Friday, August 23, 2013

Day 5


Alhamdulillah hari ni hari ke lima Abang bersekolah. Lama sungguh MC lebih 2 bulan dari operate 25 May 2013 (start cuti sekolah 2 minggu) hinggalah 28 Julai lepas. Time tu betul-betul seminggu sebelum cuti sekolah sempena hari raya. Macamana nak pegi sekolah minggu tu kalau dia awal-awal lagi dah "beraya" kat rumah atok dia. Sudahnya ponteng la seminggu!

4 hari ibu tak sempat nak snap picture dia. Sibuk la. Macam-macam hal dan juga day 3 balik hantar anak-anak kereta plak kena langgar lari. Hadoi kereta besar pla tu. Alhamdulillah diuji Allah. Dan bermakna Allah sayangkan kita. Itu lesson yang ibu belajar dari sinetron Si Miskin & Si Kaya kat Astro Ria.

Today Friday and brother ni pakai baju melayu ke sekolah. Oh esok abang and adik ada kelas ganti. Both kena pakai baju raya. Esok sekolah abang ada jamuan raya. Darjah 3 kena bawak kacang / air. Tak kisah la kacang apa janji boleh dimakan (bukan yg belum masak lagi) atau pun air. Bawak la 2 ke 3 botol ke. Tak kisah air apa. Darjah lain bawak makanan lain pula....

So far dah main ngan kawan-kawan, dah pegi tandas dengan kawan, solat, buat lukisan pastu siap dah mintak ibu beli buku lagi (ada orang datang jual buku kat sekolah). Habis semua aktiviti dia pulun minggu ni. Takpelah abang, balas dendam 2 bulan lebih cuti kan....




Si handsome bujang ibu!






xoxo,

Thursday, August 8, 2013

Salam Aidil Fitri 1434H





Semoga lebaran ini dapat menghapus sengketa sesama kita. Selamat hari raya untuk semua.



luv,

Tuesday, August 6, 2013

Rezeki Ramadan

Assalamualaikum,

2 hari terakhir sebelum bercuti panjang untuk Aidil Fitri. Malam tadi berbuka di Masjid As-Syakirin UiTM Segamat. Bersempena kehadiran Prof Kamil, mantan Rektor UiTM Johor. Selalu pun berbuka kat masjid juga, cumanya malam tadi ramai sikit sebab staf yang nak jumpa Prof boleh joint sekali. Student memang dah balik. Senyap sunyi UiTM ni....

Usai solat terawih, tiba kat rumah dalam pukul 10.30. Terus je la menyagat kek. 6 bijik malam tadi buat. 4 dah bertuan, 2 lagi ada yg nak, terus je boleh grab on the spot. Bercerita pasal carrot cake ni, asal mula sajeje aku post kt facebook konon-konon nak test market je. Sekali tak sangka plak mendapat sambutan. Alhamdulillah...

Masa berbuka semalam, sajeje aku bawak kan 4 bijik kuih bakar pandan. Sebab santan kotak tu dok ada lagi kat dalam fridge. Kang cuti lama tak elok pulak. Sudahnya selamat ku selesaikan buat kuih bakar. Aku sendiri pun tak makan pun kuih bakar tu. Sekali masa nak balik, boleh plak my other half tanya dengan dia lebih kurang cenggini; "En Mail, kuih bakar tu buat ke beli?". So MiP pun balas la; "Eh buat la Haji Nasir. Kenapa?" "Isteri saya suka. Amik tempahan tak?" "Kalau nak tempah, boleh aje".  Hihihi.... ni la namanya rezeki ramadan.

Sudah nya esok 10 bijik kuih bakar pandan dan 8 bijik carrot cake. Semoga Allah permudahkan urusan kami ya Allah. Malam ni la nak bakar kek, kuih, kemas baju, masuk beg dalam kereta. bla bla bla.......




xoxo,

Monday, August 5, 2013

Untuk 3 hari

Assalam,

Lama x berbicara. Sibuk dengan tugasan dan kerja-kerja yang tak habis-habis. Tak sabar rasanya nak balik JB. Rindu kat anak bujang yang awal-awal lagi dah beraya kat sana. Lepas bukak simen 1 ramadan aritu, masih MC lagi. Weekend yang kami pulang ke JB, atoknya terus mintak dia tinggal kat situ. Nak bawak dia gi terapi ceragem kat rumah kawannya.

So far so good. In syaa Allah abang akan naik sekolah balik lepas MC dari 25 Mei 2013 sampai la 27 Julai 2013. Seminggu lepas dia ponteng. Actually ibu tak perasan pun yang MC doktor bagi tu tinggal seminggu lagi nak cuti sekolah. Kalau la ku perasan... dah lama ku mintak MC 3 minggu!!




~si handsome saya~




luv,

:: we belong together ::

Daisypath Anniversary Years Ticker

:: my asham boyyy ::

Lilypie Kids Birthday tickers

:: my asham kepinggg ::

Lilypie Fourth Birthday tickers