam tadi ramai sikit sebab staf yang nak jumpa Prof boleh joint sekali. Student memang dah balik. Senyap sunyi UiTM ni....

Usai solat terawih, tiba kat rumah dalam pukul 10.30. Terus je la menyagat kek. 6 bijik malam tadi buat. 4 dah bertuan, 2 lagi ada yg nak, terus je boleh grab on the spot. Bercerita pasal carrot cake ni, asal mula sajeje aku post kt facebook konon-konon nak test market je. Sekali tak sangka plak mendapat sambutan. Alhamdulillah...

Masa berbuka semalam, sajeje aku bawak kan 4 bijik kuih bakar pandan. Sebab santan kotak tu dok ada lagi kat dalam fridge. Kang cuti lama tak elok pulak. Sudahnya selamat ku selesaikan buat kuih bakar. Aku sendiri pun tak makan pun kuih bakar tu. Sekali masa nak balik, boleh plak my other half tanya dengan dia lebih kurang cenggini; "En Mail, kuih bakar tu buat ke beli?". So MiP pun balas la; "Eh buat la Haji Nasir. Kenapa?" "Isteri saya suka. Amik tempahan tak?" "Kalau nak tempah, boleh aje".  Hihihi.... ni la namanya rezeki ramadan.

Sudah nya esok 10 bijik kuih bakar pandan dan 8 bijik carrot cake. Semoga Allah permudahkan urusan kami ya Allah. Malam ni la nak bakar kek, kuih, kemas baju, masuk beg dalam kereta. bla bla bla.......




xoxo,

Monday, August 5, 2013

Untuk 3 hari

Assalam,

Lama x berbicara. Sibuk dengan tugasan dan kerja-kerja yang tak habis-habis. Tak sabar rasanya nak balik JB. Rindu kat anak bujang yang awal-awal lagi dah beraya kat sana. Lepas bukak simen 1 ramadan aritu, masih MC lagi. Weekend yang kami pulang ke JB, atoknya terus mintak dia tinggal kat situ. Nak bawak dia gi terapi ceragem kat rumah kawannya.

So far so good. In syaa Allah abang akan naik sekolah balik lepas MC dari 25 Mei 2013 sampai la 27 Julai 2013. Seminggu lepas dia ponteng. Actually ibu tak perasan pun yang MC doktor bagi tu tinggal seminggu lagi nak cuti sekolah. Kalau la ku perasan... dah lama ku mintak MC 3 minggu!!




~si handsome saya~




luv,

Thursday, July 25, 2013

sabarlah hati

Kadang-kadang kita tak daya menidak kan apa yang orang kata. 

Kadang-kadang bila orang kata ada kebenarannya.

Tapi kita hanyalah manusia biasa.

Yang tak lepas dari diuji Yang Maha Esa.


Bila ko cakap pasal anak aku.

Yang ko tak tau pasal apa pun.

Perluke aku dengar?

Sepatah pun ko tak penah tanya dia sakit apa.

Ko nak blame aku pulak.

Pasal aku tak bawak dia ke situ ke sini.

Ohh maksudnya bawak ke air panas (katanya)

Swimming dan sebagainya.


Untuk pengetahuan ko,

Umur dia dah 8 tahun 10 bulan 4 minggu & 1 hari.

Dari day 1 aku dah survive everything untuk dia.

Sampai la dia di diagnose dengan kekurangan dia.

Semua aku buat untuk dia.


So tak payah la ko nak sekolah kan aku.

Aku tau niat ko murni,

Tapi satu benda pun ko tak paham pasal anak aku.

Tak payah nak ajar aku sangat la.

Setakat ko nak bercerita pasal anak ko.

In terms of sport injury,

Tu takde kena mengena dengan anak aku.

Anak ko kena bend dengan orang Korea ke orang mana ke.

Aku nak cakap kat sini.

Aku peduli hapa. 


I know the best for my son.

So tak payah ko nak buang air liur ko nak sekolahkan aku.

Menanah telinga dengar tau tak???





Monday, July 1, 2013

Tuesday, June 25, 2013

=)


Assalam!! Dah lama x update. 

Will be right back soon!!


xoxo,

Thursday, April 25, 2013

HBU111

Assalamualaikum! Dah lama tak menulis. Busy sikit la sekarang ni. Dari last week, minggu ni and might be until early  May kot. Biasa la banyak komitmen yang perlu dibahagi-bahagi. Kerja, rumah, anak, ko. 

