Sunday, March 31, 2013

Download

Assalamualaikum!!
Dah berjaya download blog dekat playbook ni.
Selama ni x terfikir pun nak download.
Maybe sebab mata tak ngantuk lagi, wifi yang laju kat rumah PiL & ntah la.
Lately ni rajin plak update blog.
Banyak story mori ni.....

Good nite all....


Xoxo,


Tuesday, March 26, 2013

Monday, March 25, 2013

Al-Kisah Turkish Indulgence

Khamis lepas aku berkesempatan jumpa kawan lama, kawan UiTM yang datang menyaksikan passing out Polis Bantuan kat PULAPOL. (Segamat dah ada Pulapol youall... belakang UiTM sajokk...) Lama tak jumpa masing-masing pun sembang punya sembang punya sembang. Order Vanilla Shake jer. Makan? Aku just tapaw siap-siap Turkish Indulgence yang marvelous sangat tuh.

Dalam pukul 1.30pm, aku pun balik la ke opis lepas dapat sms dari superior yg ckp dia and the geng konon2nya lunch kat bando. disuruhnya aku balik cepat. Cover ler tu.. "aku yang menurut perintah now @ PB" aku balas sms dia lepas aku sampai je kt opis. Aku pun sekarang dah takde keluar-keluar lunch dah. Lebih selesa balik makan kat rumah dengan yang tersayang (ayat poyo). Tak perlu aku citer lanjut pasal tu. Sensitip woooo..

Berbalik pasal Turkish Indulgence yang aku idam-idamkan, aku pun pulang dengan hati yang girang pasal nak makan kek tu punya pasal. Last-last on the way balik terbaca message somebody yang mintak tapawkan Turkish Indulgence tu. Katanya nak rasa, belum pernah rasa. Aku plak mentioned aku beli satu je.  (untuk aku sebenornya). So maksudnya bila dia nak rasa, share-share la kan... Bila dah sampai opis, dia plak mati-mati ingat aku belikan untuk dia. Ok takpela, kawan punya pasal, ko amik. Walaupun time tu perut dah berkeroncong giler pasal tak makan lagik!! Dihulurnya duit nak bayar, aku cakap tak payah. What friend are for rite!! 

Sudahnya, ku tahan perut sampai ke petang, kawan punya pasal.





Untuk memenuhi tuntutan mengidam yang membuak-buak, 
petang ni nak ku ajak MiP pegi makan Turkish Indulgence lah!


xoxo

Wednesday, March 20, 2013

blog

Assalamualaikum. Lama tak blog. Kenapa yek? Busy ke? Malas ke? Tak de mood ke? Aku pun tak pasti kenapa. Maybe kekangan masa yang membataskan. Sibuk urusan kerja, ko, anak, rumah, famili dan so on. Alasan..... Blog walking pun jarang sangat dah. 

Dulu, aku rasa bila dah jarang blogging, reasonnya aku lebih banyak update kat facebook. Lebih mudah dan cepat. Tapi lately memang dah kurang update gak kat facebook. Semua pun tanya kenapa. Jawapan dia, aku pun tak tau. Maybe dah bosan kot. Maybe nak lakukan penghijrahan. Eh iyeke? 

Tapi aku rasa media sosial ni la medium paling mudah dan cepat untuk kita tau macam-macam cerita. Samada cerita tu betul, tak betul, orang yang tulis je yang lebih mengetahui. Kadang-kadang, bila kita cakap something je, dah boleh jadi punca orang lain cakap kat facebook diorang (macam kena batang hidung sendiri jerkk). Time tu jugak ada banyak provoke dari orang-orang sekeliling. Tu baru kawan-kawan, musuh dalam selimut jangan cakap la... 

Enough said, diam lebih baik dari berkata-kata.
Ada telinga dengar, ada mata pandang, ada mulut diam.


p/s : sekarang layan benda ni jer...


sorry ye kalo ada yang terasa. 


xoxo,

:: we belong together ::

Daisypath Anniversary Years Ticker

:: my asham boyyy ::

Lilypie Kids Birthday tickers

:: my asham kepinggg ::

Lilypie Fourth Birthday tickers