Tuesday, August 6, 2013

Rezeki Ramadan

Assalamualaikum,

2 hari terakhir sebelum bercuti panjang untuk Aidil Fitri. Malam tadi berbuka di Masjid As-Syakirin UiTM Segamat. Bersempena kehadiran Prof Kamil, mantan Rektor UiTM Johor. Selalu pun berbuka kat masjid juga, cumanya malam tadi ramai sikit sebab staf yang nak jumpa Prof boleh joint sekali. Student memang dah balik. Senyap sunyi UiTM ni....

Usai solat terawih, tiba kat rumah dalam pukul 10.30. Terus je la menyagat kek. 6 bijik malam tadi buat. 4 dah bertuan, 2 lagi ada yg nak, terus je boleh grab on the spot. Bercerita pasal carrot cake ni, asal mula sajeje aku post kt facebook konon-konon nak test market je. Sekali tak sangka plak mendapat sambutan. Alhamdulillah...

Masa berbuka semalam, sajeje aku bawak kan 4 bijik kuih bakar pandan. Sebab santan kotak tu dok ada lagi kat dalam fridge. Kang cuti lama tak elok pulak. Sudahnya selamat ku selesaikan buat kuih bakar. Aku sendiri pun tak makan pun kuih bakar tu. Sekali masa nak balik, boleh plak my other half tanya dengan dia lebih kurang cenggini; "En Mail, kuih bakar tu buat ke beli?". So MiP pun balas la; "Eh buat la Haji Nasir. Kenapa?" "Isteri saya suka. Amik tempahan tak?" "Kalau nak tempah, boleh aje".  Hihihi.... ni la namanya rezeki ramadan.

Sudah nya esok 10 bijik kuih bakar pandan dan 8 bijik carrot cake. Semoga Allah permudahkan urusan kami ya Allah. Malam ni la nak bakar kek, kuih, kemas baju, masuk beg dalam kereta. bla bla bla.......




xoxo,

No comments:

:: we belong together ::

Daisypath Anniversary Years Ticker

:: my asham boyyy ::

Lilypie Kids Birthday tickers

:: my asham kepinggg ::

Lilypie Fourth Birthday tickers