Ko? Apakah itu? Hihihi.... Alhamdulillah aku dah selamat mengajar subjek ko-kurikulum HBU 111 (Kesatria Negara). Rasa macam mimpi pun ada. Setelah hampir 13 tahun aku tinggalkan benda ni, then berkecimpung semula. Serius. Nak terima tawaran ni, lama aku pikir. Dengan faktor usia, fizikal, yang penting mental, memang rasa sukar pada mulanya. Tapi alhamdulillah aku terima ini sebagai cabaran untuk diri sendiri. Other than that, itu yang kita minat since dulu (minat ke?). 

So, supposse ada ko every hari Rabu, tapi minggu ni takde pasal student mid term break. So boleh resting. Bagus jugak pasal MiP pun takde. Ada conference di JB. Malam baru tiba. So sudahnya semalam 'sharp'ener pukul 5.00 akan keluar and terus amik abang dekat sekolah. 

Minggu depan pun takder kelas lagi. Cuti Labour Day. So xde kelas lagi. Tapi lepas tu budak-budak mintak buat kelas ko dekat kolej diorang. Katanya tak de student diploma. Haah iyela. Then dah dapat pun green light dari PPK. Ok la kan....

Minggu lepas ikhtiar hidup. So main masak-masak dalam hutan. (idak ler hutannya, tepi hutan je). Seronok. Budak-budak happy giler. Pasalnya depa orang suka aktiviti macam ni daripada berkawad. Hurmmmm....







~hope they are enjoy with the ko-kurikulum~



alhamdulillah for all this. and i received fisrt salary on that. syukur.




peace, love, empathy

Monday, April 8, 2013

Sahabat



~Thanks for being my friend~
 
 

Sahabat
Kau ada dikala ku suka
Dikala ku duka
setiap tangisan dan juga ketawa
Kau ada dikala ku perlu
setia menemaniku
Pegang erat tanganku bila aku jatuh

Kau lah yang selalu
Selalu menemaniku
Mendengar kisah pahit manis
Hidup ku

Kau lah yang di situ
Setia menunggu ku
Kau lah yang satu
Menjadi sahabatku

Ku tahu ku kan selalu ada
Pada dirimu
Dan ku harap kau juga rasa begitu

Kau lah yang selalu
Selalu menemaniku
Mendengar kisah pahit manis
Hidup ku

Kau lah yang di situ
Setia menunggu ku
Kau lah yang satu
Menjadi sahabatku

Kau lah yang selalu
Selalu menemaniku
Mendengar kisah pahit manis
Hidup ku

Kau lah yang di situ
Setia menunggu ku
Kau lah yang satu
Menjadi sahabatku

Sahabatku.
 
Aku suka sangat lagu ni. Tak tau kenapa. Kalau dihayati, diperhalusi memang mendalam maksudnya. Tapi memangla kebanyakan lagu Najwa Latiff memang bagus-bagus liriknya....
 
many thanks to my soul mate, kerana sudi menjadi sahabat yang sudi mendengar kisah pahit manis hidupku. walaupun jarang nak dengar any komen tapi ibu tau daddy setia mendengarnya (kadang2 2-3 kali ibu ulang cerita kan!!!) thanks for being my truly friend.
 
 
 
xoxo,

Monday, April 1, 2013

2 TAHUN

Assalamualaikum! Hola!

Hari ni genap dah 2 tahun kerja kat sini. Banyak kenangan suka duka aku tempuhi di sini. Banyak onak dan ranjau (kononnya) dilalui di sini. 

Apa-apa pun, pengalaman yang mematangkan kita. 2 tahun di sini, plus 9 tahun di ofis lama, banyak benda dah aku pelajari. Dah banyak orang aku jumpa. Ada yang ok, tak kurang jugak yang k.o. Cumanya pandai-pandai la bawak diri tu (tak reti-reti???)

Apa-apa pun, syukur alhamdulillah...



*masih merindui nak pegi shopping time lunch dekat mydin usj*seperti dolu-dolu*


luv,

Sunday, March 31, 2013

Download

Assalamualaikum!!
Dah berjaya download blog dekat playbook ni.
Selama ni x terfikir pun nak download.
Maybe sebab mata tak ngantuk lagi, wifi yang laju kat rumah PiL & ntah la.
Lately ni rajin plak update blog.
Banyak story mori ni.....

Good nite all....


Xoxo,


Tuesday, March 26, 2013

Monday, March 25, 2013

Al-Kisah Turkish Indulgence

Khamis lepas aku berkesempatan jumpa kawan lama, kawan UiTM yang datang menyaksikan passing out Polis Bantuan kat PULAPOL. (Segamat dah ada Pulapol youall... belakang UiTM sajokk...) Lama tak jumpa masing-masing pun sembang punya sembang punya sembang. Order Vanilla Shake jer. Makan? Aku just tapaw siap-siap Turkish Indulgence yang marvelous sangat tuh.

