Thursday, January 10, 2013

Anak ke 2


  • Copy paste dari Facebook seorang teman

    Siapa ANAK KE-2 dalam family meh sini baca fakta ini!!!!!!!!!!

    ANAK MANJA EMAK ♥
    sebab apa-apa pun mesti dia akan diutamakan oleh ibu. ^^

    ... ANAK DEGIL
    Anak kedua dikatakan lebih
    degil, keras kepala dan tidak mendengar kata. semua dia aje yg betul.dlm ramai-ramai adik beradik dia aje yg KETEGAQ.kemahuan dia
    kuat.kalau buat sesuatu sungguh-sungguh.kalau tak nak tu, tak nak lah
    jawabnya, boleh dipujuk tapi
    selalunya tak berapa jalan.

    TAK PANDAI PUJUK
    memang anak no 2 ni dia tak
    pandai pujuk makwe or pakwe dia. (ciannn)

    BERCINTA
    dia kalau bercinta, sangat setia.sanggup berkorban. :D

    HITAM / PUTIH
    Apa yg dikatakan semua dipegang.kalau
    hitam, hitam lah kalau putih, putih lah.degil tak boleh toleransi.

    HATI
    Anak no 2 ni juga nampak aje
    keras.tp hati dia lembut.SATU lagi pe'el dia.dia tak boleh ditegur.

    BERDIKARI
    Very independent.memang betul.tp kalau terlebih
    independent pun payah.mudah bergaul.very take care.

    ARAHAN
    Anak no 2 ni juga dia payah nk terima arahan.dia lebih suka buat hal sendiri pendek kata tak boleh kerja ngan orang.

    PEMAAF & CARING
    tidak dinafikan anak no 2 ni pun
    pemaaf dan caring.TAPI awas jangan bagi diorang marah kalau diorang marah faham saje lah.

    PAKAIAN
    Nak semua up to date.semua nak kemas.

    sesuwai sangat dengan cik Meenot, especially bab KETEGAQ!!


Tuesday, January 8, 2013

Edible Image


Edible Image. Sape yang eagerly dengan cakes, cupcake and so on mesti tau. So kat sini aku nak cerita pasal edible image yang aku baru tempah untuk birthday Cik Meenot Ahad ni. Tapi idak le celebrate Ahad tu. Biasa celebrate dekat sekolah dia je. Maybe hari Isnin.

So sempena she turning 5, konon-konon ibu terajin la nak buatkan untuk dia rainbow cake. In syaa Allah...

Here is the edible image. Ni picture je tau! Yang betul on da way. Nanti dah dapat yang betul punya, aku upload ok... (Tapi ralat pasal lupa letak date dia la....)

harus la gambar ala-ala model nok!


xoxo,

Monday, January 7, 2013

Half moon scarft

mau  try pakai, tapi agak-agak korang, sesuai ke dengan aku???








Sunday, January 6, 2013

from Titi Serong with love

Assalamualaikum! Kali ni aku bersiaran dari rumah mak kat Perak. Wonder kan kenapa dari rumah mak pulak. Oh yer sebelum tu aku and the family nak wish selamat tahun baru 2013 kepada semua. Lambat sikit wish pasal sibuk dengan tugasan seharian + lagi budak2 yang sibuk masuk ke sekolah 2hb. Johor plak tak cuti new year tu.

Hope this coming year bring us more healthy and wealth!! Aminnn....

Ok lah, sekarang kat rumah mak pasal mak terjatuh kat umah Tok Lang. Tangan suda terkehel dan patah rupanya. Sekarang bersimen dan esok kena pergi ke Klinik Ortopedik Hospital Taiping nak kena jumpa pakar. Ala mak, dah macam Uwais dah yang selalu jumpa pakar orto pedeatrik kat HUKM. 

Masa mak jatuh petang Jumaat tu, Maghrib bro in law ngan brother kecik dah g anto mak kat emergency Hospital Parit Buntar. Tapi kena plak duduk kat kumpulan hijau pasal tak teruk sangat. Lama tunggu kat situ 4 jam pasal ada emergency kumpulan merah ada 3 ambulan. Accident kereta gamaknya. 

Dalam pukul 10.45malam baru settle. Nak balik malam tu pun MiP penat pasal baru je balik dari meeting kat Puncak Perdana. Pulak tu malam ada AGM JPAM, pastu bawak student pergi Hospital Segamat pulak pasal kaki dia terkoyak lutut ke apa benda ntah. So MiP pun tiba kat rumah dalam kul 1.30pagi. Makanya sok pagi le baru ke KL untuk amik akak, amar n anim.

Konon la kunci jam pukul 4.20am, nan adoo nak bangun, sudahnya bangun kul 5 tepat, dalam pukul 6 betul2 gerak kuar dari pintu pagar. Kereta tak banyak, tiba kat Melaka dalam pukul 6.50am, giler cepat. Berhenti mandikan anak-anak kat R&R Seremban dalam pukul  7.30am, makan bagai gerak balik dalam pukul 8.15am.

Janji dengan akak nak amik kat Duta pasal amar nak tinggalkan keta dia kat situ, malam nak balik naik bas, then nanti terusla dia amik keta dia x yah susah-susah naik cab.

So, now we are at mom's house, patah tangan kat pergelangan tangan, not so serious, tapi memang mintak maaf sangat kat mak, tak boleh teman mak ke Hospital Taiping, MiP ada kelas. (Last week diarrhea 2 days, Wed-Fri ada meeting kat Puncak) so minggu ni memang kena masuk kelas. 

Thanks anim yang nak amik EL and bawak mak pergi Tepeng esok. (mestila suka pasal laki dia dok sini) So, arini kami akan bergerak balik ke KL (anto akak) and terus balik ke Segamat. Nampak gayanya kena la dengar AJL kat HotFM jer..... 




xoxo,

:: we belong together ::

Daisypath Anniversary Years Ticker

:: my asham boyyy ::

Lilypie Kids Birthday tickers

:: my asham kepinggg ::

Lilypie Fourth Birthday tickers