Sunday, January 6, 2013

from Titi Serong with love

Assalamualaikum! Kali ni aku bersiaran dari rumah mak kat Perak. Wonder kan kenapa dari rumah mak pulak. Oh yer sebelum tu aku and the family nak wish selamat tahun baru 2013 kepada semua. Lambat sikit wish pasal sibuk dengan tugasan seharian + lagi budak2 yang sibuk masuk ke sekolah 2hb. Johor plak tak cuti new year tu.

Hope this coming year bring us more healthy and wealth!! Aminnn....

Ok lah, sekarang kat rumah mak pasal mak terjatuh kat umah Tok Lang. Tangan suda terkehel dan patah rupanya. Sekarang bersimen dan esok kena pergi ke Klinik Ortopedik Hospital Taiping nak kena jumpa pakar. Ala mak, dah macam Uwais dah yang selalu jumpa pakar orto pedeatrik kat HUKM. 

Masa mak jatuh petang Jumaat tu, Maghrib bro in law ngan brother kecik dah g anto mak kat emergency Hospital Parit Buntar. Tapi kena plak duduk kat kumpulan hijau pasal tak teruk sangat. Lama tunggu kat situ 4 jam pasal ada emergency kumpulan merah ada 3 ambulan. Accident kereta gamaknya. 

Dalam pukul 10.45malam baru settle. Nak balik malam tu pun MiP penat pasal baru je balik dari meeting kat Puncak Perdana. Pulak tu malam ada AGM JPAM, pastu bawak student pergi Hospital Segamat pulak pasal kaki dia terkoyak lutut ke apa benda ntah. So MiP pun tiba kat rumah dalam kul 1.30pagi. Makanya sok pagi le baru ke KL untuk amik akak, amar n anim.

Konon la kunci jam pukul 4.20am, nan adoo nak bangun, sudahnya bangun kul 5 tepat, dalam pukul 6 betul2 gerak kuar dari pintu pagar. Kereta tak banyak, tiba kat Melaka dalam pukul 6.50am, giler cepat. Berhenti mandikan anak-anak kat R&R Seremban dalam pukul  7.30am, makan bagai gerak balik dalam pukul 8.15am.

Janji dengan akak nak amik kat Duta pasal amar nak tinggalkan keta dia kat situ, malam nak balik naik bas, then nanti terusla dia amik keta dia x yah susah-susah naik cab.

So, now we are at mom's house, patah tangan kat pergelangan tangan, not so serious, tapi memang mintak maaf sangat kat mak, tak boleh teman mak ke Hospital Taiping, MiP ada kelas. (Last week diarrhea 2 days, Wed-Fri ada meeting kat Puncak) so minggu ni memang kena masuk kelas. 

Thanks anim yang nak amik EL and bawak mak pergi Tepeng esok. (mestila suka pasal laki dia dok sini) So, arini kami akan bergerak balik ke KL (anto akak) and terus balik ke Segamat. Nampak gayanya kena la dengar AJL kat HotFM jer..... 




xoxo,

No comments:

:: we belong together ::

Daisypath Anniversary Years Ticker

:: my asham boyyy ::

Lilypie Kids Birthday tickers

:: my asham kepinggg ::

Lilypie Fourth Birthday tickers