Dalam pukul 1.30pm, aku pun balik la ke opis lepas dapat sms dari superior yg ckp dia and the geng konon2nya lunch kat bando. disuruhnya aku balik cepat. Cover ler tu.. "aku yang menurut perintah now @ PB" aku balas sms dia lepas aku sampai je kt opis. Aku pun sekarang dah takde keluar-keluar lunch dah. Lebih selesa balik makan kat rumah dengan yang tersayang (ayat poyo). Tak perlu aku citer lanjut pasal tu. Sensitip woooo..

Berbalik pasal Turkish Indulgence yang aku idam-idamkan, aku pun pulang dengan hati yang girang pasal nak makan kek tu punya pasal. Last-last on the way balik terbaca message somebody yang mintak tapawkan Turkish Indulgence tu. Katanya nak rasa, belum pernah rasa. Aku plak mentioned aku beli satu je.  (untuk aku sebenornya). So maksudnya bila dia nak rasa, share-share la kan... Bila dah sampai opis, dia plak mati-mati ingat aku belikan untuk dia. Ok takpela, kawan punya pasal, ko amik. Walaupun time tu perut dah berkeroncong giler pasal tak makan lagik!! Dihulurnya duit nak bayar, aku cakap tak payah. What friend are for rite!! 

Sudahnya, ku tahan perut sampai ke petang, kawan punya pasal.





Untuk memenuhi tuntutan mengidam yang membuak-buak, 
petang ni nak ku ajak MiP pegi makan Turkish Indulgence lah!


xoxo

Wednesday, March 20, 2013

blog

Assalamualaikum. Lama tak blog. Kenapa yek? Busy ke? Malas ke? Tak de mood ke? Aku pun tak pasti kenapa. Maybe kekangan masa yang membataskan. Sibuk urusan kerja, ko, anak, rumah, famili dan so on. Alasan..... Blog walking pun jarang sangat dah. 

Dulu, aku rasa bila dah jarang blogging, reasonnya aku lebih banyak update kat facebook. Lebih mudah dan cepat. Tapi lately memang dah kurang update gak kat facebook. Semua pun tanya kenapa. Jawapan dia, aku pun tak tau. Maybe dah bosan kot. Maybe nak lakukan penghijrahan. Eh iyeke? 

Tapi aku rasa media sosial ni la medium paling mudah dan cepat untuk kita tau macam-macam cerita. Samada cerita tu betul, tak betul, orang yang tulis je yang lebih mengetahui. Kadang-kadang, bila kita cakap something je, dah boleh jadi punca orang lain cakap kat facebook diorang (macam kena batang hidung sendiri jerkk). Time tu jugak ada banyak provoke dari orang-orang sekeliling. Tu baru kawan-kawan, musuh dalam selimut jangan cakap la... 

Enough said, diam lebih baik dari berkata-kata.
Ada telinga dengar, ada mata pandang, ada mulut diam.


p/s : sekarang layan benda ni jer...


sorry ye kalo ada yang terasa. 


xoxo,

Thursday, January 10, 2013

Anak ke 2


  • Copy paste dari Facebook seorang teman

    Siapa ANAK KE-2 dalam family meh sini baca fakta ini!!!!!!!!!!

    ANAK MANJA EMAK ♥
    sebab apa-apa pun mesti dia akan diutamakan oleh ibu. ^^

    ... ANAK DEGIL
    Anak kedua dikatakan lebih
    degil, keras kepala dan tidak mendengar kata. semua dia aje yg betul.dlm ramai-ramai adik beradik dia aje yg KETEGAQ.kemahuan dia
    kuat.kalau buat sesuatu sungguh-sungguh.kalau tak nak tu, tak nak lah
    jawabnya, boleh dipujuk tapi
    selalunya tak berapa jalan.

    TAK PANDAI PUJUK
    memang anak no 2 ni dia tak
    pandai pujuk makwe or pakwe dia. (ciannn)

    BERCINTA
    dia kalau bercinta, sangat setia.sanggup berkorban. :D

    HITAM / PUTIH
    Apa yg dikatakan semua dipegang.kalau
    hitam, hitam lah kalau putih, putih lah.degil tak boleh toleransi.

    HATI
    Anak no 2 ni juga nampak aje
    keras.tp hati dia lembut.SATU lagi pe'el dia.dia tak boleh ditegur.

    BERDIKARI
    Very independent.memang betul.tp kalau terlebih
    independent pun payah.mudah bergaul.very take care.

    ARAHAN
    Anak no 2 ni juga dia payah nk terima arahan.dia lebih suka buat hal sendiri pendek kata tak boleh kerja ngan orang.

    PEMAAF & CARING
    tidak dinafikan anak no 2 ni pun
    pemaaf dan caring.TAPI awas jangan bagi diorang marah kalau diorang marah faham saje lah.

    PAKAIAN
    Nak semua up to date.semua nak kemas.

    sesuwai sangat dengan cik Meenot, especially bab KETEGAQ!!


Tuesday, January 8, 2013

Edible Image


Edible Image. Sape yang eagerly dengan cakes, cupcake and so on mesti tau. So kat sini aku nak cerita pasal edible image yang aku baru tempah untuk birthday Cik Meenot Ahad ni. Tapi idak le celebrate Ahad tu. Biasa celebrate dekat sekolah dia je. Maybe hari Isnin.

So sempena she turning 5, konon-konon ibu terajin la nak buatkan untuk dia rainbow cake. In syaa Allah...

Here is the edible image. Ni picture je tau! Yang betul on da way. Nanti dah dapat yang betul punya, aku upload ok... (Tapi ralat pasal lupa letak date dia la....)

harus la gambar ala-ala model nok!


xoxo,

Monday, January 7, 2013

Half moon scarft

mau  try pakai, tapi agak-agak korang, sesuai ke dengan aku???








Sunday, January 6, 2013

from Titi Serong with love

Assalamualaikum! Kali ni aku bersiaran dari rumah mak kat Perak. Wonder kan kenapa dari rumah mak pulak. Oh yer sebelum tu aku and the family nak wish selamat tahun baru 2013 kepada semua. Lambat sikit wish pasal sibuk dengan tugasan seharian + lagi budak2 yang sibuk masuk ke sekolah 2hb. Johor plak tak cuti new year tu.

Hope this coming year bring us more healthy and wealth!! Aminnn....

Ok lah, sekarang kat rumah mak pasal mak terjatuh kat umah Tok Lang. Tangan suda terkehel dan patah rupanya. Sekarang bersimen dan esok kena pergi ke Klinik Ortopedik Hospital Taiping nak kena jumpa pakar. Ala mak, dah macam Uwais dah yang selalu jumpa pakar orto pedeatrik kat HUKM. 

Masa mak jatuh petang Jumaat tu, Maghrib bro in law ngan brother kecik dah g anto mak kat emergency Hospital Parit Buntar. Tapi kena plak duduk kat kumpulan hijau pasal tak teruk sangat. Lama tunggu kat situ 4 jam pasal ada emergency kumpulan merah ada 3 ambulan. Accident kereta gamaknya. 

Dalam pukul 10.45malam baru settle. Nak balik malam tu pun MiP penat pasal baru je balik dari meeting kat Puncak Perdana. Pulak tu malam ada AGM JPAM, pastu bawak student pergi Hospital Segamat pulak pasal kaki dia terkoyak lutut ke apa benda ntah. So MiP pun tiba kat rumah dalam kul 1.30pagi. Makanya sok pagi le baru ke KL untuk amik akak, amar n anim.

Konon la kunci jam pukul 4.20am, nan adoo nak bangun, sudahnya bangun kul 5 tepat, dalam pukul 6 betul2 gerak kuar dari pintu pagar. Kereta tak banyak, tiba kat Melaka dalam pukul 6.50am, giler cepat. Berhenti mandikan anak-anak kat R&R Seremban dalam pukul  7.30am, makan bagai gerak balik dalam pukul 8.15am.

Janji dengan akak nak amik kat Duta pasal amar nak tinggalkan keta dia kat situ, malam nak balik naik bas, then nanti terusla dia amik keta dia x yah susah-susah naik cab.

So, now we are at mom's house, patah tangan kat pergelangan tangan, not so serious, tapi memang mintak maaf sangat kat mak, tak boleh teman mak ke Hospital Taiping, MiP ada kelas. (Last week diarrhea 2 days, Wed-Fri ada meeting kat Puncak) so minggu ni memang kena masuk kelas. 

Thanks anim yang nak amik EL and bawak mak pergi Tepeng esok. (mestila suka pasal laki dia dok sini) So, arini kami akan bergerak balik ke KL (anto akak) and terus balik ke Segamat. Nampak gayanya kena la dengar AJL kat HotFM jer..... 




xoxo,

:: we belong together ::

Daisypath Anniversary Years Ticker

:: my asham boyyy ::

Lilypie Kids Birthday tickers

:: my asham kepinggg ::

Lilypie Fourth Birthday tickers